Okla, topic Kita Kali ni share mencari Tadika yg sesuai utk anak2 ok.. memandangkan tahun baru 2013 & persekolahan br bermula.. Anak aku br masuk Tadika, tp aku dah kepoh kan? Org lain class pelbagai xsekepoh mcm aku.. Heheh... Xpala, Anakku sorang.. perhatian LEBIH sket.. :)
Topic ni memang dh lm aku & hubby discuss.. dah mcm2 Tadika kami survey.. BIASA la nk terbaik utk Anak kami kan.. duit boleh cari, ilmu tu yg penting..
"Yang Bagus Tak Semestinya MAHAL & Yang MAHAL Tak Semestinya Bagus"..
Pd asalnya, plan nak masuk Qari Tadika pd umo 5 thn.. Tp disebabkan kemanjaan Qari melampau sgt.. Asik nk berkepit dgn nenek jer (Ibu tercayang).. Bukan aku jeles Qari bermanja dgn ibuku, tp sikap Qari yg melampau sgt yg Suka membuli budak2 under age drp umo Qari.. Yg jd mangsa Faiq Anak buah aku la.. Abis la Faiq tu dijadikan kuda.. Qari jeles Kalo ibuku dukung budak lain, almaklum Qari tu xda adik lg.. So, dia xpandai nk membezakan kawan @ lawan.. Main kasar mcm budak besar la gayanya aku tgk.. isk2.. Inshallah dh masuk Tadika ni boleh mendewaskan sikap Qari.. Ceewaaahhhh :p.. Mama doakan Qari BERJAYA di Dunia & di Akhirat..
Survey2 Tadika, bgku mmg yg terbaik Q-dees & Smart Reader.. Tp Qari 4 thn, aku n hubby cdg focus kn Qari pd hafazan mcm doa2 harian... Cdg nk hntr Abim mcm kakakku hntr Nana.. Mmg Nana Anak yg Rajin n pandai.. Thn ni nana terpilih darjah 1 masuk Sekolah kluster (Sekolah budak2 pandai - Kena amik test iQ dulu tau).. tahniah Nana :)
Akhirnya ... keputusan kami memilih
Tadika PASTI As-Syakirin yg berhampiran dgn umah, 5 min dh sampai.. Yuran dia ok..
Tp Bagus juga hntr Qari seawal 4 Tahun coz silibus dlm PASTI bergantung pd budak 4 thn samaada nk masuk class 5 @ 6 thn.. Umo 5 thn focus kpd Hafazan & umo 6 thn plak focus kepada mengenal huruf / membaca... Kalo budak 4 Tahun Rajin nk masuk dua2 class, kiranya bertmbh pandai la.. Hope Qari jd Anak cemerlang.. Mama sentiasa doakan yg terbaik utk mu nak..
okla aku lumpsum dari awal survey hingga sekarang qari dah masuk tadika pun :)
pendaftaran di buat pd 02 Jan 2013 & aku cuti exam ms tu sehingga 9hb... tp qari mula class ari Isnin 7hb Jan 2013 (tester Qari berdikari naik van sekolah pergi balik- kami just folo drp blkg van jer.. heheee)
Waktu belajar : 8.00 Pagi - 11.30 Pagi (Isnin - Khamis) & Jumaat Balik 11.00 Pagi (solat Jumaat)
Yuran
PASTI bg Tahun. 2013 utk budak2 umo 4 & 5 Tahun utk Kali pertama berdaftar:
Pendaftaran :
RM 70
Yuran Jan & Nov : RM 200 (RM100 / month - Harga berpatutan)..
(Nov byr awal coz takut mak ayah lupa plak nk bayar, al-maklum bulan 12 kan cuti Sekolah..
Yuran Sukan :
RM 50
Yuran Ikhtifal :
RM 30
Buku/Stationary/Pre-School Kit/ Beg Sekolah PASTI :
RM 100
Baju uniform :
RM 35
Total : RM 485
Daftar awal : (Dapat Diskaun :
Yuran Qari RM 450.00)..
+ Tambang Van Sekolah pergi & Balik :
RM 30 / month
Kira +_ yuran Qari lepas ni start Feb - Oct 2013, just kena byr
RM 140 / month
(RM100 yuran bulanan + RM10 yuran Iqra & RM30 van Sekolah).. Okla Harga dia.. Bagus masuk class Iqra ni, PASTI amik ustaz khas dari luar utk ajar tahfiz.. Al-Hamdulillah banyak doa harian qari tau.. :)
Terima Kasih hubby cyg membayarnya & bekerja Keras utk kami sekeluarga..
Budak 6 Tahun Ada tmbh extra duit konvokesyen.. Tp lupa nk Tanya brapa Harga coz focus Anak umo 4 thn jer :p sori k :D
Muka happy good boy, bangun pagi excited nak p Tadika PASTI :)
..........................................................................................................
Okla berbanding yuran
Q-dees, awal2 masuk kena bayar dlm RM 1k.. Kiranya bersamaan 2org budak hntr PASTI.. Huhuuu... Then RM 364 / month
Q-dees jauh sket drp Umah aku kat Pelangi Semenyih.. Survey2 Q-dees, setiap hari Selasa Ada activities 'Waterplay" : Semua kena Pakai bj renang.. Semua activities dlm air...
hari Khamis plak activities "Gym" : Semua kena Pakai baju Sukan; Ada main lompat2, hula hop, etc.. Mmg best la activities Q-dees..
Selain itu, kami Ada survey Tadika
Genius Aulad Ada kat Kajang.. Cadang otw g Kerja, drop Qari.. Tp pk2 Balik better Tadika berhampiran Rumah, senang ibuku pantau... Lagipun Qari baru 4 tahun.. bg dia pandai berkawan dulu :)
Yuran genius Aulad, awal2 masuk kena bayar dlm RM 578.. Then RM 200 / month..
Smart Reader, yuran lebih kurang Q-dees, tapi Q-dees mahal sket kat area umah aku ni..
Kat Semenyih ni terlalu banyak Tadika yg boleh pilih.. Tadika Amira la.. tadika Strawberry la.. Tadika An-Nur la.. macam2 Tadika yg tumbuh bagaikan cendawan.. cheewahhh.. Yg penting tgk kemampuan anak2 Dalam pembelajaran.. Kami Ibu Bapa hanyala dpt memberi yg terbaik utk anak2 :)
Tp, aku suka Q-dees sebab pembelajaran Q-dees mengajar sistem Arithmetik.. So budak2 Akan pandai congak math dgn laju dgn menggunakan sempoa.. Takpala, Kalo Ada Rezeki Kewangan yg Bagus; Qari 6thn mama & abah IKHTIAR hntr Q-dees.. Insyaallah.. Kita tukar2 Tadika bg Qari xboring asik 1 Tempat jer..
Ok sekian sharing n caring.. Muaaahhhss:*
Qari budak happy masuk Tadika.. Syukur Al-Hamdulillah Qari tak nangis :)
Kiri : Qari tengah tunggu van bersama2 kawan2 :)
Kanan : yihaaa.. 1st time Qari nek van sekolah :)
PASTI As-Syakirin Taman Sri Tanjung
Setiap pagi ada perhimpunan Baca Doa Harian & Nyanyi lagu Tadika :)
Sekian, Qari bersekolah pada ari ni.. :P
masa ni 1st day belum dapat baju uniform lagi..
Betul ker hantar budak awal2 g tadika, nanti anak2 bosan?? Aku rasa, kita try dulu.. kita tengok dulu, Qari serasi tak, masuk Tadika umur 4 tahun..
PASTI As-Syakirin Tmn Sri Tanjong
No. 54, Jln 11, Tmn Sri Tanjung,
43500 Semenyih, Selangor
En. Roslan Salleh
016-6821908
Rupa2nya silibus umur 4 tahun, depend pada budak tu nak belajar macamana.. Macam anak kawan aku, masuk tadika 4 tahun, umo dia 5 tahun dah boleh hafal baca doa2 harian.. Itu yg mama & abah mahu.. sharing drp jiran2 yg menghantar anak2 ke PASTI :
Tadika PASTI yg mempunyai silibus pra-tahfiz di mana pelajar 5 tahun menghafal sehingga surah Al-Baiyyinah beserta subjek2 lain yg bersepadu.. Ia amat mengagumkan dan bayarannya seperti di atas (yuran Qari berumur 4 tahun)..
Kalau dahulu orang mungkin menyangka Tadika PASTI tidak ada kualiti namun ternyata Tadika PASTI telah membangun dengan begitu pesat hingga full book tau... Bayangkan budak 4 tahun memang limited.. Nak 8 orang lelaki & 8 orang perempuan... Nasib baik la Qari daftar awal.. Sampai budak2 lain masuk dalam waiting list.. huhuu..
Dasyat gak rupanya Tadika PASTI kat Taman aku ni... Bagus gak cikgu di Tadika PASTI area rumah aku ni.. Tak mau amik ramai2 budak coz mudah anak2 tekun belajar & beri perhatian kepada cikgu2...
Mengapa tahun ini Qari berumur 4 tahun ke PASTI??
Banyak feedback yang aku dengar kanak-kanak yang belajar di PASTI ini didedahkan dengan pelbagai doa dan kadang-kadang si anak lebih tahu menghafal pelbagai doa dari si ibu, ada juga yang menegur perilaku ibunya yang lupa membaca doa makan dan mereka turut belajar solat... contoh anak aku tercinta, sekarang setiap kali sebelum makan, akan menadah tangan membaca doa makan.. walaupun pelat, atleast anak aku dah tau sket2 baca doa makan & doa tido.. Al-Hamdulillah.. sejuk hati mama.. Semoga Qari dapat menghafal dari masa ke semasa...
so untuk memastikannya akan ku selit ceritanya dari semasa ke semasa... Insyaallah..
Buku dari tadika PASTI juga nampaknya lebih banyak dari tadika KEMAS, lebih dari sepuluh kalau tak silap... KEMAS aku tau gak banyak info coz aku kan bekas anak polis.. majoriti anak2 kawan ibu aku belajar kat Tadika KEMAS..
Aku kan sekarang tgh cuti exam.. Aku nak mentioonnn pd semua org k, aku cuti EXAMMMM.. walaupun ada org cakap, dah tau dah, xpayah tulis exam.. Aku just bagitau jer utk perhatian bos2 aku ok dimana aku hilang @ xdtg opis.. terpulang la korang nak komen apa.. Aku takda amik kisah.. aku yg exam yg penat perah otak nak belajar.. susah tau.. bukan korang tau.. korang study la dulu baru tau betapa susahnya belajar sambil kerja & sebagai status isteri, ibu, anak & student.. sampai Bos aku cakap, disiplin kena kuat.. Terima Kasih kepada bos atas nasihat2 tersebut.. dan terima kasih banyak2 kepada suami, ibu, mak, abah, adik2 beradik, sanak saudara & rakan2 sekalian yg byk support aku.. huhuu..
Ada gak org mcm ni kan yg xpuas hati dengan orang lain??? isskk22.. ceteknya IQ org nie.. huhuu
Abaikan org yg jeles dan xsuka aku tu.. T_____T Aku pun tak suka kawan org2 mcm tu.. buat rosak minda jer..
Biasala xda dalam dunia ini yg suka pada seseorang itu.. Biasa la tu lumrah kehidupan.. okk ciiittttt forget it.. Aku nak cter pasal Tadika, xmo cter yg gossipp2 liar ni.. xpositif langsung pemikiran org mcm ni.. hehehee
Sambung balik cter pasal Tadika PASTI..
.. dan ada juga pelajaran Bahasa Arab...nampaknya Qari belajar bahasa syurga di sini, pengetahuan bahasa arab mama memang sangat lemah, yg mama tahu abah pun tau gak bahasa Arab coz abah pernah belajar kat Sekolah Irsyad kat Penang.. Tak salah mama, abah dapat Bahasa Arab A dlm PMR.. hehehee.. membangga diri lagi aku ni.. hahahaa:P sharing n caring ok :)
Masalah yang biasa dialami oleh ibu bapa jika menghantar anak ke Taska atau Tadika ialah tertukar baju,atau hilang alat tulis, untuk itu aku & hubby menulis nama anak di setiap batang pensil warna, beg sekolah, botol air & etc.. semua la kepunyaan anak.. bila hilang, mudah jumpa balik..
sekalipun itu adalah sesuatu yang normal...tanggungjawab ibu bapa sendiri, kerana anak seusia ini memang tidak pandai untuk menjaga barang-barang. Selain itu belilah lebih alatan tulis untuk disimpan di rumah tanpa pengetahuan si anak supaya tidak tergagau- gagau mencari kedai apabila tiba-tiba si anak mengadu kehilangan alat tulisnya di waktu pagi... Jangan bagi semua plak, nanti semua nak di bawa ke sekolah plak.. hehee.. Anak2 pun suka gak menunjuk2 pada kawan2 yg lain.. Biasala,, bukan org besar jer suka riak, budak2 pun sama.. lumrah kehidupan...
Aku kan cuti exam, MENTION lagi.. hehehee.. yg pasti, after Qari naik van sekolah, aku akan follow dr belakang van tu.. kiranya sekodeng Qari.. Apa yg Qari buat di Tadika PASTI.. yg pasti, Al-Hamdulillah Qari mahu g sekolah.. dan seronok tengok Qari belajar bersama2 kawan2... yg penting Qari mahu belajar..
Teringat plak, aku pernah terlihat insiden seorang ibu berlagak ke Tadika marah-marah kerana si anak tertukar beg sekolah dengan kawan2 yang lain,"that a normal thing"...kalau tak nak jadi macam tu tulislah nama semua barang kepunyaan anak2.
Terbit rasa kasihan plak aku tengok guru tadika terbabit seperti kuli dilayan oleh perempuan itu tadi...,berbahasa la sikit paling tidak pun bertimbangrasa la sket... Itu sekolah mendidik anak2 bukan nyer Taska / daycare tak iktiraf.. langsung tiada rasa terima kasih setelah seharian cikgu2 Tadika yg menjaga anaknya di sekolah, sudahlah begitu..esoknya tanpa rasa malu masih lagi menghantar anaknya lagi....*meluat aku tengok.. Ada gak manusia mcm ni.. Pergi la hantar sekolah mahal2, xpayah nak berlagak hantar ke tempat yg mcm ni.. Nak tunjuk lagak konon anaknya terbaek drp anak2 yg lain.. citttt poorahhh*
Pemikiran aku, awal2 risau gak hantar Tadika PASTI, takut sekolah rendah darjah 1 tak diterima sekolah Kebangsaan.. yer la... Pasti & UMNO semua politik.. Tapi, aku minta pandangan kakak2 opis & ibu serta mak mentuaku, mak bekas cikgu pencen memberitahu, tadika tidak memberi kesan langsung apabila masuk darjah 1 kelak.. cuma nak masuk darjah 1 sekarang kena ada ujian bagi pemilihan budak boleh membaca & kenal huruf.. budak2 sekarang makin advance..
Al-hamdulillah.. Kiranya bebas la aku & hubby nak pilih Tadika utk anak2...
Yuran di PASTI sedikit mahal berbanding di KEMAS namun apalah sangat berbanding dengan pengisian yang Qari bakal dapat nanti.... besar pengorbanan cikgu di sekolah2, nasib bek Qari abis Tadika, ibuku menjaga Qari sementara menunggu aku pulang rumah balik keja..
Kadang-kadang pulang dari kerja dengan keadaan penat, terkejar-kejar dengan kerja rumah & class weekend dan sebagainya; masa yang diluangkan untuk mengajar anak pun tak seberapa...kadang-kadang si anak sendiri dah tertidur awal keletihan...Dan tak dapat dinafikan kehadiran seorang guru dalam membentuk peribadi dan mencurah ilmu samaada berbentuk ukhrawi dan duniawi sangat-sangat membantu...
Tadika atau pra sekolah yang timbul bak cendawan kini menyediakan banyak pilihan kepada ibu bapa untuk memilih jenis dan pelbagai bentuk pendidikan yang di mahukan...dan tak salah rasanya kalau aku mengatakan persaingan dan persoalan memilih tadika atau pra sekolah yang terbaik untuk si manja sama sengitnya seperti memilih untuk ke Universiti... sebab aku dah mengalaminya.. walaupun anak aku baru 4 tahun, tapi susahh tau nak memilih sekolah yg terbaik utk anak2 menuntut ilmu...
*** Tapi, paling yg aku teruja Qari masuk tadika seawal 4 tahun, Qari dah tak mau pakai pampers... Qari malu kawan2 ejek still pakai pampers... macam tak percayaaa.. budak sekecik tu dah tau erti malu... saving sket poket mama & abah.. just pakai pampers time tdo malam jer... takut terkucil malam, xlarat mama & abah nak pikul tilam utk jemur... heheheee:P