Nuffnang Ads

Monday, November 29, 2010

Bayi Meninggal Dalam Kandungan (Anak yg kukandung 9 bulan)

Kalau aku dok sendirian jer, mesti aku emo.. 
Kalau emo je, mesti asik teringat Muhammad Hafiz Zaem.. Bayi yg ku kandung 9 bulan.. 


uiiittttt... sempena hari emo aku (now tgh berpantang), mari aku kongsikan apa yang aku dapat sambil ber'emo tadi. moga korang dapat sedikit info dan takkan emo macam aku. :)
kubur Muhammad Hafiz Zaem yg dikebumikan pada 
10 November 2010 (10/11/10) selepas Asar...

Ibu minta maaf tidak dapat menghadirkan diri di pengebumian mu saya
ng.. masa ni ibu kena berehat.. ibu dlm pantang syg.. semua org suruh ibu rehat.. tetapi ibu sntiasa mendoakan mu dari jauh..... ibu sentiasa mengingati mu Hafiz....

Bayi ku Meninggal ketika 9 bln dlm kandunganku...
  
Ikutkan due doktor 16 Nov 2010 (Selasa).. Tapi aku sakit nk bersalin pada tanggal kelahiran Muhammad Hafiz Zaem pada 10 Nov 2010 -Rabu dlm sijil kematian)  pukul 2.55 pm (slps scan rupanya baby ku telah meninggal 5ari lps dlm kandungan - jangkaan Doc. scan 05 Nov 2010-Jumaat) rupanya Hafiz telah ke rahmatullah.. TQ Muhammad Hafiz Zaem beri ibu contraction utk merasa nk bersalin normal, kalo x.. aku tentu xtau yg dirimu dh mninggal lama dlm kndungan ibu.. tentu dh hancur jasadmu... walaupun xsmpai hati nk take ur pic.. dirimu sntiasa ibu ingat...
Aku redha dgn ketentuan Allah swt.. membuatkan aku insaf dgn kejadian yg Allah turunkan pd ku... Ada hikmah di sebalik kejadian ini...
Seberapa saat sebelum dikebumikan, ku sendirian di wad HUKM mengenangkan kejadian yg menimpa...
Ketika itu, dirimu bersama2 dgn Abah, Abangmu, Atuk, Nenek, pakcik2, makcik2, sedara-mara  & kawan2; terima kasih kpd yg hadir ke pengebumian mu.. 
Terima kasih juga yg hadir Majlis Tahlil walaupun dirimu telah berada di Jannah/syurga, tapi ibu n abah tetap mau buat utk Majlis Tahlil sedekah umat yg len juga...
KAU hanya bg ku merasa betapa nikmatnya mengandung pengalaman 2nd baby...aku bersyukur walaupun hanya 9 bulan aku bersama mu MUHAMMAD HAFIZ ZAEM... Ibu minta maaf kerana tak sedar yg dirimu sudah tidak bergerak di rahim ibu...nama yg selalu ibu dan ayah sebut2 (adik ngah/adik Qari) bila kau bergerak menendang2 ibumu..tapi itu semua tiada lagi..Ya ALLAH Ya TUHANKU aku redha atas apa yg berlaku...ini dugaan dan cabaran yg besar kau bagi padaku dan suami. Insyaalah kita jumpa di sana HAFIZ...

Tanggal 05-11-10 (Jumaat) bersamaan 28 Zulkaedah 1431 H adalah tarikh yg tak kan ibu dan abah lupa sayangku...tarikh ni lah kau kembali kerahmatullah. Kata doktor scan(Dr. India lelaki), 5 ari dirimu telah meninggal dlm rahim ibu...
Betapa sedihnya perasaan ibu dan abah bila dapat tahu degupan jantungmu henti sayang...hancur impian ibu dan abah selama ni. Betapa sedih lagi bila terkenangkan kelengkapanmu sayang... baju, towel, pampers, puting botol susu, semua ibu & abah dah sediakan sayang....ibu akan simpan semua tu sayang... Minta maaf sayang, ibu xtau dirimu sudah xbergerak dlm rahim ibu...

Tanggal 10-11-10 (Rabu) bersamaan  03 Zulhijjah 1431H jam 2.55pm (dalam Sijil Kematian), ibu selamat lahirkanmu sayang. Ibu bersyukur kerana selamat semuanya walaupun ibu tidak tahu kau dah tiada sayangku... 

walaupun ibu terasa contraction di rumah nenekmu time lunch hour mcm rs nk bersalin, mcm terasa ketika mlahirkan abgmu Qari .. ibu sempat mjamah madu 1spoon n minum sdikit air masak.. TQ azrun paksumu sayang yg telah mghantar ibu ke hukm.. Abah keja sayang time tu.. Nasib bek abah sempat dtg ke hukm di samping ibu semasa meneranmu sayang..
smua doktor & staff d HUKM trkejut kerana ibu ada contraction walaupun dirimu dh mningal 5 ari dlm rahim ibu... 
ketika scan/ultrasound br ibu mgetahui dirimu sudah tiada.. trus ibu xda smangat.. hilang sudah contraction nk bersalin, walaupun dh buka 9cm ketika smpai d hukm.. sehingga Doktor terpaksa induce bg ibu terasa nk melahirkan mu sayang... abahmu yg bg ibu smangat utk mlahirkan mu scara normal.. TQ abg syg, Doktor & staf HUKM yg byk bg smangat pd ku..
Syukur pd Allah SWT, ibu terasa contraction utk melahirkanmu walaupun dirimu dah lama meninggal dlm rahim ibu, tapi ibu ada rasa utk meneranmu.. kuasamu juga Ya Allah SWT.. insyaalah kita jumpa di sana nanti..
Tuhan saja yg tahu betapa sedih dan gembiranya bila ibu dapat menatap wajahmu sayang walaupun hanya beberapa saat. Wajahmu tak tumpah seperti abg mu Abqariz, berkulit cerah, jari jemarimu tak tumpah seperti abgmu panjang2.. Rambutmu lebat dr abgmu.. Dirimu nmpk lagi tinggi dari abg mu.. 
Tapi ibu sedih melihat kepala mu dah lembik, kulit kaki dah melecet nmpk isi kaki yg masih berdarah, mulut mu ternganga (terbuka) seolah2 xdpt O2 n mknn.. sian ibu tgk dirimu sayang.. maybe akibat dirimu telah meninggal terlalu lama dlm rahim ibu.. bayangkan dirimu berada lagi lama dlm rahim ibu.. tentu jasadmu dh hancur.. maafkan ibu xtau dirimu dh mninggal.. ibu leka, ibu xjaga diri ibu n dirimu dgn betul.. ibu xda masa nk g checkup.. ibu terlalu bz sehingga lupa ibu mngandungkanmu.. sehingga ibu blh xsedar.. ibu ingat xda msalah kandungan ibu... maafkan ibu sayang.. Allah lebih sayangkan mu Hafiz...

Alhamdulilah ibu berpantang seperti biasa ibu2 lain bersalin. Cuma bezanya ibu tiada kamu disisi sayang...Itu semua tak dak masalah kerana ibu ada abah & abqariz, yg sentiasa ada disisi. Abahmu sentiasa memberi semangat untuk ibu menjalani hari2 tanpamu di sisi.Terima kasih abang...kerana sentiasa berada di sisi yg memberi semangat, walaupun syg tahu abang turut sedih atas apa yg berlaku. TQ hadiah buku yg bertajuk "Rahmat Disebalik Dugaan". Buku ini byk menginsafkan diriku.. Tak lupa juga terima kasih kpd ibu, ayah, mak, abah, adik beradik, kawan2, saudara mara yg memberi semangat padaku untuk terus berjuang di masa akan datang....
Al-Fatihah buat Muhammad Hafiz Zaem
Tatapan amik dari internet :
Bayi Meninggal Dalam Kandungan...

KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.
 
Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.
Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.
Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.'’

Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.
“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.'’
Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.
“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'’ ujar Dr. Jamiyah.
 
Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?
Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.
Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.
Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda & simptom keadaan lahir mati

* Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang


* Rahim tidak membesar melewati masa


* Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.




Antara punca-puncanya

* Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes

* Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu. Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri

* Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu

* Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)


* Diabetes


* Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang. Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.

* Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.
Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?
* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
* Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.

Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.
Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.
Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.
Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.
Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.
Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.
Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.
Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati
Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.
Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.
Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.
Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.
“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.
“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'’ katanya.
Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.
Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.
Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.
Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.
Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.
Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.
Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.
Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.
“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'’ ujar Dr. Jamiyah berulang kali.

Sokongan suami dan keluarga
Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.
“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'’ jelas Dr. Jamiyah lagi.
Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.
Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.
Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.
Tidak ada istilah `bayi tidur’ sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.
Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.
Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.
“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.'’
Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.
“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'’ kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.
****************************************
sumber dari : MyPermataHati.Com

3 comments:

  1. kakak ipar saya baru kehilangn bayinya jugak..cr info2 dlm tenet..tq for info..cite pasal kakak dan babynya..
    http://abiumihannan.blogspot.com/2014/01/berita-paling-sedih-dalam-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula dik.. ajal maut semua ketentuan Allah... macam kes saya, dah 5 hari meninggal dlm kandungan.. xtau punca apa.. xda rezeki...

      Delete
  2. Saya sendiri mengalami pengalaman anak meninggal di dalam kandungan semasa minggu ke 36. Saya demam teruk sebelum dapat tahu baby dah takde. Hanya yang pernah mengalami kehilangan sahaja yang akan lebih menghargai.

    ReplyDelete

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D