Nuffnang Ads

Monday, April 9, 2012

Endless Love versi Filipina Di Tv3 + Sinopsis

Ari ni kena g klinik lagi.. xberapa sihat.. so, Doktor yg baik hati telah bagi aku mc.. Mc kerajaan tau.. bukan mc swasta tau.. uiittt.. So, topik aku ari ni sebenarnya.. biasala cuti.. dok lepak d umah jer bersama anak tercinta.. En.suami tersayang plak keja.. Mesti jeless kan.. saya dapat mc ari ni.. kui3... yg kelakar time nak g keja jer xsihat.. bila dah dapat mc, sihat jer memanjang.. kui3.. jangan marah boss.. :P

Sebenarnya aku nak cter.. biasala kalo dah lepak umah, dok mengadap tv jer.. yg plg aku suka & tertarik... mula2 aku dengar lagu sentimental ala2 Autumn in My Heart.. then kisah boboy ni tgk adik dia kat labour room, then amik kad.. then?? aikk mcm cter Korea & lagu2 Love Story macam Autumn In My Heart jer ni.. Then terlayan jap.. Macam cter korea gugurl & hero2 yg comei2 jer muka tu.. i like.. 

Rupa2nya cter Filipina tajuk Endless Love diadaptasi dari drama Korea Autumn In My Heart.. (punyer la usaha aku mencari dlm internet sape pelakon2 cter ni.. memang encem & cantik menawan la pelakon2 Filipina ni..)

Dibintangi Dinddong Dantes sebagai Johnny Naas & Marian Rivera sebagai Jenny... Rupanya cter ni ditayangkan di TV3 start 09 April 2012 (38 episod, Isnin - Khamis).. so, aku terlayan episod 1 la.. ini yg xblh jadi ni kalo dh layan dr awal, kena follow smpai episod akhir.. hehee:P

Time melayan cter tu, yg plg aku tension ujan guruh plakkk modd2 petang.. Apa lagi Astro pun xda channel.. terpaksa mengodem bukak guna aetena biasa jer.. nak layan cter Filipina punya pasal..  Aku boleh terlayan cter yg aku plg suka & touching.. Zaman dolu2 yg suka download & layan cter korea.. iaitu "Autumn In My Heart" yg ditayangkan pada 28/06/2010.. Dah lama cter tu sebenarnya... 

"
"
"
"
"
"
"

Oklah, aku cter Sinopsis Endless Love yg ditunggu2 oleh semua org...

Johnny & Jenny membesar sebagai adik & abang. Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny yang bernama Shirley sewaktu dilahirkan, akhirnya mereka dipisahkan (Shirley terlalu jahat ketika zaman kanak2 kerana dengki pada Jenny). Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar Negara (Amerika) dan pulang ke negara Filipina selepas sedekad. Johnny & Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny dicintai oleh Andrew.

Andrew seorang pemuda yang nakal dan juga pemilik hotel tertarik dengan kecantikan & kelembutan Jenny, dan merasakan Jenny adalah gadis yg sejati yang telah berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik. 

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny & Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Johnny & Jenny kini telah bertukar menjadi cinta. Johnny serba salah kerana dia sudah bertunang dan berusaha untuk menyembunyikan perasaan cintanya kepada Jenny. Manakala Jenny sudah ada Andrew & Jenny juga menyembunyikan perasaan cintanya kepada Johnny.

Jenny menghidap leukimia (ni yg aku plg xsuka.. hero & heroin sakit & terus mati..) , akhirnya semua yang pernah memusuhi Jenny telah mula menyayanginya termasuk Shirley (musuh ketat semasa di sekolah lagi sehingga dewasa..). Johnny & Jenny akhirnya berkahwin dan Jenny menderita penyakit leukimia yg dihadapinya sehingga Jenny meninggal dunia. Jenny sempat meninggalkan surat kepada Johnny, ibu bapa angkat dan ibu kandungnya. Semasa pengebumian Jenny, mereka membaca surat yang ditulis oleh Jenny. Dan kisah akhirnya kita boleh jangka kan??

Adakah episod akhir sama tak dengan jalan cter Korea.. kita tunggu jer episod akhirnya semua.. muaahhhss:*







vs 




Monday, April 2, 2012

Kasih ibu tidak dapat ku balas..

ari ni mood aku kasih ibu.. memang kasih ibu tidak ternilai harganya.. Tak terbalas dengan wang ringgit & budi.. sehingga kini, ibu memang wanita yg kita akan cari.. tak kira ke mana mau pergi.. mesti ibu jua yg kita cari.. Sayang ibu.. muaahhh:-*

sayang anak mama.. muaahhss:*

Insyaallah akn ku belai anak2 ku menjadi insan yg berguna.. 


 Qari & ibuku.. (Nenek Qari) ..Abah.. Mak.. Mak Tinie..


 Ibu & cucu2 ibu..

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.
Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.
Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.
Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.
Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu  masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".
Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,
Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."