Nuffnang Ads

Showing posts with label loving couple :*. Show all posts
Showing posts with label loving couple :*. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Anniversary ke apa ni???

Tetiba hubby ajak g beli emas... OMG.. rupa2nya emas turun harga RM20 daripada harga pasaran.... emas turun harga rupanya...

Aku ingat hubby nak beli gold bar tu utk investment.. tapi, tetiba hubby cakap jom kita pilih cincin elok sket..  betul ke telinga aku dgr ni??? hehehee.. Terima kasih banyak2 kepada semua yg membantu...

Almaklum, last year cincin risik aku dah di trade in coz jari dah gemuk.. nak simpan emas tp xpakai, takut kena zakat plak.. so, better trade in then duit trade in tu tambah beli gelang elok sket.. almaklum gelang raya katakan... itu thn lepas... thn ni kiranya cincin raya la ni ker walaupun puasa belum lagi... heheheee

bukan menunjuk kita pakai emas ni.. emas ni investment... tapi, tawakal kepada Allah agar kita dilindungi daripada orang2 @ peragut2... Ada setiap balasan kepada mereka yg buat jahat @ aniaya orang lain...

Tapi aku ni jenis insan yg suka pakai accesories ni.. hehehee.... nmpk mcm feminin jer... auwwwww,... dulu masa study, mampu pakai silver jer... kalo org tgk mcm white gold jer.. sebenarnya silver jer.. haktuiii.... kena tipu oleh aku.. kuangkuaanggg... kui3:P

okla... aku tak ingat la emas masa kami beli 1 g berapa.. sori la yek.. yg aku tau cincin aku 5++ gram bersamaan RM850++... rezeki yang diberi jangan ditolak.. Al-hamdulillah... heheheee:P



Aku tetap memilih Emas Sri Pinang... nampak mcm New Collection & up to date...

Bagiku emas Sri Pinang banyak design yg cantik2... dulu masa kawen aku suka pilih Habib Jewel, nampak mcm classss sgt.. tapi, bila dah start beli emas sri pinang & offer dia memang best coz aku dapat redeem point BCARD... siap dah boleh redeem melantak makan kenny roggers 4 set pinggan ok... hehehee... itu yg bestnya sebenarnya.. hahahaa

terima kasih hubby & ibu tercayang,,, muaahhss:*

Monday, April 8, 2013

Dirimu mengerti perasaanku ^u^.. Tq vm Ya Allah

Syukur Al-Hamdulillah .. topik sebelum ni, dah kukatakan.. Setiap dugaan yg Allah beri, ada hikmahnya... Syukur aku memperolehi hadiah yg sungguh bermakna ... Sape lagi yg blh abiskan duit suami?? dah tentu wifey.. Betul x?? hehehee.. Tapi aku xla sekejam itu, aku xla minta itu ini pd hubby ku.. Apa yg hubby beri duit padaku, akan ku mempergunakan sebaik mungkin.. Betul ker? kui3

Terima kasih buat suamiku tercinta.. Dirimu mengerti perasaan ku.. heheheee.. Bukan berlagak @ menunjuk2.. Tapi nak bagi panaszzzz jer.. hehehee.. Astagfirullah Al-Azim.. dah jadi riakkk plak aku ni... maafkan aku :P

Sebenarnya aku just nak sharing disebabkan aku terlalu gembira... Maybe ada hikmah disebalik tertumpah minyak kepadaku.. dan dalam masa yg sama, suami ku memujuk diriku.. dengan pujukan kasih sayang dah selalu dapat.. kui3 :P  Tp, now?? Dirimu lebih mengerti perasaanku.. syukur2.. dapat gak wristlets ni.. Dah lama berangan nak pakai.. Tp bajet mengatasi segalanya... Almaklum la, aku ni kan study lagi... Insyaallah tahun ni abis study.. dan aku ada extra money yg boleh sama2 berkerja sama.. ya ker??? heheee:D

tgk dlm internet macam kecik.. rupanya besar.. dah mcm clutch plak.. :)


Thursday, December 20, 2012

Hadiah Anniversary kami :)

Semalam balik keja plan nak tengok movie cter Life of Pi kat The Mines.. tapi seat yg kosong depan sekali betul2 depan screen plak tu.. so, cancel la tak tengok.. melepas lagi nak tengok sangat2.. huhuuu :( Almaklum semalam kan hari Rabu, tiket murah.. Nak tgk sangat cter tu coz tgk thriller dia cantik sangat.. 3D dia mcm cter Avatar... huhuu...

Then g lepak makan kfc jenis baru yg ada udang tu & en suami amik nasi ayam percik tu... After makan, g MIECC tgk pameran buku.. Tutup kul 9 malam.. terkejar2 pilih buku... Banyak buku dah abis.. Nasib bek dah pergi masa pembukaan ari pertama ari tu..

Then, en.suami tiba2 ajak nek tingkat atas The Mines, yg banyak jual barang digital mcm hp, camera, tablet, etc  tu.. sekali abg tunjuk la Ipad Mini.. memang gua cakap lu.. memang cantik & solid dan harga dia ok RM999 (16GB).. RM1399 (32GB)... Rm1599(64GM).. tak salah aku la price dia.. lupa plak.. hehehee:P

Aku memang dari awal plan nak beli New Ipad @ Samsung Note 10.1 tu.. cadang nak tunggu duit kutu bulan 3 ni @ duit bonus la..  Tapi, asik dok pk duit nak pakai bayar duit class jer.. "so, simpan kan jer la angan2 tu nak pakai hp canggih2".. lagi pun aku dah ada smart hp yg boleh buka internet.. dah kira bagus la kan.. hehehehee... baguskan aku ni, tak minta duit suami beli yg bukan2.. heheheee.. puji diri sendiri plak.. Ahakss:P

sememangnya dari dulu aku mmg suka Ipad. Tertawan dgn iPad bos aku.. Tapi asik kena kutuk dgn en.suami jer.. i2 yg pendamkan jer.. heheheheee... Aku suka ipad disebabkan body dia memang superb.. lagi pun material dia tahan & solid.. Samsung tablet memang best coz banyak Apps Android yg kita boleh install free berbnading Apple.. Dah la Apple tak boleh buka YouTube.. Tp aku tak kisah, sebab youtube blh buka kat lappy jer..

Tapi, tak tau kenapa aku tak suka material samsung.. nampak cikai & plastik.. Agaknya aku pernah pakai hp samsung dulu.. aku terus reject samsung serta merta.. isskk2... walaupun teknologi Samsung dah power sekarang, tapi kenapa aku tak mau pakai hp samsung.. jangan marah yek pengemar samsung.. Yg pasti barang elektrik rumah aku memang semua samsung.. hehehee

Walaupun teknologi dah canggih, aku tetap suka hp aku sekarang ni.. brand Ideos jer.. Tak fames pun. Tapi sungguh fames di Negara China.. Hp ideos yg aku pakai ni memang bagus.. Bateri tahan sampai sekarang... bulan 1/2013 genap la hp aku 2tahun.. bateri tahan lg sampai sekarang & still laju program dia... Tp kecik laa berbanding Samsung Note...

Aku ni merepek plak cter macam2 plak.. heheheheee.. sebenarnya malam tadi, en suami ajak tgk Ipad Mini... Massyaallah.. cantik & solid nya body dia.. memang menggegar jiwa aku.. Memang dah hampir nak beli malam tadi.. Al-maklum, aku kan dapat bonus.. rupanya dah sold out plak.. koniciwa btoi.. betul2 kecewa.. Ramai rupanya di malaysia peminat Ipad Mini.. heheheee:P

Nasib bek tak beli malam tadi coz sold out.. selamat duit aku, heheheee.. Jangan marah en.suami.. Rupa2nya pagi tadi, en suami bagi tau cter best.. Rupa2nya en suami telah order Ipad Mini untuk isteri tersayang.. hehee.. sape lagi utk aku la... Syukur Al-Hamdulillah.. Rupa2nya en suami sudah booking online ipad mini utk anniversarry kami ke 5 tahun pd 16/12/2007.. Tunggu dapat jer ni.. bukan berlagak menunjuk.. Tapi untuk sharing/berkongsi kegembiraan aku.. Akhirnya en suami menyokong jugak aku dapat memiliki ipad sendiri.. en.suami dulu asik kutuk aku jer, kalo nak beli new ipad tu.. so terkubur jer aku nak pakai..

Akhirnya diriku berjaya memiliki juga ipad disebabkan cter nya macam ni...

"Masa awal2 Ipad Mini launch, en suami pergi tengok kat digital mall PJ dgn boss dia. Masa tu bos en suami nak beli laptop baru.. sekali, en suami boleh tertawan Body ipad mini yg mmg solid tu.. saiz area 7" jer.. tengok2 ipad mini yg jual kat Digital Mall PJ tu sold out juga.. & kebetulan boss en suami mmg peminat Apple.. so, boss en suami order/beli on9 jer.. Padanla en suami beriya2 ajak aku malam tadi tengok ipad mini gak.. Rupanya senyap2 nak beli utk aku... hehehee.. bersyukur badan :P"

Terima kasih en suami masih ingat, ulang tahun perkahwinan kita.. Dirimu memang sungguh memahami diriku.. Syukur Al-Hamdulillah, diriku mempunyai suami yg sangat penyayang & penyabar & sungguh taat kepada Allah.. Ya Allah sesungguhnya kurniakan la kami dengan anak2 yg beriman & sentiasa murahi rezeki kami sekeluarga hingga akhir hayat kami.. 

Agaknya en suami akhirnya bocor rahsia bagitau pada aku juga yg en suami dah order/beli Ipad Mini untuk aku coz takut aku beli senyap2 & en suami tak dapat surprise utk aku la plak.. hehehehee.. Nanti kalo aku beli & en suami pun beli.. dah ada dua plak.. membazir la plak.. hehee... Ada2 ajer la en abg cayang sorang ni.... mood aku ari ni sungguh happy.. Syukur Al-Hamdulillah dengan nikmatMu Ya Allah.. :)




Comparation tablet for sharing:

http://www.phonearena.com/phones/compare/Apple-iPad-mini,Samsung-GALAXY-Tab-2-7.0-LTE,Google-Nexus-7/phones/7523,7417,7143

p/s : bukan menunjuk tau... for sharing kegembiraan aku.. Diary blog katakan.. hehehehee.. kalo yg nak muntah tu, sila keluar dari blog saya.. T____________T.. hehehee:D

Friday, June 8, 2012

Sukarkah Mencipta Bahagia???

Petikan ni aku taip semula.. Rajin plak aku??.. hehehee.. suka ayat2 penulis Tinta Nuri Supian, utk kita sharing bersama.. petikan ni aku amik dr majalah yg plg famess amos tu, aku suka majalah ni.. byk koleksi dah ada dalam simpanan ku.. walaupun kadangkala ada berulang cerita @ kisah.. Tapi aku still suka beli.. Terbaekkk!!  Majalah Mingguan Wanita gambar ekin mawi riba anak dia (comeiii..) & aien untuk kita sharing & caring bersama.. muaahh<3<3<3
"
"
"
"
"
"
"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sukarkah Mencipta Bahagia??? (Keluaran 08 - 14 Jun 2012) Nukilan Dari Tinta Nuri Supian..

Perkahwinan setelah dijalani selama beberapa tahun, pasti irama dan lagunya tidak serancak waktu alam percintaan yang dulu segala-galanya indah dan mengkhayalkan. Ketika bercinta, lautan api sanggup  direnangi, lurah dan belukar sedia dituruni. Itu keajaiban Cinta.. Keajaiban yg sama seperti anak kecil melihat pelangi. Cantik dan menakjubkan. ( I like this statement)

Apabila dua manusia berlawanan jantina membayangkan sesebuah keindahan cinta ketika itu, kita sedia maklum mereka tidak akan membayangkan sekali kesulitan disebalik keseronokan tersebut. Kerana mereka belum tinggal bersama. Mereka belum berkongsi tanggungjawab sebagai suami isteri. Mereka juga belum merasai pancaroba kehidupan berumah tangga. Yang mereka kongsikan bersama hanyalah perasaan yang indah2 belaka.

Namun apabila sudah sah hidup bersama, bergelumang dengan rencah kehidupan rutin suami isteri, saat2 manis itu akan mula memudar seiringan dengan perjalanan waktu. Lebih sedih lagi, ada pasangan suami isteri yang sentiasa dilanda masalah kerana mereka terikat dengan gaya hidup waktu bercinta. Kuat merajuk, sentiasa inginkan perhatian dan mahu menang sendiri adalah antara masalah yg kerap melanda pasangan suami isteri di fasa pertama perkahwinan mereka.

Jika masing2 membesarkan ego dan sukar mengalah, harga yg terpaksa dipertaruhkan adalah rumah tangga itu sendiri. Keadaan akan semakin sulit jika campur tangan orang ketiga mencelah di sebalik bilah2 kemelut tersebut. (Mohon padaMu Ya Allah, jauhi la daripada liku2 kehidupan seperti ini.. Amin~)

Jangan gadaikan rumah tangga hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan dengan budi bicara. Jangan juga mudah menyerah dan mengucapkan salam perpisahan sekiranya jalan keluar masih terbuka luas. Sayangi dan hargailah kasih sayang yang sudah bertahun-tahun kita semai bersama. ( i Love my hubby..muaahhss:* <3<3<3)

Ubah pendirian hidup dan pandang masa hadapan dengan pandangan yang lebih realistik. Jika musim manis masa bercinta boleh dijadikan kayu pengukur untuk kasih sayang itu, pupuklah ia dalam dunia nyata. Kenang kembali kenapa anda jatuh kepadanya dan lihatlah nilai2 positif dan kebaikan yang dimilikinya.

Kalau waktu bercinta dulu, kita tidak terganggu oleh beberapa kelemahan atau keburukannya, kenapa sekarang setelah "kau jadi milikku", kita hanya nampak keburukannya sahaja. Apakah semua kebaikannya sudah lenyap?

Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah dulu kita benar2 ikhlas menyintainya. Jika YA, buktikanlah keikhlasan itu dan kembalilah membina bahagia. Bahagia itu bukan datang sendiri tetapi ia perlu dicipta. Sukarkah mencipta bahagia? Kita boleh menjawabnya.... 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syukur al-Hamdulillah.. Walaupun usia perkahwinan kami nak masuk 5 tahun.. Kami sentiasa saling cintai mencintai.. sayang-menyayangi.. saling memerlukan di antara satu sama lain... 

Ya Allah, aku memohon agar perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat kami.. Amin..




Friday, February 3, 2012

AZURA 2012..

Selamat hari Jumaat... Hari yang mulia.. hari semua Kaum Adam berjemaah solat Jumaat.. Al-Hamdulillah...

Aku suka ari Jumaat coz kami kaum Hawa Rehat lama... 12.15pm-2.45pm... Sekejap jer dah ari Jumaat kan... Sekarang aku tgh cuti semester, so, assignment xda.. xperlu baca buku nak Test @ Quiz.. yiihaaa... mmg syiok la beb..

so, rehat Jumaat yg lama ni, mari kita ber blog sambil berfesbuk.. kui3... Jangan marah boss (waktu rehat ^-^).. Selalunya ari Jumaat yg mulia ni la aku take peluang utk siapkan assignment coz nak buat kat umah xsempat... baru nak buka laptop, Qari dah kaco nak men games.. aiyakkkk.. itula pengorbanan study jarak jauh sebagai seorang isteri & ibu... Syukur en.suami memahami.. Cayang abg & Qari.. muaahhhss:-* auuwwwww... gatai kan.. T________T

Okla.. dah kerepek merepek plakkk.. sebenarnya aku nk cter sket.. semalam balik keja, cdg nk g Popular Bookshop nak beli buku Qari (jgn jelezz aku dpt Baucar 1 Malaysia RM200).. Tak boleh la g weekend dgn Qari.. Semua Qari nak.. nak pencil colour..crayon.. buku sampai 60~100 hinggit.. pokai la ma & abah.. so, better aku g ngan en.suami jer.. take time boleh baca buku apa yg sesuai dibeli utk anak2...

tapi rupa2nya The Mines xda POPULAR... so, tetiba en.suami ajak tgk wayang.. cter apa yek nak tgk?? aku ingat nak tgk The Grey @ Underworld.. sekali cter apa yg aku tak duga en.suami belikan???.. AZURA.. kui3... mentang2 la nama aku, en.suami ajak tgk cter tu.. kelakar pun ada.. en.suami cayang ni jarang nak layan cter wayang melayu ni.. selalunya aku yg ajak hubby layan cter melayu.. so, nak puaskan hati aku, en.suami follow jer.. coz aku pun selalu follow jer cter apa yg hubby nak tgk... :P

.. bukan perlekehkan wayang cter melayu.. tapi, kita boleh tau jalan cter dia.. bek layan cd @ Astro First jer.. huhuuu...

Okla cter dia.. Biasala Pengarah Aziz M.Osman.. mesti cter dia suka ala2 Fantasi.. Tapi yg penting heroin dia Cun.. Neelofa.. Aku suka tgk wajah dia.. perfect.. comel jer aku tgk.. Cter tu ada la tiru sket2 jalan cter AZURA (Ogy & Jamal).. Tapi aku suka lagi jalan cter Percintaan AZURA (Ogy & Jamal).. sadis pengorbanan Zack (Jamal) kepada Azura(Ogy).. tangkap syahdu cintannn tgk cter tu.. tangkap leleh air mata kuar... kui3...

Tapi, ok la AZURA 2012 nie.. boleh tahan la..  Tq en.suami sayang belanja couple sit.. hehee.. sori la Qari, mama dating dgn abah :P



 02 Februari 2012



 
Sinopsis filem azura 2012 lakonan shah jaszle dan neelofa merupakan Versi baru Azura 2012, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran. yg kelakarnya makcik Azura 2012 join MLM..



Dalam versi ini, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura... korang tgk la sendiri.. kui3.. Yg paling aku suka watak Afdlin Shauki.. Afdlin memang pandai berlakon ala2 Tan Sri.. memang VVIP jenis cool macam Afdlin dalam lakonan tu.. 



serasi couple nie.. i like..

Cantik kan Neelofa.. memang layak Johan Dewi Remaja..

sharing :
http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2012/2/1/mstar_adoiii/20120201144049&sec=mstar_adoiii


SAYA membaca kenyataan pelakon baru yang cun melecun Neelofa yang meminta tidak disamakan dengan Ogy Ahmad Daud menerusi filem Azura 2012 lakonannya.
Filem itu adalah adaptasi daripada filem Azura yang pernah menjadi boxoffice pada tahun 1984 terbitan Sabah Filem. Selain Ogy, hero filem itu ialah Jamal Abdillah.
Saya sudah menyaksikan pra tonton Azura 2012 pada 30 Januari lalu yang diadakan di One Utama, Petaling Jaya.
Harapan saya tinggi menggunung untuk melihat sesuatu yang luar biasa terhadap sesebuah filem yang diadaptasi daripada filem.
Kebanyakan karya filem pada hari ini diadaptasi daripada novel-novel tertentu sepertiOmbak Rindu umpamanya.
Perasaan saya agak hancur selepas menilai kualiti filem Arahan Aziz M.Osman ini kerana kualitinya hanyalah seperti sebuah telefilem 40 minit.
Mungkin pihak produksi Azura 2012 agak terasa dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, fakta adalah fakta. Jika filem ini tidak baik, saya harus jujur untuk berkata sebegitu.
Dan Aziz sendiri siang-siang lagi sudah bersedia untuk menerima kritikan selepas pra tonton filem berkenaan dilakukan.
Saya tidak mahu menyentuh mengenai jalan cerita filem ini. Sesiapa yang pernah menonton Azura terbitan tahun 1984, pasti akan dapat mengagak temanya iaitu anak orang kaya yang hendak berkahwin dengan orang biasa tanpa restu keluarga.
Kelemahan ketara dalam filem ini apabila Neelofa gagal membawa watak Azura dengan baik.
Pelakon jelita ini minta tidak dibandingkan dengan Ogy. Saya setuju kerana lakonan Neelofa jauh ketinggalan.
Neelofa tidak mempunyai jiwa sebagai pelakon... Azura 2012 memperlihatkan kelemahan ketara buat dirinya.
Saya pasti Aziz memancing Neelofa untuk naskhah ini adalah kerana kejelitaan yang dimilikinya tetapi sayang sekali, kejelitaan yang ada pada gadis ini tercemar kerana kegagalannya untuk menjiwai watak yang diberikan kepadanya.
Saya tidak menyalahkan Neelofa seratus peratus sebaliknya Aziz juga dilihat gagal membentuk pelakon baru ini. Malah ketika bakatnya masih belum teruji, Neelofa yang tidak berpengalaman sebagai pelakon telah diberi peranan utama.
Akhirnya ia menjadi seperti tikus membaiki labu.
Dan sebagai pelakon baru, Neelofa mempunyai hak untuk menolak mana-mana tawaran sekiranya dia memikirkan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dek kerana pengelaman cetek dalam bidang seni.
Seperti mana yang pernah saya katakan, bukan mudah untuk bergelar pelakon iaitu terpaksa menjadi orang lain di hadapan kamera.
Saya percaya Neelofa begitu takut dengan kritikan dan cercaan selepas penonton melihat keberkesanan lakonannya dalam naskhah pertama ini.
Tetapi apabila penonton membayar tiket untuk menyaksikan sesebuah karya itu, penonton tidak mahu mendengar permintaan maaf Neelofa sekalipun sebaliknya yang mereka ingin cari ialah kehebatan filem yang mereka tonton.
Kegagalan Neelofa dalam filem ini harus diberi perhatian. Kecantikan saja tidak cukup untuk memikat hati orang ramai tetapi apa yang penting sejauh manakah seseorang itu mampu membuat hati penonton tersentuh dengan kehebatan seorang pelakon.
Azura 2012 menemui penonton di pawagam bermula 2 Februari 2012.

Wednesday, November 9, 2011

Layan Toyol jap...

Rabu wayang murah.. Apa lagi.. operasi dgn abg cayang aku.... Layanzz movie... Tengah sangkut2 jammed.. Apa lagi, singgah The Mines boleh layan movie.. kelakar kan? hahaa.. cizn sori kena tinggal dengan nenek.. Qari xblh masuk la sayang coz cter ni tak sesuai utk Qari tgk.. T kita layan cartoon ok.. :)

En. suami ajak aku layan Alamak Toyol.. Boleh tahan la cter dia.. Tapi aku suka lagi ngangkung (pengarah yg sama)... Sekarang ni banyak betul cter2 seram masuk panggung.. seram dlm iklan.. Tapi, kalo tgk mcm hampehhhh...




Monday, October 10, 2011

Tq abg syg hadiahkan kasut.. muuaahhss:-*

uiiittttt..... 

Lama sungguh aku tak tulis blog.. bz.. bzz... bzzz.... xtau nak khabo kan ke bz an aku ni... Al-maklum.. stress telah bermula.. perjuangan telah bermula... Bila la nak berakhir ???? huwaaaa... huhuuu.. 

Aku la isteri... Aku la ibu... Aku la student.. Aku la insan yg plg bzz .. huhuuu.. takpa la Azura.. ko yg memilih cara ini.. xpa2.. chaiyuk2.. paper tinggal lg sket jer... Jangan putus asa... dah nak abis dah.. hehee:P (Sedapkan hati jer...)

sajer je nak cter sket.. hehee:D

Jumaat (7/10/11) balik keja, aku xbawa keta.. en. suami hantar pagi2 g opiz.. balik tumpang kawan smpai stesen lrt, naik lrt jer smpai bukit jalil.. en.suami jemput.. opiz en.suami dekat jer dgn bukit jalil tu.. dekat dgn care4 sri petaling tu.. sampai muntah la kalo nk jalan situ.. dekat sgt.. heheehe:D 

otw nak balik umah tu.. tetiba en.suami ajak aku g cari kasut en.suami la.. ikutkan malas la nk ikut.. Penat beb.. jumaat time rehat lama, geng2 aku g menshopping n membuta diri.. aku plak??? tungkus lumus siapkan assignment.. Padan muka aku... huhuuu..

Gagahkan diri gak temankan en.suami... Tetiba, hatiku berbunga ceria.. en.suami offer diri utk membeli kasut aku.. dgn bajet en.suami xbgtau berapa harga pun en.suami nak bagi.. 

Apa lagi la.. Aku sambar kasut aku 2 pasang jer... kasut Qari 1 pasang.. sandal Dyan 1 pasang (hadiah dari kami utk mama baby..)

Ikutkan hati nak sambar byk gak.. Tapi?? aku kan isteri yg solehah.. solehah ker?? hahahaa:D.. Mesti la xmo membazirkan duit en.suami.. Aku just beli keperluan yg nk pakai jer... xmo la beli sandal yg merepek2... takut aku xpakai.. so, aku beli kasut yg aku perlu jer... hahaa :D .. 

Yg plg dasyat en.suami borong 3 pasang kasut.. Ini nama mmg nak menghabiskan duit jer ni... hahahaa:D (Alasan en.suami : "Dah lama xbeli kasut".. dan lg satu alasan " 1 kasut yg bertali, 1 kasut xbertali & kasut sport kalo nk teman sayang naik Broga").. Alasan xnak bagi aku membebel la tu??? hehehee:D .. ingat kan aku jer bernafsu nk beli mcm2 kasut.. Tapi, en.suami yg lebih2.. hehee:P 

xpala abg syg... kesian gak en.suami dah lama xbeli kasut.. Dah koyak sket tapak dia... lagipun, sori la abg syg.. duit abis byk byr duit class aku.. duit pampers & susu anak2.. duit keta.. macam2 la.. Tq abg syg.. xpa.. ada rezeki lebh.. kita bercuti sama2 yer.. dah lama kita xpergi bercuti bersama2.. last bercuti pun g Kuching Sarawak.. masa tu Qari baru 1 thn.. 

Walaupun kami beli kasut2 cap Malaysia... Tapi, kami xmembazir beli brg oversea.. kami beli yg local tau... Yg penting kualiti & dpt kuantiti yg byk.. kalo aku beli brand yg mahal2.. tentu aku dpt beli selipar jepun jer kot.. hahaa:D

xpala.. merepek2 plak aku ni.. Adios.. jom tgk kasut en.suami beli.. hehehee:P Bukan menunjuk2 tau.. bersyukur dan share ajer.. kelakar pun ada.. kami ni macam budak kecik baru nk g shopping kasut.. Dah lama dah xg shopping sama2 kami berdua jer... kan aku cakap aku ni bzzz memanjang.. hahahaaa:D Kebetulan tgh ada sale Deepavali & Raya Haji.. Apa lagi?? ramainya manusia...

Aku suka tulis blog ni pun.. aku buat mcm diary.. nama pun contengan suka2... bila aku lupa.. baca balik blog.. ingat balik memori lama2.. (minta maaf la jika korang rasa aku menunjuk2.. sebenarnya itu kisah n story aku..) hehee:D Just to sharing bersama.. untuk berkongsi kegembiraan kami :)

"
"
"
"
"
"

 cantik nya kasut Qari.. sape yg pilih?? mama laa... hehehee:D

 en.suami yg pilihkan utk aku.. Cantik kan?? 
Aku suka bangattt... Sabtu tu dah terus pakai g class.. 

jangan jelezz dyan.. xpa dyan, after ko bersalin nanti, macam2 kasut ko boleh beli angah temankan.. high heel.. short heel.. sport heel.. semua ada.. hahaa:D

Yg ni aku yg pilih... simple jer.. & plain jer.. 
sesuai la aku guna time masuk meeting .. hahaa:P

Last aku beli kasut hitam masa pegi BTN.. kasut hitam aku tu pun dah hilang mana ntah... Al-maklum bila pindah umah, mcm2 aku tinggalkan jer.. 

Jeng2.. kita tengok kasut en.suami tu...

 Kasut kulit yg xda bertali...

 Koleksi Kasut kami... Shopping tak ingat dunia... 
Byk betul setan2 yg menghasut kami ni.. hehee:P


 Kasut aku 2 pasang jer...

 Untuk mama baby... Sesuai utk mama preggy...

 Walaupun brand Larrie & NYC brand made in Malaysia.. Tapi, i like !!!

 Sport Shoes abg.. Cantik kan.. putih bersih jer.. Kalo aku xda la nak beli kaler putih.. Aku ni kan comot.. pakai berapa minit jer mesti kompom kotor balik.. hahaa:D

 Kasut Bertali & kasut xbertali.. Alasan ker???
Jgn marah tau sayang.. Gurau jer .. hehee:P

 Lelong.. Lelong.. Sape nak beli??? hehee:D


Kaki dyan.. aku & Qari... 
jom kita try kasut masing2.. :)

Qari yg plg excited sekali.. sori la anak ku sayang.. mama n abah beli sepasang jer.. Sebabnya.. kasut Qari lagi mahal drp kasut mama... Kiranya harga kasut Qari dapat 2 pasang kasut mama tau.. so, kita seri k.. Jgn majuk2 tau.. hahaaa:D

Nak majuk dgn abah dpt kasut mahal.. xsampai hati coz abahnya duit.. xmo demand2.. hahahaaa:P

Nasib baik aku ni bukan jenis suka buat koleksi kasut.. kalo tak, rak kasut kena buat bertingkat mcm klcc.. hahaa:D

pssttt.. abg syg jgn lupa tau Toshiba biru sayang nanti.. heheheee:D Tunggu ajer bila la nak dapat tu.. 

Friday, August 19, 2011

Cap Suit SKIVA.. memang berkesan dlm jangka masa sekejap..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

uiiittttt...  Sedar tak sedar.. hari ni dah masuk puasa yang ke 19  yer kita.. Cepatnya masa berlalu.. Rasa cam semalam jer baru pengumuman puasa kan ???.. Rasa mcm sekejap jer operasi aku di bulan puasa ni.. Selain menambahkan ibadah di bulan Ramadhan.. sambil berdiet sekali.. 

.. Syukur Al-Hamdulillah di bulan Ramadhan, berat ku dah turun 4kg.. yg plg penting, perut yg buncit ku ini dpt kempis dgn secepat mungkin.. Insyaallah... 

.. Terima Kasih kepada en.suami tercinta kerana menghadiahkan aku cap suit untuk aku kuruskan badan dgn secepat mungkin..

Pelbagai cara dah aku lalui.. Agaknya lambat turun berat ku coz aku tak menyusu budak kott.. dulu masa anak 1st, cepat jer badan aku turun.. huhuuu:P
.. Berbekalkan azam & nasihat en.suami yg sanggup belikan apa sahaja utk aku.. Terima Kasih sayang.. Syg sentiasa menghargai pengorbananmu .. muaahhss:-*

.. Yg kelakarnya, pelbagai cara exercise macam2 ada.. tikar menari la.. g bersenam kat taman la.. panjat bukit Broga la.. pakai corset..gerdil la.. tapi perut ni tetap tak mau kempis.. makin buncit ada laaa.. Aku mesti tekad utk berdiet..




Akhirnya cap suit SKIVA ni sahaja yg dapat membantu aku utk melangsingkan diri ku ini.. Langsing ker??? ahakss perasan plak aku ni.. heheee:D

Dah survey mcm2 dah.. Nak beli Beautiful Hai-O sampai RM2k.. xperlu la membazir duit sampai RM2k.. bek duit tu aku buat deposit kereta baru jer.. Tgk cosway..sendayu tinggi.. semua harga RM1k ke atas... aku bukannya kaya nak beli harga yg mahal tu.. huhuuu:P Sori k kalo luahan ku ini membuatkan korang terasa.. jangan saman menyaman plak.. ini just pendapat pengguna..

Aku n en.suami ada terdengar di Hot FM berkenaan Cap Suit SKIVA.. time jalan2 bersama suami tercinta & anak tersayang.. sajer jer survey2.. akhirnya jumpa.. Ada 2 produk.. satu harga RM399 dan satu lagi RM699.. Di bulan puasa ni ada offer 20%.. 

So aku try la di fitting room.. En.suami terus cakap.. "Ambil la, abg belikan, yg penting sayang mesti disiplin kan diri.. jangan asik cakap perut buncit, tapi xnak usaha".. Alamak dah terkena batang hidung sendiri.. Maknanya en.suami nak aku kurus & sentiasa cantik... mestila kita akan berasa bangga jika pasangan kita cantik bergaya.. hehehee:P

.. Akhirnya Al-Hamdulillah.. Berkat kesabaran & kesungguhanku, aku dapat mengurangkan aktiviti yg xsihat.. Aktiviti gossip dpt dikurangkan.. xmau la cakap lebih2 takut org lain terasa.. Di bulan puasa ni perlu la cakap yg elok2 untuk menambahkan pahala ku di bulan yg mulia ini dengan menambahkan pelbagai ibadah.. opsss tersasar cter sebenar plak.. hehehee:D

.. Yang paling mustahak, akhirnya pinggang ku dah turun 2 inchi.. Berkat kesabaran ku akhirnya berbaloi, aku dapat pakai kebaya pendek (baju ni masa aku sebelum mengandung anak pertama.. badan ala2 anak2 dara la kiranya.. ahhaaa:D ) ...Syukur Al-Hamdulillah.. yg plg best.. aku dapat pakai baju aku zaman dok sekolah teknik dulu.. percaya tak??? hahaaa:D

Bila difikirkan balik, teringat plak pada promotor SKIVA yg jual capsuit ni pada ku dulu.. Sampai promoter kat SKIVA tu asyik cakap "Abang sayang awak".. En.suami pun cakap "Sape tak sayang isteri.. mesti la nak isteri cantik selalu".. hehehee... kembang plak aku.. Itu maknanya aku kena disiplin kan diri utk mencantikkan utk suami dan utk diri aku sendiri juga.. banyak baju dlm almari yg cantik2 & masih elok xboleh pakai.. Rugi.. takkan baju tu nak bagi kat orang .. baju elok lagi.. Tekad..Tekad.. Usaha keras.. chaiuyuk2.. Now berat aku dah turun 4kg.. Macam xcaya jer... dalam 1week tau...

Yang kelakarnya, semalam aku try pakai baju kurung moden yg ditempah kpd rakan opiz, baju tu mcm dah longgar.. Dah kurus ker aku?? @ baju tu makin besar.. xmungkin baju kurung boleh makin besar..

Tak puas hati lagi... Pagi ni aku pun try pakai baju kebaya pendek dan kakak opiz ada tegur aku dah kurus.. so, pecah tembelang aku.. Aku pun bg tips yg aku guna cap suit SKIVA ni.. memang berkesan... 

Bukan la membangga diri dah kurus, walaupun kat opiz aku ni ramai yg kurus2 & cantik2 belaka.. Tapi sebagai  panduan yg aku akhirnya berjaya kurus dalam 1week jer dgn sekejap jer.. kalo ikutkan nak beli after raya, tapi promoter SKIVA tu kata better bulan puasa.. sebab kita xmakan.. kalo lepas raya, takut saiz kita lagi besar.. memerlukan masa yg lama nak kurus balik.. jaminan dia menggunakan produk ini akan amik masa kurus 3 bulan ajer.. Tapi hasilnyaa??? 1 week jer.. memang berkesan.. Syukur Al-Hamdulillah :) 

.. Anda pun boleh cuba.. dan kesannya memang cepat.. bila pakai time bulan puasa.. Mengurangkan pemakanan kita.. bila berbuka puasa, nafsu nak makan mmg banyak.. tapi bila nak makan, jadi kenyang coz ada massage tekan perut kita & memberi sokongan pada tulang belakang bahu kita.. Walaupun ku bersahur, tidak memakai capsuit ni, tapi selera untuk makan hanya jumlah yg sedikit.. En.suami risau padaku.. Setiap malam sebelum tido, aku akan makan madu sebagai pemberi tenaga & awet muda.. hehehee:P

Nak kata aku sakit?? Al-Hamdulillah aku sihat... Time sahur aku makan macam biasa tanpa memerlukan pakai capsuit tu.. just waktu harian di opiz jer pakai capsuit,.. Di umah aku freedom.. just pakai baju biasa sajer... xperlu nak bekung2 dah.. 

Sekarang aku dah rasa selesa memakainya.. Cadang nak beli lagi satu utk tukar ganti.. Tapi after raya la.. simpan bajet untuk raya plak.. cuma awal2 pakai, memang susah nak masuk, coz badan dah berlemak2... tapi, bila lama2 kita pakai, ada kesannya.. Aku ingat kan, cap suit ni dah longgar getah dia.. Tapi, sebenarnya tidakk.. 

Apabila aku memakai baju zaman anak dara, aku dapat memakainya.. Maknanya produk ini berhasil.. aku bukan mempromote barang, tapi aku telah menggunakan produk ini.. memang berkesan... Boleh la aku bergaya di pagi raya dengan perut ku yg slim ni.. hehee:P 

Biar la orang kata mcm2 pada ku.. Aku tarak kisah.. Walaupun org cakap :- "aku poyozz la.. kecoh la baru kurus sket.. nanti akan gemuk balik la.. mcm2 tohmahan la.. suruh bersenam la.. kurang makan la".. tapi, aku ignore jer.. Yg penting, aku dah jumpa hasilnya yg berkesan ini.. Aku dah usaha sendiri dengan bantuan en.suami tercinta.. 

Aku makan mcm biasa.. Aku xbuat surgery apa2.. Just aku memakai capsuit SKIVA serupa mcm pakai corset masa pantang bersalin dulu.. Terima Kasih abang sayang membantu diriku.. Aku tidak keseorangan melangsingkan badan ini.. kita lakukan bersama2 dengan semangat mu sayang.. muaahhss:-*

Syukur pada mu Ya Allah.. Akhirnya tak perlu menghabiskan duit beli krim 2 losyen2 melangsingkan.. yg mengambil masa yg lama... tak tau la berapa byk aku habiskan duit utk semua ini..

Tapi dengan berbekal kan RM699 after diskaun 20% dapat la harga dia RM560.. memang berbaloi drpd kita g slimworld yg bayar beribu2 tu... brand2 lain yg mahal sgt... itu jer yg mampu aku & en.suami belikan.. Tak perlu membazir.. Lebih baik duit yg ada untuk keperluan anak2..

Target sekarang nak berat sebelum kahwin 49kg (berat masa anak dara..).. B4 pakai capsuit, berat ku 56kg.. Now dah 52 kg.. 4kg turun.. Lagi 3 kg perlu turun untuk mendapat berat 49kg.. insyaallah.. sekian..


hadiah Hari raya pemberian suami tercinta.. :-*

Tuesday, July 5, 2011

Pengertian Cinta.. Sayang..Suka.. Minat..

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat ,suka dan sayang... kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…









16/12/2007


Muhammad Abqariz Zaem

Qari & mama :)