Nuffnang Ads

Wednesday, September 28, 2011

Ketuk2 Di Dapur & Jamuan Raya Pot Luck di opiz ku...

27 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wr. Wt.

uiiittttt... Dah lama tak berblog aku ni.. Balik kursus.. sibuk2 jer memanjang.. Al-maklum.. time nak abis2 Syawal ni, byk btul jemputan Jamuan Raya setiap cawangan buat... Termasuk Jamuan Raya bahagian kami.. Memang best dan meriah.. Memang kami saling bekerjasama di antara satu sama lain.. Memupuk silaturrahim.. "Buang Yg Keruh Ambil Yg Jernih".. Memang Transformasi la kita semua.. Syukur Al-Hamdulillah...


Pejam celik.. pejam celik.. sekejap jer nak abis Syawal... Di kesempatan ini aku nak wish pada semua...

ketuk2 di dapur kali ni, aku bawak Rendang Ayam & Macaroni Goreng... Rendang ayam xupload gmbr lagi.. belum edit lagi.. Rendang ayam dlm camera.. Time nak tangkap rendang, boleh plak hp camera hang... camera hp sempat tgkp gmbr macaroni jer... heheee:P


"
"
"
"
"
"
"

MACARONI GORENG...

 Bahan2 Tambahan : Mushroom, hotdog, daging cincang, 
fish cat.. (xkisah nak letak apa2 bahan pun..)


Bersepah2 dapur aku.. Nasib bek dah kawen, kalo x, dah kena reject dgn mak mentua dah.. 

 2 paket Macaroni telah siap di masak...

"
"
"
"
"
"
"

jom.. layan gambar2 kita berposing di Jamuan Raya Opiz kami plak... sori la baru nak upload :)


             Preparation b4 start..



                                                                                                Para tetamu mula hadir.. 

Kami sekeluarga... "Happy Family"

Juadah kami... sedapnya :)



"
"
"
Jomm kita men games dulu.... 
susun duit syiling atas gelas& sape cepat keluarkan duit kertas dr sampul.. :)

       


Dato' sungguh sporting..

 kira duit raya ke dik?? kui3 :P

 Bos2 yg sporting....



Juara Wanita & Jejaka yg menang "Pakaian Tercantik"

"
"
"
"
"
"
"

Adegan seterusnya...
Mari kita tapau... kui3


muka masing2 tekun membungkus.. :P


 Dah abis dah... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...



 
Buah pauh di tengah bendang

Jadi dagangan di tengah laman

Saudara jauh datang bertandang

Kepada Semua Warga JKR kami Alu-alukan

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia serta hadirin sekalian. Kami berasa sungguh gembira kerana pada 27 September 2011 kita dapat bersama-sama berkumpul meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.


2. Adalah menjadi harapan saya agar majlis seumpama ini akan memberi peluang kepada semua warga JKR untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.



3. Walaupun semangat kekeluargaan di tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, KITA BERKONGSI, KITA BERJAYA’


4. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan ini.


6. Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga JKR dan juga hadirin sekalian.

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Mari menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas Daripada Saya kepada uols... muaahhss.. sayang awak semua....

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D