Nuffnang Ads

Monday, May 13, 2013

PRU 13.. jom kita mengundi... 05.05.13

orang lain dah lama hapdet blog pasal pru 13.. aku baru terhegeh2 nak hapdet.. hehheee... malas betul nak hapdet.. bz nak siapkan projek design aku xsiap2 lagi ni.. huhuuuu

sepatutnya 05.05.13 (Sabtu).. kawan2 ku Konvokesyen UTM kat Skudai, Johor... disebabkan mengundi, ditunda ke 07 mei.. sian kawan2 ku yg dah excited nak nek pentas menggenggam segulung ijazah.. Tahniah pada kawan2 ku...

Aku ni bila la nak abis??? chaiyuk2, abis sem ni, ada tinggal 3 paper jer lagi.. Ya Allah, aku mohon sangat padaMu Ya Allah, aku dapat menghabiskan hujung tahun ni gak.. mohon sangat tak mau kantoi.. Dah penat nak abiskan jer ni.. huhuuuu

okla.. jom kita tengok suasana PRU13 kita kali ni.. memang meriah...

Dalam Tafsir Al-Quran mengatakan, pilihla pemimpin di kalangan orang Islam.. yg pasti kena research n tenngok dulu adakah pemimpin Islam itu berwibawa dalam kerjanya... susah gak nak pilih calon kan.. almaklum 1st time mengundi.. 5 tahun lepas aku jadi kerani mengundi.. so, xda la mengundi...

berdebar2 plak 1st time mengundi...

kuar umah awal.. kul 8 pagi g hantar suami ku dulu kat kawasan Lembah Pantai.. kawasan Nurul Izzah yg panasss tu....

Then sampai Cheras, sekolah rendah lama ku jam 10.30 baru smpai.. dapat mengundi kul 1.00 petang.. makk aiii.. 2 jam 1/2 aku n hubby berdiri queue.. memang menguji kesabaran kan...


Lembah Pantai, Jalan Klang Lama...
hubby & wifey.. :)

mula tensi queue menunggu giliran.. :)


hubby dah sudah memangkah... :)

Undi adalah RAHSIA...

Sek. Keb. Taman Cuepacs, Cheras...

Jari Telunjuk yg belum dinodai lagi...

yg bestnya, boleh reunion semula.. kawan2 lama sekolah rendah, yg pernah jd classmate & jiran class dapat jumpa balik.. yg dah 20 tahun tak jumpa pun ada ok.. masing2 dah beranak pinak... yg membujang tu, nak kenduri, jangan lupa jemput aku.. :)

panjangnyaaa.. aku dapat saluran 5.. nape la SPR tak pecah kan lagi.. ramai bebenar saluran 5 ni.. 

Aku sanggup beratur.. kerana itula adalah tanggungjawab & kewajipan kita bersama...

jangan tersentap ok... kita perlu memilih pemimpin yg berwibawa ok... :)

aku plak duduk, hubby plak tolong beratur kan.. bergilir2 utk duduk... lenguh kaki 2 jam 1/2 menunggu giliran.. huhuuuu.. 



Syukur Al-Hamdulillah, aku telah menunaikan kewajipan utk memilih pemimpin negara kita...


No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D