Nuffnang Ads

Showing posts with label Anak - Afiqah. Show all posts
Showing posts with label Anak - Afiqah. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Kenali Perkembangan Bayi dari 0-12 Bulan

Assalammualaikum... waduhhhh kekenyangan baru pekena rakan opis tapau nasi kerabu ayam madu kat seksyen 7 shah alam.. meletop uols... kekenyangangggg boleh abiskan.. heheheee:P (AL-maklum kelaparan coz kul 12 tghari td br lps mengepam 10oz  telah ku kerah utk anak tersayang...)

okla.. saje jer aku copy paste drp google parenting... Perkembangan bayi usia 0 ~ 12 bulan.. Now Afiqah dah berumur 4 bulan 1/2 week... sekejap je masa berlalu.. dah besar anak mama.. ALhamdulillah Ya Allah.. Afiqah dilahirkan pada 16.04.2014  :)



Jom kita tinjau2 perkembangan anak2 kita... 

Aku boleh bezakan antara Qari & Afiqah.. Memang baby perempuan lebih matured dan lebih cepat drp baby lelaki.. :P


16.04.2014 (Rabu) : Alhamdulillah saya selamat dilahirkan pada pukul 5 petang 
seberat 3.11 kg di PPUKM Cheras...


Bulan Pertama:  
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari. 


Day 1 : Katt hospital tunggu abah amik mama & afiqah balik umah... :)

Masa dalam pantang, mama dah tdo luar sebab dalam bilik panas.. baru lahir xberani dedah aircond lagi.. abg qari biasala asik nak tdo beraircond jer.. huhuu

*** Hari ke-4 (Sabtu), Afiqah kena tahan wad Hospital Kajang sebab hydration kena kuning bacaan 16.. so, aku pun berpantang 4day 3malam kat wad juga.. Masa tu misi/nurse dtg umah checkup baby & ibu then nurse cakap baby Afiqah ada panas sket suhu 37.8.. anak mama demam rupanya... kurang susu masa ni... itu yg Afiqah kena hydration... huhuuu
(Nanti aku cter wad Hosp. Kajang.. yg pasti selesa wad dia)


Afiqah masa ni ada iras macam muka abg Qari masa baby gak..

muka dah gelap kena jemur bawah lampu biru kena jaundis...


Afiqah 21 hari

Bulan Kedua: 
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.


Genap umo saya sebulan, saya dicukur oleh abah.. :)

mcm muka boboi la plak.. hehehee:P

Saya telah selamat dibotakkan... 

Keesokan ari nya Afiqah demam.. xtau punca apa.. samaada rambut dia aku letak minyak VCO (Kelapa dara) @ berjangkit dgn anak buah (Faiz demam juga).. so, disebabkan Afiqah kena demam dalam pantang.. terpaksa kena tahan wad.. kami pergi PPUKm dulu (FULL)..

Then g Hospital Kajang, terus nek ambulans hntr malam tu gak (jam 2 pagi) g tolak PPUM kat Petaling Jaya... Masa tunggu di wad kecemasan Kajang, tension gak la.. dah la ramai org then 2 jam++ aku n hubby kena tunggu dengan Afiqah demam plak..

Dengan berkat kesabaran mengunggu ambulans & Doktor houseman lambat datang, 2 jam menunggu dengan sesak org sakit di bilik kecemasan..

Akhirnya 1st time naik ambulans ke PPUM jam 2 pagi tu// Duduk la aku & Afiqah seminggu kat wad ppum.. Wad dia memang selesa.. kami dapat single bilik.. xselesa nya kesian kat AFiqah asik kena cucuk tangan, kaki, lengan, betis.. disebabkan Afiqah urat dia halus dan suka block darah, jadi asik kena masuk jarum baru jer... sian anak mama... huhuu;((
(Nanti aku cter wad PPUM.. yg pasti selesa wad dia.. kebetulan rezeki dapat wad single)

Abg Qari pun berinterpremm gak... Dua2 anak kesayangan mama & abah.. 
my nyawa.. muaahhss:*
  
Afiqah dah hepi dah sihat... Alhamdulillah sepasang cahaya mata aku & hubby :) 
Abg Qari dah pandai berdikari jaga adik dia... :P

Disebabkan seminggu di wad dengan suasana Air-cond..so, Afiqah sampai umah demand balik dari ppum nak tdo dalam ber aircond gak.. tersentap mama syg.. dalam pantang mama tdo aircond.. kalo nenek tau, mau kena bebel.. hahaa:P

Anak mama dah pandai berdikari.. kesian anak mama makan lauk telur jer.. Nenek kena g Sarawak, so mama pantang sendri jer.. Qari balik tadika makan nasi lauk telur jer.. huhuuu.. sian anak mama..

Afiqah nangis baru lepas amik darah.. sian dia...

Afiqah budak yg kuat susu.. sekali minum boleh abis 4~5 oz.. Syukur Al-Hamdulillah dikurniakan susu yg banyak.. :) 

*** Abis jer pantang 46 hari, 1st kami sekeluarga balik Penang... Nanti kita cter yek balik penang...

Bulan ketiga: 
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap. 
Bam2 Qari & Bam2 Afiqah :)

*** Afiqah 3 bulan 2 week boleh meniarap sendiri tanpa bantuan sesiapa... 3 bulan dah start mengiring nak meniarap... Masa ni Afiqah asik nak sembang jer...


Dah boleh meniarap dengan jayanya dengan muka perasaan sungguh gembira.. hehehee:P


Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang. Dan mula tengok tv.. dan suka tengok kartun bersama2 abg Qari.. Dan asik nak perhatian org layan dia menyembang.. kalo dok sorang2 Afiqah akan cepat mengeluh bosan dengar suaranya mengomel.. hehehee
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.



Afiqah dah boleh genggam & pijit bagi pokok tu kuar lampu & lagu... Games LAZADA drpd Qari baby lagi.. tahan lasak mainan ni.. :)

*** Now 03.09.14 Afiqah berumur 4 bulan 2 week.. 

Sekarang Afiqah kerjanya asik mengayuh basikal jer.. opss... kaki asik angkat berkayuh jer dengan mulut ngomel2.. so sweet... meniarap pun memang pantang letak permukaan rata, mula la nak meniarap dengan jayanya.. :)

dan mula nak angkat bontot macam nak menujah ke depan.. Anak mama nak merangkak dah ker? advance nyer.. qari dulu 4 bulan tepat br boleh meniarap.. lain budak lain ragamnya.. :)

Bulan kelima: 
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.


Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.


Bulan ketujuh: 
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".


Bulan Kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.


Bulan kesembilan: 
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.


Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.


Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.


Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Monday, August 4, 2014

Sakitnya induce bersalin menguji ku sebagai hamba Allah SWT..

Assalammualaikum semua...

Waaaaahhh... Dah lamanya aku x taip blog utk luahan rasa.. heheheheeee.. xtau nape.. idea ada tapi kemalasan kot.. hahahahaa :P

Okla, ari ni aku nak cter memori lepas la... org cakap memori lepas xperlu dikenang, tapi saje jer nak cter pasal pengalaman bersalin (kucoret utk ingatan dikemudian hari sbg kenangan aku bersalin anak no.3).. Last aku update peristiwa 14/04/2014.. bayangkan 15/04 aku update blog, aku dah ada tanda2 kuar darah.. kalo bersalin Qari dulu, itu tanda nak bersalin... tapi kali ni xrasa contraction langsung.. cuma doc cek bukaan masa 14hb dah buka 2cm...nampaknya memang kena serah diri la malam 15/04/2014 tu...

http://fizura512.blogspot.com/2014/04/saat2-menunggu-kelahiran.html

15/04/14 (Selasa)
Aku bangun tdo, dah ada tanda darah setompok.. tapi xrasa sakit langsung.. kena standby dah ni.. anytime boleh sakit bila2.. baju2 baby & ibu, aku dah bawa siap2 letak dlm bonet keta.. yg kelakar siap g opis lagi dgn perasaan bercampur berdebar2... siap boleh salam2 dgn opismate minta maaf dah nak kena serah diri mlm tu.. hehehee:P

yg kelakar balik opis, boleh g makan nasi kandar kayu dulu, makan ice cream & mcm2 lagi... baru g serah diri kat ppukm... Doc dah pesan kat aku, mmg kena induce dan xblh simpan lama2 disebabkan aku ada history anak no.2 meninggal dlm perut.. itu yg aku g rela serah diri jer... so, g register Doc terus tahan aku malam tu tdo ward.. so, mlm tu kena la bermalam di ward... dan esok pagi kena serah diri utk diinduce kan.. waaa.... takut weeiiii... kena paksa ramai ckp sakit.. tp mmg sakittt pun... meh aku cter pengalaman aku kena induce...

Tanggal 16/04/2014 (Rabu), lahirla puteri pertama aku & suami yg diberi nama Nur Afiqah Anis (Cahaya Bijaksana Peneman Setia).. bersamaa jam kul 5 petang... Lama kan aku menahan sakit???

Sebenarnya, ikut kan aku xrasa sakit langsung & xrasa contraction pun (lain anak lain sakitnya kan).. sebenarnya baby dlm kandungan aku ni aktif mcm biasa (memang kali ni anak aku sgt aktif, almaklum aku mengandung kali ni byk makan makanan sunnah).. tapi, disebabkan dah kuar tanda tapi xda rasa nak bersalin, adik ipar aku seorg doctor suh aku serah diri jeee.. so, alasannya aku cakap kat nurse masa register mlm tu, baby dlm kandungan kurang aktif dan kurang gerak masa 15hb tu, .. itu yg kena tahan wad semalam.. elok kena tahan gak sebab dah kuar tanda kuar darah , lgpun aku takut simpan lama2.. elokla disegerakan dgn kekuasaan Allah.. Aku hanya berdoa kepada Allah agar dipermudahkan..

jam kul 8 pagi doc panggil aku utk pecahkan air ketuban.. sebelum nak pecah air ketuban tu, doc xkasi baring, doc suh jalan2 bagi gesa contraction.. tapi, xda rasa sakit pun.. huhuuuu... lepas air ketuban pecah, doc suh aku baring kat bilik ruangan menunggu b4 masuk labour room (>5cm baru tolak ke labour room ikut syarat prosedur wad bersalin)...

ctg mmg dh sentiasa diperutku... siap aku blh wasap2 n berfacebook... tapi, xrasa sakit... doc suh aku amik epidural, tapi konon aku eksyen la xmau amik pd awalnya... konon2nya 2 org anak sebelum ni xamik boleh handle... bila dah start sakit, sebab kul 12 xkuar lagi, doc mula cari jalan jolok2 bagi serviks aku nipis (doc ckp serviks aku tebal lg & bukan waktu sesuai nak bersalin.. tapi xmau simpan lama kan.. so, doc ckp, kalo cm xbukak lagi, mmg kena masuk ubat induce..)..

masa tgahari tu mmg dah mula rasa sakit, mana taknya suka2 Doc gobok kat miss V aku bagi buka laluan.. tapi still bukaan 4cm jugak.. Ya Allah baru ku tahu dugaan sakitnya bersalin teramat sangat.. sebelum ni 2 org anak, aku boleh lagi menahan sakit secara semualajadi (kerana xsampai sejam, baby dah boleh kluar).. disebabkan bukaan aku still 4 cm, jam kul 2 petang doc dah mula masuk kan separuh ubat induce dlm miss V aku.. Dugaan sakit bersalin yg diberi oleh Allah agar aku menjadi seorang yg tabah & menyesal dgn perbuatanku yg sentiasa lupa dgn duniawi.. masa tu aku boleh wasap suami ku, kata xmau anak dah.. hehehee... masa tu dah xmau dah... tp bila dah anak dah keluar, rasa rugi plak kalo anak sket.. insyaallah kalo dipermudahkan rezeki anak 4 orang.. insyaallah dipermudahkan nanti..

Sakit tau kena induce.. sebab masuk jer ubat, dalam 10 minit terus sakit teramat sangat.. rasa macam nak bersalin dah, siap rasa nak meneran buang air besar.. tapi bila doc check tetap bukaan still 4 cm... siap aku cakap kat doctor  aku xtahan nak operate.. siap doc cakap "awak kena sabar, awak boleh bersalin normal.. insyaallah dipermudahkan".. last2 aku panggil doc pakar saraf utk cucuk epidural... Kali ni ramai gak yg amik epidural, dalam bilik menunggu tu jer hampir semua amik epidural.. ingat kan aku sorang jer... hihiii

Disebabkan aku dari pagi tadi dalam bilik tu, doc pakar saraf tu baik hati bagi aku dulu cucuk agaknya kesian tgk aku menahan sakit kot... kena tunggu giliran sebenarnya sebab permintaan tinggi.. 1 jam gak menahan azab.. lepas kena cucuk epidural tu, xsampai 10minit, aku dah mula khayal dan ada terasa sakit contraction gak, tapi dlm masa yg sama aku rasa mcm ngantuk plak... trus tetido dan aku xsedar diri.. itula orang kata, kalo cucuk epidural hilang azab sakit bersalin.. betul tu.. xrasa apa... masa push bersalin pun boleh tak rasa nak meneran..

tetiba aku xingat pukul brapa, doctor dah bising2 dia kata kat aku "Awak dah buka lebih 10cm dah ni, jom2 masuk bilik bersalin".. Masa tu, aku sempat suruh nurse panggil suami aku masuk sekali... masa tu dah ramai nurse menunggu.. Aku boleh cakap xda rasa nak bersalin pun.. betapa kuatnya epidural tu sampai aku xrasa apa2.. aku push sekali xboleh kuar.. then dengan semangat suara2 nurse & doctor yg memanggil nama ku.. Al-Hamdulillah dengan kuasa Allah SWT, dengan push kali ke-2 aku selamat melahirkan puteri aku.. masa aku dengar suara dia nangis, hilang dah rasa sakit azab yg diberi oleh Allah kepadaku.. betapa besarnya kuasa Allah.. Alhamdulillah berkat masa mengandung 7 bulan++ mengamalkan makan olive oil + pati delima + minyak kelapa dara (Virgin Oil)... Aku tak perlu jahit pun kat miss V aku.. baby kuar dengan licin seberat 3.11kg.. Al-Hamdulillah... sampai suami ku xsempat nak masuk, betapa cepat kuasanya Allah swt memberi kan aku segera utk meneran xsampai 5 minit.. Rasa sayu bayi putri kudoc letak atas dada ku.. Al-hamdulillah.. comeinya dirimu ni oohh anakku...

Selepas ni, tak rela aku diperlakukan begitu asik kena jolok jer... Nanti, akan datang kalo nak bersalin lagi, biarla ada contraction semula jadi, drp paksaan asik kena jolok check cm.. smpai termimpi2 aku walaupun dah bersalin tau.. mama xrela tau.. huhuuu


brb.. t aku continue cter dugaan aku ketika berpantang plak.. Allah sentiasa menguji manusia agar kita sentiasa bersabar...