Nuffnang Ads

Sunday, September 2, 2012

Jom pekena Soto..

Semalam ada jemputan Ustaz Don kat USIM.. Tapi, aku tak gi.. makcik2 aku jer pergi.. Nape aku tak pi nyer?? coz banyak agenda aku.. hehehheee.. Kebetulan makcik2 aku daripada Penang nak mai.. alamak loghat kedah plak.. hehehee.. ustaz Don ni asal Penang.. Dekat jer dgn umah makcik aku..

* mai : datang

Malam tadi makcik2 aku dari Penang datang.. Diaorg semua baru balik daripada kenduri kahwin Ustaz Don.. Perkahwinan diaorg buat kat USIM (sebelah wife dia) tak salah aku.. Ustaz Don lecturer di sana..

Then, doorgift Family Ustaz Don bagi bagus sangat.. 


Perkahwinan Ustaz Don & Husna..
1 September 2012 (Sabtu)


Alamak... Makcik aku nak datang umah.. Nak masak apa yek??? okla.. kebetulan meatball ada dlm fridge.. kalo mcm tu buat SOTO la kawan2.. hehehee..

Lagipun, aku cakap kat ibu aku; "xpa, kali ini ibu rehat, biar angah masak plak.." hehehee:P

"
"
"
"
"

Jom kita share Soto edisi Puan Zura.. hehheee:P
(Aku buat style macam buat sup tulang jer...)

BAHAN KUAH SOTO
rangka ayam & kaki ayam 
(jumlah mengikut berapa rangka yg kita ada.. 
lagi banyak rangka, lagi manisnya rasa ayam)
 cuci bersih dan toskan..
Meat Ball (Bebola Daging)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng (beli kat kedai jer jual paket2)
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
1 paket Perencah Sup Soto

1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
7 ulas bawang putih*
(jumlah bawang mengikut citarasa)
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus
Tapi aku tak letak coz untuk budak2 makan sekali tak sesuai..

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
(kalo nak cepat, masuk jer sup bunjut Adabi tu jer..)

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Bihun dicelur
Begedel ( nanti aku upload resipi bergedil)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap (aku suka kicap Jalen)
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH SOTO :- 
Panaskan sedikit minyak dalam periuk...
tumis bahan2 tumis hingga ada bau harum...
masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi...
Perencah SOTO dibancuh dgn sedikit air, kacau rata & masukkan dalam periuk tadi...
tumis hingga rempah sedikit garing...
Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap...
Tuang air secukupnya...
masukkan bawang goreng dan daun sup...
kacau rata dan biar mendidih...
Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam secukup rasa..

UNTUK SOTO AYAM :- 
Isi nasi impit @ bihun secukupnya dalam mangkuk...
tuangkan kuah dalam mangkuk kesukaan kita...
Letak begedel, dan bahan2 lain...
Nikmati soto dengan sambal kicap..
hmmmm sedapnyaaa.. Angkat bakut sendiri plak.. hahahaa...


Bawang2an :)



Aku suka meatball jenis ni.. coz daging dia memang terasa.. Sedap..

Ayam2 dikukus untuk diambil isinya (dicarik2)
Rangka ayam & kaki ayam dibuat sup..

tadaa.. Dah siap dah sup SOTO..

Jom kita makan.... Aku suka makan dengan bihun :)






No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D