Nuffnang Ads

Sunday, December 12, 2010

Makan2 Anniversary..

xda apa nak cter.. just aku happy sangat2 family kami dpt berkumpul bersama2 .. along (kakak tercayang) buat anniversary perkahwinan yg ke 5 tahun di Villa Putri, KL sebelah PWTC tempat persinggahan penginapan mereka sekeluarga bila mereka berada di KL.. Kakakku mengajar di Kuching, sarawak dan menetap di sana...

Masa ni (11/12/10), aku tengah berpantang 31 hari.. Baby yg kedua (Arwah Hafiz).. kiranya semua orang lain makan sakan la.. aku just boleh makan spagetti jer coz spagetthi buat daripada beras.. so, xdapat makan laksa Sarawak.. xdapat minum ais.. banyak benda aku xbuleh mamam... huwargggg :((... huhuuu... pandang jer la labi.. hahaa..


so, kita sharing gambar jer la..  :)






Jom amik makanan... Abg Wan dgn aksi candid nya.. :D







 cucu2 ibu berkumpul...


  Ibu @ nenek melayan cucu..


 Maksu & Ateh.. adik2 ibuku..




 Aku interpremmm jer.. hahaa :P



Wednesday, December 1, 2010

Rahmat Di Sebalik Dugaan

Tajuk: Rahmat Disebalik Dugaan
Penerbit: Darul Nu'man
Pengarang: Kasmuri Selamat MA


Buku ni pemberian suami tercinta En. Fakhruz Zaem bin Hj.Amran pada 15 Nov. 2010 (Isnin) 6pm.. Mudah²an segala cobaan yg diturunNYA ada tersimpan sebuah rahmat dan dpt menjanjikan masa dpn yg lebih baik utk kita sume. TQ Sayang.. Luv u... muuuaahhhss-*



Sinopsis buku:
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.
Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT., mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.
Semoga buku ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan sentiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran, insyaAllah.

Assalamualaikum....
Segala puji bagi Allah SWT pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

KAU hanya bg ku merasa betapa nikmatnya mengandung pengalaman 2nd baby...aku bersyukur walaupun hanya 9 bulan aku bersama mu MUHAMMAD HAFIZ ZAEM... Ibu minta maaf kerana tak sedar yg dirimu sudah tidak bergerak di rahim ibu...nama yg selalu ibu dan ayah sebut2 (adik ngah/adik Qari) bila kau bergerak menendang2 ibumu..tapi itu semua tiada lagi..
Ya ALLAH Ya TUHANKU aku redha atas apa yg berlaku...ini dugaan dan cabaran yg besar kau bagi padaku dan suami. Insyaalah kita jumpa di sana HAFIZ...
 

PAHALA ORANG YANG KEGUGURAN ANAK
Sipnosis dari buku ini (page 78)

Muaz berkata, telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
"Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala kerananya."    (HR.Ibn Majah & Darimi)

Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam Neraka, maka dikatakan kepadanya : Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga."   (HR.Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :
"Bayi yang gugur yang telah mendahului-ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan dibelakangku."    (HR.Ibn Majah)

Dari Anas bin Malik ra telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
"Bila telah sampai hari Kiamat, maka seluruh anak-anak kaum Muslimin diseru supaya mereka keluar dari kubur mereka. Setelah mereka keluar, maka mereka diperintahkan supaya masuk Syurga, pada waktu itu mereka memohon :   Ya Allah, perkenankan lah orang-orang tua kami masuk syurga bersama kami! Kemudian perintah itu diulangi untuk kedua kalinya, mereka telah memohon :   Ya Allah, perkenankan lah orang-orang tua kami masuk syurga bersama kami! Maka diperintahkan sampai keempat kalinya, namun mereka tetap bermohon demikian, hingga akhirnya Allah berfirman :   Benar, orang-orang tuamu akan masuk Syurga bersamamu. Maka berlarilah anak-anak itu mendapatkan orang tua masing-masing, serta memegang tangan mereka dan mengajak orang tuanya masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya mereka mengenali orang-orang tua mereka melebihi dari anak-anak kamu yang ada di rumahmu."   (HR.Ibn Syahin)

Daud bin Hind berkata : Aku bermimpi seolah-olah hari Kiamat telah tiba, semua manusia dikumpulkan untuk menghadapi hari perhitungan amal, pada waktu itu aku diperintahkan untuk mendekati perhitungan amalku, maka aku meletakkan amal kebaikanku pada timbangan yang sebelah dan amal keburukanku disebelah lain, maka aku melihat amal keburukanku lebih berat daripada amal kebaikanku, sungguh pada waktu itu aku dalam kebingungan. Dalam keadaan demikian, tiba-tiba diberikan kepadaku sesuatu (kain putih), lalu diletakkan pada timbangan amal kebaikanku, lalu menjadi beratlah timbangan amal kebaikanku itu. Kepadaku ditanyakan : Tahukah kamu apakah itu? Aku menjawab : Tidak. Maka diterangkan kepadaku, bahawa itu adalah anakmu yang gugur pada waktu dikandung oleh ibunya dahulu.

Suhail bin Khandalah Al-Ansari adalah termasuk orang yang tidak mempunyai anak, maka ia berkata : Lebih baik aku mempunyai anak walaupun ia gugur pada waktu dikandung oleh isteriku, kerana dengan demikian aku akan memperoleh pahala olehnya.

Semoga ingatan ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan sentiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran. Insya Allah....

Monday, November 29, 2010

Bayi Meninggal Dalam Kandungan (Anak yg kukandung 9 bulan)

Kalau aku dok sendirian jer, mesti aku emo.. 
Kalau emo je, mesti asik teringat Muhammad Hafiz Zaem.. Bayi yg ku kandung 9 bulan.. 


uiiittttt... sempena hari emo aku (now tgh berpantang), mari aku kongsikan apa yang aku dapat sambil ber'emo tadi. moga korang dapat sedikit info dan takkan emo macam aku. :)
kubur Muhammad Hafiz Zaem yg dikebumikan pada 
10 November 2010 (10/11/10) selepas Asar...

Ibu minta maaf tidak dapat menghadirkan diri di pengebumian mu saya
ng.. masa ni ibu kena berehat.. ibu dlm pantang syg.. semua org suruh ibu rehat.. tetapi ibu sntiasa mendoakan mu dari jauh..... ibu sentiasa mengingati mu Hafiz....

Bayi ku Meninggal ketika 9 bln dlm kandunganku...
  
Ikutkan due doktor 16 Nov 2010 (Selasa).. Tapi aku sakit nk bersalin pada tanggal kelahiran Muhammad Hafiz Zaem pada 10 Nov 2010 -Rabu dlm sijil kematian)  pukul 2.55 pm (slps scan rupanya baby ku telah meninggal 5ari lps dlm kandungan - jangkaan Doc. scan 05 Nov 2010-Jumaat) rupanya Hafiz telah ke rahmatullah.. TQ Muhammad Hafiz Zaem beri ibu contraction utk merasa nk bersalin normal, kalo x.. aku tentu xtau yg dirimu dh mninggal lama dlm kndungan ibu.. tentu dh hancur jasadmu... walaupun xsmpai hati nk take ur pic.. dirimu sntiasa ibu ingat...
Aku redha dgn ketentuan Allah swt.. membuatkan aku insaf dgn kejadian yg Allah turunkan pd ku... Ada hikmah di sebalik kejadian ini...
Seberapa saat sebelum dikebumikan, ku sendirian di wad HUKM mengenangkan kejadian yg menimpa...
Ketika itu, dirimu bersama2 dgn Abah, Abangmu, Atuk, Nenek, pakcik2, makcik2, sedara-mara  & kawan2; terima kasih kpd yg hadir ke pengebumian mu.. 
Terima kasih juga yg hadir Majlis Tahlil walaupun dirimu telah berada di Jannah/syurga, tapi ibu n abah tetap mau buat utk Majlis Tahlil sedekah umat yg len juga...
KAU hanya bg ku merasa betapa nikmatnya mengandung pengalaman 2nd baby...aku bersyukur walaupun hanya 9 bulan aku bersama mu MUHAMMAD HAFIZ ZAEM... Ibu minta maaf kerana tak sedar yg dirimu sudah tidak bergerak di rahim ibu...nama yg selalu ibu dan ayah sebut2 (adik ngah/adik Qari) bila kau bergerak menendang2 ibumu..tapi itu semua tiada lagi..Ya ALLAH Ya TUHANKU aku redha atas apa yg berlaku...ini dugaan dan cabaran yg besar kau bagi padaku dan suami. Insyaalah kita jumpa di sana HAFIZ...

Tanggal 05-11-10 (Jumaat) bersamaan 28 Zulkaedah 1431 H adalah tarikh yg tak kan ibu dan abah lupa sayangku...tarikh ni lah kau kembali kerahmatullah. Kata doktor scan(Dr. India lelaki), 5 ari dirimu telah meninggal dlm rahim ibu...
Betapa sedihnya perasaan ibu dan abah bila dapat tahu degupan jantungmu henti sayang...hancur impian ibu dan abah selama ni. Betapa sedih lagi bila terkenangkan kelengkapanmu sayang... baju, towel, pampers, puting botol susu, semua ibu & abah dah sediakan sayang....ibu akan simpan semua tu sayang... Minta maaf sayang, ibu xtau dirimu sudah xbergerak dlm rahim ibu...

Tanggal 10-11-10 (Rabu) bersamaan  03 Zulhijjah 1431H jam 2.55pm (dalam Sijil Kematian), ibu selamat lahirkanmu sayang. Ibu bersyukur kerana selamat semuanya walaupun ibu tidak tahu kau dah tiada sayangku... 

walaupun ibu terasa contraction di rumah nenekmu time lunch hour mcm rs nk bersalin, mcm terasa ketika mlahirkan abgmu Qari .. ibu sempat mjamah madu 1spoon n minum sdikit air masak.. TQ azrun paksumu sayang yg telah mghantar ibu ke hukm.. Abah keja sayang time tu.. Nasib bek abah sempat dtg ke hukm di samping ibu semasa meneranmu sayang..
smua doktor & staff d HUKM trkejut kerana ibu ada contraction walaupun dirimu dh mningal 5 ari dlm rahim ibu... 
ketika scan/ultrasound br ibu mgetahui dirimu sudah tiada.. trus ibu xda smangat.. hilang sudah contraction nk bersalin, walaupun dh buka 9cm ketika smpai d hukm.. sehingga Doktor terpaksa induce bg ibu terasa nk melahirkan mu sayang... abahmu yg bg ibu smangat utk mlahirkan mu scara normal.. TQ abg syg, Doktor & staf HUKM yg byk bg smangat pd ku..
Syukur pd Allah SWT, ibu terasa contraction utk melahirkanmu walaupun dirimu dah lama meninggal dlm rahim ibu, tapi ibu ada rasa utk meneranmu.. kuasamu juga Ya Allah SWT.. insyaalah kita jumpa di sana nanti..
Tuhan saja yg tahu betapa sedih dan gembiranya bila ibu dapat menatap wajahmu sayang walaupun hanya beberapa saat. Wajahmu tak tumpah seperti abg mu Abqariz, berkulit cerah, jari jemarimu tak tumpah seperti abgmu panjang2.. Rambutmu lebat dr abgmu.. Dirimu nmpk lagi tinggi dari abg mu.. 
Tapi ibu sedih melihat kepala mu dah lembik, kulit kaki dah melecet nmpk isi kaki yg masih berdarah, mulut mu ternganga (terbuka) seolah2 xdpt O2 n mknn.. sian ibu tgk dirimu sayang.. maybe akibat dirimu telah meninggal terlalu lama dlm rahim ibu.. bayangkan dirimu berada lagi lama dlm rahim ibu.. tentu jasadmu dh hancur.. maafkan ibu xtau dirimu dh mninggal.. ibu leka, ibu xjaga diri ibu n dirimu dgn betul.. ibu xda masa nk g checkup.. ibu terlalu bz sehingga lupa ibu mngandungkanmu.. sehingga ibu blh xsedar.. ibu ingat xda msalah kandungan ibu... maafkan ibu sayang.. Allah lebih sayangkan mu Hafiz...

Alhamdulilah ibu berpantang seperti biasa ibu2 lain bersalin. Cuma bezanya ibu tiada kamu disisi sayang...Itu semua tak dak masalah kerana ibu ada abah & abqariz, yg sentiasa ada disisi. Abahmu sentiasa memberi semangat untuk ibu menjalani hari2 tanpamu di sisi.Terima kasih abang...kerana sentiasa berada di sisi yg memberi semangat, walaupun syg tahu abang turut sedih atas apa yg berlaku. TQ hadiah buku yg bertajuk "Rahmat Disebalik Dugaan". Buku ini byk menginsafkan diriku.. Tak lupa juga terima kasih kpd ibu, ayah, mak, abah, adik beradik, kawan2, saudara mara yg memberi semangat padaku untuk terus berjuang di masa akan datang....
Al-Fatihah buat Muhammad Hafiz Zaem
Tatapan amik dari internet :
Bayi Meninggal Dalam Kandungan...

KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.
 
Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.
Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.
Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.'’

Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.
“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.'’
Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.
“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'’ ujar Dr. Jamiyah.
 
Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?
Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.
Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.
Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda & simptom keadaan lahir mati

* Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang


* Rahim tidak membesar melewati masa


* Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.




Antara punca-puncanya

* Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

* Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu. Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

* Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

* Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)


* Diabetes


* Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang. Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

* Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.
Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?
* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
* Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.

Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.
Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.
Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.
Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.
Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.
Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.
Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.
Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati
Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.
Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.
Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.
Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.
“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.
“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'’ katanya.
Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.
Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.
Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.
Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.
Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.
Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.
Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.
Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.
“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'’ ujar Dr. Jamiyah berulang kali.

Sokongan suami dan keluarga
Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.
“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'’ jelas Dr. Jamiyah lagi.
Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.
Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.
Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.
Tidak ada istilah `bayi tidur’ sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.
Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.
Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.
“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.'’
Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.
“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'’ kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.
****************************************
sumber dari : MyPermataHati.Com

Sunday, November 28, 2010

ANAK

Assalamualaikum wbt,

uiiittttt... hari ni kita cter psl peranan ibu bapa.. Aku sbg ibu juga perlu study mcmn aku nak mendidik anak2.. insyaallah dgn usaha yg ibubapa lakukan.. kita dpt mendidik anak kita menjadi insan yg berjaya...


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka

sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang - Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala , mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam

menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri  - Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya - Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka - Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda - Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna - Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah - Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka

siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi - Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda - Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.



 masa ni Qari baru tumbuh gigi 5 batang... :-*

 seiras ~ ada muka mcm En. Suami x?? abg cayang kita la.. :-*



 Qari sayanggg... muaahhss:-*

Saturday, July 24, 2010

jom ikea .. :P

yihaaa.. ari ni nak g jejalan pergi Ikea.. kebetulan family mentua datang bermalam umah kami.. sis in law ajak g ikea.. Apa lagi?? kami pun nak shopping barang2 nak masuk umah baru... Now, kami still dok Zamrud Apartment kat jln klang lama tu lagi.. Baru2 ni, developer umah ada call cakap umah kami dapat kunci hujung tahun 2010..

kiranya barang2 ni nak beli masuk umah baru kat Semenyih.. tak sabar nak dok umah baru.. AL-maklum, sekarang dok apartment.. susah sket pergerakan.. Next time, dok landed house selesa sket utk buat aktiviti bersama2 keluarga tersayang.. Terima Kasih Ya Allah permudahkan rezeki kami..

then, now aku tengah pregnant.. due delivered bulan November 2010 t masuk memang tengah pantang la.. kalo berpantang, macamana nak jalan2?? so, prepare awal utk beli barang2 masuk umah baru.. t, sewa lori, angkat jer.. lagipun angkut dengan kereta pun ok.. xda apa pun nak beli kat ikea.. adik ipar aku yg byk shopping.. hehehee...

Qari paling excited.. penat nak kejar qari.. Almaklum, ini budak baru boleh berjalan & berlari dgn laju.. bila dah dapat kaki, semua nak berlari ikut celah2 almari.. Kat ikea biasa la, semua disusun rapat2.. kiranya aku yg badan besar ni, mana lepas nak masuk.. jenuh la en.suami yg kejar Qari merata2.. hehee.. last2 kena tangkap masuk dalam troli jer dengan tunjuk muka sedih.. heheheee:P kena marah dok dalam troli.. kui3...

jap yer sayang, mama nak bersiap dulu..

Qari yg sungguh excited :)

kena paksa dok dalam troli.. hehehee:P

muka dah masam kena marah.. hehehee:D





Friday, June 11, 2010

NoVeL



Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi

~ Kisah sebenar perit-jerih doktor kat Hospital Kerajaan Malaysia (government)

Tajuk : Denyut Kasih Medik

Pengarang : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.


Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?


Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik...


Berminat, kontek zura utk order ataupun order kat sini

http://www.stormreaders.net/fizura






Pelakon yg memegang Watak seperti dlm Novel :-


Farid Kamil = Kasyah

Lisa Surihani = Ayu
Syikin = Emilia (suara : Lisa)
Fazura = K
(Smbgn Novel LBS : Katerina)



Sinopsis:


Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.


Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.


Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.


Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.


Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.


uiiittttt.... To Be Continue...

Season 2.. Katerina ( keluaran sambungan Novel Lagenda Budak Setan ~ LBS )

Saat Yg Plg Indah ~ i-City...




Ternyata kehadiran Muhammad Abqariz Zaem mengundang kebahagiaan & keceriaan pasangan Nor Azura & Fakhruz Zaem. Tanggal 30 Januari 2009 (Jumaat - 10.15 pagi) Qari dilahirkan secara normal 2.51 kg di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.


Dengan sokongan abg cyg yg sentiasa disamping mama disebelah katil semasa dlm `Labour Room' buat ibu teruja utk cepat meneran..


Syukur Al-Hamdullillah, dgn kuasa mu Ya Allah .. mama berjaya melahirkan `baby boy'..Kini anak yang manja + suka tersenyum yang dipanggil Qari sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan


uiiittttt... Rasanya seperti baru semalam ibu melahirkan Qari. Kalau dahulu berdua, kini sudah ada `baby'. Kehidupan kami lebih bermakna & bahagia. En. Suami makin sayang pada kami berdua.. I Love U Cayang... Ibu Cayang Qari... muaahhss:-*


mama & Qari di ikea :)






..........................................................................................................................................................
.. perut ku semakin besar.. Qari akan dapat adik... hureyyyy :)


uiiittttt... b4 nak tunggu masa nak delivered ni.. tetiba tringin nak g I-City.. ajak hubby g.. then mlm minggu kami sekeluarga pegi.. mmg best n cantik lampu2 d I-City.. kesian Qari tengah2 mlm masih berembun kat luar... tapi Qari plg happy :)



 makan Pizza Hut dulu b4 nak masuk i-City :)


 sayang & Qari :)

Mama &Qari.. Qari takut lampu2 mcm2 colour bercahaya :)


 Qari nanti dapat adik.. :)


 tuuu dia.. Polar Bear pandang Qari laaa.... kita lariiii.. :P


 sejuk nyaaa :D


 Nape Qari masam jer xmo senyum.. sejuk yer ?? :P


 Bola2 api (Lagu Elyana...).. Mula2 Qari takut dengan lampu2 ni.. lama2 dah ok.. :)


 ku petik daun ini utk dihadiahkan pd saper???


 cantik ...
  Qari tersayang... :)

Tuesday, April 27, 2010

Cuti2 Kuching- Part 1 ~ New House Along..

Home Sweet Home.. itu la kata2yg selalu diungkapkan.. Rumah adalah segala2nya.. Rumah juga la untuk kita suami isteri mencurahkan segala kasih sayang kepada anak2 tercinta..  Rumah juga la untuk kita berdikari menjaga suami & anak2.. Rumah juga la syurga di atas dunia ini.. Insyaallah ada rezeki lebih, boleh la beli umah yg lebih selesa untuk keselesaan bersama2 semua dan anak2.. 

Insyaallah kalo ada rezeki dapat jawatan baru & tingkatkan lagi kewangan & kehidupan yg lebih selesa.. Doa2 kan saya yek semua.. sayang uols.. muaahhss:-*


Jom kita tgk umah baru kakak tersayang... SemiD kat Jalan Bako







tanah dia memang luas.. boleh buat dapur & ruang tamu yg nesar lagi..


Luas kan tanah dia

we are the family.. :)

Saturday, February 6, 2010

Qari Turn 1

30.01.2010 (Sabtu)

Anak mama dah genap setahun.. sekejap jer masa berlalu.. pejam celik dah setahun.. Rasa baru jer mama bersalin kan mu nak.. melihat wajahmu, ko la nyawa mama sayang,.. :)

Lokasi : Teratak umah kami, Zamrud Apartment, Jalan Klang Lama, KL

Qari wit ibu ku :)

My Nyawa Sayang :)

30.01.2009 ~ 30.01.2010

Qari malu2 nak tiup lilin plak :P

Kek dah mula cair.. Qari malu2.. mama n abah yg pose :P

Azeem & Wife (kawan hubby)

Apek & Sheeda (kawan hubby)

Terima Kasih ibu & semua yang banyak membantu..

Antara tetamu yang hadir :)


Al-hamdulillah.. akhirnya selesai & qari dapat banyak hadiah :P Terima Kasih semua :)