Nuffnang Ads

Friday, February 17, 2012

SEJARAH RASUL ULUL `AZMI

Mood Jumaat.. Pagi2 makan Nasi Lemak Sambal Sotong dgn en.suami tercinta kat opiz aku jer... Hari ni kat opiz xda keja.. so, masa yg ada tu aku membaca buku Tajuk: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (Telaga Biru ~ mohon sharing bersama)..

Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang Nabi, dan 313 orang daripadanya ialah rasul. Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW, dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran.

Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam. Namun begitu, hanya 5 orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Ulul`Azmi iaitu Rasul Pilihan dan Agung.

Mereka yang terpilih ialah :
1.   Nabi Muhammad SAW
2.   Nabi Ibrahim a.s.
3.   Nabi Musa a.s.
4.   Nabi Isa a.s.
5.   Nabi Nuh a.s.

Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan, dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul`Azmi khususnya untuk pengetahuan anak-anak kita.


1.   Nabi Muhammad SAW

<=>   Bapanya, Abdullah meninggal dunia sewaktu baginda masih dalam kandungan. Ibunya, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.ha. pula meninggal dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.

<=>   Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.


<=>   Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.


<=>   Cedera dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.


<=>   Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.


<=>   Baginda taat beribadah, hormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak berpuasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.



2.   Nabi Ibrahim a.s.


<=>   Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda bawa khususnya daripada bapa baginda sendiri.


<=>   Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.


<=>   Baginda taat beribadah kepada Allah SWT.


<=>  
Baginda memperolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak).

<=>   Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s. yang dijalankan semata-mata takwa terhadap Allah SWT.



3.   Nabi Musa a.s.


<=>   Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Fira'un
yang zalim, baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fira'un dan kaumnya terhadap baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh baginda.

<=>   Raja Fira'un memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s. tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular tukang-tukang sihir tersebut.


<=>   Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah (dengan pertolongan Allah SWT) sedangkan Fira'un dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.


<=>   Asiah, isteri Raja Fira'un (ibu angkat Nabi Musa a.s.) menerima dakwah yang baginda bawa.


<=>   Baginda kuat beribadah,
kurang tidur dan banyak berzikir.



4.   Nabi Isa a.s.


<=>   Baginda tabah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.

<=>   Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.


<=>   Baginda kuat beribadah,
kurang tidur dan banyak berpuasa.


5.   Nabi Nuh a.s.


<=>   Dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.


<=>   Umur baginda yang melebihi 900 tahun kebanyakkannya digunakan untuk mengajar umat baginda mengesakan Allah.


<=>   Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya, baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah SWT. Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala baginda bersama pengikut setia dan binatang selamat belayar di dalam bahtera.


<=>   Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua makhluk Allah SWT.



Kesimpulan drpd petikan di atas... Setiap yang hidup akan Mati.. Baginda Rasulullah kehilangan anak, ibu, bapa.. Aku??


Aku perlu tabah & redha ketentuan Allah kerana kehilangan Arwah Hafiz & Arwah Abusman.. Ada insan lain yg memerlukan kamu Azura... 




Sharing & Caring.. Aku dpt info dr bff dlm fesbuk.. 



10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran.. Nikmat Pahala & Ganjaran Allah beri kepada kaum wanita .. Syukur Al-Hamdulillah..


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Copyright© LifeFit.my <-- Sila klik utk tips2 berkenaan kehamilan, berpantang dan menyusu



No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D