Nuffnang Ads

Friday, December 23, 2011

Hepi Holiday with anak2 tercayang..

yeyeyeaayyy.. cuti 3 ari.. blh lepak bersama2 anak2 tercayang dan en.suami bucukk.. :P

kebetulan cuti sekolah.. Along & family datang kl.. Apa lagi?? Ligat la hero2 ni bermain sama2... Dan ada heroin sorang.... still princess cucu ibu...

Cucu2 ibu & anak2 tercayang saya la, mengikut harijadi :

1. Syarifah Nur Arieanna (10/10/2006)
2. Syed Mohd Arman Al-Yahya (13/06/2008)
3. Muhammad Abqariz Zaem (30/01/2009)
4. Syed Mohd Arrizq Al-Yahya (20/07/2010)
5. Allahyarham Mohd Hafiz Zaem (10/11/2010)
6. Muhammad Faiq Azfar (24/12/2011)


 ~ Qari ~ Arizq ~ Arman ~
semua tersenggih tayang gigi

Arieanna daring berposing dgn motor pakcu Azrun...

Baby Faiq dagu panjang :)


Qari yg sunyi men sorang2 coz anak2 along (cousin Qari) dah balik Kuching... so, Qari keja dia buat sepah.. tarik perhatian semua orang.. kui3.. Sabar yek Qari, nanti baby Faiq dah besar ada geng men sama2.. umah pun dah dekat..

 Qari dok buat sepah umah..

Qari kata "Yie sakit pinggang".. 
itu yg tdo pakai bantal aunty yg boleh adjust macam pelampung...


Monday, December 19, 2011

SBPA untuk Juruteknik berkelayakan SPM & Sijil Politeknik/STPM



Permintaan rakan-rakan skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan 

ke gred : SBPA JA3-1 
Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. 

Maklumat untuk skim J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125

Kejuruteraan - J
Juruteknik - JA

Ijazah - 1
Diploma - 2
Sijil / STPM - 3
SPM - 4
PMR – 5

SBPA JA3-1 maksudnya.. 
~  JA (Juruteknik)
~ 3 (Sijil Politeknik /STPM)
~ 1 (kod gaji...) 

if baru keja JA3-1 (RM1410 .. nek RM 150 dr gaji SSM yg lama).. so, calculate la sendiri brapa tahun keja??? if keja dah 5 tahun.. jadi la JA3-5.. so, tgk la unjuran Pembetukan Gaji Sebaris (untuk P&P dan Pelaksana)


* sumber dr KPPA...Thniah kwn2.. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhimat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi...

Friday, December 16, 2011

Wedding Anniversary 4 years...

16 Disember 2011 (Jumaat)

Today adalah hari yg Mulia iaitu hari Jumaat dan juga adalah hari ulang tahun perkahwinan kami... Walaupun baru 4 tahun, tapi diri ku rasa baru jer berkahwin.. hehheee


Pejam celik.. pejam celik.. Dah 4 tahun kami berkahwin.. Syukur Al-Hamdulillah di kurniakan Rezeki & Kerahmatan yg tidak ternilai.. Kami Bahagia.. Doa kami agar kami bahagia hingga ke akhir hayat kami bersama keluarga2 yg tersayang...


Aku & en.suami ambil cuti coz nak bawa anak berjalan2... Tak tau nak berjalan mana... just jejalan kat The Mines jer bawa Qari... Cadang nak tgk wayang cter Songlap, tapi Qari tak sesuai nak masuk.. so, jalan2 makan Prosperity Burger jer coz malam tadi dah makan best (Haven Restaurant).. Sian Qari tak follow sekali.. next time yek sayang.. nanti mama & abah bawa qari makan sama2.. Biar mama & abah dating berdua yek sayang.. :P Nasib bek kecik lagi, kalo tak asik tersentap jer nak.. kui3



Mama & Abah makan Prosperity Burger.. Qari letih sangat sampai tertido..

ermmmmm.... Syukur Ya Allah dengan kurniaan & kerahmatanMu... Diriku mendapat suami yang penyayang & mencintailu sepenuh hati.. Aku berdoa pada Mu Ya Allah agar perhubungan kami kekal hingga hayat kami.. Insyaallah.. Pelihara la hubungan kami... more keimanan & ketakwaan...

"
"
"
"
"
"
"

15/12/11 (Khamis malam Jumaat)


Balik dari keja, after singgah sembahyang Maghrib kat Petronas Petrol Pam Cheras, en.suami sayang tetiba kata kita dinner special malam ni.. En.suami tak bagitau aku apa yg nak dinner tu.. Macam2 soalan aku bagi.. Tapi??? senyuman sengihh en.suami jer di bibir dia.. rasa macam nak gigit jer... Jeng2.. Rupa2nya nak bawa aku gi Menara Tinjau Jalan Hulu Langat - Ampang tu... bestnyaa... Dah lama tak makan kat Haven.. Last makan masa hari jadi Qari 1 tahun (2008)..



 Tak tau nak order makan apa.. banyak sgt pilihan.. huhuuu


 Menu Special : Lobster ni berharga RM 89.90.. mahal sangat.. 
Teringat, beli kat Sabah masa honeymoon dulu dapat 2 ekor Lobster dgn harga ni.. huhuu

 Aku order "Mix Combo Special"... yummy.. 

Mix Combo Special aku dah siap...

Tom Yam Pattani abg cyg dah siap..







 Ribena Frizzzz                                               15/12/11 jam 8.01 malam..






Wednesday, December 14, 2011

Yang Telah Pergi.. Kita perlu redha dgn ketentuan Ilahi...



Hari ni, aku balik lambat opiz.. stay kat opiz sampai en.suami dtg jemput.. En.suami pun tgh sibuk this week nak siapkan Dokumen Tender coz esok dah submit.. Keja 1 week nak perlu solve.. sian aku tgk en.suami, sampai bawa keja balik umah.. kul 4 am baru tido... isk3.. xpala.. Jumaat ni Anniversary kita.. berehat ok.. "sori la nyusahkan abg jemput syg kat opiz plak".. Aku malas nak drive sndiri ari ni coz aku pun sibuk.. Kesempatan aku balik lambat, boleh la aku siapkan assignment yg tertunggak & yg perlu di hantar b4 study week 25/12/11.. 

Now, Otak aku dah mereng.. semua dah blank.. mood nak siapkan asgmnt pun malas.. tulis blog jap sementara en.hubby datang jemput.. Thanks jemput sayang walaupun abg tgh penat siapkan tender.. muaahhssxx...
..............................................................................................
Aku sentiasa ingat date 14/2/11.. time ni, anak muda-mudi menyambut Valentine Day's (aku xpernah sambut pun.. xsuka.. en.suami pun xsuka.. aku just seronok jer tgk kawan2 bergembira).. Aku termenung & berdoa pada Allah.. memberi keampunan & kerahmatan kepada ayahanda tercinta...

Today 14/12/11.. Genap 10 bulan masa berlalu...
(14/02/2011 ~ 14/12/2011)

Cuma yang paling indah sekali malam ni
bila aku berkesempatan melihat gambar2 keluarga ku yang tersayang.. mengimbau kembali memori bersama ayahanda yg dah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga..
yang banyak bagi kenangan kat aku.
Teringat memori dulu masa aku kecik2.. 
Masa aku zaman persekolahan, ayah sentiasa hantar dan menjemputku... Tidakkkkk.. 14/02/11 telah lenyapkan segala2nya..

Teringat juga memori saat2 aku melahirkan Hafiz 1 tahun 1 bulan (10/11/10) yg lepas... Pengorbanan ibu tiada penghujungnya nak...
Mama sentiasa mengingati mu... Cukupla saat2 akhir mama mengucup pipi mu.. dahi mu... Mama rindu nak mendakap diri mu... Sehingga kini, ibu sentiasa berdoa agar dirimu hadir dalam mimpi ibu, agar ibu dapat membelai mu.. Tapi, mama tak pernah berpeluang bermimpi diri mu.. 
Mungkin hanya Allah sahaja yg tau Kenapa???

Di sini lah (HUKM) kali terakhir aku mencium arwah Hafiz..
Minta Maaf mama tidak dapat menemani mu di Masjid Al-Amin.. 
Mama masih lemah ketika itu.. Tidak berdaya menanggung semua dugaan itu...
Tapi, aku perlu kuat.. Aku pun tak pinta jadi begitu..
Itu semua dugaan Allah kepada ku..
 Hadiah buku dari en.suami memberiku semangat..
"Rahmat Di Sebalik Dugaan" oleh Kasmuri Selamat

Dari Ali bin Abi Talib rs sesungguhnya Rasulullah SAW 
bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam Neraka, maka dikatakan kepadanya : Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam Syurga"..

Terima Kasih Ya Allah memberi peluang kepada ku & suami untuk masuk Syurga.. Terima Kasih Muhammad Hafiz Zaem...

so, sesiapa yg pernah mendoakannya itu..  yg pernah berkata itu balasan yg menimpa ku.. terima kasih byk2.. Aku tak sangka dia telah lama berdendam denganku.. Kenapa la dia tak mau beritahu aku dari awal yg dia sensitif sgt2 dgn kelakuan ku.. mana tau aku boleh berubah ketika itu..
Biasala.. kita ni manusia biasa & bukannya perfect.. Aku pun tak tau apa yg aku lakukan sehingga kawan2 terguris dgn kata2 ku.. perbuatan ku...
Minta Maaf kawan2.. itu di luar kesedaran dan di luar kemampuan aku..
Maybe dengan senyap.. dan kurang bercakap dapat mengurangkan kata2 pedas dari mulut ku.. Agaknya la kot.. hehee:D



Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis & teriris, 

tp akan terasa INDAH 

ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih syg Allah 

agar Allah memindahkan 

kebaikan-kebaikan org yg menyakiti kita~





Tidak MUDAH melupakan masa lalu yg menyakitkan..


 Tp akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh

Utk memperolehi kebahagiaan yg akan diberikan Allah sbg penggantinya~




Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan..

Tp akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Allah telah 

meminjamkan kpd kita beberapa saat~




Tidak MUDAH menghadapi penderitaan & cobaan yg terus mendera..


Tp akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran & 

rasa syukur Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya... 

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-rasulNya ♥



okla.. dah melalut plak.. Kata dah tak mau cter yg merepek kerepek ni.. huhuu..dem.. cter lama, aku xmo ungkit dah..

Picture ni amik masa kenduri kahwin kawan kat Kem PGA last month..
Aku menapak je pergi masjid tu walaupun boleh tahan jugak jaraknya.
Sebab aku memang dah nekad.
Apapun jadi aku memang nak solat kat situ jugak.

 Masjid Al-Amin.


Masjid yang memberi 1001 kenangan pada aku.
Kenangan abadi yang tak mungkin aku boleh lupakan sepanjang hayat aku.
Di masjid inilah jenazah ayahanda & anak No.2 (adik Qari) 
yg tercinta telah dimandikan & disembahyangkan
(jika Hafiz masih hidup dah besar dah dia.. 
dah boleh jalan & Qari pun ada teman sepermainan..) 

Di masjid inilah saudara-mara.. kawan2 menatap wajah  
arwah Ayah & Hafiz buat kali terakhir.

 Di sini lah tubuh arwah Ayah & Hafiz terbujur kaku
dikelilingi saudara mara dan rakan2.

Di sudut inilah orang ramai membaca surah Yassin tanpa henti. Bersyukur kpd Ilahi, ketika arwah ayah meninggal, kebetulan ramai jemaah di masjid sempena Maulidul Rasul.. & arwah Hafiz plak lepas jemaah maghrib sembahyang jemaah.. kiranya ramai yg membantu di saat2 ketika itu..
Dan di sudut ini jugalah aku berdoa pada Allah moga anakku hidup kembali.
Tapi itu semua angan2 sahaja...



Di sinilah kami mengusung jenazah
untuk dimasukkan ke dalam Van Jenazah
sebelum di bawa keluar dari kawasan yang pernah kami 
didiaminya selama  20 tahun.
Di bawa keluar menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kg Melaka, Hulu Langat (Arwah Hafiz)..
Manakala jenazah arwah ayah di bawa pulang ke kampung halaman ayahku di Pokok Sena, Kedah.. 

Tak sah kalau aku tak singgah masjid ni setiap kali aku lalu sini.
Aku dibesarkan di sini. (1989 - 2010)
Terlalu banyak kenangan indah yang akan kekal abadi dalam ingatan aku.
Aku sentiasa berdoa semoga ayah & Hafiz ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Amin.

Tangan ibuku sayu di kubur arwah ayahanda..

Kubur Arwah Hafiz..

Al-Fatihah
Allahyarham Abusman bin Ismail
Allahyarham Muhammad Hafiz Zaem
umat2 Islam yang telah pergi ke Alam Kubur..

Tuesday, December 13, 2011

Banjir..Banjir..Banjir...

Aku sekarang kat opiz lagi.. menunggu en.suami amik aku.. tak boleh nak balik coz aku lupa bawa payung..Hujan.. hujan.. hujan.. melanda Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.. Nak tumpang kawan, xmo la nyusah kan orang.. Lagi pun , maybe kawan2 kita pun rush nak cepat balik umah.. So, msg en.suami.. Syukur, en.suami offer nak amik aku.. kesian gak nak suh en.suami amik aku.. T mesti dia sangkut jammed dan kesian plak dia fenin2 plak.. dah la tengah sibuk nak siapkan tender... sori yek sayang.. huhuuu.. keadaan terpaksa... Terima Kasih.. love u.. gediks kan saya ni.. kui3.. :D

Risau nak bawa keta, coz keta aku simpan kat umah coz adikku tengan menunggu waktu nak bersalin.. kena ada standby keta kt umah.. mana tau tetiba sakit nak bersalin.. sekurang2 nya ada jiran boleh membantu bawa keta aku tu.. huhuu...


Lagi satu , Risau sekarang ni nak bawa keta kat KL.. nak parking Basement pun takut.. Aku dpt info dr member fb.. dan aku copy sekali keadaan Jalan Tun Razak sekarang... Ujan tak henti2 dari kul 4 sehingga sekarang menyebabkan banjir... Tu dia.. Staf JKR kat menara PJD tak boleh balik.. jalan jammed tu.. huhuuuuu...






Saturday, December 10, 2011

Jomm Malacca.... cuti2 dlm Malaysia jer...

Welcome To Malacca.. :)

Dah lama tak p melaka... Kebetulan 09/12/11 (Jumaat) en.suami ada meeting kat Melaka.. Kesempatan tu, aku amik cuti nak bawa Qari g jejalan Melaka.. Plan yg asal, aku nak dating dgn en.suami & Qari jer... Konon2 nak celebrate anniversary kami la... Tdo hotel ker apa ker?? (xsedar diri sabtu esok ada test .. hahahaa).. Apa lagi, dengar jer aku nak g melaka.. Kakak ku yg keja d Kuching nak join sekali.. Almaklum cuti sekolah (cikgu time cuti skolah sakan la berjalan ke hulu hilir.. hehehee:D )... best la jd cikgu, cuti byk..

so, kami 1 family (en.suami, aku & qari), ibu, along 1 family (abg long jer tak pegi) & Ruby (maid along).. Dyan & azrun tak gi coz adikku Dyan tunggu masa nak bersalin.. Azrun kena jadi Papa driver (mereka berdua kena tinggal).. hehhee.. Nak buat mcmn adik ipar aku kena bertugas di pantai timur.. sabar yek utk adik ipar ku & adikku.. Itu semua tugas keja di perantauan... T mesti dapat tukar ke kl... hope sabar yek.. Insyaallah.. Doa2 byk2...

kami tinggal en.suami di tempat meeting dia, kami yg len sakan la g Taman Mini Malaysia & Taman Buaya di Ayer Keroh...

Kebetulan nasib kami best, time tu pekerja Taman Buaya tengah bagi buaya2 yg kelaparan tu makan.. tuuu dia, sekali dia sambar 2 ekor ayam mati serentak... kalo manusia buaya tu sambar mcmn???? 
Rupa2nya, buaya ni makan seminggu satu kali jer.. nasib bek kitaorg bertuah la time tu dpt tgk diaorg tgh makan.. Diaorg?? binatang nak panggil apa yek?? hehehee:P

"
"
"
"
"
"
"
Bayang kan buaya boleh hidup 80 ~ 100 tahun..

Setenang2 air jangan disangka tiada buaya...



Buaya Bongkok


Buaya Siam


Buaya Tembaga


Buaya yang telah di awet di Pintu Masuk Taman Buaya Melaka..


Setenang2 air, jangan disangka tiada buaya.. memang tenang jer air tu... ngeerriiii ~





Plan aku & along nak masuk Rumah Hantu.. Budak2 termasuk ibu dah tarik diri ketakutan tak masuk... so?? kami berdua ??? nak masuk @ tak?? tup2 kami pun xjadi masuk.. sian kat ibu kena jaga cucu plak.. so, kami semua just ramai2 nek keretapi masuk Taman Dinasour.. besttt.. nasib bek Qari xtakut.. steady jer dia.. Al-maklum dah pernah berposing dgn Dinasour masa ada Pameran dinasour.. so, Qari tak takut la kot.. just Arman jer takut dok bawah kaki ibu aku.. huhuuu.. memang kelakar la tgk muka budak2 yg menjerit.. xda la seram sgt.. kalo budak2 maybe seram tgk muka dinasour yg hodohh tu.. hehehee:P



Then, abis round semua kat Taman Buaya, en.suami pun dah nak abis meeting.. Apa lagi, kami pun pegi la jemput abg cayang aku ygkena tinggal.. hahahaa:P Tak jauh pun dari Taman Buaya ke Syarikat Air Melaka tu...

Then, en suami bawa la kami semua berseronok round 1 Malacca.. Almaklum en.suami dulu study kat melaka.. tau la dia setiap inci melaka ni.. hehehee:P...



Jom tengok gambar kami jer la.. nak cter.. banyak sgt story.. hehee:D Layanzzz.........




 Qari peminat Angry Bird :)






Ibu tercayang.. muaahssss:-* 
ibu dgn cucu tunggal gugurl.. Arieanna a.k.a. Nana





 "Macam ni rupanya bentuk buaya yek mama??"







Khusyuk tengok buaya  


Selesai sudah tengok buaya... Rest jap minum2,, makan aiskrim :)



 muka Arrizq jelezz dgn Abg Qari ker?? :P


Qari 2 Tahun 11 Bulan & Arrizq 1 Tahun 4 Bulan... Lebih kurang jer saiz.. :P




"
"
"
"
"
"
"

Selesai Taman Buaya.. Pic kat area mahkota parade tu.. macam tak caya kami nek 
Menara Taming Sari.. memang syiookk.... :) then round2 area Kota A-Famosa & seluruh Melaka.. Then makan aam pedas kat kota Laksamana yg famezzz tu..









 "Mama, tingginya... nampak pool... "





Tgh fokus.... luv u dear..






 view Bandaraya Melaka dari Menara Taming Sari


Selat Melaka dari udara.. view dari Menara Taming Sari



muka excited dapat nek beca