Nuffnang Ads

Monday, May 23, 2011

D sini menanti pasti...

Di sini menanti pasti... Aku mohon padaMu Ya Allah.. Luaskan dan lebarkan semua makhluk ciptaanmu agar mereka tidak terseksa di azab kubur.. AMin

Tanggal 14/2/2011 (55tahun 11 bulan 28 hari)
16/2/1955 ~ 14/2/2011


15 Februari 2011 : Selepas subuh .. Pengebumian Allahyarham ayah tercinta di kampung halaman arwah di Pokok Sena, Alor Setar berhampiran kubur tok (mak Allahyarham ayah).. terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai...keluarga yg byk byk membantu menguruskan pengebumian jenazah Allahyarham... Terima kasih byk2.. jasa kalian amat kami hargai... Hanya Allah yg dpt membalas jasa budi kalian...



 Adik tersayang bersama bapa sedara menguruskan jenazah di liang lahad

Tanggal 14 Februari 2011.. Allahyarham Abusman bin Ismail.. Ayah yg tersayang telah kembali ke rahmatullah.. Allah lebih menyayangi beliau.. Kami di sini sentiasa berdoa agar roh ayah ditempatkan bersama-sama org yg beriman dan segala yang diRahmati Allah s.w.t.


 Tangan ibu ku redha dan pasrah dengan pemergian ayah ku yg tercinta.. Al-Fatihah...
 pemergian ayah ke Rahmatullah genap la 
ulang tahun perkahwinan arwah ayah dgn ibu 31 tahun
14/2/1980 - 14/2/2011



Umur ayah ku hampir 56 tahun (16 Februari 1955 ~ 14 Februari 2011)... xdapat kami meyambut sekeluarga lagi di ulang tahun ayah tercinta... Mohon pada mu Ya Allah agar kubur ayah ku sentiasa luas dan lebar dan berada aman selesa sentiasa di sisi Mu.. Amin~



uiiittttt.. Jangan la sedih wahai Azura.. kita perlu redha...

 Hidup makin singkat... Gunakanlah kesempatan yg 

ada ni utk mencari keredhaanNya.. Yang salah, 

perbetulkanlah. Yang baik kita teruskan agar 

menjadi lebih baik. Manusia takkan pernah puas 

selagi tak bersyukur seikhlas hati dgn apa yg ada

 padanya. Sesungguhnya semua nikmat dtg dr Allah.

Kita yg masih hidup, perlu la berdoa kepada semua 

arwah yg kita sayangi.. Insyaallah ~

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D