Hari ni, aku balik lambat opiz.. stay kat opiz sampai en.suami dtg jemput.. En.suami pun tgh sibuk this week nak siapkan Dokumen Tender coz esok dah submit.. Keja 1 week nak perlu solve.. sian aku tgk en.suami, sampai bawa keja balik umah.. kul 4 am baru tido... isk3.. xpala.. Jumaat ni Anniversary kita.. berehat ok.. "sori la nyusahkan abg jemput syg kat opiz plak".. Aku malas nak drive sndiri ari ni coz aku pun sibuk.. Kesempatan aku balik lambat, boleh la aku siapkan assignment yg tertunggak & yg perlu di hantar b4 study week 25/12/11..
Now, Otak aku dah mereng.. semua dah blank.. mood nak siapkan asgmnt pun malas.. tulis blog jap sementara en.hubby datang jemput.. Thanks jemput sayang walaupun abg tgh penat siapkan tender.. muaahhssxx...
..............................................................................................
Aku sentiasa ingat date 14/2/11.. time ni, anak muda-mudi menyambut Valentine Day's (aku xpernah sambut pun.. xsuka.. en.suami pun xsuka.. aku just seronok jer tgk kawan2 bergembira).. Aku termenung & berdoa pada Allah.. memberi keampunan & kerahmatan kepada ayahanda tercinta...
Today 14/12/11.. Genap 10 bulan masa berlalu...
(14/02/2011 ~ 14/12/2011)
Cuma yang paling indah sekali malam ni
bila aku berkesempatan melihat gambar2 keluarga ku yang tersayang.. mengimbau kembali memori bersama ayahanda yg dah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga..
yang banyak bagi kenangan kat aku.
Teringat memori dulu masa aku kecik2..
Masa aku zaman persekolahan, ayah sentiasa hantar dan menjemputku... Tidakkkkk.. 14/02/11 telah lenyapkan segala2nya..
Teringat juga memori saat2 aku melahirkan Hafiz 1 tahun 1 bulan (10/11/10) yg lepas... Pengorbanan ibu tiada penghujungnya nak...
Mama sentiasa mengingati mu... Cukupla saat2 akhir mama mengucup pipi mu.. dahi mu... Mama rindu nak mendakap diri mu... Sehingga kini, ibu sentiasa berdoa agar dirimu hadir dalam mimpi ibu, agar ibu dapat membelai mu.. Tapi, mama tak pernah berpeluang bermimpi diri mu..
Mungkin hanya Allah sahaja yg tau Kenapa???
Di sini lah (HUKM) kali terakhir aku mencium arwah Hafiz..
Minta Maaf mama tidak dapat menemani mu di Masjid Al-Amin..
Mama masih lemah ketika itu.. Tidak berdaya menanggung semua dugaan itu...
Tapi, aku perlu kuat.. Aku pun tak pinta jadi begitu..
Itu semua dugaan Allah kepada ku..
Hadiah buku dari en.suami memberiku semangat..
"Rahmat Di Sebalik Dugaan" oleh Kasmuri Selamat
Dari Ali bin Abi Talib rs sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam Neraka, maka dikatakan kepadanya : Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam Syurga"..
Terima Kasih Ya Allah memberi peluang kepada ku & suami untuk masuk Syurga.. Terima Kasih Muhammad Hafiz Zaem...
so, sesiapa yg pernah mendoakannya itu.. yg pernah berkata itu balasan yg menimpa ku.. terima kasih byk2.. Aku tak sangka dia telah lama berdendam denganku.. Kenapa la dia tak mau beritahu aku dari awal yg dia sensitif sgt2 dgn kelakuan ku.. mana tau aku boleh berubah ketika itu..
Biasala.. kita ni manusia biasa & bukannya perfect.. Aku pun tak tau apa yg aku lakukan sehingga kawan2 terguris dgn kata2 ku.. perbuatan ku...
Minta Maaf kawan2.. itu di luar kesedaran dan di luar kemampuan aku..
Maybe dengan senyap.. dan kurang bercakap dapat mengurangkan kata2 pedas dari mulut ku.. Agaknya la kot.. hehee:D
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis & teriris,
tp akan terasa INDAH
tp akan terasa INDAH
ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih syg Allah
agar Allah memindahkan
agar Allah memindahkan
kebaikan-kebaikan org yg menyakiti kita~
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yg menyakitkan..
Tp akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Utk memperolehi kebahagiaan yg akan diberikan Allah sbg penggantinya~
Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan..
Tp akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Allah telah
meminjamkan kpd kita beberapa saat~
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan & cobaan yg terus mendera..
Tp akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran &
rasa syukur Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-rasulNya ♥
okla.. dah melalut plak.. Kata dah tak mau cter yg merepek kerepek ni.. huhuu..dem.. cter lama, aku xmo ungkit dah..
Picture ni amik masa kenduri kahwin kawan kat Kem PGA last month..
Aku menapak je pergi masjid tu walaupun boleh tahan jugak jaraknya.
Sebab aku memang dah nekad.
Apapun jadi aku memang nak solat kat situ jugak.
Masjid Al-Amin.
Masjid yang memberi 1001 kenangan pada aku.
Kenangan abadi yang tak mungkin aku boleh lupakan sepanjang hayat aku.
Di masjid inilah jenazah ayahanda & anak No.2 (adik Qari)
yg tercinta telah dimandikan & disembahyangkan
(jika Hafiz masih hidup dah besar dah dia..
dah boleh jalan & Qari pun ada teman sepermainan..)
Di masjid inilah saudara-mara.. kawan2 menatap wajah
arwah Ayah & Hafiz buat kali terakhir.
Di sini lah tubuh arwah Ayah & Hafiz terbujur kaku
dikelilingi saudara mara dan rakan2.
Di sudut inilah orang ramai membaca surah Yassin tanpa henti. Bersyukur kpd Ilahi, ketika arwah ayah meninggal, kebetulan ramai jemaah di masjid sempena Maulidul Rasul.. & arwah Hafiz plak lepas jemaah maghrib sembahyang jemaah.. kiranya ramai yg membantu di saat2 ketika itu..
Dan di sudut ini jugalah aku berdoa pada Allah moga anakku hidup kembali.
Tapi itu semua angan2 sahaja...
Di sinilah kami mengusung jenazah
untuk dimasukkan ke dalam Van Jenazah
sebelum di bawa keluar dari kawasan yang pernah kami
didiaminya selama 20 tahun.
Di bawa keluar menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kg Melaka, Hulu Langat (Arwah Hafiz)..
Manakala jenazah arwah ayah di bawa pulang ke kampung halaman ayahku di Pokok Sena, Kedah..
Tak sah kalau aku tak singgah masjid ni setiap kali aku lalu sini.
Aku dibesarkan di sini. (1989 - 2010)
Terlalu banyak kenangan indah yang akan kekal abadi dalam ingatan aku.
Aku sentiasa berdoa semoga ayah & Hafiz ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Amin.
Kubur Arwah Hafiz..
Al-Fatihah
Allahyarham Abusman bin Ismail
Allahyarham Muhammad Hafiz Zaem
umat2 Islam yang telah pergi ke Alam Kubur..
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D