Sudah lama tak berbicara.. heheheee..
Almaklum akak ni bzzz sokmo.. ya ke idok?!! heheheee
ok sambungan kisah story dulu :
http://fizura512.blogspot.my/2018/03/apa-perlu-kita-buat-jika-orang-sakiti.html
Sebenarnya malas nak panjangkan cter pasal isu tersebut.. isu simple & kecik jer sebenarnya.. tapi.. nama pun aku salah sorg group bff, harus sentapppp beb... huhuuuu.. Sori just sharing dlm blog a.k.a. luahan hati yg dh lama aku pendam kan... sebab aku xnak org lain akan jadi mcm aku juga... Aku dah lama maaf kan uols.. better kita just kawan biasa2 drp bff kan.. heheheeee.. melainkan uols tau APA maksud bff sebenarnya?!!
Tapi, semua mcm nampak itu adalah kesalahan aku kan.. ya mmg kesalahan aku sebab aku terus left group tanpa meminta maaf meninggalkan group bff tu... tapi, uols kena faham, sebab Nape aku terus left group ?!!... Isu utama, aku sangat sentappp beb... Sampai org lain plak terasa, & menokok tambah cter.. tapi itu aku xkisah sgt pun.. sebab bagi aku semua xperfect dlm sesama persahabatan..
agaknya dia terasa aku marahkan dia.. sedangkan aku xpernah marahkan dia.. aku cuma sentapppp xwish bufdays je.. huhuuuu.. aku mengharap bff layan mcm bff.. tapi.. hampaaa.... mcm budak2 kan.. tapi itula hakikatnya kawan tak perasan kan?!!
Orang lain bufday, uols agung2 kan bagaikan princess... Mentang2 la aku ni, jenis yang tidak amik kisah langsung.. so, ignore je la.. xmengharap pun korang nak buat special surprise pun.. sebab aku ni bz sokmo kat ofis nak lari2 celebrate ni.. kekadang bufday surprise kekawan pun, mana yg sempat je aku dtg.. huhuuu..
Cuma aku Dok tunggu2 smpai tengahari uols semua wish jer, tapi masih still sama... Aku bukannya minta korang belanja aku pun.. huhuuu
So, jalan terbaek better aku blah.... Ramai lagi kawan aku di dunia ni jenis sentiasa susah senang bersama...
Cuma aku nak minta maaf bebanyak kepada kawan2 baik yg wish doa ucapan & masih ingatkan hari istimewa ku.. Tq friend... i sayang uols...
akak ni malas nak pk pasal hal kecik ni.. sebab aku ni terlalu bz sangat nak uruskan keluarga, kerja & bisnes.. so, isu sensitif kawan ni mmg aku xda amik kisah sgt.. sebab bagi aku, kawan yg baik, xkan buat kita mcm tu... betul ke idok beb... tapi sampai setakat baca jer.. aku pun blh buat mcm tu... huhuuu
tapiii disebabkan isu kecik sebab xwish my bufday, i blh kecik hati... opsss... mcm budak2 kan a.k.a. childish... hahahaaa
Kalo korang di tempat aku, Aku nak tanya.. sentap ke idok? hehehee
ok akak nak buat soalan survey sket...
Di mana kamu di mata kawan baik anda @ di sisi anda?!!
1. Hanya baca saje org lain wish bufday, tapi group betul2 bff just baca je tanpa wish?!!
Dah terang2 ada kawan2 lain wish bufday, xkan yg lain dlm bff just baca jer :(
come on la.. just taip "HB" je pun dh ok... kalo malas sgt nak taip, sebab tgh drive @ bz ke..
just tekan voice call je pun.. xsampai pun 3 saat..
senarai kawan2 dlm group bff pun xramai, mana taknya owner bufdays tak perasan msg korang kan.. owner bufday tu pun dh happy sebab kawan2 bff ingat hari istimewa dia... setakat baca je better uols jadi kawan tanpa mesra.. nama pun bff haruslahhh support each other kan?!!
NEXT!!!
2. Kawan Makan Kawan?!!
Entah la... ini aku tak suka nak cter psl isu kawan makan kawan.. sebab nanti mengaibkan kawan baik kita kan.. Tapi, ini memang selalu terjadi di setiap persahabatan...
Hanya Allah yg tau kebenarannya.. so better tutup mulut & telinga je, anggap la sebagai angin bayu lalu di sebelah telinga kita kan... drp kita turut serta dpt dosa kerana Gossip Sensasi, entah betul @ idok penyampai cter tu kan?!!
NEXT!!!
3. Time Senang datang kat kita.. time susah, batang hidung pun tak nampak?!!
Yessss... itu byk kita nampak kan... nasib bek la, aku jenis Äda aku kisah?".. hehehee
NEXT!!!
4. Suka amik kesempatan?!!
Ramai kawan mcm ni... Suka berkira setakat berapa sen & xsampai RM10.. hope aku bukan jenis insan mcm tu.. kalo terjadi pada aku, aku minta maaf siap2, kekadang tak perasan.. sebab jenis aku senang je, Kalo org tu berkira sangat dengan aku, aku akan 10x berkira dgn manusia tersebut.. huhuuu
5. Tidak suka support bisnes kawan?!!
Ini betul.. Asik kita jer tolong support bisnes kawan... kita punya bisnes, ada tak kawan nak beli?!! sedangkan kita jual kat bff, xamik untung pun.. just harga modal kan.. sayang kita pada kawan2.. tapi, dah kawan2 buat mcm tu, better i blahhh k... sebab boleh fokus bisnes & jual kepada org yg xkenal kita & tau produk kita bagus.. insyaallah Amin... Niat kerana Allah, insyaallah semua mudah...
Alang2 akak nak promote:
IG/FB : LAWA by Fizura Honey
IG/FB : LAWA BabyKids Mommy
Insyaallah akak ni trusted seller :)
Tapi, betul kata Tuan Abdul Basit, pakar motivasi bidang perniagaan terhebat.. Nanti aku share pasal topik yg Tuan Basit kupaskan mengenai kawan @ rakan partner...
NEXT!!!
sebenarnya banyak lagi isu pasal persahabatan ni... tapi, kalo cter memang xabis.. heheheee..
okla, jangan sedih2, nanti ko akan jumpa kawan duniawi yg baik sama di akhirat.. Insyaallah.. Amin...
Alhamdulillah, aku ada bisnes partner yg baik & sangat memahami... dan mudah sangat nak berurusan sama2... Ok, nanti, lepas bersalin, blh concentrate bisnes personal shopper d oversea lg... Nanti kan, AZ Cottage bersiaran lagi.. rindu lovely customer AZC.. muaahhhss:-*
So, solve this problem.. jommm kita lari kan diri drp terbeban nak pk masalah ini... Nampak macam small matter, tapi boleh jadi Big Matter... betul ke idok?? mari kita renung2 kan.. heheheee:P
Jommm aku nak share topik Tuan Abdul Basit.. AKu pernah ikut program dia.. memang best.. tapi, skrg dah sarat & tak boleh duduk lama2.. sebab lenguhh sengal badan aku ni.. heheheee
NEXT!!!
Nantikan isu yg dikupas oleh Tuan Abdul Basit.. Aku just copy paste je ni :)
Mahu kenal kualiti? Tunggu bila hadir 3 perkara ini.
Ada yang bertanya, bagaimana mahu tahu kualiti
seseorang untuk kita jadikan partner atau rakan JV untuk bisnes kita akan
datang?
Kita boleh kenal kualiti mereka bila hadir 3 perkara
ini, maka automatik kita akan kenal diri mereka lebih awal.
1. Ketika bawa mereka keluar lebih 3 hari, bermusafir
atau berjalan.
- kita akan kenal baik buruk diri
seseorang ketika bawa mereka bermusafir. Tahap kesabaran, karektor mereka
sebenar akan keluar ketika ini.
Saya kenal banyak team byond
waktu bawa mereka bermusafir, mudah nak tapis kualiti yang ada pada mereka. Kami
dapat banyak team yang berkualiti waktu ini.
2. Ketika berlaku isu atau
masalah mendatang.
- isu datang bukan ketika waktu
susah sahaja, malah ketika senang sebenarnya lagi parah terutamanya ketika wang
banyak. Orang yang pernah ada wang banyak depan mata, pasti sudah lalui fasa
ini.
Isu wang banyak akan membawa
kepada isu yang lebih teruk, kerana waktu ini orang yang banyak wang akan rasa
mereka betul orang lain salah.
- sebab itu kita mahu tahu diri
sesesorang, bukan waktu susah sahaja. Waktu senang juga kita akan kenal karektor
mereka.
3. Ketika waktu musim
pilihanraya.
- paling ketara,waktu ini kita
nampak jelas depan mata kenalan kita jenis yang macam mana.
- Kalau mereka suka burukkan
orang atau mereka suka cari salah. Kita doakan mereka dan minta Allah jagakan
mereka. Moga Allah tutup aib mereka kalau mereka Allah izinkan bersama kita.
“Tuhan tunjukkan salah orang
depan mata kita,nak bagitahu itu lah diri kita”
Sayangkan Allah pada kita, moga
kita dilindungi fitnah dan dijagakan aib kita.
Ps: Kita berkongsi bukan sebab
kita sempurna,kita berkongsi sebab kita mahu kejar bahagia.
Nampak salah bisnes orang lain??
Dalam bisnes ini , bila nampak benda yg kita tak suka
dan tak setuju. Jangan gatal tangan terus mahu membetulkan mereka.
Senyap sahaja,belajar untuk bertenang.
Manusia mana yang tidak pernah buat silap? Sebab dia
manusia lah, dia mudah sangat buat silap.
Dengan membuktikan bisnes orang
lain salah, tidak menjadikan duit syarikat kita bertambah.
Ketap bibir,dan doakan mereka
sahaja.
Bila kita mudah nampak salah
orang, nanti orang lain pun orang akan mudah nampak salah kita.
Kalau geram juga,piyem
senyap-senyap orang itu. Jangan tunjukkan salah mereka. ,tunjukkan apa yang
betul sahaja.
Kalau geram juga mahu menulis,
Tulis panjang2 dan set only me.
Takut Nanti bila mereka sudah
jadi lebih baik dari kita malah lebih bagus dari kita dan dan dijadikan cerita
mereka pula mahu bekerjasama dengan kita. Kita tidak pula rasa kekok.
Bisnes ada naik dan turun. Dunia
bisnes kita ini kecil sahaja, sikit masa bertemu lah kita semula.
“Gosip bisnes lagi cepat daripada
gosip artis.”
Ps: Fokus kita pastikan syarikat
kita buat perkara yang betul dan perbaiki dengan segera silap kita.
Copy
Paste by Abdul Basit
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D