Nuffnang Ads

Thursday, February 16, 2012

Macamana Harta itu dipersoalkan???

Bosan.. Boring.. Tensiii??? Aku dah lama tak mo tensi2 a.k.a. emosional dlm hidup aku.. Tak baik utk kesihatan & otak kita.. (Saya ada sharing 10 otak akan mati jika?? refer la keluaran yg lepas2 k ).. Now, aku sentiasa nak berfikiran positif & proaktif agar aku dapat hidup yg lebih lebih cemerlang disamping insan2 tersayang... Syukur Al-Hamdulillah......




  • I don't trust easily..
    So when i tell u that ' I trust u ', Please don't make me regret it~
    B'coz Trust is like a vase.. Once it's broken, though u can fix it,..

    Example warning from shop : "Once Broken Considered Sold".. So, heart broken?? Whose buy your heart??
    The vase will never be same again~
    Person also will never be same again too.. not same movie Indonesian "Heart".. kui3..

    Solve this problem.. buat derkk jer... banyakkan tawakal & redha dgn ujian Allah swt.. beware every time to come we do it... Be think positive & proactive.. Ya Allah, hope more Ibadah, more Tauhid, more good family in my life... Syukur Al-Hamdulillah.... saya memiliki keluarga yg bahagia... Syukur saya memiliki semua apa yg saya hajati..

    Now, i need struggle finished my studied for my future.. chaiyuk2.... U can do it Zura.. Good Luck to all my friend yg akan convocation on May 2012 to get certificate..

    ..penat jerih.. pengorbanan masa, tinggalkan suami/isteri/son/daughter/family temporary in house, .. Now you have Hasil Pengorbanan tersebut.. Congratulation bff.. Next year maybe i follow uols.. Pray & doa kpd saya ok.. muaahhss:*


    .....................................................................................

Malas dah aku nak dengar macam2 gossip.. tak kisah la yg hangat2.. tak hangat.. suam2 suku ker... whatever laaa.. yg pasti aku tak berminat nak dengar & ambil tahu semua itu.. Jika korang meluahkan, aku rela mendengarnya.. sebagai pengajaran & iktibar utk aku & semua.. Dan kita boleh tahu seseorang itu dengan menilai seseorang itu & tahap mana sesorg itu nya perangai termasuk aku.. Wallahuallam.. coz aku pun bukan manusia yg perfect & sempurna di mata kalian....... Ngumpat pasal aku banyak gak aku dgr.. Ngumpat pasal org lain pun byk gak aku dgr (Tapi, aku xmo amik tahu ok!!).. Tak kisah la.. Adat Dunia.. kui3..... Tapi, malas nak amik tahu.. Biasa la mulut org , susah nak tutup... kata org tua2.. "Yang jahat tu la org nampak jer memanjang, Yang baik tu la susah org nak nampak".. Yg penting, tawaduk & tawakal & Redha ketentuan Allah SWT.. Sudah nasib hidup Masyarakat Melayu memang macam tu.. Tak pernah nak tengok seseorang itu gembira... Macam2 org yg dengki.. perasan.. entah la.. Kalo aku ungkit kan banyak.. Tak kuasa dah aku nak bercerita.. semua kisah lama dah berkubur pun.. nanti org cakap aku ni suka mengaibkan org plak, sedangkan benda yg benar tu susah org nak percaya.. benda yg salah tu jer org nampak.. entah la.. lumrah hidup.. pengajaran utk aku agar berfikiran matured & positive.. huhuuu.. opss.. kerepek merepek plak aku nie.. kui3..

Topik hari ni, Pasal Harta Pusaka.. Terdetik nak sharing pasal ni, coz aku pernah minta pendapat seseorang ini berkaitan isu pasal harta pusaka.. Yg aku pernah tanya seseorg itu, "Macamana aku nak selesaikan?? Macamana adik beradik aku nak selesaikan?? Macamana nak selesaikan apabila makcik2 berebut harta arwah ayah?? Macam2 ni la.. Macam2 itu la".. Tapi, seseorg itu plak menjaja pd semua org & menceritakan mcm2.. " Zura tu pun bukan betul.. bergaduh pasal harta dgn adik beradik & makcik2.. tapi menyibuk hal orang lain".. 


What the hell !!!!!!  T___________T

Apa cter tu??? Sape cari pasal??? Aku just minta pendapat nak selesaikan urusan Pejabat Tanah macamana coz aku xda pengalaman semua itu.. Tapi?? macam T____T  laaaa yg bawak mulut tu.... Nape plak buat cter yg bukan2.. Masyaallah.. Sanggup seseorg tu buat mcm tu.. Menyesal aku cter pasal pergaduhan makcik2 yg rebut kan harta arwah ayah ku  yg tak seberapa.. Aku just luahan kerana aku tak sanggup menanggung semua tu.. Aku tak tau nak selesaikan macamana bersama2 adik beradik ku.. Itula, Ustaz nasihat agar kita perlu hibah siap2 semua harta kita kpd anak2 sekarang b4 apa2 terjadi pada kita... ibarat kan bagi penama waris.. Aku just luahkan kepada seseorang itu, coz aku dah tak tahan dugaan semua itu.. Tapi?? ko mcm T________T..


Takkan aku nak cter semua pd ibuku.. Ibuku lagi kesian, tabah & sentiasa senyum walaupun byk pancaroba di hadapi oleh ibu ku...

.. Tapi, nape la seseorg tu kata aku gaduh dgn adik beradik.. Nauzubillah... Tak sayang mulut btul la... Attention ok!!! Aku dgn adik-beradik, baik2 sahaja.. Kami tak pernah gaduh pasal harta dan kami tak pernah berebut pun pasal harta.. Semua itu dah tersurat & tersirat dalam wasiat yg arwah ayah dah bagi siap2 b4 arwah meninggal.. Dan kami tahu masing2 punyer bahagian.. Kami adik beradik semakin rapat dan sayang dan saling memerlukan di antara satu sama lain... Dan Al-Hamdulillah.. semua dah selesai dengan baik dgn tunjuk ajar yg lebih arif.. terima kasih kepada semua yg membantu...

Tapi, yg rebut2 harta arwah yg plg kecoh... Dan, mereka sudah dapat balasan setimpal dgn perbuatannya kerana makan harta anak2 Yatim.. Kami tidak mendoakannya.. Kami redha.. dan kami just berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran & Hikmah... BesarNya kuasa Mu Ya Allah.. Sekejap jer mereka dah mendapat pembalasan.. satu persatu terjadi.. dan tak perlu aku nak cerita.. nanti mengaibkan plak.. Masyaallah.. Memang Hanya pada Mu Ya Allah kami berserah... memang sudah tersurat jika kita makan harta anak2 Yatim, hidup kita tak senang.. Kalo yg mengacau & mengfitnah anak2 yatim macamana plak??? yg kecoh2 pasal perebutan harta, mereka dah dapat setimpal balasan dari Allah.. Masyaallah..Wallahualam

Tapi, aku kagum dengan ibuku tersayang, ibu ku tabah menghadapi semua itu.. Tidak pernah aku berjumpa dengan wanita yg setabah itu...  Ibuku hanya tersenyum mendengar pelbagai omelan.. Sayang ibuku.. Ibu seorang wanita yg kuat & tabah... 

Tapi, aku kecewa dgn seseorang.. Tak perlu aku cakap siapa.. cukup la aku kecewa dengan org itu.. Aku minta pendapat pada dia, tapi kenapa dia buat begitu pada ku.. Sampai hati org itu... Aku sudah hilang hormat pada org itu.. Aku betul2 tak sangka org itu sebegitu.. Sepatutnya org yg byk pengalaman sebegitu, tak perlu memburukkan org lain.. "Kubur kata Mari, Rumah kata Pergi...
ya Allah, kenapa la hina sangat diriku kepada org itu.. Masyaallah.. Tak perlu aku ungkitkan dan memanjangkan cter.. Tapi, just luahan... (berapa kali ulang daaaa zura.. Marah btul saya ni?? kui3)

Kebetulan, hari ini kami sekeluarga telah dapat surat daripada Pejabat Tanah dan kami sudah selesai bicara 2 bulan lepas & sekarang semua sudah hampir selesai.. Dengan kuasa Allah SWT, telah permudahkan urusan kami sekeluarga.. Al-Hamdulillah...


Itu yg tetiba aku nak sharing bersama topik isu Harta Pusaka... Aku tak kisah kekurangan follower blog.. Bagiku terima kasih yg membacanya utk kita sharing bersama agar jadi cemerlang dari semasa ke semasa... Bagi ku blog ini sebagai luahan & sharing.. Bila kita boring, kita boleh baca balik.. dan kita boleh rujuk balik history kita.. Lagi bertambah seronok, aku dapat baca blog rakan2 yg lain.. rasa seronok baca bff pergi bercuti bersama keluarga.. buat investment etc...

Aku nak g bercuti?? Insyaallah, aku & en.suami sepakat after aku abis belajar tahun depan.. Maybe bajet pun dah stabil.. Qari pun dah besar... Insyaallah impian kami tercapai.. kami sekeluarga akan pergi bercuti... Ibu ajak kami sekeluarga pergi umrah bersama2 sekeluarga... Insyaallah if ada Rezeki untuk sampai ke Tanah Suci... Aiyakkk sudah lari topik.. nak cter pasal Harta tercter psal bercuti plak... kui3...

"Sampai hati org itu kata aku ni tak betul, dah bergaduh dgn adik beradik tapi nak tegakkan kebenaran yg lain.. Hidup tak betul tapi suka bergaduh pasal harta.. sok sek sok sek.. " 


Panas telinga aku dengar.. Subahanallah... istigfar banyak2 zura.. Banyak betul dugaan mu Zura.. Aku akan tabah  insyaallah.. Aku dah tak kisah & tak amik kisah dah..... Suka hati kamu laa nak cakap apa.. Aku tak da amik kisah dah.... org yg mengata tu tidak tahu kebenaran sebenarnya.. Biarla dia dengan bayang2 dia sendiri... dan biarla aku dengan bayang2 aku sendiri juga... aikk.. tak settle lagi?? hehehehe... tutup buku cter yg tak best... kui3...


jom kita sharing pasal Harta Pusaka...
http://imaen.blogdrive.com/archive/157.html



sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan kpd korang semua.. kalo laa korang ada tanah.. yang tanah tuu.. satu geran kongsi reramai.. aku syorrrrkan sangat.. korang kasi urus tanah tuu..
Kalo korang nak buat duit.. korang bole upgrade tanah tuu.. kan untung buat macam tuu.. pastu korang bole pajak.. bole cagar.. bole buat loan kat bank..
Kalo korang tak minat tanah tuu.. korang bole jual jee tanah tuu.. sekurang-kurangnya.. korang bole dapat duit.. pastu ada gak orang Melayu lain.. yang bole dapat manfaat dari tanah tuu.. kan tuuu jauh lebih baik berbanding gaduh-gaduh pasal tanah.. Kita perlu manfaat kan tanah tu, takut nanti di soal di Padang Masyar nanti...

Apa pun.. jom kita pesan-pesan pasal tanah tanih nii kekawan.. kita pesan kat mak bapak kita.. kita pesan kat mak pak mertua kita.. kita share kat kekawan FACEBOOK kita.. kalo mereka ada tanah.. pastikan mereka ada geran individu.. tak mau lagi.. satu geran.. ramai tuan..
Percaya laa.. ngan sikit usaha kita hari nii.. akan cemerlang generasi kita akan datang.. percaya laa..
Jom kita renung-renungkan

"
"
"
"
"
"
"

JOM KITA SHARING.. Petikan ni aku taip dari buku Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

BUKU keluaran Telaga Biru.. (Mohon sharIng bersama)


INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


HUKUM WASIAT... (PAGE 210-211)

MAKNA WASIAT
Dari Segi Bahasa : Wasiat bermaksud sambung.

Dari Segi Syarak : Menurut syarak wasiat ialah menyedekahkan hak milik harta yang dilaksanakan selepas kematian. Ini bererti penerima wasiat akan menerima harta yang diwasiatkan oleh pewasiat selepas kematiannya.


Pernyataan tentang wasiat ini telah dirakamkan dalam kita suci Al-Quran :

... Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah:180)...

... Maksudnya : (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. (Surah al-Nisa':11)...

... Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu. (Surah al-Ma'idah:106)...


Rasulullah SAW bersabda :


... Maksudnya : "Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya."...



Antara hukum-hukum yang berkaitan dengan wasiat adalah seperti berikut :


1. WAJIB

<=>   Hukum Wasiat akan menjadi WAJIB sekiranya terdapat tanggungjawab syar'i yang perlu dilaksanakan kepada Allah SWT seperti Zakat dan Haji dan seseorang itu bimbang sekiranya dia tidak mewasiatkan hartanya itu ia akan kehabisan.

2. HARAM

<=>   Hukum Wasiat akan menjadi HARAM sekiranya dia mewasiatkan benda-benda yang haram seperti arak. Selain itu juga, mewasiatkan perkara-perkara yang bertujuan menyusahkan waris-waris dan menghalang mereka daripada menerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak, hukumnya juga adalah HARAM.

3. HARUS

<=>   Wasiat akan menjadi HARUS apabila ianya ditujukan kepada rakan-rakan atau orang kaya (mereka ini tidak tergolong daripada golongan orang yang berilmu dan soleh) dengan niat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka.

4. MAKRUH

<=>   Wasiat akan menjadi MAKRUH sekiranya pewasiat ialah seorang yang kurang berada dan penerima wasiat merupakan mereka yang miskin dan amat memerlukan harta. Selain itu juga, wasiat juga akan menjadi MAKRUH sekiranya diwasiatkan kepada orang yang fasiq dan berkemungkinan besar akan melakukan kejahatan dengan menggunakan harta yang diwasiatkan kepadanya.



HIKMAH WASIAT
1.   Pewasiat akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
2.   Wasiat dapat menyumbang kepada kepentingan masyarakat antaranya pembinaan hospital, masjid, sekolah, perpustakaan, dan sebagainya.
3.   Wasiat merupakan satu sistem takaful sosial dan ekonomi dalam Islam.

.. Kita yg masih hidup kena la sentiasa ingat akan kematian.. walaupun kita ni sentiasa leka dgn alam duniawi yg mempesonakan... untuk pengajaran kita semua dan diri ku juga.. Insyaallah...



Kami semua mengucapkan Takziah kepada keluarga cik Jak kerana kehilangan orang yg dicintai... Kami dah lama memaafkan kamu semua..

- yang singkat itu WAKTU
- yang menipu itu DUNIA
- yang dekat itu KEMATIAN
- yang besar itu HAWA NAFSU
- yang berat itu AMANAH
- yang mudah itu berbuat DOSA
- yang susah itu SABAR
- yang sering lupa itu BERSYUKUR
- yang mendorong ke NERAKA itu LIDAH
- yang berharga itu IMAN
- yang di tunggu ALLAH itu TAUBAT ~royal class~


No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D