Nuffnang Ads

Showing posts with label Indahnya Kekuasaan Allah SWT. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Kekuasaan Allah SWT. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Khasiat Susu Ibu + Habbatus Sauda untuk kurangkan Jaundis baby (Kuning)..

Assalammualaikummm...

Now aku nak bercerita tentang khasiat susu ibu dengan amalkan makan Habbatus Sauda...
Kebetulan cousin aku anak dia kena kuning... tu yg aku nak share sekali... Dulu Afiqah pun kena kuning yg teruk sampai masuk CCU Hospital Kajang..

Cter ni dah lama bulan April 2014, tapi xpala nak sharing sbg memori kami sekeluarga...

tersebut alkisah cter tahun lepas... Afiqah dilahirkan pada 16/04/2014 jam 5 petang di HUKM Cheras...

kebetulan hari ke-3 umo Afiqah, ada nurse datang ke umah kami utk checkup aku & baby.. Nurse check temperature, nurse cakap Afiqah ada Demam Kuning kena refer klinik check amik darah.. Kebetulan time tu hari Sabtu, yg buka Klinik Kesihatan Kajang yg dekat kuari tu.. check2 sana, doc kata kuning Afiqah tinggi suh masuk ward... dengan sedih n berat hati, terus g Hospital Kajang sebab dah dekat umah.. Terus kena admit bila tgk bacaan darah Afiqah tinggi... sian kat suami aku, balik umah amik pakaian aku & baby.. Terima Kasih banyak2 abg tersayang...

Hospital Kajang bagi aku terlalu ramai baby dalam ward CCU.. Tapi Alhamdulillah ada kosong utk aku masuk bersama Afiqah.. kalo penuh xtau la nak kena transfer mana.. Tempat tdo / katil ibu dlm ward Hosp. Kajang okla... Kebetulan aku dapat katil paling hujung, selesa & privacy.. dekat dgn toilet... Alhamdulillah.. yg aku plg bersyukur sebab walaupun aku masuk ward aku masih bertenaga sebab masa aku lahirkan Afiqah, bahagian miss V aku xkena jahit pun berkat makan VCO (minyak kelapa dara Tanamera)...

itu yg laju jer aku langkah smpai kena membebel dgn ibu ku.. hehehee... almaklum xsakit, hati risau laju jer jalan.. masa aku dalam berpantang, macam2 dugaan.. Afiqah umo 3 hari kena masuk ward kena jaundis.. umo sebulan plak kena masuk wad PPUM sebab demam berjangkit dgn siapa yg dtg melawat pun aku xtau... so, aku mohon la sesiapa yg demam, harap jangan datang melawat. bukan apa,  yg jadi mangsa kesian kat baby & ibu yg xkuat lagi baru lps bersalin dlm pantang... orang datang melawat xkan la nak halau kan.. tak gitu? hehehee.. Tapi xpala... sudah tersurat Allah beri kepada ku agar menjadi org yg sabar & redha dgn ketentuan Allah swt.... menjadi kan aku isteri & ibu yg kuat..

Banyak juga baby2 kena kuning @ jaundis yg kena tahan time tu... Malam baru dapat result Doctor cakap afiqah hydration & buah pinggang dia kekeringan susu.. Padanla Afiqah asik nak melekap je nak susu.. Agaknya memang susu aku xda.. Itula baby baru lahir digalakkan ibu2 pam xkira waktu.. aku ingatkan bersalin yg ke-3 susu still ada, tapi tersumbat juga.. bila kita pam baru kita akan tau kita ada susu @ sebaliknya...

jom la kita sharing gambar utk pengalaman ku dengan 
cik Afiqah kita...



Bila kita tengok anak kita tido bawah lampu ni memang sayu jer.. sedih.. kesian... asik nak nangis jer...
Tapi kena tabah ye ibu2.. sebab ini adalah ubat agar baby kita pulih n sihat sediakala.. Bila kita masuk dlm wad CCU lagi sedih tengok baby pra-matang yg duduk dalam incubator dengan pakai wayar tiub macam2 la.. rasa insaf sangat masa ni... xsampai hati nak tangkap gambar ... Kalo baby pra-matang, ibu xboleh tdo dalam wad... baby kuning @ baby masalah lain jer yg boleh duduk dalam wad ni..

Sian Cik Afiqah kita kan... huhuuuu

 Lena tido cik Afiqah kita baru lepas mandi...

 Anak mama cayang yg sangat tabah... kesian dengar tangisan yg kuat kena masuk jarum kat tangan sampai berdarah2... Afiqah baby yg aktif, asik terkeluar jarum dia jer... sian dia..

 Katil aku paling hujung sekali.. Luas sangat.. ALhamdulillah.. dan terima kasih suami ku yg sangat banyak membantu.. Luv u.. muaahhss:*

 Suasana wad CCU untuk ibu2 yg terpaksa berpantang dalam wad menunggu baby2 kita sentiasa dalam keadaan sihat... Insyaallah..

Aku google macam2 petua diaorg share.. Tapi aku xikut sebab teringat member sebelah katil aku bagi anak dia minum air anggur, memang bacaan kuning dia turun.. 
tapi baby dia xaktif... senyap jer...

Aku just makan Habbatus Sauda ni jer... memang bagus khasiat dia...
Aku amalkan makan masa mengandung lagi... 

 Cepat jer bacaan dia turun... berkat makan habbatus sauda.. Alhamdulillah...

 Al-Hamdulillah, aku staff gomen.. so semua free.. makan free...

yg best dalam wad ni nurse yg mandikan baby kita.. nurse yg amik baby kita dok bawah lampu.. just kita bagi baby susu sendiri n salin pamper je..

Pampers kena setiap kali tukar kena timbang ok... sebab Doktor @ nurse nak tengok berapa berat kandungan air kencing baby...

so, lagi banyak minum susu, lagi banyak kencing.. lagi bagus ok...

 Hari pertama di wad bersamaan umo Afiqah 4 hari... ni hasilnya aku pam manual, 1st time utk baby Afiqah... kat wad kena bagi susu pakai cawan kecil macam tu..
Doktor suh breastfeed + guna cawan small tu.. nak tengok kuantiti baby kita minum susu banyak mana...

dapat 1++ oz.. sikit jer kan.. Tapi, Alhamdulillah Afiqah dapat khasiat kolustrum yg colour kuning tu..

masa di hospital, aku ingat kan aku jer pam dapat sket.. tapi, semua ibu2 menerima nasib yg sama macam aku (itu yg baby kena kuning sebab kurang susu dalam antibodi diaorg).. yg kelakar, kami semua boleh berlumba2 asik selalu nak pam nak tengok banyak mana dapat susu... jadi pembakar semangat juga.. hehehee:P

*** Alhamdulillah dengan semangat yg membara, di hospital .. Cik Afiqah kita minum susu EBM yg aku pam jer... semangat mama nak bagi full breastfeed.. Insyaallah..


Cik Afiqah kita dah kuar wad.. Sian dah jadi hitam.. bibir pun hitam sebab asik dok bubuh bawah lampu yg panas tu.. sian anak mama ni..

 Cik Afiqah tdo dengan mama kat ruang tamu letak tilam.. sebab mama panas dok dalam bilik.. hehehee

 Minggu yg ke-2, ada perkembangan, pam susu dapat lebih kurang 6 oz kiri n kanan..


 Baru naik keja, Bulan yg 2 / June 2014.. ada perkembangan, pam susu dapat lebih kurang 10-12 oz kiri n kanan sekali pam..

 *** Aktiviti aku setiap hari.. Sebelum g keja, pam dulu... susu pagi tu Afiqah dapat susu fresh + dengan susu yg aku bekukan .. Alhamdulillah ibu ku tersayang yg menjaga anak2 ku.. terima kasih ibu, jasamu tak dapat aku nak membalasnya..

Nak dapat susu banyak punya pasal... untuk Afiqah jer sampai 3 jenis pam yg aku beli... Boleh tukar2 pakai..

1. Jenis Anakku (Pam Manual)
2. Jenis Eve Love (Pam Auto)
3. Jenis Avent (Pam Manual)



 Pam Auto Eve Love ni bagus gak.. xsakit.. mudah.. tapi aku pakai auto, susu xkeluar banyak... Guna manual lagi banyak... biar la jari ku @ tangan ku lenguh.. tapi demi anakku tercayang..

Aku paling suka pakai pam manual Avent... sebab sekali aku pam boleh dapat banyak tu... 
8-10 Oz.. insyaallah...

Pam kat surau opis jer... Sori la.. bukan menunjuk susu banyak ke tak.. 
cuma untuk sharing bersama..

Alhamdulillah, walaupun susu ebm makin berkurangan disebabkan Afiqah makin kuat menyusu,.. tapi Alhamdulillah Allah kurniakan Afiqah still boleh minum susu ebm.. Aku perlu semangat untuk terus mengepam dan terus mengepam... Insyallah sehingga mama terdaya oohhh cik Afiqah ku sayang...




Jom sharing khasiat susu ibu masa zama dolu2 aku dulu
http://fizura512.blogspot.com/2011/07/khasiat-susu-ibu.html

http://fizura512.blogspot.com/2013/11/makanan-sunnah-ketika-hamil.html

Sunday, August 25, 2013

DERHAKA…ADAKAH HANYA ANAK KEPADA IBUBAPA?

Bagiku adik derhaka kepada kakak2 dan abang2 juga dikira DERHAKA.. kerana adik itu tidak menghormati orang yg lebih tua daripada dia... sepatutnya adik perlu mengalah.. Tapi dunia sekarang plak sudah terbalik.. Kakak@ atau abang2 plak yang mengalah disebabkan tidak mahu mengeruhkan keadaan dan tidak mahu ibu atau bapa bersedih tengok pergaduhan antara adik beradik.. Ya Allah, minta dijauhikan.. Hapuskan sifat dengki dalam diriku, jauhilah orang2 yang bersifat begitu dari hidupku.. Amin~


CopyPASTE 


Majalah Solusi edisi Februari 2010 menampilkan artikel Ibu Bapa Derhaka? yang menyentuh tentang hubungan ibu bapa dan anak-anak.
Tazkirah Jumaat kali ini ingin juga berkongsi apa yang ternukil di laman ini:
Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Nukilan OnDaStreet: Kerapkali “derhaka” dikaitkan antara hubungan anak dengan ibubapa (selain daripada konteks politik.. asyik-asyik politik, keluarga sendiri pun tidak dibetulkan, tiada gunanya juga).
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.
Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Jika carutan kebiasaanmu, ubahlah kepada ucapan/zikir sebagai amalanmu untuk diucapkan kepada umum.
Adalah diharapkan, kita dapat renung kembali dan memperbaiki diri kita.
Kepada yang bergelar anak-anak, janganlah pula menuding semata-mata pada ibu bapa atau orang lain. Dirimu sudah punyai akal dan dipercayai telah diajar ilmu-ilmu asas (melainkan selalu tak masuk kelas atau tidur dalam kelas). Gunakanlah kurniaan itu sebaiknya.
Sebenarnya, tak kesemua anak2 kita bermasalah yg jadi punca masalah kepada ibubapa juga dipersalahkan... Mungkin antara adik beradik yang lain semua ok dan beradap, tetiba ada 1 jer yg  xok.. Siapa yg perlu dipersalahkan??
Tepuk dada tanya la selera.. mcm nak makan plak.. hehehee:P
Bila orang itu tidak mahu mendengar nasihat bahkan nasihat ibubapa sendiri, kakak2, abang2, adik2 , apa lagi kita perlu la memulaukan orang itu.. Seorang yg bermasalah dlm adik-beradik tu juga perlu "dipulaukan" agar dia berfikir samaada tindakan dia  itu yang betul atau salah.. biasalah, kalo air dicincang takkan putus.. just mengajar erti kesabaran dan mengalah.. Asik nak menang jer pendapat tapi xbagi peluang kepada adik-beradik lain... 

Istilah lain suka menyalahkan orang lain tanpa berfikir kesalahan sendiri.. Hanya menunding jari kepada org lain tanpa berfikir kealpaan diri sendiri.. Hanya menuduh orang lain mengatakan org itu menikam belakang dia, tapi sedangkan seseorang itu cakap kuat2 dan benar2 belaka agar dia dapat dengar dan faham maksud yg dituju kepadanya agar dia berubah... Asik salahkan orang itu tanpa usul periksa.. wallahuallam... kita bukannya perfect.. just sharing bersama2...
Wallahualam…

Thursday, April 11, 2013

Batu Api a.k.a Penyampai yg xbetul...



Aku tak tau nak luah kan kpd siapa.. Nak luah kat hb, hal kecik xkan nk cter kat dia.. hehehee.. maybe luahan dalam blog memberi kelegaan utk aku berpikir & mendengar pendapat kalian..

so, xpala, just luahan hati.. sape yg terasa, minta maaf.. just luahan, dan xmention pun nama org tu k..

Susah betul aku ni.. Nak tolong salah, tak tolong salah.. then, rupa2nya ada gak batu api ni a.k.a penambah rasa yg tak serik2 putar alam nak melaga2 kan sesame kawan.. cukupla kisah dulu.. jangan la nak berlaku lagi..

Ya Allah, cepat2 la orang yg sebegini keluar daripada sekelilingku & jauhilah orang ini drp kawan2 aku juga… dah penat melayan orang sebegini.. isk2.. jauhilah aku drp org sebegitu… Bila la aku dapat ditukar kan?? Bila la aku dapat berjumpa dengan org yg ikhlas dalam berkawan.... aku dah fedupp ok dok sini lama2.. tetap macam dulu & xberubah pun persepsi manusia.. maybe kerana masih ada org C disini?? aku doakan org C maju jaya di tempat lain.. AMin..

sepatutnya duduk rumah jer KALO DAH TAK PANDAI NAK ADA ETIKA BERKAWAN..



citer story aku plak mcm ni... kesian kawan aku sorang ni (bff A).. kerana ada seorg yg batu api (org C) yg anti sungguh @ pendengki kepada bff A,  aku pun heran gak ada gak orang yg mcm ni.. dari aku masuk keja sampai skrg, dah 4 tahun ok, tak tau la apa yg dia nyampah sgt dgn bff A.. maybe dgn aku pun dia nyampah.. Ada aku kisah.. xla... yg aku kisah, Kubur dah kata mari ok..

tak tau la apa yg dia sampaikan kepada bff B.. membuat bff B  jadi Pemarah sebegitu.. membuatkan semua jadi tertanya2.. dan membuatkan semua tersentapppp termasuk aku... Tapi, apa boleh buat.. mulut org xblh tutup?? hati orang yg beriman yg bersabar  yg dapat menghadapinya dengan tabah.. Adakah aku sebegitu tabah?? .. chewaahhh ceramah plak aku.. Aku ni pun bukan nya perfect.. Tp, alhamdulillah, akan berusaha lebih maju jaya ke depan...

kesian kawan aku gak (bff B) yg  salah sangka dgn bff A… maybe salah sangka padaku gak.. 


sebenarnya hari ni aku terlalu bz kerana aku perlu siapkan preparation for next week utk outstation.. so, aku minta bantuan org C ni call kpd bff B.. Tapi, lain plak jadinya.. sori k, aku punca segalanya..

Kalo tahu, aku sendiri yg call, xperlu melibatkan banyak org.. Tapi, xpala.. dah ketentuan Allah beri macam ni.. Redha jer... kata orang Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. Tapi, kalo musuh di depan mata, Adakah aku perlu melawan?? @ aku perlu berdiam diri?? @ ??? waaahhhh.. susah nya nak jaga hati orang kan.. huhuuu

Tapi, xpala.. Allah maha mengetahui.. cukupla aku dah terkena dulu...

Selain itu, ada gak orang yg depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain.. Tapi, itu cter lama.. buat apa la nak bongkarkan.. cuma nasihat aku, Jangan masuk campur urusan aku.. ko buat aniaya semua ada dalam simpanan aku.. kata orang .. Keep a Touch.. :P

Bukti ada dalam email / simpanan aku, awalaupun oranggg itu dah DELETE kebenaran.. ko boleh delete atas dunia, di Akhirat ko boleh Delete ke utk membersihkan nama org yg teraniaya.. Masyaallah..

Tapi, lantak la.. malas nak masuk campur… aku just bgtau cter sebenarnya.. kalo ada terasa .. Aku minta maaf.. just cukup sampai di sini sahaja.. hehehee

Orang tak kan tolong kita kalo org Nampak kita jer yg salah kan?? Yg pasti dalam hidup ini, susah nak percayakan orang walaupun hal sebesar semut @ sekecik semut??? Hanya Allah yg dapat membongkarnya apabila semua yg telah ditentukan olehNya..
renung2kanlah..


jom share : http://sinarsinggahsana.blogspot.com/2011/04/pengadu-domba-si-pemecah-belah-dan-batu.html


Pengadu domba, si pemecah -belah dan batu api...apa kata Al-Quran tentang mereka?

Apabila berlaku perselisihan antara dua pihak, maka janganlah ditambah lagi kerosakan yang ada dengan menjadi pengapi atau pengipas. Sebaliknya, berusahalah menjadi pendamai kepada perselisihan tersebut. Jika kita menjadi pengadu domba yang menambah buruk lagi keadaan, bimbang diri hilang kelayakan untuk menjejaki syurga Allah..apatah lagi sekiranya perselisihan itu melibatkan khalayak keluarga sendiri. Sukakah melihat perpecahan dalam keluarga? Sukakah melihat kedua-dua pihak terus bermasam muka atau bertelagah? Sekiranya tidak mampu menjadi pemulih keadaan, adalah lebih baik berdiam diri dan berdoa supaya keadaan pulih seperti sedia kala. Bukan dengan mengipas atau memanaskan hati mana-mana pihak yang terbabit.Berikut adalah petikan hadis dan ayat Quran yang mencela kelakuan si pengadu domba. Harap dimanfaatkan..

Pengadu Domba Tidak Masuk Surga

Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)
Maksudnya: Tidak akan masuk surga pertama kali bersama dengan orang-orang yang masuk, melainkan dia akan disucikan dulu di neraka.
Dari Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma dia berkata:

مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ قَالَ فَدَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا ثُمَّ قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melewati dua kuburan, lalu beliau bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa. Dan mereka berdua disiksa bukan karena sesuatu yang besar. Adapun salah seorang di antara mereka disiksa karena suka mengadu-domba sedangkan yang lainnya disiksa karena tidak menjaga dirinya dari (percikan) kencingnya.” Kemudian beliau meminta pelepah kurma basah, lalu membelahnya menjadi dua. Kemudian beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua. Kemudian beliau bersabda, “Semoga siksa keduanya diringankan selama kedua pelepah ini belum kering.” (HR. Al-Bukhari no. 6055 dan Muslim no. 292)

Penjelasan ringkas:

Namimah atau adu domba adalah perbuatan menukil ucapan sebagian orang lalu membawanya kepada sebagian orang lainnya dengan tujuan untuk merusak hubungan baik di antara kedua golongan tersebut. Ini merupakan amalan yang sangat tercela, Allah Ta’ala sendiri yang langsung mencelanya dan melarang kaum muslimin untuk mendengarkan celaannya. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan janganlah kamu mengikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kesana kemari mengadu domba, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas, lagi banyak dosa.” (QS. Al-Qalam: 10-12)

Namimah termasuk dari dosa-dosa besar, karenanya Nabi shallallahu alaihi wasallam mengabarkan bahwa di antara amalan yang paling banyak menyebabkan seseorang disiksa dalam kuburnya adalah karena dia melakukan namimah di muka bumi ini. Adapun maksud kalimat ‘disiksa bukan karena sesuatu yang besar’ dalam hadits Ibnu Abbas di atas, maka itu bukan berarti kedua amalan itu bukanlah dosa besar. Akan tetapi yang dimaksud adalah bahwa kedua amalan itu kecil atau enteng di mata mereka berdua atau di mata banyak manusia, akan tetapi sebenarnya kedua amalan ini sangat besar dosanya di mata Allah Ta’ala. Ini dipertegan oleh hadits Hudzifah di atas yang menyebutkan secara tegas bahwa pelaku namimah tidak akan masuk surga.

Adapun berkenaan dengan hadits Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu di atas, maka Ibnu Abdil Barr telah menyebutkan dari Yahya bin Abi Katsir bahwa beliau berkata, “Dalam sekejap, pelaku adu domba dan kedustaan bisa menimbulkan kerusakan dengan kerusakan yang tidak bisa ditimbulkan oleh penyihir dalam satu tahun.”

Abu Al-Khaththab berkata dalam Uyun As-Sa`il, “Di antara bentuk sihir, mengadakan adu domba dan merusak hubungan di antara manusia.”

Alasan namimah disamakan dengan sihir, karena kedua amalan ini bisa mengadakan kerusakan di tengah-tengah manusia secara cepat, tersembunyi, dan disertai dengan makar atau tipu daya. Dari sisi inilah para ulama menyamakan keduanya, bukan dari sisi hukuman bagi pelakunya. Karena sudah dimaklumi bahwa pelaku sihir adalah kafir sementara pelaku namimah masih seorang muslim walaupun dia berbuat dosa yang sangat besar.

Diambil dari: http://al-atsariyyah.com/pengadu-domba-tidak-masuk-surga.html


Monday, April 8, 2013

Dirimu mengerti perasaanku ^u^.. Tq vm Ya Allah

Syukur Al-Hamdulillah .. topik sebelum ni, dah kukatakan.. Setiap dugaan yg Allah beri, ada hikmahnya... Syukur aku memperolehi hadiah yg sungguh bermakna ... Sape lagi yg blh abiskan duit suami?? dah tentu wifey.. Betul x?? hehehee.. Tapi aku xla sekejam itu, aku xla minta itu ini pd hubby ku.. Apa yg hubby beri duit padaku, akan ku mempergunakan sebaik mungkin.. Betul ker? kui3

Terima kasih buat suamiku tercinta.. Dirimu mengerti perasaan ku.. heheheee.. Bukan berlagak @ menunjuk2.. Tapi nak bagi panaszzzz jer.. hehehee.. Astagfirullah Al-Azim.. dah jadi riakkk plak aku ni... maafkan aku :P

Sebenarnya aku just nak sharing disebabkan aku terlalu gembira... Maybe ada hikmah disebalik tertumpah minyak kepadaku.. dan dalam masa yg sama, suami ku memujuk diriku.. dengan pujukan kasih sayang dah selalu dapat.. kui3 :P  Tp, now?? Dirimu lebih mengerti perasaanku.. syukur2.. dapat gak wristlets ni.. Dah lama berangan nak pakai.. Tp bajet mengatasi segalanya... Almaklum la, aku ni kan study lagi... Insyaallah tahun ni abis study.. dan aku ada extra money yg boleh sama2 berkerja sama.. ya ker??? heheee:D

tgk dlm internet macam kecik.. rupanya besar.. dah mcm clutch plak.. :)


Malam Tak Berbau edisi??? Aktiviti bila dapat MC..

01 April 2013 (Isnin)

ok.. episod kita kali ni adalah... "Malang Tak Berbau edisi???" yg pasti tarikh ari ni April Fool (1 April) yg disambut gler oleh org Barat.. Tapi aku xsambut la... buat apa nak sambut kan.. hehehee... mengaku budak baik plak zura ni.. uweekkkk... heheheheee:P

Aku pun tak tau edisi yg ke berapa dah??? Maybe, setiap apa dugaan yg Allah beri pada aku, aku Redha & terima ketentuanNya.. Blog sebelum ini bertajuk :
"Dalam hidup ini, kita perlu Redha apa yg telah ditentukan oleh Allah SWT.. "

Mesti ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa ku... dan aku tahu, ada sebab kenapa Allah beri bala padaku.. mesti aku lupa & leka dengan duniawi ini... Mesti aku lupa nak baca Al-Quran.. Tapi, Insyaallah, aku akan solat 5 waktu setiap hari.. Solat adalah yg paling utama utk memimpin kita ke jalan yg diredhai Allah & mendapat keberkatan drpNya.. Dan aku bersyukur memiliki hubby yg sentiasa menjadi imam dalam solat kami & kami sentiasa berjemaah berdua, kekadang bertiga (ikut mood Qari nak ikut kami sekali berjemaah).. Bersyukur aku memiliki hubby yg menjadi pemimpin dalam solatku di umah.. Al-Hamdulillah...

Ya Allah dah lama nya aku tak buka Al-Quran.. Aku rasa buka Al-Quran pun kalo ada Ustazah Fatma datang ke surau opis aku bekerja pada jumaat Tengahari waktu orang lelaki pergi solat Jumaat.. Itupun Terjemahan Al-Quran.. kat umah?? masyaallah... kat umah aktiviti aku melayan Qari tersayang colouring la.. melayan Qari baca buku.. tapi, kepada Allah?? nape aku lupa/alpa??? masyaallah.. Ya Allah tolong la bantu aku...

... dulu masa sekolah, setiap malam aku baca Al-Quran.. kalo boleh berebut2 dengan rakan hostel nak sape Qhatam banyak kali.. Then masuk IPTA ada la sebulan sekali xpun seminggu sekali.. ni aku dah beranak pinak.. jarang-jarang.. Ya Allah.. Apa dah jadi padaku??? Mesti itula Allah beri bala padaku agar aku INGAT dengan Kebesaran Alah.. AKu Lupa Allah & Allah akan lupa aku?? massyaallah.. mohon sangat padaMu Ya ALLAH agar aku sentiasa ingat & patuh dengan ajaranmu...

Okla.. nak tau apa yg terjadi padaku... Pagi Isnin tu, hubby aku tgh menggoreng kopok leko (beli kat Terengganu, hubby aku baru balik drp outstation), masa tu aku tgh mandi nak p keja pagi subuh tu.. then, aku tengok apa yg hubby aku cari tu, rupa2nya tgh mencari tupperware nak isi kropok leko ni la... Aku tgk dalam kuali, kopok tu macam nak hangus, then aku cuba terbalikkan.. then nak tau apa terjadi?? minyak merencik lompat / meletup drp kuali kena la pada leher ku yg mulus ni... huhuuu.. kena muka sket dari hidung ke dagu.. sepantas kilat, aku teringat pesanan mak mentua aku... terus cari kunci umah, then pergi amik pokok  aloevera.. then cepat2 terus letak kat tmpt yg kena minyak panas tu..

Al-Hamdulillah, kulit ku xmelecet / melembung.. sebab aku cepat letak pokok aloevera.. cuma ada kat bahu aku sket gelembung/bubble, maybe aku tak perasan terkena myk tang tu.. itu yg xperasan nak letak aloevera.. masa tu, masa minyak tu melompat ke arahku.. sakit mmg sakit la, sape tak sakit kalo kena minyak panas kan.. tapi, otak aku dah berpikir lebih drastik/cepat utk amik aloevera.. tu yg tetiba sakit terkena minyak tu xrasa apa2.. Ya Allah.. keajaiban terjadi padaku Ya Allah.. Terima Kasih ya Allah.. Aku tak rasa sakit..  Bersyukur sesangat.. dan aku rasa macam biasa jer.. maybe sakit bersalin lagi sakit kot.. tu yg rasa biasa jer... huhuuu

Hubby rasa bersalah padaku coz dia yg goreng dulu & tinggalkan mencari tupperware.. yg besttnya aku terkena leher dan bahu disebabkan aku berkemban, almaklum baru keluar toilet br lepas mandi la katakan.. huhuuuu... kalo aku tak berkemban, tentu xkena kulit i yg mulus ni..auwww...

tapi, aku cakapla kat hubby, nak sedapkan hati dia... hehehe..

"xpala dah terjadi.. kalo syg tak kena, maybe abg yg kena... Syg ni dah biasa dah kena panas ni.. Al-maklum gugurl lasak buat keja masak2 d dapur.. sepatutnya saham kena naik RM2000 ni"... berlagak plak aku ni.. dalam hati.. geram tau.. hehehee...

Barula nmpk ceria sket muka hubby aku.. kalo tak muka risau jer takut aku marah mcm singa kot.. hahahaa...

wat apa nak marah2.. xkan selesai kalo kita marah2 kan.. Dalam rumahtangga ni, elok kita terima seadanya & anggapla dugaan itu ketentuan Allah SWT.. dan paling penting kena bersabar & bertolak ansur dalam rumahtangga.. Romantika yg paling penting.. Kata Shuib Sepah Raja Lawak kpd wife dia Siti Sarah, "ROMANTIKA : Romantik dan beretika dalam bercinta"..

Teringat masa adik Qari meninggal tu, aku tak kisah org nak cakap apa.. Tapi, bagiku arwah Hafiz tu yg akan menanti kami di depan pintu syurga.. Insyaallah.. kami dah ada tiket yg dikurniakan oleh Allah SWT.. Biarla org yg berkata2 tu akan ditentukan Allah swt samaada dapat balasan yg baik @ xbaik.. aku hanya bersabar & terus bersabar jer la kan.. baik betul aku ni.. hahahaa

okla melalut2 cter plak.. sambung balik topik kita.. after dah bubuh aloevera, then aku suh hubby aku g keja jer.. xpayah cuti2 kerana aku.. pandai2 la aku jaga diri... then, after hubby & Qari nek van g tadika.. Aku pun g la klinik kerajaan 2km dr umah aku... dekat jer.... yg best nya aku ni siap berlakon la kata sakitnya melecur ni sampai naik pening kepala aku ni.. Nak dapat MC punyer pasal.. Bukan senang nak dapat mc kerajaan tau.. sekarang Doktor susah nak bagi MC tau.. Agaknya Doktor tgk kesian pada muka aku dah jadi hodoh & leher dah hitam2 kulit melecur.. Tengok2 surat mc yg kaler kuning tu... tu dia 2 hari Doktor bagi aku mc.. syukur.. dapat la aku rest di umah bersama2 Qari.. sampai umah, aku cakap kat ibuku bestnya dapat mc 2 hari... hehehee..

sori la hubby cayang, buat masa ni hodoh sket la muka sayang ni.. tgk leher pun xberselera.. tunggula dalam sebulan ni, akan ku asah bagi kulit ku mulus balik.. hahahaaa

masa ni baru balik dr klinik... 


belum hitam lagi tempat melecur tu... merah jer..
day 2 baru tumbuh kulit mati kaler hitam..

yiiihaa.. dpt mc 2 hari :P

Sementara tunggu Qari balik Tadika, main2 la dulu dengan faiq dulu... Aku pesan kat Qari, kalo mama @ abah cuti xpergi keja sekali pun, tadika jangan tak pergi.. kena tegas dgn anak2 gak.. Jangan sesekali ajar anak ponteng (Pendapat aku la).. janji apa yg kita lakukan tidak memudaratkan anak... Jangan diikutkan malas anak kalo xmo g sekolah.. Syukur AL-Hamdulillah, Qari mahu pergi Tadika...

"Qari nak pergi Pasti dah tau mama"

melayan budak kecik..
Nama saya Muhammad Faiq Azfar :)


Okla.. kita lumpsum kan cter Dari 01 April ~ 07 April 2013.. as just diary contengan Mama Abqariz:P membebel aku cter syiok sendiri.. hehee... sentap mak tau.. hahahaa:P

Yg bestnya aku dapat MC 2 ari.. Apa lagi, akan ku penggunakan masa yg diberi sewajarnya... Nampak jer melecur macam orang sakit, tapi berkat kuasa Allah yg beri keajaiban, aku tak sakit pun... pokok aloevera tu mmg membantu... Al-Hamdulillah..

Day 2 yg dpt mc tu, sementara tunggu qari balik drp tadika, aku buat operasi kemas 1 umah.. Al-maklum, weekend pergi class, xda masa nak kemas.. kemas toilet tanggungjawab hubby ku,.. xsanggup aku nak sental lantai toilet.. dulu pernah cuci toilet, xpasal2 1 week tangan aku lenguh.. huhuuu.. sian aku.. hahahaa:P

wa cakap sama korang, 4 trip basuh kain / day.. sian kan? nasib ko la zura, g kempam 1 week mmg mcm tu.. hehehee

sebenarnya washing machine umah aku 7 kg jer, xtahan menanggung beban yg byk.. terpaksa diagih2 kan mengikut kesusaian.. ehhehee

mana taknya, semua aku campakkan jer dlm washing machine.. pagi 3 trip jer; antaranya 2 trip baju aku, hubby & Qari (kumpul 1week), 1 trip cadar2  n towel... yg lg 1 trip curtain tu, operasi petang, balik drp wayang.. ikutkan, nak jalan kn sekali jer 4 trip, tapi takut mesin rosak plak.. tp sebenarnya, tempat jemur kain dah full.. abis fencing2 pagar kiri kanan umah jiran & mak aku tumpang jap letak cadar2 & curtain2.. Almaklum besar sangat... Amik kesempatan coz jiran sebelah xbalik drp keja lagi..

Kemas umah done.. kemas bilik done.. curtain & cadar tukar yg lain done.. wet & dry kychen done.. toilet jer belum.. semua dikatakan done.. Tapi lipat kain jer malam nanti  after balik wayang.. 

cadar & curtain dah tukar yg bersih :)


dry kitchen done.. kalo tersusun tu luar kawalan la.. hehehe:P

wet kitchen done :)

rak komik & novel done :)
baju 1 week pun dah iron :)

Ok kul 12 dah, Qari dah balik dr tadika naik van.. jom siap2 kan Qari.. jom pergi Aeon Cheras Selatan.. layankan anak2 tgk wayang plak.. xda org pun, almaklum bukan cuti sekolah..

The Croods.. memang best cter tu.. gambar dia cantik ala2 cter Avatar... Kami berempat jer yg g.. ibuku xmo ikut plak... so, aku & adikku melayan anak masing2 bawa masuk cinema... budak2 excited la dpt tgk wyg..  cartoon plak tu :)

Memang plan last minit.. pada asalnya malam sebelum tu, qari tengok ada dalam iklan.. Qari kata nak tengok. so, aku kata jom esok kita pergi.. Tapi, Qari kena g tadika dulu... mama garang ni mana boleh bg anak ponteng2 k..

ok dah sampai wayang cter The Croods.. memang best utk budak2.. cantik gambar dia... aku namanya je mc, tp alhamdulillah berjalan No.1... Rugi la cuti, kalo tak spend dgn org yg kita sayang.. macam xcaya jer yuna nyanyi soundtrack lagu tu... memang terbaeekkk...



day 2 ~ dagu yg itam tu dicover dgn double chin :P
Chubby & bam2 nya aku.. abaikan pic tu semua dusta.. hahahaaa


day 3 ~ kulit dah xsekata.. huhuuu

Sementara tunggu hubby balik, lepak2 dengan Qari tersayang melayan anak bermain.. tapi, kebersepahan melanda umah kami...

nak tau sape punyer angkara????

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Muhammad Abqariz Zaem jawapannya...

Abissss dah semua mainan dia kluar campak kat ruang tamu.. dah tu depan tv plakkk.. wadusss semak mata mama memandang k.. Nak marah, buat muka sedih la plak Qari ni.. mmg Best Actor Award... heheheheee :D


Sesi mama jadi cikgu ok.. jom Qari mama ajar ABC :)

merajuk kena marah.. huhuu

Play Games kesukaan Qari.. PUZZLE... dah ada 7 koleksi dah skrg..

day 8 ~ Syukur Al-Hamdulillah.. 1 week kulit aku dah ok..