Nuffnang Ads

Friday, February 3, 2012

AZURA 2012..

Selamat hari Jumaat... Hari yang mulia.. hari semua Kaum Adam berjemaah solat Jumaat.. Al-Hamdulillah...

Aku suka ari Jumaat coz kami kaum Hawa Rehat lama... 12.15pm-2.45pm... Sekejap jer dah ari Jumaat kan... Sekarang aku tgh cuti semester, so, assignment xda.. xperlu baca buku nak Test @ Quiz.. yiihaaa... mmg syiok la beb..

so, rehat Jumaat yg lama ni, mari kita ber blog sambil berfesbuk.. kui3... Jangan marah boss (waktu rehat ^-^).. Selalunya ari Jumaat yg mulia ni la aku take peluang utk siapkan assignment coz nak buat kat umah xsempat... baru nak buka laptop, Qari dah kaco nak men games.. aiyakkkk.. itula pengorbanan study jarak jauh sebagai seorang isteri & ibu... Syukur en.suami memahami.. Cayang abg & Qari.. muaahhhss:-* auuwwwww... gatai kan.. T________T

Okla.. dah kerepek merepek plakkk.. sebenarnya aku nk cter sket.. semalam balik keja, cdg nk g Popular Bookshop nak beli buku Qari (jgn jelezz aku dpt Baucar 1 Malaysia RM200).. Tak boleh la g weekend dgn Qari.. Semua Qari nak.. nak pencil colour..crayon.. buku sampai 60~100 hinggit.. pokai la ma & abah.. so, better aku g ngan en.suami jer.. take time boleh baca buku apa yg sesuai dibeli utk anak2...

tapi rupa2nya The Mines xda POPULAR... so, tetiba en.suami ajak tgk wayang.. cter apa yek nak tgk?? aku ingat nak tgk The Grey @ Underworld.. sekali cter apa yg aku tak duga en.suami belikan???.. AZURA.. kui3... mentang2 la nama aku, en.suami ajak tgk cter tu.. kelakar pun ada.. en.suami cayang ni jarang nak layan cter wayang melayu ni.. selalunya aku yg ajak hubby layan cter melayu.. so, nak puaskan hati aku, en.suami follow jer.. coz aku pun selalu follow jer cter apa yg hubby nak tgk... :P

.. bukan perlekehkan wayang cter melayu.. tapi, kita boleh tau jalan cter dia.. bek layan cd @ Astro First jer.. huhuuu...

Okla cter dia.. Biasala Pengarah Aziz M.Osman.. mesti cter dia suka ala2 Fantasi.. Tapi yg penting heroin dia Cun.. Neelofa.. Aku suka tgk wajah dia.. perfect.. comel jer aku tgk.. Cter tu ada la tiru sket2 jalan cter AZURA (Ogy & Jamal).. Tapi aku suka lagi jalan cter Percintaan AZURA (Ogy & Jamal).. sadis pengorbanan Zack (Jamal) kepada Azura(Ogy).. tangkap syahdu cintannn tgk cter tu.. tangkap leleh air mata kuar... kui3...

Tapi, ok la AZURA 2012 nie.. boleh tahan la..  Tq en.suami sayang belanja couple sit.. hehee.. sori la Qari, mama dating dgn abah :P



 02 Februari 2012



 
Sinopsis filem azura 2012 lakonan shah jaszle dan neelofa merupakan Versi baru Azura 2012, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran. yg kelakarnya makcik Azura 2012 join MLM..



Dalam versi ini, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura... korang tgk la sendiri.. kui3.. Yg paling aku suka watak Afdlin Shauki.. Afdlin memang pandai berlakon ala2 Tan Sri.. memang VVIP jenis cool macam Afdlin dalam lakonan tu.. 



serasi couple nie.. i like..

Cantik kan Neelofa.. memang layak Johan Dewi Remaja..

sharing :
http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2012/2/1/mstar_adoiii/20120201144049&sec=mstar_adoiii


SAYA membaca kenyataan pelakon baru yang cun melecun Neelofa yang meminta tidak disamakan dengan Ogy Ahmad Daud menerusi filem Azura 2012 lakonannya.
Filem itu adalah adaptasi daripada filem Azura yang pernah menjadi boxoffice pada tahun 1984 terbitan Sabah Filem. Selain Ogy, hero filem itu ialah Jamal Abdillah.
Saya sudah menyaksikan pra tonton Azura 2012 pada 30 Januari lalu yang diadakan di One Utama, Petaling Jaya.
Harapan saya tinggi menggunung untuk melihat sesuatu yang luar biasa terhadap sesebuah filem yang diadaptasi daripada filem.
Kebanyakan karya filem pada hari ini diadaptasi daripada novel-novel tertentu sepertiOmbak Rindu umpamanya.
Perasaan saya agak hancur selepas menilai kualiti filem Arahan Aziz M.Osman ini kerana kualitinya hanyalah seperti sebuah telefilem 40 minit.
Mungkin pihak produksi Azura 2012 agak terasa dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, fakta adalah fakta. Jika filem ini tidak baik, saya harus jujur untuk berkata sebegitu.
Dan Aziz sendiri siang-siang lagi sudah bersedia untuk menerima kritikan selepas pra tonton filem berkenaan dilakukan.
Saya tidak mahu menyentuh mengenai jalan cerita filem ini. Sesiapa yang pernah menonton Azura terbitan tahun 1984, pasti akan dapat mengagak temanya iaitu anak orang kaya yang hendak berkahwin dengan orang biasa tanpa restu keluarga.
Kelemahan ketara dalam filem ini apabila Neelofa gagal membawa watak Azura dengan baik.
Pelakon jelita ini minta tidak dibandingkan dengan Ogy. Saya setuju kerana lakonan Neelofa jauh ketinggalan.
Neelofa tidak mempunyai jiwa sebagai pelakon... Azura 2012 memperlihatkan kelemahan ketara buat dirinya.
Saya pasti Aziz memancing Neelofa untuk naskhah ini adalah kerana kejelitaan yang dimilikinya tetapi sayang sekali, kejelitaan yang ada pada gadis ini tercemar kerana kegagalannya untuk menjiwai watak yang diberikan kepadanya.
Saya tidak menyalahkan Neelofa seratus peratus sebaliknya Aziz juga dilihat gagal membentuk pelakon baru ini. Malah ketika bakatnya masih belum teruji, Neelofa yang tidak berpengalaman sebagai pelakon telah diberi peranan utama.
Akhirnya ia menjadi seperti tikus membaiki labu.
Dan sebagai pelakon baru, Neelofa mempunyai hak untuk menolak mana-mana tawaran sekiranya dia memikirkan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan itu dek kerana pengelaman cetek dalam bidang seni.
Seperti mana yang pernah saya katakan, bukan mudah untuk bergelar pelakon iaitu terpaksa menjadi orang lain di hadapan kamera.
Saya percaya Neelofa begitu takut dengan kritikan dan cercaan selepas penonton melihat keberkesanan lakonannya dalam naskhah pertama ini.
Tetapi apabila penonton membayar tiket untuk menyaksikan sesebuah karya itu, penonton tidak mahu mendengar permintaan maaf Neelofa sekalipun sebaliknya yang mereka ingin cari ialah kehebatan filem yang mereka tonton.
Kegagalan Neelofa dalam filem ini harus diberi perhatian. Kecantikan saja tidak cukup untuk memikat hati orang ramai tetapi apa yang penting sejauh manakah seseorang itu mampu membuat hati penonton tersentuh dengan kehebatan seorang pelakon.
Azura 2012 menemui penonton di pawagam bermula 2 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D