Nuffnang Ads

Sunday, May 12, 2013

12 Mei 2013 : Selamat Hari Ibu...



Bismillahirahmanirrahim…

12 MEI.. Tarikh yang dinanti-nantikan semua ibu-ibu... Termasukla aku... Hehe...  Kenapa??

Sebab pada tarikh itulah anak2nya yang busy dengan kerja, yg tgh study sanggup luangkan masa untuk wish SELAMAT HARI IBU! Wish yang very simple but... Bagi mereka yg mempunyai ibu & telah bergelar ibu sangat  besar maknanya.. macam terkena batang hidung aku jer... tersentap makkkk .. heheheee.... 

walaupun aku sibuk dengan keja & study.. aku tetap sentiasa mengingati ibuku.. setiap hari aku akan mendoakan yang terbaik utk ibu tersayang...

Mungkin ada sesetengah orang yg mengatakan Hari Ibu ni haram & tak boleh nak sambut. Tapi, aku godek2 la makcik google, aku takkan puas hati kalo tak tau kebenaran sebenarnya.. dan aku ada terjumpa Ustaz memberitahu dalam speechless yang mengatakan sambut Hari Ibu ni haram. Tapi … jangan terus kata haremmm ok.. Haram kalo kita just anggap hari ibu tu disambut 1 kali dlm setahun (baru blh dikatakan haremmm)… dan kita tak perlu menyambutnya seperti hari2 khas macam omputih selalu buat.. konon2, date tu hari sekian.. date yg ini hari special sekian… yg itu baru dikatakan hareemmm....

Bagiku, tak perlu menyambutnya.. Cuma yg penting kita sentiasa sayang & loving too much kepada ibu2 kita dan ibu mertua kita juga.. walaupun ibu angkat yg membesarkan kita, kita perlu sayang pada mereka jugak…
Bagiku, hari2 kita menyambut hari ibu.. Everyday Mother’s Day.. ok kan… yg paling best, hari ibu semalam, time dinner hubby aku masak utk aku.. so, xperlu la aku pergi dapur.. heheheee:P

Mungkin ada yang tak faham ..Buat apa nak perbesar-besarkan sangat hari ibu ni… Bukan perbesar kan makcik pakcik uiittt... orang yg telah bergelar ibu, akan fahamm kebesaran hari ibu…

Cuma aku nak speechless sket la…

Selamat hari Ibu kepada ibu tersayang yg telah melahirkanku, Terima kasih kepada ibu tercayang yang telah menjagaku, yang telah mendidikku hingga diriku menjadi insan yg berguna dan telah bekerja sendiri dengan kudrat keupayaan ku untuk mendapat rezeki yg halal.. Dan Selamat Hari Ibu kepada ibu mertuaku juga… Tanpamu, tiada lah insan yg bergelar suamiku… terima kasih Mak kerana menerimaku menjadi menantumu..  

Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Allah.. Panjangkan lah umur ibuku, mak, abah, suamiku, anak2 ku, diriku, keluargaku, agar berilah kesihatan yang baik.. Jauhilah perkara2 yang memudaratkan kepada keluarga kami… Berikanlah kami hidayah dan lindungilah keluarga kami dari gangguan syaitan, jin dan iblis..

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu, 

kecantikan itu ialah kecantikanmu, 
keindahan itu keindahanmu, 
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu 
dan perlindungan itu perlindunganmu.” 

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ya Allah, diriku sungguh bersyukur sangat kerana memiliki suami yang sangat memahami diriku... Ku pohon sangat padamu agar panjangkan usia perkahwinan kami hingga ke akhir hayat kami.. Dan kini, aku juga bergelar ibu kepada Muhammad Abqariz Zaem (30/01/09-kini berumur 4 tahun) & Allahyarham Muhammad Hafiz Zaem (meninggal pd 10/11/10- jika masih hidup dah berumur 3 tahun nak)...  walaupun kini hanya aku adalah ibu kepada seorang anak, Qari.. Insyaallah dengan rezekiMu Ya Allah, aku akan dapat lebih anak sebagai penyambung zuriat kami.. Insyaallah..

Buat sementara ni, kami plan dulu.. almaklum, aku nak abiskan study aku ni sampai hujung thn ni insyaallah habis.. bukan tak mau anak sekarang, tapi aku xmo memori berulang kembali... cukupla siksaan daripada sumpahan org yg xsuka aku.. tapi, bagi ku itu semua kuasa Allah yg beri kepada aku sebagai hamba Allah yg lemah... Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah...

Keredhaan yg Allah beri kepadaku agar aku sentiasa beringat kepada kekuasaan Allah swt..  aku boleh terima dulu, nape ko tak puas hati dgn aku wahai insan yg belum bergelar ibu??  ko tuhan ker yg boleh bagi sumpah2?? walaupun aku dah lama maafkan ko, tapi sisa naluri keibuan aku tetap terpahat dalam hati.. susah rasanya nak melupakannya... bila ko dah jadi ibu, ko akan  tau siksanya kehilangan anak..... cukup la cacian drp kawan2 ku dulu menyumpah seranah.. Tapi, aku tak kisah.. Allah Maha Kaya... Insyaallah Allah akan beri yg terbaik kepada setiap insan yg masih tunduk dan patuh arahan Allah swt.. Insyaallah.. Amin ~

Sebenarnya this weekend sungguh bz.. sabtu n ahad ada class... kiranya, aku masak2 utk ibu terchenta last week, 05.05.13 menu dinner... Nak kata menu Hari Ibu, bagiku setiap hari Hari Ibu kan.. Pada siangnya g mengundi dulu... Almaklum cuti xda class... aku xbalik kampung pun.. coz aku mmg berasal drp town.. Aku dibesarkan di Cheras.. Balik kampung, kalo g umah tok jer di utara tanah air.. chehh.. berlagak plak...

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D