Nuffnang Ads

Showing posts with label setiap musibah adalah kuasamu Ya Allah.. aku Redha dgn ketentuanMu... Show all posts
Showing posts with label setiap musibah adalah kuasamu Ya Allah.. aku Redha dgn ketentuanMu... Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Penipuan dalam online.. Aku dah terkena...

Salam Ramadhan... kerja tgh xda.. maybe semua mood raya.. apa kata kita blogging jap mengelat drp buat keja.. Ampun maaf bos... mood tengah raya.. hehehee

Hari ni dah 28 Ramadhan.. esok last puasa.. Lagi 1 hari jer nak raya.. 08.08.13 (Khamis) dalam kalendar kita semua akan menyambut Syawal.. Rasa sedih plak meninggalkan bulan puasa.. Bulan puasa ni la insyaallah kita berdoa ketika selepas sembahyang, insyaallah doa kita dimakbulkan.. Banyakkan solat sunat dan membaca Al-Quran.. bukan kejar Qhatam Quran,.. Tapi mendalami tafsir dalam Al-Quran.. utk memberi keinsafan kepada kita... Masyaallah, kerdilnya aku ni.. huhuuu.. 

Aku teringat ada Ustaz yg bagi ceramah di opis aku baru2 ni... "Kalo hidup nak diberkati... sembahyang 5 waktu jangan dilupakan.. wajib dilakukan tiang Agama tu.. dan jadikan amalan setiap hari buat solat sunat Dhuha & solat sunat Hajat.. Insyaallah, kita dilindungi dan dia kita Insyaallah Allah makbulkan.." Dan dalam masa yg sama, aku lupa nak share pasal Bio Terapi Solat.. kebetulan aku ada mengikuti kursus ni.. Nanti aku share yek.. bulan puasa ni, macam xda mood nak berblogging because computer aku ni asik nak terpadam sendiri jer... tengah2 taip terpadan plam.. demmm.. waduss..

tp dalam masa yg sama aku tersangat happy nak beraya dapat berjumpa sanak saudara dan family berkumpul.. tapi disamping kemeriahan ni terasa kesedihan juga.. tetiba terasa rindu sangat pada arwah ayahku & arwah anak ku Hafiz.. Aku sentiasa berdoa agar arwah ayah sentiasa berada disamping anakku hafiz di sana... Ya Hafiz baby anak kecil yg tiada dosa langsung.. insyaallah dirimu menarik kami sekeluarga ke Syurga.. Ya Allah, permudahkan la kami disamping mu di Akhirat nanti... Amin~

ok la.. panjang lebar plak mukadimah.. ni baru nak story mori.. hehehe..

Sebenarnya aku nak cter pasal penipuan dalam on9.. Aku ni penggemar shopping brg on9.. just click jer dihujung jari anda.... yer la malas nak keluar nak cari parking.. bila di calculate duit minyak + parking, lebih kurang jer kita beli brg on9 kan.. Tapi kena hati2 yer kengkawan.. :)

Tp syukur la sangat2, setiap kali aku beli barang2 on9, tak kira la handbag, wallet/wristlet, baju, makeup etc aku tak kena tipu.. aku transfer jer duit, esok ada la dapat barang pos kat umah ibu aku.. Almaklum ibu ku tidak bekerja, permudahkan pos laju smpai... opis aku ni dah banyak songeh dah, xblh terima pos laju personal.. Apa daaa... huhuuu

Tapi, satu aku tensi sampai sekarang.. org tipu dalam permainan kutu.. memang la balance dah tak banyak hutang ko dalam RM350 tu lg hutang kalian kalo dicampurtolak... hampeh # , tapi duit tu kalo aku tak redha, merana la korang anak beranak makan duit haram... masyaallah...

Aku berharap kalian perlu berhati2 main kutu dalam on9.. Aku tak sangka boleh terjebak dgn kena TIPU oleh orang yg sentiasa byk bagi alasan yg tak munasabah... Sebenarnya aku terlibat bukan suka2 ok, aku terlibat disebabkan ex-schoolmate kawan2 teknik Bentong dulu ajak join sekali.. konon2 ketua team tu blh dipercayai.... Aku percayakan dia dan aku kenal sangat dia.. Tapi, nape kawan sendiri & ketua team tu pun tipu aku.. susah gak kan nak mendapat kawan yg betul2 amanah kan?? huhuuu.. nasib org sape tau kan... mungkin hari ni hari ko.. belum tau akan datang..

Kalo Allah nak cabut nyawa anytime jer.. tp hutang akan sampai ke Akhirat akan ditanya... Itu kalo selepas mati, mesti orang akan tanya waris si mati samaada si mati ada hutang dengan sape2... Massyaallah.. Dosa besar org yg suka berhutang tapi tidak bayar.. jauhilah aku drpd sifat mcm tu.. AMin~

Aku share ni utk mengelakkan semua reader tak menjadi nasib seperti aku & kawan2 aku...











Harap dijadikan pengajaran bersama... 




Monday, June 24, 2013

Marila kita amik keberkatan Bulan Nisfu Syaaban..

Malam ni tadi berita isytiharkan semua sekolah di KL, Putrajaya, Selangor & tempat2 yang mencapai IPU lebih 500++ dapat cuti... waaaaaa.... bestnyaa... Memang petang semalam umah aku jerebu memang menyesakkan hidung & mata la.. memang plan dgn hubby, xmau hantar Qari ker Pasti.. Kesian kat budak2 apabila kena jerebu... kesian budak2 kesan daripada pencemaran jerebu ni... ni aku dapat berita kat TV gak...

Situasi jerebu di Singapura adalah sangat kronik dan jauh lebih teruk dari di Kuala Lumpur. Indeks penceramaran udara di Kota Singa mencecah tahap amat bahaya untuk kesihatan iaitu melebihi 300. Rakyat Singapura marah dengan Indonesia kerana pembakaran terbuka di Sumatera adalah penyebab jerebu yang kronik ini. Tengok berita, selamber jer diaorg bakar lebihan kayu2 kelapa sawit... memang kureenggg kesedaran sivik betul la... menyusahkan Negara jiran...

Syukur Al_Hamdulillah, Qari cuti ari ni... Mama yg kena keja.. huhuuu ;(

Datang opis ari ni sampai awal, sebelum 7.30 dah sampai.. jalan xjem drp biasa.. Almaklum sekolah cuti dan ada sesetangah mak ayah cuti emergency disebabkan kena jaga anak.. okla... hapdet blog la jap.. :)

Okla, aku sebenarnya nak sharing kelebihan dan keistimeewaan Bulan Syaaban.. Nak tau tak, malam tadi depan umah aku.. Bulan besar daripada biasa kat langit... Walaupun Jerebu bulan tetap mencerahi dunia... itula kekuasaan Allah mencipta sekalian Alam... Buat barbeque memang best la dengan langit yg cerah... Tapi, nak kena rotan boleh la.. tengah2 jerebu, nak membakar lagi.. baik g buat solat sunat lagi bagus dan lebih berkat.. :)

jom kita cter keberkatan 15 Syaaban pada ari ni....






15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)

Memang dah niat malam tadi, aku nak puasa ari ni... Insyaallah dalam seminggu ni nak puasa penuh.. dapat pahala sunat lagi.. Al-Hamdulillah... Pagi tadi sempat bangun sahur kul 5.20.. Sahur makan, Balance roti telur sardin malam tadi bersama2 dengan pekena milo panas.. fuh tekak lega sangat2 dapat teguk milo panas yg sememangnya anak tekak tgh gataii akibat terdedah dgn jerebu la punye pasal... tekak kering jer, semalam asik minum air jer.. dan kerap la ke toilet.. hehehee.. ke situ plak merapu.. kui3:P

oklah.. marila kita Renungan Bersama Keberkatan Bulan Nisfu Syaaban...

Aku copy paste daripada internet...

Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013:

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
(Bulan besar daripada biasa)

Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.

2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,
Ya Muhammad,
pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat,
maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."
Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."

blh share jugak link : http://www.zakatns.com.my/ver4/tazkirah/128-syaaban-dan-malam-nisfu-syaaban




Thursday, December 6, 2012

Kenapa Orang Dengki???

Prinsip aku senang jer.. "Kerana Kegagalan Kita Berjaya dan Kerana Kesusahan Kita Boleh Senang.. Yang Penting berusaha di kaki sendiri tanpa mengharap balasan orang lain.."


Nak jadi orang dengki, busuk hati lagi tikam belakang??? Tak susah, just master all the above/below.... Tak nak buang masa layan kerenah orang dengki mcm ni.. yg paling bagus, Jauhi orang yang ade symptom-symptom di atas/ di bawah seawal mungkin, seboleh mungkin & sejauh mungkin... Dengan cara itu, hidup kita tenang.. Dosa pun tak banyak berkumpul.. bersubahat dikira dosa juga tau.. Takut bila kita di libas nanti di Akhirat.. wallahuallam... 

Walaupun aku ni tak la baik sangat.. sekurang2nya Diam Lebih Baik & Tersentap Lebih Baik daripada kita menyakiti hati orang & ibarat kita makan darah daging keluarga kita sendiri.. tak sanggup aku.. auuww memang tersentap siksaan Allah SWT..... 


kalo cerita nya betul dan berasas okla.. kalo citer hanya dipihak yang sebelah sahaja, tanpa periksa usul periksa kebenaran sebenarnya.. nescaya akibatnya berat & sengsara di Akhirat.. kalo di atas dunia ini, jika orang yang kita sakiti tanpa mendapat kemaafan daripada orang itu... Nescaya???? huhuuu... macam ustazah plak aku membebel.. itu petikan ku kupas daripada tv & internet oleh ustaz/ustazah...


".. Biar tersentapppp di dunia.. jangan Diakhirat nanti, lidah terjulur meminta maaf kepada orang yang kita sakiti lagi susah.. Lebih baik orang tu maafkan kita di dunia daripada orang itu maaf diakhirat.. Ya Allah, jauhila aku daripada terjadi seperti itu..."
Ramai plak yang tersentappp nanti plak kan??? termasuk aku, ko, sekalian manusia di dunia ini.. heheheee:d (ini bukan gurauan ini betul2.. takut kan siksaan Allah swt)

Ya Allah, ampuni la dosaku... Insyaallah di Akhirat dihitung untuk mengetahui kebenarannya.. Masyaallah... berila kebenaran sama ada siapakah yg bersalah di atas dunia ini, jika aku bersalah aku terima dan redha dan aku memintaa maaf dari  hujung rambut ke hujung kaki.. aku tidak mahu dan tidak sanggup dihitung siksaan di Akhirat lagi berat & tidak tertanggung oleh ku.. wallahuaalam.. Takutnya aku siksaan Api Neraka... Dekat kat la diriku & keluargaku di Syurga... Ampunila dosa-dosaku di dunia ini... Yang paling penting & utama; Ampunila dosa ibu bapaku yang membesarkan ku dari kecil hingga ke akhir hayat hidupku... Rindu pada arwah ayah, semoga arwah ayah berada disisi Allah swt & bersama2 orang yang beriman.. Amin~



4 Sebab Hasad Dengki Manusia (Punca Saintifik & Psikologi)

Nak tau nape aku sharing bab nie?? Entahla.. agaknya aku suka cari pasal kot.. hahaa.. xda la sebenarnya aku rasa panas T____T  pagi ni coz ada lah desas desus aku dengar org xpuas hati dgn aku lagi.. 
kerana kulit aku dah bersih ker?? kerana org tak suka muka aku ker??
atau Aku dah jadi orang perasan cantik??
Hanya Allah swt sahaja yg tahu keikhlasan & kejujuran seseorang... Ada hikmah disebalik dugaan & aku memperolehi rezeki yg berlipat ganda.. Al-Hamdulillah.. Amin ~ 
Masyaallahh.. nape la aku ditakdirkan menjadi kritikan org ramai?? Atau aku ni jer bermasalah.. huhuu.. Aku punya la berusaha nak cari produk bg menghilangkan kulit wajah aku bg sekata.. Aku ni kan mempunyai kulit tak sekata.. Kat opis kena aircond, g site kena panas.. petang2 kalo ada masa g nek Broga dah kena panas.. weekend g class tghari buta bawa keta tgh panas.. mana tak kulit jadi peta colour.. 
Bila aku dah guna produk Tabita ni.. kulit aku ok & aku suka sangat.. sori la, aku tak kaco pun bisnes orang.. Aku pakai & memilih pun. ikut kulit kakakku yg dah bertambah positif.. so, aku follow utk memilih produk ini.. xda org pun yg masuk jarum & mengayam jarum pun.. Syukur Al-Hamdulillah, aku pakai ok dan xmenghakis pun.. kalo menghakis, dah tentu kalo pakai ubat cap kapak pedih jer kulit.. tapi, aku ok jer...
Aku takde pun bercerita pd semua yg aku pakai produk ini.. Bila orang dah tahu dan tanya, baru aku bgtau.. takkan aku nak kelentong.. Sharing ok.. Aku memang suka sharing.. kalo kulit kita bersih, takkan nak menipu pakai produk lain.. api neraka la nanti.. aku xmau , di Padang Masyar aku disoal, aku menipu aku pakai produk apa..
kekadang aku pakai produk lain gak.. pakai makeup Mary Kay adik aku jual.. memang bagus produk Mary Kay ni.. mineral bahan dia.. dan harga pun ok boleh beli la.. xda la sampai beribu2.. Aku pun tak mampu sih kalo harga beribu2.. hehhee:P
Tapi, macam2 la org xpuas hati dgn aku..  Entahla.. Aku ditakdirkan oleh Allah kot, dimana orang xsuka aku..  dan aku ditakdirkan memang mcm tu kot.. hehehee:P Tapi, xkisah la.. aku tak kaco duit orang.. dan aku tak menyusahkan orang.. Ada aku kisah?? hahaaa :D 
yg pasti, kawan2 class aku semua ok jer.. i  love uols.. korang mmg educated billion brain.. i like :)
Aku bising org mengata, aku senyap pun org mengata.. Entahla.. bila orang tak suka, macam2 idea akan tersurat.. macam2 cter panas akan menjadi.. Entahlahh.. lumrah kehidupan di dunia ini.. Yg pasti aku jujur dengan Allah Swt... Kalo aku bersalah tu, i'm sorry.. hehehee:P
Sharing drp rakan2 blog :
Banyak orang cakap sebab utama hasad dengki manusia kerana tak senang tengok orang bahagia tapi dia sengsara atau tak senang tengok orang berjaya tapi dia tak ke mana... Tapi tahukah anda itu bukan sebab utama? Dua faktor di atas hanya sekadar AKIBAT sesuatu yang ada dalam dirinya, bukan PUNCA kenapa orang dengki.
Sebab kenapa orang dengki?
That’s All They Know
Seseorang mudah dengki akan kejayaan orang lain sebab ilmu yang mereka ada terhad kepada satu-satu perkara. Sebab mereka dah tak tahu benda lain, saingan terdekat hanya akan dianggap pengacau popularitinya.  Orang seperti ini gemar dipuja sebagai orang “terpandai”, guru paling hebat atau sifu paling otai; walaupun cuma jaguh kampung saja. Tapi kalau ke bandar sikit awal-awal dah surrender.
That’s All They Do
Ini sangat biasa berlaku dalam dunia perniagaan. Bila perniagaan yang mereka miliki hanya ada SATU dan merupakan 100% sumber kehidupan, mereka tak mampu hadapi sebarang kemungkinan untuk gagal; walaupun gagal atas kesilapan dirinya sendiri. Orang seperti ini sangat suka sebarkan buruk sangkanya kepada orang lain tentang apa saja yang dianggap pesaing; walaupun sebenarnya tidak.
That’s All They Have
Ini selalu terjadi kepada parent yang mengagungkan anaknya sendiri; sehingga anak orang lain dipandang hina. Mungkin sebab mereka dah takde benda lain yang boleh dibanggakan sehingga anaknya yang spoil adalah aset paling berharga. Orang macam ni tak habis-habis memperkatakan kelebihannya walaupun it is nothing to be proud of. Umpama burger lah yang paling sedap kalau tak pernah makan chicken chop.
Mentaliti Makan Gaji
Dari tadika kita ditekankan kepentingan dapat no 1 setiap kali perperiksaan sampai kita betul-betul yakin 2nd is the first loser. Tambahan pula, kebanyakan orang kita terdiri daripada golongan makan gaji yang berlumba-lumba kejar pangkat & kedudukan yang bilangannya pasti terhad; CEO cuma satu walaupun besar mana pun syarikat.
Hakikat kehidupan, tak siapa tahu apa atau siapa yang terbaik asalkan hidup mampu membawa manfaat kepada orang lain. Tapi orang dengki dalam kategori mentaliti makan gaji takkan faham. Sebabnya, mereka sering dihantui rasa rendah hati dalam diri (seperti KULI) jika dia bukan pilihan utama (macam BOS).


http://mysuperkids.net/4-sebab-hasad-dengki-manusia-punca-saintifik-psikologi/

Tuesday, October 30, 2012

GAGAL.. GAGAL.. AL-Hamdulillah.. hehehee:P

Salam semua.. Kalo orang lain GAGAL, sedih.. menangis.. Aku plak, boleh gembira & xda kisah.. Memang pada awalnya memang kecewa, nak gak naik pangkat macam orang lain, tapi bila tahu kalo dapat masuk Kementerian Kesihatan Malaysia.. Aku tak mauuuu.. Aku nak dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) gak.. Aku suka berkhidmat di JKR... Sape tak mau nek pangkat?? gaji besar & boleh keluar dari fikiran kepompong lama...

Tapi, xpala.. bukan rezeki aku dapat nek pangkat (interview baru2 nie)... Yg pasti tahun depan, aku abis belajar.. mungkin rezeki berpihak pada aku nanti.. Insyaallah... Ya Allah permudahkan urusan ku & keluarga ku... Amin~

http://domino.spa.gov.my/online/semak_statistik_temuduga.php?no_pemerolehan=SM20120034&kod=2907

Monday, October 29, 2012

"Malang Tak Berbau"

Semalam jam 2.00 petang, ada test Geoteknik II... nasib bek aku ni bijak & pandai.. hahahaa angkat bakul sendiri.. sebenarnya jangan salah faham.. maksud aku bijak & pandai buat toyol la.. hahahaa :D

Pandai2 la masing2 nak dapat markah tinggi dalam test, macam2 cara boleh buat... heheheee.. Ada orang lain kisah??? yg pasti semua buat kot... mana taknya.. skema nyer lecturer geo ni, test jer tu pun nak kena buat dalam dewan, kerusi sorang2.. macam final exam plak.. huhuuuu..

nasib bek la formula copy ada simpanan aku dgn selamat.. dan pandai2 la nak tiru.. line clear jer, harus dilakukan perbuatan meniru dgn laju dan saksama.. hahahaa :D.. opppsssss.. jangan tiru aku plak.. ni gaya, aku xsempat nak study.. org lain sibuk study, ko ni sibuk g beraya umah orang.. hahahaa:P

* Nasib bek xbalik kampung.. ramai komen dlm fb & rakan2 opis ckp, jem teruk glerr... Syukur Al-Hamdulillah, xbalik.. mau patah pinggang aku dok lama2 dalam keta.. pinggang nak pakai lama.. kui3..

Sebenarnya nak cter, semalam, syiok2 tengah makan nasi ayam.. Al-maklum, balik class semalam, lapo plak.. lagi2 lepas test, mesti la lapo.. time lunch hour org lain g makan, aku buat apa??? Aku buat toyol baikk punyer laaa... so kelaparan la tengahari semata2 nak siapkan toyol.. hahahaa

dengan senang hati makan nasi ayam en.suami belikan sambil tengok tv.. dapat calling drp adik bujang aku ni.. berderau jantung aku, adik aku kena jahit dahi dia..

ni dari cerita adik aku kepada aku laa..

.. Rupa2nya adik ku, celebrate hari jadi gf dia, diaorg g men Ice Skating kat Sunway Piramid tu.. dah puas men 2 jam kat situ.. nak balik la kiranya... dassssss...... adik ku terjatuh tersembam.. kening cium ice la kiranya.. memang berdarah mencurah2 la.. g klinik sunway.. Doc xberani nak take over, doc kata bengkak mata adik aku, takut urat mata terkena... aiyakkk.. Apa celup ni Doc Swasta tak mau amik kes ni... Adik aku suh nurse swasta tu cuci jer kening dia..

Biasala la.. kalo jatuh, mesti la bengkak di tempat berhampiran.. nampak bengkak mata, takut plak nak solve.. bek xpayah bukak klinik sendiri.. Then, adik & gf dia g PPUM.. After scan semua kat ppum, Syukur Al-Hamdulillah, Doc kata tiada apa2.. just terbelah sket.. kena jahit 7 jahitan, nak gam pun boleh tapi, nanti xcantik la kulit tu... doc kerajaan juga yg terbaikk..

Takut plak nak men iceskating lagi... Bila jatuh tersembam, ice tu kan tajam.. ibarat tajamnya ice tu setajam parang kelar tangan korang.. sebelum adik aku terkena, rupa2nya ada gak budak tersembam gak.. nasib xmenyebelahi budak tu, kepala dia terhantuk tang mana aku xtau la.. terus biol budak tu.. lagi kesian.. uitttt.. ngilu hati aku mendengarnya... huhuuu

nasib bek adik aku xda apa.. just kena jahit sket kat kening dia.. gf adik aku jadi fobia plak & tobat xmau g sunway lg.. tapi, bagiku nak buat macamana.. setiap musibah kita tak tau..... setiap malang memang tak berbau... kita pun tak minta jadi begitu... Semuaaaa kehendak Allah SWT.. kita kena Redha dengan ketentuaan Allah SWT......

Cuma yg pasti, aku pun tobatttt dan insaf tak mau men ice skating lagi.. cukup la dulu2 zaman remaja aktif men rollerblade & ice skating... dah beranak pinak ni, semua dah berat.. lagi aku tak beraniiii.. huhuuuu

jom kita tengok luka adikku.. nasib bek boboi.. Kalo gugurl, kurang hantaran kawen.. heheheee:P

sebelum bengkak...

baru lepas 7 jahitan..

sian adik bujang aku sorang ni.. huhuuu 
Now bengkak besar coz kesan daripada kena cucuk bius utk jahitan...


Thursday, October 18, 2012

Qari demam lagi bila masuk TASKA..

Salam semua..

Minta maaf kpd semua, aku MC emergency coz aku kena kremmm perut (rupanya 1st peod) & doc check tekanan darah.. Rupanya Low Blood Pressure, tu yg pucat tu muka aku pagi ni.. Terus doc tanya; "u keja ker??".. Aku pun cakap, "xkeja coz anak demam & ada krem perut sket2"..
Then terus aku tgk doc tulis kat kertas MC.. Yessss dapat mc.. Kalo ikutkan, aku suka lagi dapat mc kerajaan.. tapi, perut aku sakit, so batalkan niat g kerajaaann.. g mediviron klinik berhampiran dgn umah..

Semalam dah g Klinik Kerajaan.. Lamanya menunggu.. Bayangkan dtg kul 8.30 pagi, kul 12 br dapat jumpa doc.. Dah la aku puasa.. sayang plak nak buka.. Insyaallah, aku teruskan.. walaupun kepala aku dah biol.. huhuuu.. Wadussss.. kalo tau g swasta.. bukan xmo g swasta, tp aku lebih percayakan doc government walaupun bil swasta en.suami boleh claim.. bukan apa, klinik kerajaan ni walaupun servis teruk, tapi kerajaan lebih byk doc pakar.. Betul ker?? Pendapat aku jer.. hehehee:P

Rupanya aku sakit sebab stressss.. Aku ni memang xblh byk fikir macam2.. cdg plan semlm kalo qari xok memang nak EL jer ari ni.. huhuuu.. walaupun keja tgh byk kat opis.. byk keja yg perlu setup for the meeting.. Aku ingat semua tu... tapi, aku terpaksa.... sungguh terpaksa.. memang la keja tu satu tanggung jawab, tapi anak??? anak perlu menjadi keutamaan.. Aku sanggup kena buang keja lagi drp hilang anak?? korang semua sanggup hilang anak?? Tak sanggupkan.. cukup la sekali aku dah kehilangan arwah Hafiz (itu semua ketentuan Allah swt & aku Redha).. dan Ya Allah, panjang la umur anak aku & panjang la umur keluarga kami termasuk diriku... maafkan dosaku & umat di dunia ini.. Amin~

" Minta maaf jugak kerana korang semua terpaksa emergency buat keja saya.. Saya terpaksa cuti.. Takkan saya nak biarkan Qari demam sorang2 & xda org manja dia kat TASKA??? korang sanggup biarkan anak korang demam2 dok dgn org lain?? Tak sanggup kan?? "


Aku story sket la..

Sebenarnya, semalam dah otw g keja, tetiba qari muntah kat baju aku.. Apa lagi, en.suami patah balik umah coz baju aku dah penuh muntah.. Sori & terima kasih en.abg cyg.. Tak kan la nak datang opis dgn baju yg berbau muntah.. huhuuu..

Sian anak mama tak sihat rupanya.. Tp, mlm td ok jer Qari.. siap time amik Qari, aku memang suka sembang2 dgn Qari... Aku tanya Qari; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Qari xmakan nasi.. Cikgu bagi kuih jer..".. Melompat la aku, Taska bagi kuih jer... xkan catu makanan xbagi budak2 makan?? Adakah aku perlu tanya??? Kekadang aku fikir mcm2, kalo aku tanya, org kecik hati.. Nanti, taska xnak terima anak aku, nanti anak aku tak diberi perhatian?? kena kurung & kena marah ker?? Macamana??? sian nya kalo budak2 kena teraniaya.. huhuuu.. mama xsanggup... korang kalo tak nak jaga budak2 dgn seikhlas hati, biarla aku jaga.. Jangan la kerana untung, anak2 teraniaya.. huhuuu..

Hari pertama aku hantar, aku tanya Qari gak; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Makan nasi lauk ayam.." .. Hati ku aku dah lega, dan aku tgk Qari nampak positif...

dan macam2 aku tanya.. Qari jawab, cikgu suka cakap "Hoiii..Hoii..".. Agak2 betul ker anak aku cter??? Anak2 yg umur 3 tahun 8 bulan, xkan la nak tipu kan.. Umur tu mana tau cakap tipu.. umo tu la cakap lurus & betul kan... entah laaa... Aku Terpaksa.. kena Tawakal...

Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku hantar Qari ke Taska.. 

Kali pertama, Qari kena demam & jangkitan kulit kuku kaki tangan tu.. nasib bek xserius.. (masa tu ibuku g Umrah)..

Now, baru 2 hari hantar Taska, Qari dah demam & perut kosong xmakan... huwaaaaaa.. sentap hati mama tau :((
(Bersyukur rezeki ibuku mendapat g menunaikan ibadah Haji bersama2 kakakku & abg iparku..)

Dari sudut positif, aku just boleh cakap, maybe Qari tak biasa dengan rentak Taska kot... Biasala taska kan memang banyak virus2 penyakit.. Doc pernah cakap, Taska adalah Sarang Penyakit.. huhuuu sampai begitu sekali persepsi doc.. Bagi aku memang betul... Almaklum, sorang budak demam, & semua akan berjangkitttt...

Lagipun, try imagine.. Kalo budak tu time makan dia main, then kalo tetiba budak tu lapo time tdo mcmn?? so, rentak xsama.. so, awal2 masuk memang tak biasa ikut rentak, tapi lama2 maybe boleh biasa..

Tapi, anak aku nak hantar sebulan jer.. Adakah berbaloii hntr Taska??? huhuuu.. Dah la 1week (13 - 17/11/12 aku nak g vacation wit family).. Kalo boleh, hati aku tak mau hantar Qari taska dah.. coz xmo la elok demam, then demam balik.. smpai bff aku ckp, anak dia "selsema sebagai teman setia plak".. macam tu sekali..

Aku bersyukur sangat2, ibuku tersayang yg menjaga Qari.. Terima kasih byk2 ibu.. Pengorbanan ibu menjaga cucu tak terbalas jasamu ibu tersayang.. Buat sementara ni aku kena bersabar & tertekan sket laaa.. Sori nyer semua...

continue story lg.. 

Semalam jumpa doktor klinik Kerajaan Semenyih.. Doc cakap Qari tak demam..

Qari muntah ada 2 sebab :- Keracunan Makanan @ Perut Kosong... 

Doc just bg ubat demam & ubat tahan muntah jer.. Orang punye laa ramai.. Biasala kalo nak servis RM1... Walaupun en.suami boleh claim di klinik swasta.. Tp aku suka klinik government kerana boleh dipercayai walaupun terpaksa menunggu lama... Dapat time slip jer, then tengahari masuk opis balik..

Keja byk yg perlu buat.. tu yg kena balik opis balik.. Dah la aku tgh stress pening kepala.. fikir macam2 & menunggu giliran lagii semlm.. Nak makan panadol?? Aku berpuasa ganti & sunat sekali.. huhuu.. kesabaran yg tinggi perlu ada.. :) Nasib bek, Qari tdo jer di opis.. Qari ngantuk makan ubat tahan muntah agaknya, itu yg ngantuk sgt tu.. sian anak mama...

Malam td badan Qari panas demam plak... Bagi ubat demam yg doc bagi semalam.. Tapi, doc government semalam tak bagi pun ubat antibiotik.. Bagiku ubat antibiotik, kalo xdemam doc xbagi.. Qari dah start demam malam td plak.. huhuuu..

itu yg aku tak cukup tdo tu... Anak demam, xkan la kita nak berdiam diri kan?? Hope semua memahami k.. huhuu

then, pagi td badan Qari panas lg, so en.suami hantar jap p klinik berhampiran umah... then, doc check aku gak coz tgk muka aku pucat.. sebenarnya malam td xblh tdo.. yerlaa, anak demam, mesti mama xdpt tdo lena la sayang... huhuuu.. sekejap2 bangun, basahkan towel lapkan seluruh badan anak tercinta... nyawa mama...

pagi2 dah kelam kabut, aku sms kakak & pakcik & bos en. atas aku jer yg aku xdtg.. bagiku, maybe pakcik opis akan tulis kat whiteboard.. dan semua org akan tahu.. tp, aku betul2 terlupa nk sms kpd 2 big bos.. sori sgt2... bukan sengaja, tapi bila anak tak sihat, hati xkeruan, emosi pun tak stabil.. semua tak blh fikir dgn waras.. semua jadi lupaa daa.. huhuuu.. sebenarnya pagi td perut aku sgt la kremmm.. rupa2nya aku 1st peod bersamaan low blood pressure  xcukup tdo.. Sengsara kan????... agaknya xcukup tdo kot.. itu yg mcm2 jd kat aku.. tensiii mama tau.... tp syukur, bila doc bg mc & aku dpt rest secukupnya dgn anak tercinta...

okla.. sebenarnya malas nak fikir, walaupun aku seperti tidak bertanggung jawab dalam kerja, walaupun dah di beri Amanah.. Tapi, mana yg perlu diutamakan?? Kerja @ Family?? Kalo diberi pilihan, korang pilih mana??? Kalo aku mestila Keluarga.. Kerja boleh cari, keluarga susah jadi pengganti... walau pun tanggung jaab dalam keja penting, xkan xda orang lain boleh membantu atau diharapkan.. kesian aku ini.. huhuuu:P

Jangan la berkira keja sangat.. Hari ini masa aku.. esok lusa masa korang pulak aku bantu.. sudah lumrah kehidupan.. Adakala susah.. Adakala senang.. yg penting kesyukuran & keredhaan yg telah ditentukan oleh Allah swt.. Sabar itu adalah separuh drp Iman.. insyaallah kalo aku boleh bertahan.. auuwww :P

Terima kasih semua yg banyak membantu.. Maaf yek emergency aku.. itu jer yg boleh aku luahkan..

Yaaaa, aku tahu tanggung jawab keja tu lebih penting seperti Amanah.. Tapi??? nyawa anak & keluarga??? huhuuuu.. sedih tau.. tersentapppp mama Qari tau.. sabar2, ada rezeki utk berhijrah.. Aku perlu berhijrah sebenarnya.. Tidak perlu di takuk lama.. Insyaallah..

copy drp rakan2 blog :
Bila dah banyak kes terjadi terutamanya melibatkan nyawa kanak-kanak berlaku dekat taska ni ibu bapa jadi takut, tak yakin nak hantar anak-anak dekat taska. Taska memang tempat asuhan kanak-kanak. Sepatutnya pihak taska perlu memastikan keadaan taska itu sendiri mesti selamat. Pengasuh yang nak mengasuh kanak-kanak tu mesti ada pengalaman, terlatih. Pastikan setiap pengasuh tu tidak diberikan sampai 4-6 orang kanak-kanak untuk dijaga. 

Bayangkan kalau semua meragam tak ke pening nak beri perhatian yang mana satu. Pihak taska jugak kena benarkan ibu kepada kanak-kanak itu masuk ke dalam taska untuk menyusukan anak contohnya. Bapa tak perlu masuk pun tak jadi masalah. 

Pihak taska sepatutnya beritahu ibu bapa jika anak mereka sakit atau mengalami perubahan pada diri kanak-kanak tersebut. Kalau anak tu sakit tak perlu dihantar ke taska, dikhuatiri akan berjangkit kepada kanak-kanak lain. Pengasuh perlu mengambil nota cara-cara bancuhan susu untuk setiap kanak-kanak yang berada bawah seliaan mereka.


ubat mama & ubat Qari.. huhuuu

ubat Qari

ubat mama.. Doc bg vitamin kat mama

budak tdo after makan ubat.. :)

"
"
"

Bila mak dah cuti ari ni, mak jaga makan & time makan ubat..

Qari ok berpeluh kena paksa oleh mama men basikal.. hehehee:P

Syukur Al-Hamdulillah :)

Qari dah beransur sihat... 





Sunday, June 17, 2012

Sabar adalah tunjang yg paling utama...

Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman Kejayaan

Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita. Tapi pada wajah MEREKA... Rantaian senyuman pada wajah ibu, ayah, mama, abah, umi, abi, etc dan sahabat2..

Dan yang paling penting :
Apa ertinya berjaya di dunia, andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?

Masyaallah.. Ya Allah, berila aku hidayah & pedoman agar aku akur dengan perintahMu Ya Allah..

Semoga kejayaan hari ini, membuah kejayaan jua di akirat nanti. Moga kejayaan ini, memberi erti dalam mengapai redha Ilahi.


 Semoga aku & hubby dapat membimbing anak2 menjadi muslimin dan muslimat dengan adil dan saksama mengikut ajaran Islam.. Insyaallah...



Betul la... Kalo layan sangat perasaan malas, memang tak solat la jawabnya.. Jom ubah sikap.. Insyaallah aku tengah berusaha...




Aku cuba untuk tidak memberi banyak komen dlm fb.. Kerana, bila berlaku perkara ni.. "Maksud kita berbeza.. Maksud org lain berbeza".. Itu yg boleh mencetus kemarahan & pergaduhan.. 
Sabar jer la.. huhuuu..

 insyaallah, aku akan sentiasa bersangka baik pada kalian.. Walaupun susah kita nak lakukan.. i must try.. Insyaallah.. Lebih baik senyap & berdiam diri jer kot caranya.. mungkin tidak menyakiti hati org len..


 Subhanaallah.. Indahnya.. Allah Maha Pengasih & Mengasihani...





Saturday, March 31, 2012

Berterima kasih kepada orang yg mengumpat kita...

Aku ada terbaca dalam fb kawan2 aku. just kita sama2 sharing & caring .. ok :) Tiada kena mengena dengan sesiapa.. just sharing bersama.. :)


Mari kawan2 kita buang sikap ini..sama2 kita usaha ya...Moga ALLAH dan orang yang kita umpat megampunkan kita ...Ya ALLAH bantu lah kami agar dapat perbaiki diri kami ini...AMIN


Kenapa orang yang mengumpat kita perlu hargai???

*   Bila kita kena ngumpat tu, maknanya ada orang ingat kat kita.. Si pengumpat selalu fikirkan kita.. Ada jer yg tak kena di mata si pengumpat.. (Ada gak manusia mcm ni kan!!)

*   Orang yg mengumpat sebenarnya orang yg baik, sebab dia transfer pahala dia dekat kita.. susah2 je kamu tu.. Terima kasih & Syukur Al-Hamdulillah...

*   Orang yg mengumpat tu adalah pengemar setia kita yg banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan & kelemahan kita.. jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita.. Terima kasih & Syukur Al-Hamdulillah...

*   Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita.. (Rezeki yg Allah bagi kepada kita sepatutnya masing2 bersyukur & menghargai dengan pemberian Allah SWT).

Semoga apa yg dikongsikan sedikit2 dapat berkongsi ilmu.. sabda Nabi : "Sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat"

Sebenarnya dalam duniawi ini, macam2 musuh ada di sekeliling kita.. Tak kira manusia @ makhluk lain di atas dunia ini.. Musuh dalam selimut.. musuh luar selimut.. musuh tepi selimut... macam2 fesyen plak tu.. Tak terkata la musuh2 di dunia ni... huhuuu.. "Ya Allah, Jauhi la aku & keluarga ku daripada musuh2 yg ingin menjahanam kan kami".. 

Sebelum kita bertindak apa2, kita perlu mengenali musuh2 kita.. Siapa sebenarnya musuh kita???
Lebih baik lagi kita kenali ketua segala musuh dahulu.. Tau siapa dia?? Tahu?? Tak Tahu??? Alahai, takkan tak tahu plak.. Korang kan semua pakar.. hehehhee.. gurau senda jer !!

Ketua segala musuh tu SYAITAN la.... Menakutkan... Takutttt.. Hope dijauhi daripada ku & keluarga ku.. 


Lagi menakutkan jika syaitan tu ada dalam diri kita... Pengaruhnya lebih dahsyat lagi dari musuh-musuh yang lain.

Nak tahu macam mana syaitan tu boleh ada dalam diri???
Syaitan itu akan muncul jika kita membuka pintu untuknya. 
Kita perlu kenalpasti pintu itu supaya kita takkan bagi peluang langsung kepada dia untuk masuk ke dalam hati kita.


15 PINTU SYAITAN DALAM DIRI

  • Marah
  • Cinta dunia
  • Kebodohan (enggan hadir majlis ilmu)
  • Panjang angan-angan
  • Rakus
  • Bakhil
  • Suka pada pujian
  • Riak
  • Ujub (merasa kagum)
  • Takut dan gelisah
  • Buruk sangka
  • Memandang rendah pada orang lain
  • Merasa suka pada dosa
  • Merasa aman daripada pembalasan Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah

Cuma.. ku pohon agar si pengumpat atau pengfitnah tu dapat mencari hidayah.. Ingat la.. Allah tu Maha Kaya & Maha Kuasa...  Kalo Allah tak tarik rezeki pada diri kita.. Tak mustahil akan tarik rezeki daripada anak2 atau keluarga kita.. Subhanaallah.. jauhi la.. Ini adalah untuk pengajaran diriku juga.. 

Lebih elok kita berdiam diri & tersentap T___T & terluka mendengar orang cerita jer.. cukupla pedoman & pengajaran kepada kita.. Tak perlu nak berlawan.. Bila kemarahan melebihi kesabaran.. Syaitan itu yg akan masuk jarum cucuk jarum... ... Elokla kita bersabar, daripada kita berbalas semula & berlawan2 menyakiti hati satu sama lain... Tiada gunanya.. Membuang masa.. Dok asik fikirkan seseorang itu, membuat kan kita membuang masa & keja macamana?? Rezeki kena cari yg halal, untuk keluarga & anak2 kita juga...

Biasanya sudah tersurat & tersirat.. jika orang yg tersentap itu sudah terluka & teraniaya dan dengan sekali lafaz doa mangsa kena umpat tu.. terbalik sudah apa yg diumpat itu kepada si pengumpat @ pengfitnah tu balik.. Wallahuallam..  Ingat2 la.. kita ada keluarga.. ada anak2.. Rezeki orang biar kan jer la.. rezeki kita belum tahu lagi.. Ibarat, Roda sentiasa berputar..  Hidup kita sentiasa berubah.. Ada kala kita berubah menjadi pelangi.. adakala kita berubah menjadi hujan.. Adakala kita berubah menjadi pasir.. Itu semua dah ketentuan Nya Allah swt..

Adakah masa untuk si pengumpat atau pengfitnah tu mendapat sumber rezeki halal??? Renung2 kanlah.. pedoman & terasa insaf diri ku dengan duniawi ini...



Share : http://www.baihaqi.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=70:kaedah-membuang-sikap-suka-mengumpat&catid=35:bacaan



"Dear Ummi Iman...Thanks may ALLAH bless us"
MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Muslim).


Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah,"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud,
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".


Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab, "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.
Antaranya ialah:


?- Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


?- Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.


?- Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:


1- Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;


2- Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;


3- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;


4- Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;


5- Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan


6- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Menjelaskan mengenai perbuatan mendedahkan keaiban ini,
Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan,


pertama,
ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.


Kedua ,
orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. 


Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.


Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.


wallahu'alam..

source : http://www.facebook.com/profile.php?id=670177088&v=app_2347471856#!/photo.php?pid=4388577&id=580521984

Saturday, March 10, 2012

macamana kalo menyumpah org nanti termakan sumpahan???

macamana kalo menyumpah org, nanti termakan sumpahan??? 

Takut kan.. biarla berpada2 menyumpah org.. takut terkena batang idung sendiri.. menyesal pun xguna.. huhuuu


Sori, lama tak ber blog.. Rasa macam malas.. dan xda mood nak taip.. tak tahu nape?? nak taip kat umah, malas.. Qari asik kacau aku jer.. so, jalan Terbaik, pasang cd, bagi Qari layan movie apa yg Qari mau tgk.. boleh mama buat keja ok.. kui3..


Kali ini aku bawak uols ronda2  jalan gi Kota Kinabalu... atau lebih dikenali KK... Nape aku cter pasal KK?? Hureyyy... bulan November 2012, kami sekeluarga akan bercuti & reunion bersama family terchenta di sana..  Kebetulan en.suami nak belanja aku & Qari sempena ari jadi aku yg ke 30 tahun & kiranya hadiah anniversarry perkahwinan kami yg ke 5 tahun... TQ very much cayang.. muaahhhss:* ulllpppp... Geli geleman plak aku..... Dah masuk angka 3 rupanya?? Rasa mcm baru jer abis belajar.. auwww  tak sedar diri plak.. hahaa:D..  

... dan paling kebetulan, Forum Fesbuk ex-Sementa (classmate Teknik), nak buat reunion g KK bulan June 2012 nie.. Tiiidaaaakkkk..... Korang ni memang kan... kan.. menci aku... Nak plan g bulan 6,  plan awal kata nak g Hong Kong Disneyland @ USS (Universal Studio Singapore).. Nape tukar KK???.. saje jer korang ni yek.. Mcmn la aku nak goda hubby, dapat join sekali reunion korang ni... Mesti hubby aku tak bagi.. end of year nak g Sabah gak..

Dah lama tak bercuti sama2 ramai2.. last pergi Kuching, time tu aku preggy 4 bulan anak no.2 (Adik Qari, tapi xda rezki... adik Qari meninggal dlm perut..) .. masa kat Kuching (xtau kali ke berapa kali pergi, coz kakak aku memang dok sana.. senang kalo nak g fly sana, tdo umah kakak jer.. saving.. hehehe).. Teringat masa g bercuti kat Kuching tu, aku xada mood, morning sickness.. Al-maklum pembawak budak.. tapi sebenarnya pembawak hubby.. pembawak babak budak.. hehee...  

Menyelit sket yek.. just luahan perasaan yg terbuku.. heheheee>>>


Tingat aku, masa aku mengandung anak No.2, macam2 halangan.. mcm2 jadi kat aku.. Antaranya;


... selalu sakit perut.. morning sickness.. jatuh tangga... Hyper tension nak siapkan thesis pengajian aku.. Qari asik nak aku dukung jer smpai sakit perut aku.. kaki kena himpap cermin la.. banyak berjalan.. tekanan darah rendah.. 


.. yg plg aku tensii, orang dengki dengan aku.. orang benci aku.. orang menyumpah aku... macam2 la.. Adakah aku teraniaya?? Adakah aku yang salah?? Adakah aku terlalu jujur?? Adakah aku silap dengar luahan korang semua?? Adakah kesilapan aku meluahkan kpd kamu semua membuat kan kamu semua terasa??? Yaaa.. walaupun silap aku memberi kenyataan yg jujur & ikhlas dlm blog & perbincangan bersama.. Ya aku salah, tapi adakah semua yg aku nyata itu BENAR @ SALAH.. walaupun ku terasa tersisih.. Tapi, biarlah.. aku jer kot sensitive, sedangkan dulu aku tak macam ni.. Kenapa yek?? Hormon aku berubah ker??? 
.. Nikmat atas dunia biarlah.. Balasan di Akhirat kita tak tahu kan... Masyaallah.. Hindari la aku dgn masalah2 itu semua YA Allah..  

Betul kata orang, "Berdiam diri lebih baik, tak menyakitkan hati orang & aku tidak berdosa mengeluarkan kata2 yg boleh menyakitkan hati orang lain.. Lidah sungguh berbisa umpama pedang menghunus di hati..".. Terima Kasih Ya Allah memberi aku berubah.. agar aku lebih berhati2 utk berkata2 & Lebih berhati2 memilih yg mana baik & mana yg buruk.. Yang mana mulut manis & yg mana mulut pedas.. sori yek, just luahan... Aku tahu, aku juga bersalah.. Maaf jer yg dapat aku beritahu.. 


share bersama : SABAR & IKHLAS


Kiriman : Ummi Adithia Maulana
Assalamualaikum WrWb
Sahabatku, Suatu saat nanti, kta akan berterima ksih kpda orang yg membuat kta kecewa, menangis, membuat kta terluka, karna darinya kita belajar tentang kedewasaan hati, ketegaran jwa, kesabaran, ketulusan, keikhlasan utk memaafkan. lapangankan hati utk bisa memaafkan kesalahan orang lain terhadapa kita, karena itu lebih baik daripada dendam

.. yg plg aku terkilan orang menyumpah anak aku mati disebabkan balasan ku.. Ya Allah, ada jugak manusia macam ni yg aku jumpa... Qadar & Qadar siapa yg tentukan?? Ko ker?? Masyaallah.. Istigfar byk2.. Semua telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa Allah SWT.. Aku tawakal & Redha jer dengan kuasa Allah.. 


Cuba ko berada d tempat aku.. Apa ko rasa??? Apa yg ko akan dpt @ ko akan lakukan jika berlaku seperti aku?? Aku bukan menyumpah, just bagi ko gambaran, macamana perasaan ibu yg telah kehilangan anak yg membesar dalam perut selama 9 bulan?? macamana seorang ayah kehilangan anak??? macamana seorang abang kehilangan adik utk bermain bersama2?? Mana fikiran mu sayang?? Aku xmarah.. tapi, len kali jangan buat lagi tau?? nanti i rotan u.. kui3... aku dah lama maafkan mu sayang..

Tapi, entahla... Aku pun xtau nape orang benci sgt dgn aku ni.. Aku ni ada kisah ker pasal korang semua.. hahaa.. Agaknya mood orang mengandung memang mcm tu kot.. emosional & xreti jaga hati orang kot,... hahaa.. sori kawan2.. :P  


Tapi satu jer, jangan la sampai menyumpah anak aku mati... kejam btul.. sampai bila2 aku masih teringatt.. bukan mengungkit, tapi memang terasa sangat2.. walaupun aku ni bukannya  kategori sensitif, tapi bila melibatkan pasal anak2.. memang aku tersentap tau!!!! korang pun akan tersentap bila korang dah ada anak nanti.. len la kalo hilangnya perasaan keibuan di hati korang semua.. itu aku tak tau la.. xkan kot.. mesti semua orang ada sifat keibuaan kan..kan...

... atau agak2 nya memang xda rezki Qari dapat adik kot.. Maybe Qari nak bermanja2 dgn mama & abah yek..
  & pada masa yg sama dah lama xpergi bercuti, itu la last arwah ayah bercuti bersama2 kami sekeluarga di Kuching pada awal tahun 2010.. Rindu pada arwah.. rindu wajah arwah makan dengan penuh selera masakan ibu tercinta.. Touching.. teringat memori silam.. huhuu..

Sebenarnya aku nak cter topik g Sabah.. macamana melalut lagi.. haiiii.. selalu mcm ni.. kui3... oklah.... Strict the point jer.. Aku baru pertama kali ke KK, Sabah pada bulan 4, 2008.. Masa tu aku preggy Qari.. masa tu Qari dlm perut aku.. Syukur sangat2, masa g honeymoon kat Sabah tu, aku tak mabuk langsung.. Nek boat g Pulau Manukan, aku still maintain lagi.. Aku sihat sentiasa.. Syukur sangat2 masa tu.. coz tiket dah booking awal.. kebetulan masa tu, MAS ada fair o fair.. just bayar tax jer.. so, aku & hubby (Pergi-Balik = RM480 >>>> murah kan??? ).. kiranya itu la honeymoon perkahwinan kami.. coz biasanya orang lain, awal2 kawen g honeymoon ke sana sini.. tapi, masa tu duit kami dh  xda.. dah abis banyak masa kahwin.. so, xnak membebankan hubby, booking jer awal bulan 2 2008.. pergi nya bulan 7... Masa booking tu, x pregnant lagi.. baru plan dgn hubby nak mendaki Gunung Kinabalu.. so, terbatal hajat rupanya aku pregnant.. syukur Al-Hamdulillah.. Hadiah Honeymoon sekali.. Insyaallah.. next time boleh la nek kalo tenaga ku kuat lagi.. so, nak kena makan ubat kuat ker?? T________________T

Sabah memang cantik... Aku suka g Sabah.. memang Rakyat Sabah ramah tamah.. Teringat tarian daling-daling aku emnari.. Tarian kebudayaan Negeri Sabah.. 


 Masa ni, Qari dalam perut mama la sayang.. 


 Preggy 4 months..

 ~with love~

 Mount Kinabalu, Sabah





 Luas Padang ni, boleh men kuda lagi..


 Jambatan Tamparuli.. otw dr Kundasang- KK, singgah jap..


Town KK

 Karambunai .. Best kat sini.. Pantai cantik..


 Kinabalu Pine, Kundasang.. cantik tempat ni.. banyak pokok Rhu.. @ pine..

Ranau Market.. 1st time makan honey chicken wing.. sedap.. ~


 Pasar Fillipina.. Better berli kat Night Market, lagi murah...



Welcome To Sabah..

Atas boat.. otw g Pulau Manukan..


Jom tengok ikan...

bersyukur dengan kekuasaan Allah swt..





jom singgah Labuan plak...  walaupun Labuan kecil daerah dia, tapi Labuan bersih & tersusun...


Kami dah sampai Labuan... 

Sori la, gambar aku xblh upload masa ni.. gmbr tidak menutup aurat.. now, aku dh berubah.. Insyaallah.. :)