Date yg kami sekeluarga bercuti untuk Tahun Akhir 2013 pada :
Check-In : 10 Disember 2013 (Selasa)
Check-Out : 11 Disember 2013 (Rabu) ~ kebetulan cuti Hari Keputeraan Selangor (Tapi aku keja KL kena amik cuti la).. Tapi, xpala, sekali sekala belanja ibu & adik beradik lain g bercuti..
Adik aku Azrun xdapat ikut disebabkan dia ada presentation study dia.. Frust gak adik boy aku ni xdpt ikut, kiranya hubby aku xda geng laki2 la...
Adik aku Dyan & Family xikut gak sebab xcukup katil (Lagipun bajet aku & hubby 1 bilik jer.. nak tambah extra room kena guna duit sendirik yer.. hahahaa)...
Lagipun risau anak dia meragam macam g Langkawi baru2 ari tu.. (Sori la bukan xmau bagi ikut, tapi xmau jadi macam di Langkawi.. kesian Qari jadi mangsa dipersalahkan.. sape kenal Qari akan tau Qari jenis macamana.. mama Qari yg lebih tersentap ok.. xpala cter tersentap jgn dicerita.. nanti boleh mengaibkan.. so, simpan elok2 dalam kain.. hehehee)
yihaaa... nak g bercuti.. paling seronok budak2 laa... Saja jer aku & hubby nak plan g situ.. yer la, asik dengar org cakap, itu best la.. ini best la... kalo tak try, kita mana tau best @ tak kan..
Bagi aku Hotel Kat Meritius Pelangi Langkawi lagi best la.. coz harga berbaloi dan berhadapan dengan laut.. Hotel Grand Lexis ni best sebab ada private pool, tapi xla besar mana pool dia, aku swim puak lentang, aikk dah smpai penghujung.. kocik bonar... lagi2 budak2 masuk sekali dlm private pool tu, lg xblh swim..hehehee:P
Kami pilih Grand Lexis pun bagi ibuku seronok.. yerla... Mak-mak kita ni mana nak mandi kalo kolam terdedah.. bila ada private pool ni, kan sonang xpayah pakai tudung.. xperlu nak aurat2 dalam bilik jer.. :)
Tapi, nak try punye pasal.. layan kan jer laaa... Bagiku memang la best coz sekali sekala dapat berkongsi cerita & berkumpul dengan family.. Duit boleh cari, Family yang penting..
Bagi aku, hotel ni memang mahal 1 malam.. tapi, xpala sekali sekala belanja family kan.. Ajak family kakak ku sekali sebab kakakku dah banyak kali belanja kami sekeluarga g bercuti FOC...
ok dah.. xpayah byk cter.. tengok gambar jer la... Keseronokan anak2 dan kami sekeluarga pergi bercuti.. ayat poyoss kan.. kui3..
Aku dah booking siap2.. takut full.. Tapi, aku heran bila weekend jer full..
Harga mahal coz harga ikut Super Peak (Cuti Sekolah)
Aku booking Executive Pool Villa.. saje jer masa nak check-in, aku tanya kat staff yg jaga Reception Counter.. Kalo ari jadi bulan 12 boleh upgrade bilik tak??.. Sekali dia upgrade bilik kami Premium Pool Villa.. Mula2 staff tu cakap penuh.. sekali dia bagi touch card bilik, memang kami dapat bilik Premium.. Rezeki jangan ditolak.. hehehee
okla saiz dia lebih besar & ada sofa.. sorila maid along, desi namanya tdo sofa jer la kan.. hehehee:P
*** Kakak ku punye la risau harga mahal bebenar.. tapi xpa along, memang niat nak belanja semua orang (Tapi bajet utk 1 room jer tau :P )...
Lagipun bulan depan kompom abg dpt bonus kan.. hehehee:P
Ramai gak yg queue.. mmg org Malaysia ni banyak duit la nak bercuti hotel Grand macam ni.. Aku & hubby memang jenis suka mentry jer mana2 hotel.. nak bg merasa hotel mana yg best.. hehehee:P (Tapi belanja ikut kemampuan la.. kumpul duit dulu.. mana blh terjah jer.. ingat susu anak perlu diutamakan.. better beli emas.. untuk investment future day)
kena queue.. almaklum cuti sekolah.. FULL BOOKED !!!
Ibuku tersayang tgh pose.. Grand lexis Gambar Bunga Raya..
Price tu aku copy dlm Google..
Pic kitchen tu & water villas tu mmg guna camera aku :)
Bilik dia besar.. Premium Pool Villa..
Teruja gak budak2 tinjau2 tu.. ada 2 king bed size... kerusi panjang kaler hijau tu letak ditengah2 antara katil king tu...
Tapi, xnampak pun ikan kat bawah tu.. keruh jer air dia :P
Sempat Berposing atas katil dengan wanita yg paling aku sayang & cintai..
i love u ibu.. muahhhss:*
Ibu memerhati cucu2 tersayang galak seronok bercerita apa yg ada dalam air laut kat bawah tu.. :P
Sampai2 bilik jer, budak2 xsabar nak terjun private pool dalam bilik..
Activity Petang; Budak2 xsabar nak main open pool plak... ada playground
mak buyung xmandi pool.. memerhati jer.. hehehee:D
Hubby mandi pool teman budak2.. mak2 budak xmandi.. pose santai jer memerhati budak2 mandi pool.. Aku & Along antai jer kat tepi pool tu.. ibu nak rehat kat bilik tengok tv.. xpala, sekali sekala bagi ibu kita rest plak smbil tgk tv.. :)
hubby teman anak2 slamber jer mandi pool dewasa... Dalam tu.. 4' 1/2".. bagi budak2 berani sket..
Dinner malam di Medan Ikan Bakar D'Terapung berhampiran dgn hotel..
Tq along belanja makan malam.. :)
Balik makan parking kat Tower ni... kat dataran penuh...
ok.. jom tdo... dah penat travel dalam keta.. Tapi, dari semenyih ke PD bukan jauh mana pun.. :P
Bangun pagi lepas Subuh, Aku xtdo balik.. Aku, hubby, ibu & kakak plak nak mandi sementara budak2 tengah tdo... Tapi, Qari tengok aku xda kat sebelah awal jer dia bangun...
Qari bangun awal nak mandi pool.. sejukk wooo kul 7++ am pool ni:P
Tu yg Qari asik nak peluk abah tu...
Qari mood dah ok mandi sorang2..
Ok.. anak2 buah aku yg lain dah bangun.. Dengar suara Qari yg kuat jerit tu, semua budak2 ni terjaga nak mandi...
After mandi sket2, bersiap2 nak g breakfast plak..
Jom kita breakfast.. Dapat free 2 Adults jer.. budak2 bawah 6 tahun FOC..
Along belanja ibu breakfast.. (2 free + 2 kena bayar).. sepatutnya 2 king bed size, makan kena 4 Adults free.. ermmm... buat duit betul.. kui3
Outdoor.. Makanan kat luar memang banyak.. variety..
Indoor..
Seronok tengok budak2 makan... semua muka kena paksa makan.. Almaklum, budak2 ni asik sibuk nak mandi pool...
After breakfast round2 kat sini dulu :)
Qari santai minum susu perisa coklat b4 nak check-out :)
ok dah nak balik... tunggu hubby amik keta kat Tower Parking..
otw nak balik Semenyih, singgah tepi jalan ada jual buah Naga terus tapau.. murahhh..
Then ada gerai jual durian maosang King..
Tq along belanja makan buah2an tempatan :)
Sedappp maniss woo Maosang King N9..
Sakan budak2 pun suka makan durian :)
Sekian..
Balik umah jer, setiap hari Qari ajak aku & hubby g PD.. Suka bebenar dia dengan hotel ni.. Nanti la sayang.. kita kumpul duit lagi... Tdo atas air (Water Villas) ni mahal kena topup dlm RM200++, tapi permintaan kakakku yg teringin tdo Water Villas.. Apa salahnya sesekali kita mengembirakan orang2 yg tersayang.. :)
Sebenarnya aku dah merasa tdo atas air, masa tu kami tdo di Golden Palm Tree.. Palm Tree Sepang bilik dia best lagi coz ada balkoni.. malam2 santai makan kopok ke kauci ker.. smbil angin laut tiup sepoi2... masa aku bermalam disitu, malam2 aku, hubby & qari mkn maggi tengah2 malam... hehehee:P
next time, kalo nak tdo Grand Lexis kita amik Garden jer la.. jimat sket RM200++
Aku copy drp google;
Hotel Grand Lexis ini menyediakan 3 jenis penginapan yang utama iaitu:
- Above the Sea (challet atas air)
- Garden Living (bilik dengan taman di taman)
- Sky Living (bilik hotel di dalam bangunan hotel)
Setiap jenis penginapan ini pula menawarkan pelbagai jenis bilik. Sebagai contoh (dengan anggaran harga (sebelum tax) – berubah ikut musim dan masa):
Above the Sea
- Deluxe Pool Villa (paling kecil, paling murah – RM500++)
- Executive Pool Villa (RM650++)
- Premium Pool Villa (RM700++)
- Grand Pool Villa (paling besar, paling mahal – RM 800++)
Garden Living
- Garden Pool Villa (RM550++)
- Grand Garden Pool Villa (RM650++)
Sky Living
- Sky Pool Villa (RM600++)
- Sky Pool Grand Villa (RM1000++)
Selain daripada itu, terdapat juga dua jenis suite :
Suite (Garden Living)
- Deluxe Suite (RM550++)
- Premier Suite (RM860++)
Apa bezanya setiap jenis bilik ini ialah dari segi saiz bilik, jumlah katil, saiz kolam renang dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Dan…oh ya…harganya juga mestilah berbeza, ya tak?
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D