Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

Jangan Gaduh Pasal Harta Pusaka

Sembang2 pasal harta pusaka... 

petikan di ambil sket dr Mat Joe & Juruukur utk share bersama..
Untuk mereka yang dapat harta pusaka memang bertuah la. Tapi yang tak dapat tu, tak boleh la duduk diam jugak. What worst ada yang jenis tamak harta pusaka, sampai bergaduh sesama ahli keluarga. Mendapat harta yg layak kita dapat is one thing, tapi mentadbir harta yang kita dapat is another thing.  

Ingat cerita 3 Abdul? 

P.ramlee punya cter.. mmg memberi impak yg besar pada kita semua.. 

.. Dengan tamak Abdul Wahab dan Abdul Wahid membolot harta pusaka, tapi atas dasar tamak dan tak bijak menguruskan harta jugaklah mereka jatuh miskin semula. (siap kena lelong lg tu yg xtahan.. hihiii:P )

.. Jelas dalam cerita ini, kalau dapat duit banyak mana pun kalau tak pandai manage, memang sekejap jer boleh habis. Berbeza dengan mereka yang berusaha sendiri hadapi susah payah untuk melabur dan mendapatkan harta, memang takkan senang senang nak membelanjakan dan mensia-siakan apa yang dimiliki.

.. Harta pusaka terhad tapi harta yang diusahakan sendiri tiada hadnya! Dah lahir dalam miskin bukan salah kita, tapi kalau mati miskin, tinggi kemungkinan salah kita sendiri!  (coz kita xpandai manage)

Story aku plak mcm ni.. 14/2/2011 adalah tarikh yg xdpt kulupakan.. ayah tersayang telah kembali ke Rahmatullah.. terima kasih byk kepada arwah ayah telah meninggalkan kami sekeluarga harta yg dikumpul susah senang arwah ayah dgn ibu tercinta.. kami menerima wasiat ini dgn berbesar hati..


... Aku xkisah dpt sket @ byk @ xdpt lgsg.. semua terpulang kepada pembahagian drp ibu ku tercinta... dan kami harap tidak berlaku pergaduhan sesama adik beradik.. tetapi.. yg kelakarnya... pakcik & makcik sebelah ayah ku yg masuk campur.. Plz la... ibu ku masih ada anak lelaki.. dan kami masih ada adik Lelaki.. so, pakcik2 & makcik2, plzz jgn nak mendapat hak juga.. kamu xlayak.. Adik ku yg layak sbnrnya.. so, Jgn masuk campur..

.. Sembang2 cter psl harta ni.. semua ada suka n duka.. amik masa gak nak proses ni.. dan susah juga nak pk n solve this problem..

.. Kami anak beranak sampai sekarang xselesai lagi psal peninggalan harta pusaka arwah ayah.. selesaikan masalah tanah pusaka??.. kesian  family kami.. terutama pada ibu yg susah senang bersama kami.. Ada pakcik2 & makcik2 nampak semua pengorbanan ibu ku?? tau meminta hutang jer?? ntah betul @ x , ayah aku ada ke berhutang dgn korang?? setahu aku, korang semua yg meminjam pd ayah ku... sedar sket la.. umor kita ni bukan panjang sgt.. so, paham2 la.. jgn makan harta bukan hak korang..
suruh angkat sumpah.. masing2 menuding jari sana sini situ.. apa daa..  jln penyelesaian, buat xreti pd diaorg semua.. kita selesaikan sndiri jer ibu, along, dyan, adik..


Kesian ibu.. tanah tak besar mana pun ayah tinggalkan.. tapi masam-masam muka.. antara adik beradik sebelah arwah ayah, dgn kami semua.. semakin hari semakin teruk.. rasa nak bg penyepak jer kat diaorg semua.. xreti bahasa agaknya...


Benda nii jadi lebih kritikal.. bila adik beradik perempuan sebelah ayah yg lebih2 mintak hak.. alasan mereka ayah berhutang sampai 5K.. 1k.. mcm2 la.. smpai semua nak RM 10K.. WTH (what the hell???) Bila bagi surat angkat sumpah, tau takut pun.. siap suh kami berurusan dgn pejabat agama Kedah.. mana2 surat2 pengadu ke jbtn agama tu? kami nak tgk saksinya.. buktinya..
sape nak hutang, sila dtg jumpa ibuku.. jgn la mengata belakang ok... sila tampil d depan ibu ku.. jgn menggunakan org pengantaraan..

Bila benda nii timbul jee.. start laa masam-masam muka.. rasa tak puas hati antara saudara mara.. adoooiii.. apa pun syukur gak.. setakad nii tak dee lagi.. saman menyaman antara kami semua..

Bagi aku laa.. dah laa kita dapat harta free.. duit free.. tanah free.. hasil pusaka orang tua kita.. walaupun tanah ayah hanya sekangkang kecil je peninggalan arwah tok & wan bagi.. tapi setiap semua adik beradik arwah ayah dapat sorang satu harta.. so, buat apa nak rebut harta tanah pusaka ayah kami yg dah jadi hak milik ibu ku kini..

.. tak kan laa kita nak gaduh-gaduh lagi.. tak cantik laa macam tuu.. dan sepatutnya kita kena banyak bersyukur bro.. sebab semua tuu.. bukan usaha kita.. usaha arwah ayah bersama ibu tercinta.. pakcik2 & makcik2.. korang semua xda kaitan untuk dapat bersama.. so, jangan jelezzz...

share petikan dari Jurukur :

Bak kata orang tetua.. hati gajah sama dilapah.. hati nyamuk sama dicicah.. he he (berpantun lak juruukur) he he
Sepanjang 10 tahun.. aku bergelumang ngan tanah tanih nii.. bila bincang pasal tanah pusaka jee.. kebanyakkan kes laa.. kalo tak gaduh.. bukan tanah pusaka laa.. mesti ada gaduh-gaduh punya
Hari nii.. mungkin kita tak rasa lagi.. tapi yakin laa.. bila mak bapak kita meninggal nanti.. benda nii pasti semua orang akan hadapi
Untuk selesaikan cabaran nii.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan lain.. bagus kita ikut Islam.. dan kembali kepada Islam..kurangkan masam-masam muka.. dan bahagi laa pusaka tadi ikut faraid.. percaya laa.. yakin laa kekawan.. tak akan ada.. satu peraturan dalam dunia nii.. seadil hukum Islam
Lepas bahagi pusaka tadi.. cepat-cepat pecah geran.. supaya setiap adik beradik.. bole ada geran individu.. insyaallah ngan cara nii.. masalah pusaka tadi akan cepat selesai..



Bila kita dianiayai & di tipu :-

.. Pengajaran utk pembaca dan diri aku terutamanya, janganlah menipu dan menganiaya utk kaya. Untuk menipu kawan lain juga, iaitu membuat cter yg xbetul utk menganiayai org lain.. 
.. Aku bagi situasi tipu dan aniaya dizaman kita ni:
  • Skim menipu macam kes cacing dan kes pelaburan emas kt Penang tu (abah mentua aku dah terkena)
  • menipu arwah ayah ada berhutang dgn adik beradik (masa arwah ayah hidup, xda plak dibincangkan?? ni mesti jelezz nak duit arwah tgal utk ibu n anak2).. nasib bek kami dah besar.. kami tau mana yg btul @ tidak.. so, jgn menipu beribu2 ringgit.. sdgkan habuk tarak.. 
  • Agent unit trust yang menunjukkan contoh keuntungan sehingga 30%, sehinggakan org terpengaruh untuk melabur tapi akhirnya reality tarak untung banyak mana. Mau contoh? Adik ku dah terkena.. huhuuu
  • Memakai kereta mewah utk mempengaruhi org utk join MLM yg kononnya boleh kaya seperti anda. Padahal mungkin anda hanya bergambar dgn kereta tu, mungkin sewa sehari utk bergambar dgn kereta. Atau mungkin anda membeli tp, nak bayar pun paras hidung, makan pun ikat perut
  • Bercerita tentang pelaburan yg anda terlibat akan menjanjikan keuntungan, dan tak cerita langsung pasal konsep sebenar sesuatu pelaburan, dan risikonya
  • Berjanji utk berkongsi keuntungan, mcm contoh ko buat bisnes, modal orang lain, alih2 ko sorang ambik untung tp bgtau kata bisnes lingkup
  • Pinjam duit kat member, tapi tak bayar..
  • Menunjuk2 kekayaan dia beli barang branded, ( cth: hp mahal.. keta besar.. makeup brand jenama oversea sdgkan cap ayam jer kot.. hihiii:P ) .. tp tgh bulan bawa nasik dr umah.. dah xpkai keta (nek motor utk saving myk.. alasan jln jammed).. bila dah gaji xkecoh plak jammed.. ada2 jer cter org nak berlagak.. 
So janganlah menipu untuk kaya, kita senang sekejap jer, lepas tu dtg laa balasan, tak kene kat diri kita, kene pulak kat anak kita.. so tunjuk la dgn ikhlas, jgn menipu org utk melindungi diri & utk menunjuk2..

p/s: abah & ayah yg teraniaya dikurniakan anak2 yg berjaya, Alhamdulillah

Ok laa kekawan.. salam.. TQ :)

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D