Kebetulan mentua ku datang bermalam ke umah kami.. then, adik ipar ku dari kelantan pun datang.. so, kami buat gathering Family dinner di Ana Ikan Bakar Petai... Aku, hubby, Qari & Ibu pernah makan di Kuantan masa kami ikut hubby aku g site visit kat Petronas Kerteh tu... kat Kuantan harga dia memamng mahal.. biasala Kuantan mmg makanan dia mahal berbanding di KL.. coz dah biasa ke situ dulu2...
So, adik aku cadang makan situ.. Apa lagi.. berkumpul kami semua.. cuma family along xfollow coz mereka semua menetap di Kuching Sarawak...
kami order macam2.. bayangkan kami amik 3 ekor ikan saiz besar & 4 ekor saiz kecil (7 ekor ikan tu).. sampai muntah2 semua nak abiskan.. heheheee:P
Yang 3 ekor saiz besar tu, kami suh mereka masak :
1. Ikan Masak Steam
2. Ikan Masak 3 rasa
3. Ikan Bakar Masak Petai
Yang 4 ekor saiz kecik (Semua Bakar masak petai jer.. mudahh semua dewasa & kanak2 boleh makan)
amik 2 ekor ikan pari & e kor ikan termenung.. opss ikan kembung.. :)
then kami order, Lala masak berlada 1/2 kg, sotong goreng tepung 1 kg, Sup Tulang 2 mangkuk, Kailan ikan masin 2 plate, air buah 3 jug (jus durian belanda, jus tembikai dan jus orange).. memangla orang Malaysia suka makan.. Abaikan muka aku yg balik kelas malas nak makeup... dan muka semakin bam2.. pregnant ker?? hehehee.. kalo ada rezeki Al-Hamdulillah..
Yang turut serta dalam dinner ni :
1. Ibu
2. Mak & Abah
3. Aku, Hubby & Qari
4. Dyan, adik ipar & Faiq
5. Azrun & gf dia.. bakal pengantin... opsss,,, bakal bertunang bulan 8 ni.. Insyaallah
6. Family sepupu aku yang dok kat Puchong..
mula2 adik aku nak belanja.. almaklum dapat duit jaga SPR (PRU13) tu.. tengok kami order macam2.. hubby aku hulur la RM150.. bajet2 memang kena RM400++...
korang nak tau kena berapa??? RM280 jerrr... murah kan.. Aku pun tak percaya.. dah la sedap.. berbaloiii.. pergila makan ok.. kami makan kat BB Bangi jer dekat dengan umah kami.. memang ramai orang.. tapi, tak fail la.. selain itu ada makanan macam2.. kat sini banyak stall ala2 food court.. sekali dekat meja kami tu ada jual sengkuang yang bubuh kacang tu.. sedapnyaa.. memang terliuqqq.. dah lama tak makan.. menu favourite aku masa sekolah.. setiap kali duit aku abis, ibu aku selalu cakap..
Ibu : beli apa duit habis tak simpan..
Angah : Beli sengkuang..
Last2 ibu aku buat sendiri sampai muntah la aku makan banyak sangattt.. hahaaa...
Sengkuang ni kalo orang ada lelah @ asma, xdigalakkan makan.. sejukkkk.. orang berpantang, jangan makan.. cukup 100 hari, baru boleh makan.. kesejukan dia memang berbisa sampai ke urat.. ibu aku cakap la.. orang tua2 cakapla.. betul x betul tu aku xtaw ok.. hehehee
Yang pasti, bersyukur kami beli umah dekat dengan ibuku.. selain itu best betul umah kami dekat dengan area bangi.. memang port makan2.. heheheee:P Nampaknya macam dapur xberasap la zura oiii.. asik makan kedai jer... ehehehee:P
okla, panjang lebar aku membebel.. jom tengok gambar jer laa... heheheee...
We are the Happy Family.. :)
Tengah menunggu makanan sampai.. Uncle pakai cap putih tu la yg jual sengkuang.. Lapo sangat, lupa nak snap photo.. disebabkan ipad aku ni asik dimain dengan anak teruna aku Qari ni.. so, pakai hp bodo ni jer snap pic.. kui3
di Bandar Baru Bangi
Terliuqqqq kan???
Muka kekenyangan.. Abah dibuli oleh Qari.. hehehee:P
Disebabkan abah kaco Qari, kan dah kena dgn Qari.. kui3
Dua-dua yang bam2... :P
masing2 happy kekenyangan :)
bakal pengantin.. opppsss.. bakal bertunang bulan 8 ni :)
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D