Nuffnang Ads

Wednesday, February 22, 2012

Punahkan EGO dengan Kasih Sayang...

Pagi ni terlewat sket.. xda la lewat sgt coz sempat la smpai b4 8.30.. Tapi, sian en.suami.. coz xdpt la nk dating atas bukit utk break1st dgn abg cayang.. Sian en.suami hantar aku, bek1st makan roti jer la nampaknya dlm keta.. Mama yg makan sedap kat pantry opis.. hehee.. Esok mama bangun awal k.. Tak tau la pagi tadi macam malas teramat sangat nak bangun..  Alarm bunyik byk kali, aku snooze, then tdo balik.. bunyikk lagi, aku snooze balik..  bunyikk lagiii, aku snooze balikkkkk smpai dengar azan subuh baru tersedar... makk aiiii tdo syok sgt smpai malas nak bangun... Last2 Qari yang bangun tdo awal.. Tersentap bunyik alarm mama kuat sgt kotttt... huhuuu

Nak amik cuti sayang coz cadang nk amik cuti 2 @ 3 hari jaga Qari & baby Faiq masa ibu g umrah next week.. kena plan dulu... Nasib bek mama Faiq mengajar petang..  Tak sampai hati aku nak hantar anak g nursery.. Aku selalu terpikir, Qari buat apa?? Qari makan apa?? Qari gaduh dgn kawan2 ker?? Qaro kesejukan ker?? Macam2 aku fikir.. 

Al-maklum pengalaman dulu mengajar aku.. Dulu aku pernah hantar sekejap kat jiran masa tu Qari baru 2 bulan la (after cuti bersalin).. jiran aku tu bagi anak aku tdo buai.. setahu aku, anak ku ni jarang nangis.. jenis budak baik la.. mama puji anak mama.. :) Tak perlu pun tdo buai sepatutnya.. mereka nak keja mudah agaknya, masuk buai plak anak aku nie.. issskkk2... Kalo boleh aku tak mo ajar anak tdo buai coz tak baik utk otak kerana kesan gegaran sebagai penyebab anak degil (tak tau la, kajian jer)... Nsib bek sekejap jer 2 minggu (ibu ku g sarawak jaga anak kakak).. Then yg plg aku kecewa, anak aku bagi susu sejuk kot (susu aku yg diperah siang & malam utk anak tercinta.. susu yg plg khasiat di dunia.. tak ternilai harganya).. Aku jaga anak aku tak batukkk pun, bila jiran jaga, Qari kena kebatukan.. Nak tau puncanya walaupun jiran tak bagitau??.. Aku agak2 sendiri laa...

Bayangkan aku ni bagi full breastfeed exclusive.. kiranya aku tak campur dgn susu formula selama 1 tahun... Biasa la, susu yg aku pam, letak dlm peti ais (Beku kat atas,& cair letak di bawah).. Aku pesan la kat jiran, suh rendam dlm air panas.. Tak tau la, jiran tu biasa dgn stok susu ibu @ tak.. Aku rasa jiran aku ni bagi susu sejuk kot tanpa hangat kan.. huhuuu.. sian anak mama.. Nak marah?? Jiran tetangga.. Tak pa la.. Rehda jer la.. Anggap la itu semua dugaan menjadi ibu.. dan dugaan hidup sebagai jiran... anggapla jiran tak da pengalaman nak jaga baby minum susu ibu.. maybe anak2 dia breakfeed direct...  Nak amik cuti panjang, baru bulan 3, lambat lg hujung tahun, cuti perlu simpan... so... tawakal jer la....


muka hepii qari dapat susu ibu.. Masa ni Qari minum susu adik Qari. (Allahyarham Hafiz)..

.................................................................................

"
"
"
"
"
"
"

sebenarnya aku dah tersasar topik sbnrnya.. Sebenarnya aku nak cter pasal "Punahkan EGO dengan Kasih Sayang"...

Terbuka hati aku nak cter & sharing bersama kerana.. pagi tadi after beli breakfast kat canteen snggah beli majalah Mingguan Wanita cover Dynas & anaknya.. Terbaca Nukilan Editor Pengurusan : Dari Tinta Nuri Supian.. Aku suka baca ayat2 beliau... (mohon sharing)

........... Menurut sebuah cerita di Kepulauan Salomon, puak2 org aslinya jika mahu menebang pokok, tak payah guna senjata. Cukup dengan kata-kata tajam dan memaki hamun pokok itu setiap hari. Lama-lama pokok itu kering dan layu sendiri. Bayangkan, itu pokok... Apalagi kita manusia. Hari-hari jadi `punching beg' pun akhirnya mati juga jiwa yang segar itu..

          Ada orang dia tidak kisah apabila apa yang dikatakan itu akan membuatkan orang lain rasa terguris oleh kata-katanya. Dia merasakan ketidakpuasan hati mesti diluahkan, jangan disimpan. Apa orang lain rasa di sebalik kata-kata yang terkeluar dari mulutnya, apa dia peduli. Orang jenis ini, hidupnya memang untuk diri sendiri. Kepentingannya adalah yang teratas. Dan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati sendiri. Sukar jika kita berdepan dengan manusia seperti ini.


          Ada ubatnya utk menenangkan orang seperti ini, namun sebelum itu, kitalah yg kena mengubati hati sendiri dahulu. Kerana jika kita membalas sama seperti dilakukan, urusannya tidak akan selesai. Malah ia makin kusut dan hancur... (sebelum tu aku minta maaf kawan, bukan utk mengungkit, tapi just sharing bersama, seakan2 peristiwa tersebut sama lebih kurang dengan kata2 Editor.. teringat plak aku berlawan mesej di dlm fesbuk, dan dia sungguh marah sangat padaku.. Aku tersentappp.. Tersangattt tersentap... terasa bagaikan Apa Maknanya dia peluk aku ketika menziarahi ku di hospital.. Ketika itu, aku terasa sgt syahdu & aku tetiba menangis ketika memeluknya.. seakan2 dia la bff aku.. Tapi kini telah hambar.. walaupun kami dah berbaik (Syukur Al-Hamdulillah semua dah ok)... sedangkan aku tak berniat nak bergaduh pun.. just bergurau2 & sharing bersama.. maybe dia terasa dgn ayat2 mesej tu.. Aku minta maaf, mungkin ketika itu ayat2 aku tak sesuai disebabkan ayat2 berunsur gurauan selalunya di salah tafsir..  Ada org boleh terima dgn kata2 kita, ada org tak boleh terima & menganggap kita memperli @ mempersendakan.. Itu just pendapat masing2.. Silap aku juga membalasnya... 


"Kerana jika kita membalas sama seperti dilakukan, urusannya tidak akan selesai. Malah ia makin kusut dan hancur..."

          Rasulullah menghadapi orang-orang seperti ini dengan sikap penuh kasih sayang dan lemah-lembut, walau pun terhadap seorang pengemis buta yg saban hari mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada baginda. Rasulullah bukan sahaja mengambil sikap berlembut malahan menggunakan tangannya sendiri untuk menyuapi nasi ke mulut lelaki buta itu sehinggalah baginda wafat.


          Apabila tugas itu digantikan oleh sahabatnya Sayidina Abu Bakar, pengemis buta itu bertanya ke mana lelaki yang setiap hari menyuapnya makan itu. Abu Bakar hairan, bagaimana lelaki buta ini tahu, bahawa yang sedang menyuapkannya makan bukan Rasullullah. Dia memberitahu bahawa lelaki yang memberinya makan setiap hari itu, seorang yang lemah-lembut, menghaluskan dahulu makanan tersebut sebelum menyuapkan ke mulutnya dan menyuapnya dengan penuh kasih sayang.


          Akhirnya Sayidina Abu Bakar memberitahu bahawa lelaki itu adalah Muhammad, orang yang setiap hari dicaci makinya. Lelaki buta itu benar-benar terkejut dan mengucap kalimah syahadat ketika itu juga di hadapan Sayidina Abu Bakar.


          Lihatlah bagaimana sikap lemah-lembut dan kasih sayang mampu mengatasi sikap ego, kasar dan keras hati seorang anak manusia. Walaupun kita tidak mampu mengikuti sepenuhnya sikap junjungan kita itu, tetapi teladan yang diberikan begitu besar maknanya. Tidak ada satu apa pun di dunia, tiada jalan penyelesaian. Jangan ambil jalan pintas. Apabila kita selalu berdoa berbuat kebaikan untuk kesejahteraan orang lain, sebenarnya hati kita pun akan tenang....


Mari la kita merenung bersama... pepatah ini aku sharing dgn rakan2 fb:

‎"Janganlah berbangga dengan kereta mewah..
bila kita mati, keranda yang menjadi kenderaan kita..

"Janganlah berbangga dengan pakaian berjenama....

bila kita mati, kain kafan yang menjadi pakaian kita..


"Janganlah berbangga dengan minyak wangi yang berjenama..
bila kita mati, kapur barus menjadi minyak wangi kita..


"Janganlah berbangga dengan Banglo dan Condo....
bila kita mati, kubur menjadi tempat istirehat kita..


"Janganlah berbangga dengan ketampanan atau kecantikan....
bila kita mati, hanya menjadi santapan si cacing dan serangga.."

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D