Nuffnang Ads

Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Semangat Berjiran di Taman Sri Tanjung, Semenyih...

Jiran... oooo Jiran... Ingat tak cter Seniman Bujang Lapok Arahan P.Ramlee.. kisah hidup berjiran dikalangan masyarakat kita.. macam2 ragam hidup berjiran ni.. kalo yg baik kita perlu beryukur..

jiran ni ada macam2 perangai.. macam kita gak.. semua orang berbeza cara & pendapat.. Ada gak yg cakap besar, ada gak yg berlagak, ada gak yg busuk hati.. pepatah berkata "Tepuk Dada Tanya Lah Selera".. hehehee:P

Bagus hidup berjiran ni.. Tapi yg penting, kita tak perlu mengata2 jiran yg lain.. Aktiviti tak sihat & nanti akan kena kat kita balik.. huhuuuu.. minta dijauhi kan..

Begitu juga dengan persahabatan.. Al-Hamdulillah kawan2 aku di class kami still berhubung sehingga kini & mahu best friend forever (bff).. Insyaallah.. Begitu juga di opis.. Insyaallah semua ok.. Terima Kasih Ya Allah...

Cter pasal jiran topik kita hari ini.. coz aku saje tengok gambar2 lama dalam external hardisk.. Tertengok plak gambar kami semua saling bantu membantu dalam menjayakan Jamuan Raya Jalan Sri Tanjung 23, Taman Sri Tanjung.. memang happy masing2 & bekerjasama walaupun ada gak yg xberapa ok.. Tapi, abaikan jer.. Dah memang sifat masing2, so kita sebagai jiran, xperlu amik tau.. Aku pun, balik keja dah lewat nak malam.. Nak sembang pun xda masa... Kalo berjumpa bersemuka senyum2 & sembang pasal anak.. itu jer.. :)

Semangat kejiranan merujuk semangat sentiasa membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dlm kehidupan seharian kita. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada byk cara yg boleh dilaksanakan utk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya saling memerlukan di antara satu sama lain... Dah macam ayat karangan Bahasa Melayu plak aku ni.. heheee:P

Aku start duduk umah ni bulan 12 tahun 2010.. kiranya nak masuk 2 tahun.. sekejap jer masa berlalu kan.. Rumah ni aku beli bulan 10 tahun 2009.. kiranya projek perumahan rumah ni memang cepat & cf pun cepat dapat.. Al-Hamdulillah... 


Gambar yg aku tunjukkan ni, Jamuan Raya 2011.. memang meriah & saling membantu.. Tapi, tahun lepas dah xda majlis macam ni.. Rasa macam tak seronok plak.. Puncanya, Jiran A bergaduh dengan sebelah rumahnya (Jiran B).. Jiran B berkait plak dengan Jiran C.. Then semua dah bermasam muka.. Jiran A cter lain.. Jiran B cter lain plak.. Jiran C cter lain plak.. so, biarlah diaorang selesaikan sendiri masing2.. Yang pasti, kita buat hal sendiri & hal masing2... Jika memerlukan bantuan, kita membantu.. :)

Tahun 2011, kami ada program rukun tetangga  di kawasan perumahan.. Tahun ni 2012, xda plak.. Punca nya, bila rukun tetangga berjaga malam, dah tentu kutip duit untuk upah security la.. macam2 la.. Tapi, duit kumpul hilang ke mana.. Biasa la, semua isu main duit.. dah macam politik plak.. hehee.. Abaikan jer, bergantung kepada keikhlasan masing2 untuk memberi sumbangan.. 

Yg jadi persoalan, ada berpuak2 plak tu.. macam2 la taman ni.. Yg jadi kemarahan semua disebabkan, kutip duit setiap umah untuk beli torch light, kunci mangga la , baju keselamatan la.. etc.. Tapi, anak kunci pun xbagi (mangga kat pagar kiri kanan umah).. Malas nak minta, tau fikir sendiri la nak bagi kat kami semua.... 

Yg plg jadi kisah kami, sampai nak beli papan karom guna duit kelab kami.. Apa kes???? sampai mamat sorang ni boleh minta duit kat Bendahari kawasan, untuk beli karom bagi orang yg menjaga malam berhibur.. Apa kes???  Sampai Bendahari pun letak jawatan, tak mau bersubahat.. Bendahari kakitangan keja kerajaan & seorang guru.. memang baik orangnya.. isterinya kamceng denganku..

Korang nak berhibur ker nak jaga umah.. Kalo dah nama main karom, penyangak lalu sebelah pun korang tak perasan dok leka melayan karom.. kalo sembang2 isap rokok tu lain cter.. Mata masing2 boleh memerhati sekeliling kan.. itu la punca pertama yg semua pertikai kan.. 

Now??? en.suami pun malas nak join group lepak malam berjaga tu. En suami cakap, suka cter isu yg sama & mengumpat hal orang.. Ingatkan perempuan jer suka jaga tepi kain orang.. Rupanya lelaki pun sama.. hahahaa.. Dunia sekarang, lelaki & perempuan dah takda bezanya..

.. dan bila bab ke surau & pergi solat jemaah, tak nampak plak batang hidung.. Tak pa la.. fikir la masing2.. Hal dunia kena la jaga masing2.. Aku pun bukan nyer perfect.. Ada kelemahan & kelebihan..

Aku pun just sharing kerana aku rindu suasana sepertu dulu kan best.. Tapi tak kisah la, yang penting, aku masih baik berjiran sebelah menyebelah & saling tukar menukar pinggan hidangan.. Terasa rindu suasana kampung kan.. :)

Bagiku, mesti dihidupkan semula program rukun tetangga semula.. Ia berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.  Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan sendiri dan keluarga. 

Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan. Senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga merupakan aktiviti yang mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Di majlis ini, jiran tetangga yang datang dapat bertemu dan beramah mesra, saling bertanya khabar. Sambil menyelam minum air, secara tidak langsung pertemuan ini akan menjalinkan kemesraan. Sekali gus hasrat kerajaan untuk merealisasikan perpaduan dan kejiranan akan menjadi kenyataan.


Jamuan Raya Jalan Sri Tanjung 23, Taman Sri Tanjung, Semenyih...

Seronok kan kaum ibu, saling membantu gotong royong..


  
Sediakan arang untuk bara api.. Kita panggang kambing..

Jiran yg baik..

ibuku antara org kuat di jalan taman umah kami..


goreng bihun untuk makan bersama2 dengan kambing bakar, ikan bakar, hotdog, etc..



Sekian, terima kasih.. Rindu memori ini..

Insyaallah, ada rezeki, tahun depan kita gotong royong..

P/S : Syukur AL-Hamdulillah, aku beli rumah kat taman ni.. semua melayu.. semangat kejiranan sungguh tinggi.. Dulu, kami tinggal kat Jalan Klang Lama.. Majoriti penduduk di situ, balik keja tutup pintu.. masing2 dah penat bekerja di metropolitan..

Seronok sebenarnya kejiranan saling membantu.. :)


Wednesday, September 28, 2011

Ketuk2 Di Dapur & Jamuan Raya Pot Luck di opiz ku...

27 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wr. Wt.

uiiittttt... Dah lama tak berblog aku ni.. Balik kursus.. sibuk2 jer memanjang.. Al-maklum.. time nak abis2 Syawal ni, byk btul jemputan Jamuan Raya setiap cawangan buat... Termasuk Jamuan Raya bahagian kami.. Memang best dan meriah.. Memang kami saling bekerjasama di antara satu sama lain.. Memupuk silaturrahim.. "Buang Yg Keruh Ambil Yg Jernih".. Memang Transformasi la kita semua.. Syukur Al-Hamdulillah...


Pejam celik.. pejam celik.. sekejap jer nak abis Syawal... Di kesempatan ini aku nak wish pada semua...

ketuk2 di dapur kali ni, aku bawak Rendang Ayam & Macaroni Goreng... Rendang ayam xupload gmbr lagi.. belum edit lagi.. Rendang ayam dlm camera.. Time nak tangkap rendang, boleh plak hp camera hang... camera hp sempat tgkp gmbr macaroni jer... heheee:P


"
"
"
"
"
"
"

MACARONI GORENG...

 Bahan2 Tambahan : Mushroom, hotdog, daging cincang, 
fish cat.. (xkisah nak letak apa2 bahan pun..)


Bersepah2 dapur aku.. Nasib bek dah kawen, kalo x, dah kena reject dgn mak mentua dah.. 

 2 paket Macaroni telah siap di masak...

"
"
"
"
"
"
"

jom.. layan gambar2 kita berposing di Jamuan Raya Opiz kami plak... sori la baru nak upload :)


             Preparation b4 start..



                                                                                                Para tetamu mula hadir.. 

Kami sekeluarga... "Happy Family"

Juadah kami... sedapnya :)



"
"
"
Jomm kita men games dulu.... 
susun duit syiling atas gelas& sape cepat keluarkan duit kertas dr sampul.. :)

       


Dato' sungguh sporting..

 kira duit raya ke dik?? kui3 :P

 Bos2 yg sporting....



Juara Wanita & Jejaka yg menang "Pakaian Tercantik"

"
"
"
"
"
"
"

Adegan seterusnya...
Mari kita tapau... kui3


muka masing2 tekun membungkus.. :P


 Dah abis dah... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...



 
Buah pauh di tengah bendang

Jadi dagangan di tengah laman

Saudara jauh datang bertandang

Kepada Semua Warga JKR kami Alu-alukan

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia serta hadirin sekalian. Kami berasa sungguh gembira kerana pada 27 September 2011 kita dapat bersama-sama berkumpul meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.


2. Adalah menjadi harapan saya agar majlis seumpama ini akan memberi peluang kepada semua warga JKR untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.



3. Walaupun semangat kekeluargaan di tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, KITA BERKONGSI, KITA BERJAYA’


4. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan ini.


6. Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga JKR dan juga hadirin sekalian.

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Mari menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas Daripada Saya kepada uols... muaahhss.. sayang awak semua....