Nuffnang Ads

Monday, May 23, 2011

D sini menanti pasti...

Di sini menanti pasti... Aku mohon padaMu Ya Allah.. Luaskan dan lebarkan semua makhluk ciptaanmu agar mereka tidak terseksa di azab kubur.. AMin

Tanggal 14/2/2011 (55tahun 11 bulan 28 hari)
16/2/1955 ~ 14/2/2011


15 Februari 2011 : Selepas subuh .. Pengebumian Allahyarham ayah tercinta di kampung halaman arwah di Pokok Sena, Alor Setar berhampiran kubur tok (mak Allahyarham ayah).. terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai...keluarga yg byk byk membantu menguruskan pengebumian jenazah Allahyarham... Terima kasih byk2.. jasa kalian amat kami hargai... Hanya Allah yg dpt membalas jasa budi kalian...



 Adik tersayang bersama bapa sedara menguruskan jenazah di liang lahad

Tanggal 14 Februari 2011.. Allahyarham Abusman bin Ismail.. Ayah yg tersayang telah kembali ke rahmatullah.. Allah lebih menyayangi beliau.. Kami di sini sentiasa berdoa agar roh ayah ditempatkan bersama-sama org yg beriman dan segala yang diRahmati Allah s.w.t.


 Tangan ibu ku redha dan pasrah dengan pemergian ayah ku yg tercinta.. Al-Fatihah...
 pemergian ayah ke Rahmatullah genap la 
ulang tahun perkahwinan arwah ayah dgn ibu 31 tahun
14/2/1980 - 14/2/2011



Umur ayah ku hampir 56 tahun (16 Februari 1955 ~ 14 Februari 2011)... xdapat kami meyambut sekeluarga lagi di ulang tahun ayah tercinta... Mohon pada mu Ya Allah agar kubur ayah ku sentiasa luas dan lebar dan berada aman selesa sentiasa di sisi Mu.. Amin~



uiiittttt.. Jangan la sedih wahai Azura.. kita perlu redha...

 Hidup makin singkat... Gunakanlah kesempatan yg 

ada ni utk mencari keredhaanNya.. Yang salah, 

perbetulkanlah. Yang baik kita teruskan agar 

menjadi lebih baik. Manusia takkan pernah puas 

selagi tak bersyukur seikhlas hati dgn apa yg ada

 padanya. Sesungguhnya semua nikmat dtg dr Allah.

Kita yg masih hidup, perlu la berdoa kepada semua 

arwah yg kita sayangi.. Insyaallah ~

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di Dewan Mahfodz JKR Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim………



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera,


“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Syukur Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia utama saya selaku Ketua Penolong Pengarah, Ir Mohd Akhir bin Ismail di atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berguna sepanjang saya berkhidmat di Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan. Di atas jasa-jasa beliau dan kepercayaan beliau pada saya, syukur terima kasih saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ini.


Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Puan Khairulaziah dan Puan Aiyshah kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi meluangkan masa membantu saya dalam menyelesaikan setiap projek yang dijalankan samaada di pejabat atau tapak bina.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan saya di bahagian ini kerana banyak membantu saya susah dan senang semasa berada di bahagian ini.


Tidak lupa juga penghargaan kepada suami tercinta, ibu dan adik-beradik serta sahabat seperjuangan saya..


Terima kasih kepada semua kerana banyak membantu serta memberi sokongan dan kerjasama selama perkhidmatan saya di sini. Tanpa dorongan dan sokongan kalian, adalah sukar untuk saya menjalankan kerja yang perlu saling berkejasama diantara satu sama lain.


Minta maaf saya ucapkan jika saya ada menyinggung perasaan dan lain-lain. Terima kasih kepada semua sekali lagi kepada semua yang mempercayai saya..


Sekian, terima kasih.
 Wassalam..




kawan2 aku yg dapat gak :)








uiiittttt... Berposing sakan Azura.. hehehee:P




Tuesday, May 10, 2011

Memori Berulang Kembali :) teringat zaman Sekolah Asrama dulu2..

video


Tingat zaman sekolah dulu... Plg best mkn pagi makan nasi lemak (sedap).. pastu g kelas.. smua mngantuk.. dagu dok atas meja.. buku buka luas2 cover muka dari nmpk cikgu (cover line nak membuta..) pastu cikgu salmiah.. aku ingat cikgu kimia ni yg xsuka aku ni.. almaklum.. time klas dia, aku tdo.. hihiii... then kalo time mlm mkn ikan jacket.. msing2 malas turun dwn mkn.. so kaya la cikgu jamil dgn hasil duit nasi lemak yg kitaorg beli berbungkus2.. :P winduuu2...

Mari la dgr story aku yg panjang jela..jelaa.. layan kan jer la k walaupun xbest mana kisah nya.. hahahaa:P

yg plg aku ingat masa aku form 5KA1, aku lemah sgt bahasa melayu.. aku pun heran gak aku lemah BM, maybe aku xminat kot.. tringat nama cikgu ni selama2nya (Cikgu Rahilah).. dia mendidik aku dgn tekun sehingga aku berjaya mendapat BM credit 4 (walaupun xdibanggakan oleh org yg terror dan pandai mcm org len..tapi syukur la kira ok utk aku, kerana aku selalu xcredit BM.. hahahaa:D xtau nape bg ku BM susah sgt.. agaknya aku xminat BM yg ada prosa2 klasik la.. moden laa...).. huhuuu.. i2 yg buat blog ni, BM aku huru hara.. :)

agaknya masa 4KA2 dpt cikgu tu lelaki mengarut ngajarnya (xingat la nama dia.. sian dia aku xingat nama dia :P ).. syukur gak aku dpt nek class.. Nak kata bangga ok gak la.. hahaa:D.. masa final exam form 4 aku dpt no. 5 dalam class... i2 yg dpt lonjak nek class 1.. maybe masa jd junior takut dgn senior sehingga study rajin2.. perasan plak! hahaa:D.. bila dah masuk kelas budak2 pandai (aku ni kategori Top 10 gak la.. tapi Top ten dari belakang.. hahahaaa:D..).. tapi syukur gak la, aku dpt menempatkan diri di politeknik sehingga aku dpt Diploma Kej Awam.. 
now tgh sambung jarak jauh (part time / Space UTM) Ijazah sarjana Muda Kej Awam di UTM Jalan Semarak, KL.. usaha aku kuat juga la dgn sokongan padu terutama suami tersayang... ikut kan dah habis dah.. tapi biasak la.. cuti bersalin la.. cuti stress anak dlm kandungan meninggal la.. cuti macam2 la.. drop paper la.. so maybe dlm 2 thn ni kena settlekan bagi abis.. insyaallah... doa kan saya yek hingga berjaya ke menara gading.. insyaallah kalo ada rezki dpt nek stage menerima ijazah, dan dapat menjadi engineer yg aku idam2 kan selama ini.. :) insyaallah...

kalo hati aku xkuat, tentu aku dah berhenti.. tapi dgn nasihat suami & family, aku teruskan juga.. study itu ASET utk kita maju ke depan.. insyaallah aku akan berjaya nanti.. chaiyuk2... :)




 zaman asrama (SMTTAA, Bentong, Pahang)


 masa ni aku amik PBSM jer.. aku ada sijil pertolongan cemas tau.. jgn men2.. insyaallah aku akan memberi pertolongan kpd yg sudi :)


 5 KA 1 






masa jamuan kelas terakhir dapat tukar2 hadiah.. 




zaman UTM
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1264000793042.40509.1020407511


 jamuan akhir kami sem akhir (budak lelaki byk dah nak convo.. huhuu .. 
tinggalkan wanita2 yg byk paper lagi :P )


 makan2 kat yayasan selangor makan kfc.. nyum2..


 SEMKA (Seminar Kejuruteraan Awam di SPA Resort Kuantan)




celebrate hari jadi Yana

ku kupas dr nukilan sendiri dan insan tersayang..:)

PERJANJIAN ROH DENGAN ALLAH S.W.T

Sebelum wujudnya jasad dalam diri kita ini, sesungguhnya kita telah mengadakan perjanjian dengan Allah. Kita telah berjanji akan mengabdi hanya kepada Allah semata. Didalam diri manusia tersimpan bukti yang paling besar yang dapat dijadikan sebagai bukti bahawa zat yang paling besar yang dapat dijadikan sebagai bukti bahawa ada zat yang paling agun...


TANDA TANDA DOA MAKBUL


1. Terasa sesuatu yang menakutkan.


2. Menangis tatkala berdoa.


3. Terasa menggeletar.



Cara-cara Berdoa:


1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda:


“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.




2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati...