Nuffnang Ads

Sunday, May 27, 2018

Kawan Susah Senang.. a.k.a. BFF

Salam uols...

Sudah lama tak berbicara.. heheheee..

Almaklum akak ni bzzz sokmo.. ya ke idok?!! heheheee

ok sambungan kisah story dulu :
http://fizura512.blogspot.my/2018/03/apa-perlu-kita-buat-jika-orang-sakiti.html


Sebenarnya malas nak panjangkan cter pasal isu tersebut.. isu simple & kecik jer sebenarnya.. tapi.. nama pun aku salah sorg group bff, harus sentapppp beb... huhuuuu.. Sori just sharing dlm blog a.k.a. luahan hati yg dh lama aku pendam kan... sebab aku xnak org lain akan jadi mcm aku juga... Aku dah lama maaf kan uols.. better kita just kawan biasa2 drp bff kan.. heheheeee.. melainkan uols tau APA maksud bff sebenarnya?!!

Tapi, semua mcm nampak itu adalah kesalahan aku kan.. ya mmg kesalahan aku sebab aku terus left group tanpa meminta maaf meninggalkan group bff tu... tapi, uols kena faham, sebab Nape aku terus left group ?!!... Isu utama, aku sangat sentappp beb... Sampai org lain plak terasa, & menokok tambah cter.. tapi itu aku xkisah sgt pun.. sebab bagi aku semua xperfect dlm sesama persahabatan..

agaknya dia terasa aku marahkan dia.. sedangkan aku xpernah marahkan dia.. aku cuma sentapppp xwish bufdays  je.. huhuuuu.. aku mengharap bff layan mcm bff.. tapi.. hampaaa.... mcm budak2 kan.. tapi itula hakikatnya kawan tak perasan kan?!!

Orang lain bufday, uols agung2 kan bagaikan princess... Mentang2 la aku ni, jenis yang tidak amik kisah langsung.. so, ignore je la.. xmengharap pun korang nak buat special surprise pun.. sebab aku ni bz sokmo kat ofis nak lari2 celebrate ni.. kekadang bufday surprise kekawan pun, mana yg sempat je aku dtg.. huhuuu..

Cuma aku Dok tunggu2 smpai tengahari uols semua wish jer, tapi masih still sama... Aku bukannya minta korang belanja aku pun.. huhuuu
So, jalan terbaek better aku blah.... Ramai lagi kawan aku di dunia ni jenis sentiasa susah senang bersama...
Cuma aku nak minta maaf bebanyak kepada kawan2 baik yg wish doa ucapan & masih ingatkan hari istimewa ku.. Tq friend... i sayang uols...

akak ni malas nak pk pasal hal kecik ni.. sebab aku ni terlalu bz sangat nak uruskan keluarga, kerja & bisnes.. so, isu sensitif kawan ni mmg aku xda amik kisah sgt.. sebab bagi aku, kawan yg baik, xkan buat kita mcm tu... betul ke idok beb... tapi sampai setakat baca jer.. aku pun blh buat mcm tu... huhuuu

tapiii disebabkan isu kecik sebab xwish my bufday, i blh kecik hati... opsss... mcm budak2 kan a.k.a. childish... hahahaaa

Kalo korang di tempat aku, Aku nak tanya.. sentap ke idok? hehehee

ok akak nak buat soalan survey sket...

Di mana kamu di mata kawan baik anda @ di sisi anda?!!

1. Hanya baca saje org lain wish bufday, tapi group betul2 bff just baca je tanpa wish?!!
Dah terang2 ada kawan2 lain wish bufday, xkan yg lain dlm bff just baca jer :( 

come on la.. just taip "HB" je pun dh ok... kalo malas sgt nak taip, sebab tgh drive @ bz ke..
just tekan voice call je pun.. xsampai pun 3 saat..
senarai kawan2 dlm group bff pun xramai, mana taknya owner bufdays tak perasan msg korang kan.. owner bufday tu pun dh happy sebab kawan2 bff ingat hari istimewa dia... setakat baca je better uols jadi kawan tanpa mesra.. nama pun bff haruslahhh support each other kan?!!

NEXT!!!

2. Kawan Makan Kawan?!!
Entah la... ini aku tak suka nak cter psl isu kawan makan kawan.. sebab nanti mengaibkan kawan baik kita kan.. Tapi, ini memang selalu terjadi di setiap persahabatan...
Hanya Allah yg tau kebenarannya.. so better tutup mulut & telinga je, anggap la sebagai angin bayu lalu di sebelah telinga kita kan... drp kita turut serta dpt dosa kerana  Gossip Sensasi, entah betul @ idok penyampai cter tu kan?!!

NEXT!!!

3. Time Senang datang kat kita.. time susah, batang hidung pun tak nampak?!!
Yessss... itu byk kita nampak kan... nasib bek la, aku jenis Äda aku kisah?".. hehehee

NEXT!!!

4. Suka amik kesempatan?!!
Ramai kawan mcm ni... Suka berkira setakat berapa sen & xsampai RM10.. hope aku bukan jenis insan mcm tu.. kalo terjadi pada aku, aku minta maaf siap2, kekadang tak perasan.. sebab jenis aku senang je, Kalo org tu berkira sangat dengan aku, aku akan 10x berkira dgn manusia tersebut.. huhuuu

5. Tidak suka support bisnes kawan?!!
Ini betul.. Asik kita jer tolong support bisnes kawan... kita punya bisnes, ada tak kawan nak beli?!! sedangkan kita jual kat bff, xamik untung pun.. just harga modal kan.. sayang kita pada kawan2.. tapi, dah kawan2 buat mcm tu, better i blahhh k... sebab boleh fokus bisnes & jual kepada org yg xkenal kita & tau produk kita bagus.. insyaallah Amin... Niat kerana Allah, insyaallah semua mudah...

Alang2 akak nak promote:

IG/FB : LAWA by Fizura Honey
IG/FB : LAWA BabyKids Mommy

Insyaallah akak ni trusted seller :)

Tapi, betul kata Tuan Abdul Basit, pakar motivasi bidang perniagaan terhebat.. Nanti aku share pasal topik yg Tuan Basit kupaskan mengenai kawan @ rakan partner...

NEXT!!!

sebenarnya banyak lagi isu pasal persahabatan ni... tapi, kalo cter memang xabis.. heheheee..

okla, jangan sedih2, nanti ko akan jumpa kawan duniawi yg baik sama di akhirat.. Insyaallah.. Amin...

Alhamdulillah, aku ada bisnes partner yg baik & sangat memahami... dan mudah sangat nak berurusan sama2... Ok, nanti, lepas bersalin, blh concentrate bisnes personal shopper d oversea lg... Nanti kan, AZ Cottage bersiaran lagi.. rindu lovely customer AZC.. muaahhhss:-*


So, solve this problem.. jommm kita lari kan diri drp terbeban nak pk masalah ini... Nampak macam small matter, tapi boleh jadi Big Matter... betul ke idok?? mari kita renung2 kan.. heheheee:P

Jommm aku nak share topik Tuan Abdul Basit.. AKu pernah ikut program dia.. memang best.. tapi, skrg dah sarat & tak boleh duduk lama2.. sebab lenguhh sengal badan aku ni.. heheheee

NEXT!!!

Nantikan isu yg dikupas oleh Tuan Abdul Basit.. Aku just copy paste je ni :)


Mahu kenal kualiti? Tunggu bila hadir 3 perkara ini.

Ada yang bertanya, bagaimana mahu tahu kualiti seseorang untuk kita jadikan partner atau rakan JV untuk bisnes kita akan datang?
Kita boleh kenal kualiti mereka bila hadir 3 perkara ini, maka automatik kita akan kenal diri mereka lebih awal.

1. Ketika bawa mereka keluar lebih 3 hari, bermusafir atau berjalan.
- kita akan kenal baik buruk diri seseorang ketika bawa mereka bermusafir. Tahap kesabaran, karektor mereka sebenar akan keluar ketika ini.
Saya kenal banyak team byond waktu bawa mereka bermusafir, mudah nak tapis kualiti yang ada pada mereka. Kami dapat banyak team yang berkualiti waktu ini.

2. Ketika berlaku isu atau masalah mendatang.
- isu datang bukan ketika waktu susah sahaja, malah ketika senang sebenarnya lagi parah terutamanya ketika wang banyak. Orang yang pernah ada wang banyak depan mata, pasti sudah lalui fasa ini.
Isu wang banyak akan membawa kepada isu yang lebih teruk, kerana waktu ini orang yang banyak wang akan rasa mereka betul orang lain salah.
- sebab itu kita mahu tahu diri sesesorang, bukan waktu susah sahaja. Waktu senang juga kita akan kenal karektor mereka.

3. Ketika waktu musim pilihanraya.
- paling ketara,waktu ini kita nampak jelas depan mata kenalan kita jenis yang macam mana.
- Kalau mereka suka burukkan orang atau mereka suka cari salah. Kita doakan mereka dan minta Allah jagakan mereka. Moga Allah tutup aib mereka kalau mereka Allah izinkan bersama kita.
“Tuhan tunjukkan salah orang depan mata kita,nak bagitahu itu lah diri kita”
Sayangkan Allah pada kita, moga kita dilindungi fitnah dan dijagakan aib kita.
Ps: Kita berkongsi bukan sebab kita sempurna,kita berkongsi sebab kita mahu kejar bahagia.


Nampak salah bisnes orang lain??

Dalam bisnes ini , bila nampak benda yg kita tak suka dan tak setuju. Jangan gatal tangan terus mahu membetulkan mereka.

Senyap sahaja,belajar untuk bertenang.

Manusia mana yang tidak pernah buat silap? Sebab dia manusia lah, dia mudah sangat buat silap.
Dengan membuktikan bisnes orang lain salah, tidak menjadikan duit syarikat kita bertambah.

Ketap bibir,dan doakan mereka sahaja.

Bila kita mudah nampak salah orang, nanti orang lain pun orang akan mudah nampak salah kita.
Kalau geram juga,piyem senyap-senyap orang itu. Jangan tunjukkan salah mereka. ,tunjukkan apa yang betul sahaja.

Kalau geram juga mahu menulis, Tulis panjang2 dan set only me.
Takut Nanti bila mereka sudah jadi lebih baik dari kita malah lebih bagus dari kita dan dan dijadikan cerita mereka pula mahu bekerjasama dengan kita. Kita tidak pula rasa kekok.

Bisnes ada naik dan turun. Dunia bisnes kita ini kecil sahaja, sikit masa bertemu lah kita semula.

“Gosip bisnes lagi cepat daripada gosip artis.”

Ps: Fokus kita pastikan syarikat kita buat perkara yang betul dan perbaiki dengan segera silap kita.

Copy Paste by Abdul Basit



Wednesday, March 14, 2018

Apa perlu kita buat jika orang sakiti kita...

Salam Jumaat semua.. Dah lama akak tak update blog kerana bz dengan tugas harian sehingga akak telah melukai hati ramai orang.. kerana kesibukan akak sehingga akak left group semua kawan2 dan juga group2 yang tidak memberi kepentingan.. rasa stress banyak sangat nak membacanya.. xsempat baca weiii.. huhuuuu

Tujuan asal akak left semua group adalah kerana, ya la setiap malam balik keja mengadap hp je.. sampai kesian anak2 terpinggir minta perhatian.. huhuuuu...

Sebenarnya luahan blog pada petang ini adalah bukan nya untuk mengaibkan @ menyakiti sesiapa @ juga bukan menyalahkan sesiapa.. tetapi kekecewaan disebabkan aku left group kerana akak ni nak fokus pada family.. ada pula insan yang suka menimbulkan assumption yang bukan2 sehingga mengaibkan diriku & juga perli2 sepatutnya Hajjah kena berpk dengan elok.. bagiku ramai haji @ hajjah tidak terlepas dan tak semestinya tidak membuat kesalahan di atas dunia ini.. almaklum kita ni kan manusia biasa.. tapi  xpala.. aku dah biasa kena macam ni.. sebab aku teringat dulu aku pernah terkena, Allah terbalik kan balik apa yang dia dah pernah buat padaku dulu.. subhanaallah.. indahnya kekuasaan Allah memberi yg terbaik kepada hambanya...


Tapi silap aku gak, ribuk tidak.. terus nak left group kan.. agaknya jari ni sedap je mana2 left group sehingga ada rakan lain yang tersentap.. huuuuhu.. maafkan diriku...

Tujuan asal memang aku ni malas banyak group.. sebab aku ni bz sokmo.. hahahhaa

Bagiku tidak perlula aku mengaibkan beliau sebab beliau pun banyak membuat kesalahan padaku sehingga aku tersentap juga. Sehingga suami ku cakap tak sangka ada gak manusia macam tu.. kesian suami beliau... tapi tak tau la dia sengaja @ apa kan.. tetapi biar la aku dan dia sahaja yg tau.. Hanya Allah akan menunjukkan kebenaran sebenar.. Amin... 

suamiku baik orgnya.. jarang memceritakan keburukan orang tetapi agaknya ketika itu mmg suamiku ada di tempat yg sama kejadian dgn ku.. so, suamiku tau mana yg baik dan mana yg buruk.. jika isterinya buat perangai buruk, dah lama aku kena ceramah 24 jam beb.. heheheee:P

Teringat ketika dahulu insan itu pernah mendoakan dan suka arwah hafiz meninggal tu.. tengok kesannya.. Allah block dia untuk menerima kehadiran cahaya mata.. itu semua Allah yang tentukan.. sebab bila kita doakan yang tidak baik pada orang.. confirm Allah akan terbalikkan kepada kita.. Wallahualam.. itu semua cter lama.. aku pun dah lama maafkan dia... 

Aku sentiasa amalkan, sebelum tido perlu maafkan semua orang.. nak tau kenapa, bila esok harinya kita bangun.. hati kita akan jadi bersih seperti bayi tau.. hehehee.. insyaallah...

betul kata suami ku, nak cari kawan kena cari yang betul2 ikhlas dengan kita.. menerima kita seadanya baik buruk kita.. bukan membuat cerita memberitahu kepada rakan2 lain ketidakpuasan hati.. kenapa la insan tu tidak pm direct diriku daripada dulu je.. siyes beb aku tak tau pun pernah sakiti hati mu... huhuuu

Tak perlu nak mengaibkan aku dalam group.. sehingga telah menyakiti hatiku geram smpai block insan tersebut... 

i'm ok.. sempoi... happy je... tapi xpala.. nasi dah jadi bubur.. heheheee

cuma, sekarang ni malas nak pk.. cuma membuat pendekatan kepada Allah SWT & juga family sahaja.. Kawan yang ikhlas dengan kita, ramai di dunia ini...

Ya Aku faham sehingga aku dapat tau terdetik disebabkan tersentap dari mekah lagi.. Subhanaallah... ada juga di Tanah Suci tempat mulia, ada yang xpuas hati dengan ku.. sobss... sedih tau bila dapat tau.. huhuhuuuu

Semua masalah yang datang sejatinya adalah ujian yang membuat kita menjadi lebih tegar dan sabar dalam menjalani kehidupan. Ketika ada orang yang menyakiti kita misalnya, kita harus tetap berusaha untuk selalu mendekatkan diri kepada sang Maha Hidup agar senantiasa diberi kemudahan dalam menyelesaikan masalah tersebut.


Doa Agar Orang yang Menyakiti Kita Menyesal Tidak ada orang yang mau disakiti, 

tapi bukan berarti ketika kita disakiti, kita harus meluapkan rasa marah dan membalas dendam kepada yang menyakiti kita. Islam mengajarkan agar kita memperhatikan sikap kita bila ada seseorang yang menyakiti kita. 



Ada 5 hal yang harus kita lakukan ketika ada orang yang menyakiti kita. termasuk di antaranya adalah melafalkan doa agar orang yang menyakiti kita menyesal dan sadar atas kekhilafannya.

1. Muhasabah Pertama, kita harus mencoba bermuhasabah atau introspeksi diri. Apakah gerangan yang membuat orang lain menyakiti kita. Apakah mungkin ia menyakiti atas dasar kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan padanya? Ataukah semua ini akibat dosa-dosa kita yang terdahulu? Kita masing-masinglah yang bisa menjawab kedua pertanyaan ini. 

2. Dekatkan Diri kepada Alloh Kedua, dekatkan diri kita kepada Alloh. Bersyukurlah karena Alloh telah menjadikan kita sebagai pihak yang teraniaya. Bersabarlah dan berdoalah. Karena doa orang-orang yang teraniaya adalah doa-doa yang makbul. Kita tidak perlu mendoakan hal buruk pada mereka yang menyakiti kita. Berdoalah yang baik untuknya, misalkan dengan doa agar orang yang menyakiti kita menyesal dan menyadari kesalahannya sebagaimana berikut. Ya Allah, bimbinglah kami agar senantiasa dapat mengambil hikmah dari semua kejadian. Jadikanlah kami sebagai hamba yang dapat menahan amarah. Lapangkan hati kami agar senantiasa mau memaafkan segala kesalahan. Berikan kekuatan pada kami untuk mampu membalas segala keburukan dengan kebaikan. Ya Allah, sadarkan kami bahwa semua hal yang telah dan akan terjadi ialah atas kehendak-Mu dan atas taqdir-Mu. Jadikan setiap taqdir yang Kau jadikan kepada kami, supaya selalu membawa kami lebih dekat kepada-Mu. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa orang yang telah menyakiti kami. Satukanlah hati kami dengan marifah-Mu. Amin. 

3. Kasihi Orang yang Menyakiti Kita Ketiga, kasihilah orang yang menyakiti kita. Jika luka dibalas luka, tentu permusuhan tak akan pernah ada habisnya. Berikanlah kelembutan, bukan balas dendam, karena siapa tahu orang yang menyakiti kita adalah orang yang kelak akan menolong kita dalam kesulitan. [Baca Juga : Doa Agar Hujan Berhenti] 

4. Kendalikan Amarah Keempat, kendalikan amarah. Jika kita menuruti amarah, kita tidak akan pernah diuntungkan, justru ada 2 kerugian yang mutlak diperoleh oleh kita. Kerugian pertama, kita telah disakiti orang, dan kerugian kedua kita disakiti oleh diri kita sendiri karena sejatinya amarah akan merusak perasaan kita. Oleh karenanya, tahanlah diri Anda. Doakan agar orang yang menyakiti kita menyesal adalah hal yang lebih baik dibanding menuruti nafsyu setan. Anggap saja kesakitan dan kedzoliman yang dilakukan olehnya dapat menjadi penebus dosa. 5. Menyadari Sadarilah bahwa semua yang terjadi, termasuk pertengkaran dan masalah yang Anda alami adalah atau takdi, qodo dan qodarulloh. Kita sebagai hamba hanyalah menjadi perantara untuk terjadinya sesuatu, sedangkan yang berkehendak atas semua hanyalah Alloh semata. 6. Maafkan Keenam, maafkanlah. Tidak ada yang lebih indah dibanding rasa saling memaafkan. Maafkanlah orang yang telah menyakiti kita agar kebaikan bisa kita raih. Maafkan dengan ikhlas. Bukankah Alloh Yang Maha Pemaaf selalu memaafkan dosa-dosa kita? Kenapa sebagai mahluknya kita tak bisa belajar untuk saling memaafkan? Nah, demikianlah yang sebaiknya kita lakukan ketika merasa tersakiti oleh orang lain. Jadi jangan balas kesakitan Anda dengan dendam dan amarah yang membara. Balaslah dengan doa agar orang yang menyakiti kita menyesal dan sadar atas kesalahan dan kekhilafannya. Semoga bermanfaat!

Sunday, February 11, 2018

LAWA by Fizura Honey

Assalammualaikum uols...

Terima kasih kepada semua yang masih setia dengan blog akak...

Minta maaf kepada regular customer semua di mana akak tidak dapat menjual rosebud lagi disebabkan akak dah ada produk sendiri & juga produk adik beradik... Lagipun supplier rosebud dah tiada kat Malaysia, dia dah migrate..

Semua tau kan, akak ada jual produk kakak akak sendiri iaitu :
(i)   Azzahra Pio bagus untung jantung, kolestrol & pelbagai penyakit.. Boleh tengok testimoni dalam
       websitebeliau.. blh tengok FB : Minuman Kesihatan Az-Zahra Pio
    
(ii)  Argan Oil bagus untuk kegunaan kulit dari rambut ke hujung kaki.. 100% pure Morocco.. blh 
       tengok FB : Magical Azzahra Argan Oil

Adik2 akak pun ada juga:
(i)   Adik perempuan aktif dengan SPA, urut, cut hair mobile & macam2 lagi...
       blh tengok FB : Dyan Pesona Ventures
(ii)  Adik lelaki akak aktif menjual kambing perap yang sangat sedap & confirm sangat2
       berbaloi dengan rasa yg enak.. siyes try makan dulu, baru tau kelazatan kambing perap...

itu antara kronologi tentang adik beradik akak.. now, jom tengok produk akak.. nak order produk adik-beradik akak pun blh.. PM/DM akak direct jer...

Setakat ni produk akak berasaskan madu kelulut propolis hanya ada 3 iaitu :-
(i)   Sabun Muka & Badan
(ii)  Lipscrub 
(iii) Lipbalm- ada 19 pelbagai warna

Insyaallah coming soon, akak akan pelbagaikan lagi produk akak iaitu :-
(i)   Menthol Propolis Balm 
       - Akak baru tester dekat anak akak yang berumur 4 tahun, setiap kali dia batuk & selsema, akak akan sapu kat hidung, leher, dada & tapak kaki.. Alhamdulillah berkesan & tak batuk lagi malam tu.. dan setiap kali dia batuk akak akan sapu tempat tersebut... 

(ii)  Homemade Propolis Ointment
       - Akak baru eksperimen gak, setiap kali gatal2 @ luka anak jatuh, akak akan sapu.. Alhamdulillah berkesan untuk hilangkan parut kulit anak yang jatuh.. Sesuai untuk semua golongan..

(iii) Homemade Gel Serum Propolis Honey
       - Bagus tau gel serum ni.. masih dalam ujikaji di muka akak.. setiap produk, akak akan try dulu di kulit sendiri, baru confident jual.. insyaallah semua dijamin halal & tiada pengawet..

So, syukur Alhamdulillah, walaupun produk akak yg berasaskan madu kelulut daripada ladang yang terpilih, customer akak & kawan2 & sedara-mara still sentiasa bertanya, bila nak launch? semua tak sabar ingin mencuba...

Produk dah ada, sekarang akak tengah setup packaging.. sticker.. label.. box.. semua berkaitan.. insyaallah akak akan bagi yang terbaik kepada semua customer akak..

Now, akak akan review kebaikan & kelebihan produk akak yang berasaskan Madu Lebah Kelulut... Insyaallah dalam masa terdekat akak akan up to date produk akak..

Ramai rakan2 terdekat tak sabar produk akak, walaupun takde sticker lagi, kawan2 akak ada nak mencuba & terus beli.. siap cakap, nanti koyak gak sticker tu nak pakai... Alhamdulillah kepada rakan2 & customer2 yang mempercayai produk akak... Dah ada yg mencuba & reaksi positif :)

........................................................................................................................................
#LAWAbyFizuraHoney

019-286 9872


Biasanya akak akan tester di wajah akak dulu....
1.   Pagi & sebelum tidur akak akan cuci muka dengan

Amalan biasa b4 mandi, setiap pagi mesti gosok gigi & cuci muka dulu..

Cuci muka akak menggunakan sabun Propolis Cinnamon Face Soap.. Almaklum umur akak dah 30-an, so garis2 kedutan penuaan mesti akan kelihatan.. tapi, alhamdulillah, kulit akak ok mengamalkannya..

-   Sebelum pakai bedak, akak akan sapukan Minyak Argan 100% pure morocco dulu.. baru sapu bedak.. insyaallah awet muda uols...

-   Then, pakai lipbalm by FizuraHoney jer... bibir uols akan sentiasa lembut..


(i)   SABUN MUKA & BADAN 

1.  Propolis Cinnamon Face Soap
√ 100% Homemade hanya mengandungi MADU KELULUT & PROPOLIS TULEN dari ladang terpilih sebagai bahan asas utama..
Terbukti :-
ó   Melembutkan, meratakan tona wajah, mengeringkan jerawat, mengecilkan pori2, wajah segar, menghilangkan parut, menghilangkan kusam, mencerahkan, membuang whitehead & blackhead, meningkatkan kolagen pada wajah, mengurangkan jeragat dan mengurangkan garis2 penuaan di wajah..



2.  Bee Bread Face Soap
√ 100% Homemade hanya mengandungi MADU KELULUT & PROPOLIS TULEN dari ladang terpilih sebagai bahan asas utama..
Terbukti :-
ó   Melembutkan, meratakan tona wajah, mengeringkan jerawat, mengecilkan pori2, wajah segar, menghilangkan parut, menghilangkan kusam, mencerahkan..

3.  Propolis Body Soap
√ 100% Homemade hanya mengandungi MADU KELULUT & PROPOLIS TULEN dari ladang terpilih sebagai bahan asas utama..
√ Fleksibel di badan dan wajah..
Terbukti :-

ó   Menganjalkan payudara, menghilangkan parut, sabun antibakteria, melembutkan kulit, membantu kepada pesakit eczema, panau, gatal2, mencerahkan ketiak dan bahagian2 gelap dsbgnya..
** Ada try untuk anak akak yang ada panau.. alhamdulillah nampak kesan positif & hilang panau tu..
** Akak tengah try untuk kulit akak yg sensitif mudah kering ni.. insyaallah nampak beransur pulih..


Harga Soap (Exclude Postage) :-

ó   Normal   :        RM15.00 / each 45 grams


(ii)   LIPSCRUB 

√ Homemade lipbalm hanya mengandungi MADU KELULUT & PROPOLIS TULEN dari ladang terpilih sebagai bahan asas utama..
√ 100% homemade dan bukan buatan kilang (colour lipbalm tersebut mungkin akan berbeza sedikit untuk               setiap production kerana madu kelulut mempunyai variasi pelbagai warna mengikut pengeluaran)

√ Biasanya lipstick yang tidak dicuci dengan bersih akan mengakibatkan bibir hitam @ kering @ merekah @ pucat.. dan bibir akan menjadi tidak sihat..

√ Efektif dalam membantu masalah bibir :-

  ó   Membaiki masalah bagi bibir yang sensitif dan mudah kering..
  ó   Merawat kulit bibir yang rosak..

  ó   Memudakan garis2 penuaan bibir..
  ó   Mencerahkan bibir yang hitam/kusam/pucat dengan pemakaian yang kerap dan teratur..

  ó   Menjaga bibir dengan sepenuhnya dengan kebaikan madu kelulut dan propolis..
        (4x lebih antioksidaan dari madu lebah biasa).

√ Bibir sihat dan menawan secara semulajadi..
√ Bagus untuk merahkan bibir secara semulajadi dan selamat jika tertelan..

√ Bahan Natural, tiada paraben, tiada pengawet, tiada plumbum, tiada pewangi tiruan, 
   tiada pewarna sintetik serta tiada paraben..

Cara penggunaan :-
   1.    Lap bibir sehingga bersih..

2.    Ambil sedikit lipscrub dan sapu rata pada bibir atas & bibir bawah..

3.    Gosokkan perlahan2 dengan selembut2nya..

4.    Ambil kain bersih @ tisu dan lap..

5.    Guna 1 @ 2x seminggu mengikut keperluan..

√ Bagus selepas menggunakan lipscrub, menggunakan lipbalm agar bibir sentiasa lembap
   & kekal menawan..

Harga Lipscrub (Exclude Postage) :-

ó   Normal   :        RM18.00 / each

(ii)   LIPBALM


√ Homemade lipbalm hanya mengandungi MADU KELULUT & PROPOLIS TULEN dari ladang terpilih sebagai bahan asas utama..
√ 100% homemade dan bukan buatan kilang (colour lipbalm tersebut mungkin akan berbeza sedikit untuk setiap production kerana madu kelulut mempunyai variasi pelbagai warna mengikut pengeluaran)

√ Bukan sekadar kosmetik tetapi sangat Efektif dalam membantu masalah bibir:-


  ó   Membaiki masalah bagi bibir yang sensitif dan mudah kering..
  ó   Memudakan garis2 penuaan bibir..
  ó   Mencerahkan bibir yang hitam/kusam/pucat dengan pemakaian yang kerap dan teratur..
  ó   Menjaga bibir dengan sepenuhnya dengan kebaikan madu kelulut dan propolis..
   (4x lebih antioksidaan dari madu lebah biasa).
√ Bahan natural dan senang dibersihkan (Mesra Wudhu’)
√ Keperluan produk (lipbalm) penjagaan untuk semua lapisan umur. Lelaki juga sesuai digunakan..
√ Bibir sihat dan menawan..
√ Bahan Natural, tiada paraben, tiada pengawet, tiada plumbum, tiada pewangi tiruan, tiada pewarna sintetik serta tiada paraben..


Harga Lipbalm / each (Exclude Postage) :-
ó   Normal   :        RM17.90 ~RM25.50           ó   Gold      :        RM30.00
ó   Matte     :        RM29.00                            ó   Clay       :        RM32.00
**** Nanti dah complete akak upload gambar ya :)

TQVM

Sunday, October 15, 2017

AF Travel as Pilgrims ~ Hajj 1438H ~ Kenangan Manis Menunaikan Ibadah Haji :)

#AFtravelasPilgrims~Hajj1438H
#panjangsungguhceritaku


Terima Kasih Ya Allah.. Rezeki dapat menunaikan Haji ketika usia muda.. Alhamdulillah...

Post d FB @ blog ku bukan untuk membangga diri.. tidak terdetik macam tu.. cuma untuk simpanan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan & perkongsian di masa akan datang untuk jemaah akan datang.. 
Allah menguji hambanya tidak sama.. Kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa berdoa & terus berdoa & sentiasa mengingatiNya sahaja.. 

Perjalananku sebagai Dhuyufurrahman Jemaah Muasasah 1438H selama 43 hari 
(XY13B ~ Maktab 81) (1/8/2017 ~ 12/9/2017) 

Aku & suami memilih Muasasah kerana kami masih muda.. Insyaallah perjalanan kami boleh membantu golongan umur sebaya mak ayah kita... kebanyakan jemaah Haji Muasasah dikalangan golongan berusia.. Lagipun muasasah jauh lebih murah.. hanya bayar rm10 ribu sahaja (ada subsidi gov 10k untuk pertama kali menunaikan Haji)...

Pakej haji memang jauh lebih selesa daripada Muasasah.. tetapi kena tambah duit lebih berganda.. xpala, rezeki kami di Muasasah yang jauh lebih mewah & bagus servis muasasah.. tiptop aku puji... Aku tengok pakej Haji yg harga paling murah pun, hotel dia pun lebih kurang jauh je dengan hotel kami menginap... rezeki masing2.. bijak memilih pilihan anda.. heheheee :P

Aku sentiasa mengenal erti keinsafan, erti kesabaran, erti kesayuan, erti kerdil nya diriku sebagai Hamba Allah...

Pengalaman yang sangat bermakna & diriku sangat2 menghargai setiap waktu detik kenangan manis di Mecca & Madinah.. dan setiap perjalananku di Haramain bersama suami & sahabat2 yg lain tidak dapat dilupakan..
Sungguh aku sangat merinduiii kenangan manis ketika musim Haji yang tidak sama dengan musim Umrah aku pergi 2 tahun lepas (Tahun 2015)...

Semasa Kursus Haji Lagi & nasihat ibu, mak, abah, adik-beradik & kawan2.. perkataan yang selalu diulang-ulang oleh mereka ialah TIDAK SELESA, PANAS, SABAR, SENTIASA BERDOA & macam2 lagi 😂😂😂

             
Menunggu urusan pendaftaran dan mengambil beg, gelang besi & lanyard pengenalan diri di Kelana Jaya.


Terima Kasih adik2 & ibu hantar kami ke Kelana Jaya.. masa tu, aku suh ibuku n adik2 balik jer... sebab masa tu, Afiqah dah meronta2 nak ikut aku.. siap Afiqah cakap,"Ñak ikut mama ke Mekah".. huhuhuuu.. sedih nak tinggalkan anak2 sebenarnya.. time tu plak, Qari dah tido dalam keta lagi.. almaklum balik sekolah dah kena hantar kami.. AKu suh adikku balik je dan tak perlu tunggu di Kelana Jaya sebab esok dia keja.. lagipun urusan di Kelana Jaya mesti lama.. sebab pengalaman menghantar ibuku & kakakku menunaikan Haji tahun 2012 dulu..."


Terima Kasih semua mendoakan perjalanan kami...


Masa ni dah naik bus menuju ke Airport KLIA... 

Flight telah menunggu kami di Airport.. Masa ni kami di escort oleh Polis Traffik dari Kelana Jaya ke KLIA Airport...

10 biji bus telah berjaya sampai di KLIA..

 
Semua jemaah Haji 1438 (Maktab 81) menuju ke Kapal Terbang menuju ke Jeddah..

 
Semua dah tertido dibuai mimpi untuk tido disebabkan urusan di Kelana Jaya sangat lama.. aku & suami tak tido langsung malam tu di Kelana Jaya.. 
Kesian kat makcik2 & pakcik2 time ni.. huhuu

Rezeki masing2 time naik flight.. Ada jemaah Muasasah naik flight Saudi, Mas, Air Asia & Flynas.. Rezeki masing2 dapat seat VVIP, Bussiness Class, Seat Biasa... Rezeki masing2 kan.. heheheee

Walaupun aku & suami dapat Flight biasa je, tapi rezeki kami perjalanan mudah, makanan dalam flight sedap dan flight kami tak delay dan urusan Imigresen di Airport Jeddah sangat mudah.. senang cter, imigresen xloyerr buruk la.. just smileeeee.. heheee

Sarapan Pagi dlm Flight : Nasi Lemak Rendang Ayam.. sedappp sebab time ni memang kelaparan.. hehheeee

 
Sarapan Tengahari dlm Flight : Ayam masak tomato.. sedap gak... 

 
Alhamdulillah dah sampai Airport Jeddah untuk jemaah Haji.. Airport ni buka time Haji je.. Time umrah dulu rasanya aku landing airport lain.. 


Beg kami pun selamat sampai... nampak dah beg aku & suami selamat landing... 
Alhamdulillah :)

 
Sampai Jeddah, naik bus perjalanan menuju ke Hotel, dapat lagi Nasi Arab & Hadiyah biskut2 ni... sedap Nasi Arab ni, aku rasa macam makan nasi Half Moon Seri Kembangan tu je...

 Sampai hotel rezeki kami dapat hotel tak tinggi sangat Tingkat 4.. kiranya kalo lif penuh, tak tinggi sangat la untuk kami mendaki naik tangga.. hehehee.. Rezeki kami juga, dapat roomate yang baik2.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami suami isteri... Amin :)

 
Aku orang pertama masuk bilik tersebut di Hotel Amjad Al Bit, di Jalan Ajyad, 
so aku pilih la katil sebelah tingkap tu... heheheee

 
Syukur sangat, dapat bilik yang selesa, tandas yang selesa, dan tak jauh sangat nak ke masjid..  Rezeki sangat kami suami isteri... 

Kami sampai hotel awal drp roomate yg lain.. akhirnya dpt juga berjumpa roomate n berkenalan sembang2 dengan roomate.. then mandi2 bersiap2 nak ke Masjid, suami ajak buat ibadah umrah siap2.. sebab menunggu Tabung Haji menunaikam umrah sama2 lambat sket, kena berkumpul jam 11 malam.. Jadi, kami suami isteri nak selesaikan ibadah umrah kami terlebih dahulu... sebab kesian kat suamiku, lama sangat berpakaian ihram daripada Kelana Jaya lagi.. 

so, kami pergi ke masjid awal sebelum azan Maghrib berkumandang... Kiranya kami buat tawaf Umrah dulu selepas solat Maghrib, selesai Tawaf umrah, kami menunaikan solat Isyak dulu dan  selesai Isyak disambung Saie Umrah plak... Alhamdulillah jam 9 malam selesai sudah ibadah umrah kami suami isteri... Boleh lupa bawa gunting tertinggal dalam luggage, so bayar la 5 riyal kan makcik Arab tu memang cari duit kat tempat saie tu...

Kami sampai ke Tanah Suci Mekah awal.. so, jemaah Haji time ni tak ramai sangat.. mudah sangat nak Tawaf.. Tapi, nak cium Hajarul Aswad memang sokmo je ramai orang dan berebut2...

  
Alhamdulillah selesai sudah ibadah Umrah kami... 

Balik2 hotel, ada terhidang Makan Malam, Nasi Arab lagi.. Portion banyak plak sebekas... Bayangkan Hari tu jer 4x makan nasi... Daripada Sarapan Pagi, Tengahari, Petang & Malam... Mewahnya muasasah... Rezekiiii yang amattttt..

 
Aku dan suami share makan sebekas je.. sebab banyak sangat Nasi Arab ni dan kami kekenyangan makan Nasi banyak sangat... heheheee

Mewahnya makan Nasi je pada hari tu.. heheeee

Perjalanan  kami sama je tiap2 hari sementara menunggu Raya Aidiladha.. so sebulan lamanya kami di Mekah.. so, perjalanan kami sama setiap hari berjemaah di Masjid.. rasa rugi tak jemaah di Masjid sebab dapat pahala iktikaf masjidil haram & pahala menengok Kaabah... Balik dari masjid seronok dapat makan aiskrim Alasema sedap.. sr5 sebekas.. heheeee

Muasasah tidak menyediakan Sarapan Pagi.. Muasasah hanya sediakan Lunch & Dinner jer... so, Sarapan kegemaran kami setiap pagi, samaada makan di D'Saji, Tapau Nasi Arab @ Nasi Beriani di Zam-Zam Restaurant, Roti Canai kat Taste Of Spice dekat2 Abu Turki Restaurant tu, dan beli ayam kat Broast.. 

Time minum petang selepas Asar sementara menunggu Maghrib, selalu kami tak balik hotel.. kami suami isteri, akan lepak makan kat Al Baik di Hilton Suites kat Jabal Omar tu.. murah & sedap Al Baik tu... sebab nak masuk masjid sebelum Maghrib kena cepat.. sebab polis cepat tutup pintu nak masuk masjid.. so, nanti kena solat kat dataran @ jalan Tar... nasib baik dapat la solat kat bumbung masjid..

Di hadapan pintu masuk Hotel kami Maktab 81
Hotel Amjad Al-Bit dekat jalan Ajyad...
Jalan kaki lebih kurang 10min je.. 

Bagus khidmat Tabung Haji ni, di hotel kami disediakan hari2 buka untuk kaunter keluar duit (Bawa buku bank & lanyard pengenalan diri je) & hari2 klinik maktab buka (mengikut waktu yang disediakan)... nak pos barang pun mudah sebab di hotel kami ada kaunter pengeposan barang ke Malaysia...

Balik masjid mesti nak singgah beli Aiskrim Alasema ni... sedappp yg amatttt...

 
Bagus time Haji ni.. ke mana2 sahaja kami mesti pergi berdua.. masa time Haji ni la mengeratkan hubungan kami suami isteri lagi bertambah rapat.. susah senang bersama2... time musim Haji kan lama 43 hari yg kami dapat... Umrah sekejap sangat 10 hari je..
Rezeki kami dapat solat sunat dalam Hijir Ismail.. masa ni ramai gak orang, tangkap gambar cepat2, takut abg polis marah... heheheeee 

Ke mana2 sahaja, Jus Minuman Kesihatan Azzahra Pio & Argan Oil Pure From Morocco produk kakakku sentiasa ku bawa ke mana sahaja.. 
Setiap kali travel, memang ini je peneman ku... 

 
Posinggg di sana.. heheheee.. sebenarnya banyak lagi dalam Kamera ku... banyak sangat kenangan manis di sana... Rinduuuu Yang Amattttt.. huhuuuu

Time aku pergi haji ni, sketcher murah tau ada banyak offer sampai 80%.. sempat la aku grab kasut keja Hitam & kasut pink Go walk 3 yang banyak sangat membantu perjalanan ku menunaikan Haji ni.. suami ku pun grab Go Walk 3 sketchers gak...


 
Murah2 diskaun dia.. murah daripada Harga Malaysia...

 
Aku berkenan hijau yg ni... tapi size Afiqah xda plak.. semua size kids besar...
Murahkan kasut keja i .. heheheee

Kasut yang sangat2 membantu perjalanan ku..

Tak sakit kaki langsung pakai kasut ni.. rasa ringan jer berjalan... malam plak ada cahaya di sekelling kuning tu... murahhh yg amat offer.. NP: sr429, Offer dpt sr129 je... tinggal 1 ni jer.. kebetulan size aku plak tu.. rezekiiii.. :) :) :)

Panjang sangat aku membebel... hahahaaa.. nanti aku cter kisah suasana kehidupan ku & suami di tanah suci mekah ya..

Now nak cter suasana di Arafah, Mudzalifah, Mina...

ARAFAH - MUDZALIFAH - MINA 

Sebelum hari masyair, perasaan diriku sangat berdebar2.. Tak dapat bayangkan ketika berada di Arafah, Mudzalifah & Mina macamana keadaannya... tempat yang sangat bermakna & insyaallah Doa yg sangat mustajab ketika itu.. 
Tarikh yang sangat bermakna iaitu pada 9-13 Zulhijjah itu sahaja untuk semua Jemaah Haji seluruh dunia..

Seminggu sebelum ke Arafah, aku diserang batuk & selsema, sampai hilang suaraku.. siap diriku pergi jumpa Doktor di Klinik Maktab ketika suaraku Rock sampai tergelak doktor ketika aku menjumpainya..
Ketika itu, aku request kat Doktor, nak ubat batuk & selsema yang tidak mengantuk.. Ubat yang berkesan dan sangat kuat bagiku.. Aku makan cepat elok doktor bagi ubat tersebut.. selain itu, Diafflam Spray yg dibawa dari Malaysia memang sangat2 membantu ketika diriku batuk & sakit tekak.. Ada bawa Nosk, tapi masa tu aku tak pakai.. sebab aku tingat pakai Nosk ketika umrah pun batuk, apa kata aku tawakal n tak payah pakai Nosk.. Alhamdulillah aku ok..

Subhanallah.. Masyaallah.. Dengan izin Allah semuanya mudah untuk diriku & suami.. Sepanjang berada di Arafah - Mudzalifah - Mina, di tempat yg sangat bermakna ni, Allah memberiku kekuatan yang sangat luar biasa, Allah memberiku tenaga, Allah memberiku kesihatan yang baik.. Alhamdulillah ketika di Arafah - Mudzalifah - Mina, diriku tidak batuk.. diriku sihat.. Allahuakhbar.. Alhamdulillah.. Allah perkenankan doaku...

Allah perkenankan doaku agar diriku sentiasa dipermudahkan dalam mengerjakan ibadah Haji ini.. Alhamdulillah..
Insyaallah semoga diriku & suami mendapat Haji Mabrur.. Amin

8-9 Zulhijjah 1438H - Arafah

Di khemah2 Arafah, dugaan pertama adalah ikut Nombor di lanyardku, tempatku sebenar di hadapan kipas hujung kanan.. Tetapi jemaah lain yang naik bus awal daripada ku telah mengambil tempatku.. Takpa la, bagiku ketika itu bukan rezeki nak tido situ.. 


 
Suasana dalam Khemah Arafah...

Tapi Allah Maha Adil, Allah memberiku ruang ke tempat ruang yang lebih selesa.. rupanya ada 3 kipas di tempat baruku itu (rezeki ada permintaan tambahan extra kipas oleh jemaah lain).. Bayangkan di belakang, di kiri kanan hadapan ku ada kipas.. seronoknya ketika ini.. Tak rasa panas langsung dalam khemah Arafah.. 
Nasib baik tak selsema ketika ini, sebab jenis kipas yang keluar angin bersama percikan air tu berhampiranku.. sampai embun basah beg ku.. Dah macam kabus menimpa dalam khemah ku... Nasib bek ada bawa extra plastik untuk cover beg2ku kena percikan air kipas... heheee

Dugaan di Arafah lagi, ketika mengambil wuduk di toilet, Allah telah mengujiku sesat.. Punca sesat disebabkan aku biasa pergi toilet yang jalan lurus.. tetiba ketika itu toilet yg aku biasa pergi tu penuh, aku ikut jemaah lain ke toilet lain.. Akibatnya, diriku tidak jumpa khemahku sebab di Arafah, tanda blok no khemah hanya berada di pintu masuk utama sahaja.. Aku pusing2 sampai masuk ke maktab lain.. Mujur, ketika itu Allah membuka mataku memandang jalan utama.. 

Nasib bek di jalan utama ada Maps Board ke arah khemahku.. melalui maps board tu la, aku pun perhatikan maps tu betul2, rupanya aku perlu jalan di laluan lorong Khemah Blok L, M, N (N adalah khemahku).. masa awal2 turun bus, aku ni ikut jemaah lain yang naik bus sama2 ku.. tu la akibat ikut je orang daripada belakang, tanpa mengkaji blok khemah diriku sebenar.. heheee

Agak2 berapa kali diriku sesat di khemah Arafah? 
Macam tak caya 3x sesat.. heheheee
Landmark sesat, aku akan pergi ke Jalan Utama.. sebab jalan utama la ada board No Maktab & Board Blok khemah masing2..

9 Zulhijjah ~ Doa di Arafah yang sangat2 dinanti2kan,
Selepas solat Zuhur berjemaah, masing2 berdoa kepada Allah.. ketika itu semua malaikat turun dan berada berhampiran kita.. Ketika waktu puncak itula, memang telah di uji cuaca yang panas.. ketika itu, semua jemaah berdoa tidak kira cuaca apa ketika itu..
Tapi rezekiku, Allah makbulkan doaku, tempat aku landing daripada pagi2 lagi aku & suami cop (daripada sungguh panas nak solat ketika itu terus menjadi redup).. Syukur Alhamdulillah dapatla aku berteduh & berdoa.. Semoga doa2ku dimakbulkan Allah. Amin..


 
Suasana di Luar Khemah di Arafah...

Minum petang sama2.. kami berenam ni memang sangat rapat.. ke mana2 sahaja mesti kami sentiasa bersama... terima kasih sahabat baru... 

Masa tu, ramai jemaah diuji oleh Allah.. Ada yang bersembang.. Ada yang tido.. Macam2 ragam jemaah lain.. Semua itu ujian Allah kepada hamba2nya.. Teringat youtube ceramah Ustaz Shamsuri, ceramah tersebut la ustaz beritahu, waktu yang ditunggu2 untuk terus berdoa tanpa henti sebelum gelincir matahari terbenam..
Masa yang sangat singkat untuk terus berdoa..

Sebelum gelincir matahari, maktab kami diberi arahan untuk menaiki bus awal ke Mudzalifah.. sementara menunggu bus bergerak, boleh terus berdoa dalam bus juga.. Nampak ramai jemaah dari negara lain berdoa di tepi jalan ketika itu.. 




Masa ni dalam bus nak ke Mudzalifah..  Masa ni semua tak berhenti berdoa.. jemaah dari negara lain turut berdoa tepi jalan termasuk driver bus... azan Maghrib berkumandang, driver bus baru bergerak ke Mudzallifah...




Selepasnya gelincir matahari & azan maghrib.. bus terus bergerak ke Mudzalifah.. Sampai di situ, terus jemaah solat Jamak Tamam Maghrib & Isyak secara  berjemaah.. Bermabit di Mudzalifah, sampai aku terlena di carpet yg berbumbungkan langit yang luas... 

walaupun telah dibekalkan batu melontar ketika berada d Arafah, tapi ramai juga jemaah mengutip batu2 d Mudzalifah termasuk suamiku mengutip batu mengikut cara Rasulullah😊

Selepas tengah malam, bus muasasah mula datang.. Ketika ini, memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab ramai sangat ketika ini jemaah tidak sabar berebut2 naik bas.. 
Semua tidak mengikut no lanyard masing2.. semua tak sabar.. huhuu

Bayangkan jemaah sampai lambat, tapi nak naik bus awal untuk cepat sampai di khemah Mina.. 
Ada yang kena DAM ketika ini, sebab tidak bermabit d Mudzalifah mengikut tempoh waktu bermabit yang betul.. Wallahualam..

Ketika ini Petugas Haji pun memang kepenatan la.. Petugas Haji pun manusia biasa juga yang sama2 kepenatan bersama2 semua jemaah Muasasah.. masa ni memang pengurusan naik bas sangat huru hara.. Aku pun daripada sabar  pun boleh hilang sabar.. Allahuakbar.. Masa ni kena istigfat banyak2.. sebab diriku & suamiku jemaah muda yang sangat2 banyak mengalah dengan jemaah yang lebih senior..  dan masa tu semua dah kepenatan.. masing2 berebut..

Syukur la sangat2 dapat roomate yang sentiasa cop tempat duduk kami di dalam bus.. Bukan kami tak mau cepat naik bus, tapi bagi peluang kat makcik pakcik naik bus dulu.. Rezeki diriku & suami dapat juga naik bus sama2 dengan roomate juga akhirnya.. Alhamdulillah 😊

=> 10-12 Zulhijjah 1438H - Mina
(Maktab kami m mang telah ditentukan oleh TH bahawa maktab kami dikehendaki Nafar Awwal..

Sampai je di khemah Mina, diuji sekali lagi di mana tempat kami diambil orang juga.. tapi kami bertiga (roomate yg sentiasa bersama) bentang je tikar hijau (yang diberi oleh TH di Kelana Jaya) di ruang mana yang kosong untuk tempat kami tido nanti.. 

Planning untuk ke Mecca mengerjakan Tawaf & Saie telah dirancang oleh kami di hotel lagi..
Masa ni semua berkumpul dengan pasangan suami isteri ( 3 suami & 3 isteri) terus nak ke Jamratul untuk pergi melontar  melalui terowong Moasem menuju ke Jamratul Aqabah & selepas itu terus berjalan @ naik teksi ke Mecca.. 

tapi kami nak buat Tawaf awal disebabkan risau ada roomate kami akan period dalam masa terdekat.. sebelum keluar ke pintu utama khemah Mina, kami ada beritahu kepada ustaz yang  bertugas di khemah kami.. Ustaz tu cuma mengambil 
Nama & No maktab sahaja..

Ketika ingin melepasi pintu masuk utama hendak pergi melontar, aku & suami ditahan oleh Ketua Muasasah khemah kami. Tak kan la aku & suami nak menipu cakap nak pergi bersiar2 shopping kat luar khemah kot😂😂😂
Terpaksa la bercakap jujur & kantoi plak.. sebab kami tidak mengikut tabung haji kerana jadual TH mengerjakan tawaf saie selepas selesai melontar 12 Zulhijjah..

Xpasal2 rakan2 roomate kami kena tahan juga.. punyala kena ceramah dengan ketua muasasah ketika itu.. Dia kata time tu ramai orang la, bahaya la.. 

Tapi ketika itu kami redha kejap sebab macam2 terpikir masa tu.. Risau gak kalo pergi melontar ketika itu.. betul ke apa yg diperkatakan oleh ketua muasasah tu..

So, Kami berehat seketika di kuar khemah kejap.. ketika itu kami perbincangan  bersama2 samaada nak ke Mekah dulu @ ke Jamratul dulu.. macam2 plan terdetik ketika itu.. 

Kata sepakat telah disimpul, kami berenam pergi melontar dulu then terus berjalan ke Mekah.. 

Masa ni hati ku memang kerisauan je.. sentiasa  berdoa sebab takut kata2 ketua muasasah tu betul.. Sepanjang berjalan 3.5km dari khemah kami ke tempat melontar tu, kami ada terbabas sket terlepas sket dari tempat jamratul Aqabah.. Almaklum, aku & suami ni ikut je ketua kumpulan (Beliau pernah mengerjakan Haji dulu, ini Haji ke-2 untuk beliau suami isteri).. Almaklum diriku & suami tak pernah sampai kan.. Tapi mengikut tertib, memang kami suami isyeri dah kira dah jumpa 3 jamratul.. tapi kami diam kan je.. 

Bila terlepas tu, kami berpecah untuk berpatah balik mengikut jalan bertentangan.. pergi ke tempat melontar tersebut, Alhamdulillah ketika itu, Allah memberi laluan kepada kami semua.. polis yg ramai di tempat melontar tak perasan kami berjalan arah bertentangan.. masa tu berlari mcm apa entah.. heheheee 😆😆
Ya Allah Syukur sangat ketika ini... kami semua dipermudahkan & tidak berlaga dengan jemaah lain.. Alhamdulillah selesai juga melontar 7 biji Jamratul Aqabah.. Amin..

Terus berjalan ke Makkah.. Ada signboard besar kat situ..Nama Restaurant Al Baik sangat besar landmark dari jamratul ke Makkah.. 

Masa ni suamiku di uji sakit kaki sebab pakai selipar jer.. Sebab lelaki belum bercukur, so masih dalam ihram.. kami wanita dah bergunting selepas melontar 10 Zulhijjah tu.. Lagipun aku memang pakai kasut.. Lega juga la kaki ku.. 

Jauh juga rupanya perjalanan daripada Jamratul ke Masjidil Haram lebih kurang assume 7km.. Di tengah jalan tahan taxi semua mahal, SR 100 setiap seorang.. Punyala mahal.. sedangkan kos sepatutnya xsampai SR 50 pun sebab kitaorg dah halfway berjalan... 

Halfway berjalan, jumpa juga Barber.. dapatla suami2 semua bercukur.. Lega dah suamiku dapat pakai kasut..

Kesabaran yang tinggi kami berenam berjalan sampai jumpa masjidil haram.. masa tu pintu ditutup & dikawal oleh ramai polis2.. berpusing jauh gak time tu.. Akhirnya dapat gak solat Subuh di Masjidil Haram.. Nak masuk Masjid asal memang tak dapat la.. Hanya Expansion King Fadh je yang buka.. punya la jauh berpusing.. 

Masa ni, dapatla tengok anak2 Arab dan rakyat seluruh kota Mekah datang ke masjidil haram untun mengerjakan Solat Sunat Aidiladha.. Wanita2 muda Arab tidak berniqab, masing memakai baju raya dan bermakeup.. Wahhh cantiknya mereka.. anak2 arab berpakaian Gaun baju raya.. comel2 sungguh anak2 kecil seronok mengikut ibu bapa masing2 menunaikan solat sunat Aidiladha.. ketika ini teringat anak2 di Malaysia.. berhari raya tanpaku di sisi 😂😂😂

Sayu & syahdu hatiku ketika ini, dapat mendengar laungan Takbir Raya oleh Imam Masjidil Haram.. Allahuakhbar.. teringat keluarga tercinta di tanahairku.. huhuu

Terus g sarapan Nasi Arab & Teh Susu.. then terus berjalan ke hotel.. tido dulu & basuh baju dulu.. then mandi & bersiap ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf & saie sebelum Solat Jumaat..
Masa tawaf & saie, kami berenam berpecah mengikut pasangan masing2...

Masa ni Tawaf & Saie tak ramai sangat orang sebab ramai jemaah Haji yang lain mungkin berada di Mina lagi..
selesai Saie pusingan ke-4, kami suami isteri stop dulu.. sebab nak masuk amik tempat solat di dalam Masjid.. tempat Saie bukan sebahagian masjid.. rugi solat situ tak dapat pahala iktikaf Masjid & pahala tengok kaabah.. 
1st time dalam hidupku mendengar Khutbah Jumaat & menunaikan Solat Jumaat 2 rakaat.. di dalam masjid ini ada juga diasingkan tempat wanita solat jumaat.. Ya Allah mudahnya diriku mendapat tempat.. Allahuakhbar.. walaupun tidak faham apa yang dikatakan dalam Bahasa Arab tapi perasaan gembira dapat juga merasa solat Jumaat pada hari Raya Aidiladha.. Alhamdulillah 
Selesai solat Jumaat, terus sambung balik abiskan 7 pusingan di tempat Saie..

Alhamdulillah selesai sudah Tawaf Haji & Saie Haji diriku & suami..

Pengalaman yang sangat bermakna & sangat menghargai setiap perjalananku bersama suami & sahabat2 yg lain.. 
Mecca (Hotel) - Wukuf di Arafah - Mudzalifah - Mina - Mecca (Tawaf&Saie) - Mina - Mecca...
Syukran Ya Allah

Tak dapat bayang ketika Ustazah announcement pada 12 Zulhijjah lepas maghrib tu, bahawa Maktab kami akan Nafar Awwal..

Tengok wajah berseri2 makcik2 happy je, semua tersenyum gembira sampai ke telinga.. Berjaya menamatkan hari masyair di Mina (nafar awwal) dengan berjaya.. Alhamdulillah. Insyaallah.. Semoga kami semua mendapat Haji yang Mabrur. Amin 😊

Pendapat Ustazah TH :

Tidak dikenakan DAM sekiranya telah menepati syarat nafar awal..

  1. Telah sempurna bermalam utk 2 malam 11 Zulhijjah dan 12 Zulhijjah...

  1. Telah sempurna melontar utk 11 Zulhijjah dan 12 Zulhijjah...

  1. Keluar sebelum tenggelam matahari dgn niat tidak akan kembali lagi ke Mina...

  1. Berniat di bumi mina...

  1. Bila dah nafar awwal mereka dikecualikan utk melontar hari 13 Zulhijjah dan bermalam pada malam 12 Zulhijjah...

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ku & suami mengerjakan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan Ibadah Haji..

Ya Allah betapa indahnya & seronoknya diriku antara insan terpilih mengikuti pakej muasasah hanya bayaran RM10k (subsidi kerajaan RM10k untuk pertama kali haji), banyak kita belajar tentang erti perjalanan, kepayahan, kesusahan & toleransi di antara satu sama lain..

Ada hikmahnya pakej muasasah, hotel kami (Amjad Al Bit di Jalan Ajyad) ke masjid sejauh 600-700m.. mengajar & exercise stamina kaki untuk berjalan lebih jauh.. Bayangkan kami dah biasa jalan jauh ulang alik solat di Masjid.. 

Disebab kan pada pagi Hari Raya Aidiladha, kami berjalan jauh lebih kurang 7km (jamratul ke hotel).. Masa Tawaf Haji & Saie Haji pada hari yg sama, tak terasa letih langsung.. tiapa apa yang nak didustakan.. Ya Allah, Nikmatnya ketika itu..

Lepas Asar kami menaiki teksi MPV ke Mina semula dengan caj sr30 seorang.. Tqpi jalan banyak tutup, driver taxi tersebut stop kami di kawasan khemah Arab Saudi.. dapatla kami merasai suasana khemah Arab Saudi & dapat melohat masjid mina.. kami sesat ketika ini.. jalan alternatif kami ke tempat melontar jamratul semula & patah baik ke moasem untuk mencari khemah Malaysia..
Alhamdulillah selamat juga jumpa khemah sendiri.. Di Mina khemah senang cari sebab gantung ikut gambar benda.. maktab kami lorong penukul.. senang nak cari.. dekat dgn toilet juga.. insyaallah tak sesat.. Alhamdulillah 😉

Dengan menunaikan ibadah Haji ini dapat mengajar kita erti KEHIDUPAN sebenar yang lebih baik.. Banyak mengajar ku erti pengorbanan Rasulullah ketika itu dan sahabat2 beliau.. Pelajaran dan pengajaran yang tak mungkin kita dapat diperolehi di mana-mana.. Hanya semangat & kesabaran yang tinggi je Faham erti tersebut 😉 Banyak pengajaran aku peroleh di Arafah & Mina ketika itu.. semua jemaah kena bersedia untuk tido berhimpit sempit.. kena sabar.. paling seronok time baling2 buah epal & maggi indo mie.. kul 1 pagi lapar n cari air panas makan maggi cup... di khemah banyak gak la asik makan maggi cup indo mee je ni.. nasib xpening pagi2 makan maggi.. heheheee😆😆😆

Diriku akui memang melalui Zon tidak selesa..  Tapi sentiasa berdoa di Arafah & Mina inila Allah menguji kita..

Selepas subuh pergi melontar 3 jamratul.. Allah mudahkan..  balik daripada melontar tiap2 hari jumpa jemaah Malaysia sesat.. 

11 Zulhijjah jumpa makcik yang semput sampai mengigil tangan dia sebab terlalu lama sesat.. Allahuakbar kesiannya makcik ni.. nasib baik tidak mengancam nyawa makcik tersebut yg  berjalan berseorangan & ditinggalkan rakan2.. nasib jumpa kami berebam & kami hantar balik ke Khemah..
(Dengan tiada sticker khemah di Mina, nasib makcik ni ingat maktab mana)..

Itu semua DUGAAN.... Allah menguji hambanya agar mengikut perjuangan & pengorbanan Rasulullah.. 

Pengalaman Manis yang tidak dilupakan.. Seronoknya mengerjakan ibadah Haji.. Terima Kasih Ya Allah memberiku menunaikan Haji ketika muda & kudrat ku masih kuat bertenaga lagi.. Alhamdulillah..

RAHSIA MINA

Mina adalah tempat semua jemaah Haji bermalam selama 3 malam  dan membuat lontaran di Jamrah. Di sini disediakan khemah dan bukan dikendalikan oleh Tabung Haji. Ia dari Muasassah Asia Tenggara. 

Pertambahan kuota yang sangat mendadak menjadikan kepadatan khemah meningkat kepada status paling tidak selesa. 


Bayangkan 1 khemah muasasah lebih kurang 200 orang.. huhuuu


TANDAS

Isu tandas ni yang paling lawak, diriku beli corong paip yg boleh terus ke botol kalo nak membuang air kecik.. tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku.. takde la sampai nak kena pakai corong.. sempat masuk tandas dulu.. heheee

Kat tandas Mina ni memang kena KESABARAN yang tinggi.. kena Sabar menunggu untuk ke tandas.. Nak mandi lama2 memang kena sound la.. tapi aku mandi juga, air shower tu memang panas.. basuh badan tahan la lagi air panas tersebut, tapi basuh kepala memang mandi pakai air mineral je..

hari pertama bermalam di khemah Mina, aku mandi selepas balik melontar.. Pagi tu bangun kul 2 pagi memang tak sempat nak mandi sebab air kehabisan.. berbekalkan 1/2 air botol mineral sahaja yang di share2 dapat la membasuh sket najis membuang Air kecil.. time ni bangun kul 2 pagi beratur memang panjang sungguh..

Keesokan harinya, bangun kul 1 pagi, baru ok sket tak ramai sangat beratur.. boleh mandi siap2.. lepas solat sunat, boleh tido dulu sebelum azan subuh.. lepas solat subuh terus g melontar...

Paling kritikal makcik2 yang tak tahan nak ke tandas. Masa menunggu untuk tandas ada yang mencecah 2-3jam. Ada juga yang kencing di botol dan ada juga yang kencing di lampin pakai buang atau tuala wanita... itu semua dugaan masing2...

Kerana tidak mahu ke tandas, ramai juga yang tidak minum air mencukupi.  Tapi bahaya gak takut hydration..

Balik daripa Mina, memang tangan kena gatal2, maybe air tidak berapa bersih kot. Wallahualam..

Keadaan bertambah buruk, di luar khemah air sampah mengalir sangat kotor.. mana taknya, jemaah mengambil wuduk di tong sampah di luar khemah.. tenaga pekerja budak2 berumur 10 tahun mana larat nak mengangkat sampah yang berat air.. 

Diriku nampak, budak tersebut membuang air sampah dlm plastik sampah tersebut ke lantai di luar khemah (jemaah amik wuduk di dlm tong sampah tersebut).. air dah tuada dalam plastik sampah, baru mereka ikat.. Begitu sekali pengurusan di luar khemah Mina.. huhuuu

Barula ku tahu erti kesabaran di Mina..

Memang itu sahaja yang diperuntukan untuk kita... Bukan muasasah je k adaan khemah begitu.. pakej pun sama menerima nasib muasasah..

Nak khemah selesa, bayarlah tambahan sr5k utk khemah selesa sahaja..

Bersyukurlah... dengan dugaan & pengajaran ini dapat mengajar erti kesabaran .. Ada juga tandas untuk kita.. Ada juga tandas untuk mandi sket2.. 

Kita kan Muassasah, terima lah seadanya.. Ni baru dugaan kecik je untuk kita... sentiasa bersabar & istigfar banyak2.. 😁 
 kesusahan. 

Padanla ramai jemaah yang berulang alik dari Mina ke Hotel Mekah.. dan pulang semula ke Mina separuh malam untuk bermabit.. Hati2 jangan sampai kana DAM disedapkan tidak cukup waktu bermabit di Mina.. 
ramai yang bermabit di kawasan dekat2 tempat melontar.. lepas subuh terus melontar 3 jamratul & solat di tempat yang di sediakan oleh polis di tempat melontar..

semoga diriku dapat berpeluang kembali lagi ke Arafah - Mudzalifah - Mina.. Semoga mendapat panggilan haji kali kedua.. 

Ada yang berpendapat menyekat kuota orang lain tetapi rezeki Allah beri, hanta Allah yang merancang semua itu..

#Allahthebestplanning

Semoga jemaah yang lain & menjadi Insan terpilih sebagai Dhuyufurrahman.. kita bukan sahaja mendapat pahala pada ibadah kita diri sendiri. Tetapi Kita akan mendapat pahala yang sentiasa membantu jemaah lain & tidak menyakiti sesama jemaah..

Teringat plak roomate kena sound lantang sebab mandi.. Apa salahnya mandi sekejap.. bukannya roomate tu membasuh baju pun.. huhuu

SABAR itu adala keimanan seseorang.. Kemabruran Haji seseorang itu hanya Allah sahaja yang tau.. hendak mendapat Haji Mabrur, kena complete iman & kesabaran yang tinggi dalam ujian yang dihadapi..



Sekian, Wassalam coretanku..