Musibah Dan Kesabaran.. setiap orang yang sabar ada hikmahnya..
Kesabaran perlu ada pada diri semua orang ketika kita telah dianiayai oleh rakan2, @ sesiapa sahaja di dunia ini... so, prinsip ku Jangan Ada Benci Di Hati.. Bila hati kita benci, so kita akan tenggelam dan karam seperti mereka juga..
Petikan ini ku petik drpd buku Rahmat Disebalik Dugaan (buku ni hadiah dr suami tercinta) ...
mari la kita share sekali :)
"Keutamaan Kesabaran Dalam Menghadapi Musibah"
(Bab 5 ~ page 113)
Ertinya :
"Berilah berita gembira kepada orang2 yg sabar, iaitu orang2 yang pada waktu ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNyalah kami akan kembali. mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang2 yang memperolehi petunjuk ."
Firman Allah yang maksudnya :
"Hai orang2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung ."
Firman Allah SWT bermaksud :
"Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang2 yang sabar ."
Firman Allah SWT bermaksud :
"Tetapi orang2 yg sabar dan memaafkan, sesungguhnya perbuatan yang demikkian itu adalah termasuk urusan yang diutamakan ."
Firman Allah SWT :
"Dan sesungguhnya Kami benar2 akan menguji kamu agar kami mengetahui orang2 yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ihwal kamu ."
Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada kamu, sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan ."
Firman Allah SWT :
"Dan apabila engkau bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang2 yang sabar ."
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah akan memberikan pahala kepada orang2 yang sabar tanpa dihitung ."
Sebagai seorang Muslim, hendaklah dalam menghadapi setiap permasalahan, menjadikan sabar sebagi pegangan untuk mencapai kemenangan. Sebagaimana firman Allah SWT :
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga dan bertawakallah kepada Allah SWT supaya kamu beruntung ."
Ayat di atas menjelaskan kepada kita, bahawa ada 4 sifat yg akan menghasilkan kemenangan iaitu :
(i) SABAR
(ii) SALING MENYABARKAN
(iii) BERHATI-HATI
(iv) TAKWA
Kemenangan yg dimaksud oleh ayat di atas, tentulah kemenangan hidup di dunia mahupun kemenangan yang abadi di hari akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D