Nuffnang Ads

Monday, May 23, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di Dewan Mahfodz JKR Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim………



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera,


“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Syukur Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia utama saya selaku Ketua Penolong Pengarah, Ir Mohd Akhir bin Ismail di atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berguna sepanjang saya berkhidmat di Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan. Di atas jasa-jasa beliau dan kepercayaan beliau pada saya, syukur terima kasih saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ini.


Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Puan Khairulaziah dan Puan Aiyshah kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi meluangkan masa membantu saya dalam menyelesaikan setiap projek yang dijalankan samaada di pejabat atau tapak bina.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan saya di bahagian ini kerana banyak membantu saya susah dan senang semasa berada di bahagian ini.


Tidak lupa juga penghargaan kepada suami tercinta, ibu dan adik-beradik serta sahabat seperjuangan saya..


Terima kasih kepada semua kerana banyak membantu serta memberi sokongan dan kerjasama selama perkhidmatan saya di sini. Tanpa dorongan dan sokongan kalian, adalah sukar untuk saya menjalankan kerja yang perlu saling berkejasama diantara satu sama lain.


Minta maaf saya ucapkan jika saya ada menyinggung perasaan dan lain-lain. Terima kasih kepada semua sekali lagi kepada semua yang mempercayai saya..


Sekian, terima kasih.
 Wassalam..




kawan2 aku yg dapat gak :)








uiiittttt... Berposing sakan Azura.. hehehee:P




No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D