Nuffnang Ads

Monday, May 28, 2012

Flower & Cute Gugurl.. comei & menawan :*

Nana yg comei & pandai bergaya macam mama dia.. Syarifah Nur Arieanna (Nana) .. Anak buah ku yg plg manja.. dan setakat ni, Nana adalah 1 princess cucu ibu.. cucu ibu semua boy (4 boy & 1 girl).. kiranya Nana ni ratu dalam keluarga kami la..

jom tengok aksi Nana masuk contest Flower Girl wear baju pengantin.. muaahhh<3<3<3

Nana & paksu yg setia menemani.. :)

feewwiitttt.. boleh ngurat :P

Selamat pengantin Baru Nurul & Kamal..

Malasnya nak bangun pagi.. xlarat sangat2 coz mlm td tdo kul 1 pagi.. Pagi ni masuk opiz, nsib bek jalan xjammed cuti sekolah.. Fuhhh memang kemengantukan & kepenatan..Tapi, xkisah la, janji aku xamik mc @ cuti.. coz cuti rehat aku dah tinggal sket.. huhuu... Almaklum, 3 hari berkampung di Penang... (25-27/05/2012).. walaupun very tired tapi uols mmg best dan Syukur Al-Hamdulillah, semua majlis berjalan dengan lancar... Tahniah kepada Kak Nurul & Abg Kamal.. "Selamat Pengantin Baru & Semoga sentiasa diMurahi rezeki & Mendapat anak2 yg comel"...





Majlis Bertunang..


 Menunggu ketibaan Tok Kadi datang...

"Tok Kadi lambat sgt datang.. perut Qari dah lapo la mama.."

peace.. happy baby

"
"
"
"
"
"
"
ok.. Tok kadi dah tiba...


debaran pengantin perempuan.. Sabar kak Nurul.. :)

Syukur AL-Hamdulillah..
 Membatal Air Sembahyang..

Telah sah menjadi Suami Isteri...

"
"
"
"
"
"
"








___________________________________________________

...... yg paling best diriku dah pandai buat coklat sendiri.. Pada awalnya memang kekok & lambat betul tugasan ku.. Walaupun mata sungguh mengantuk malam tu coz baru balik dari kenduri kawen.. Tapi, dengan kesungguhan diriku & mak untuk mengajarku.. diriku gagahkan juga mata ini & kudratku agar saya dapat menimba ilmu yg sgt berguna..

..Terima Kasih mak kerana tunjuk ajar yg sangat2 berharga kepada saya.. Sesiapa nak order untuk hadiah/hantaran, guna la khidmat saya.. Harga boleh dirunding.. Insyaallah :)


___________________________________________________




lolipop

sebenarnya banyak lagi gambar2 coklat... coklat mak buat khas hantaran kawen kak nurul.. tapi, sudah hilang.. coz anakku Qari telah mendelete kesemuanya.. hp aku tinggal gambar Qari jer yg Qari xdelete.. budak sekarang dah pandai delete2 plak hp aku.. adoiiii.... terlebih advanced la plak budak2 sekarang :P


Sunday, May 27, 2012

jom pekena Restoran Istana Bambu, mrr2

Tak perlu kata apa2... hehee.. yg pasti Restoran Istana bambu memang cantik dan aku suka masakan dia.. Yg jadi favourite aku kalo makan Chinese food mesti la "Salted Egg Yolk Chicken & Marmite Chicken".. So, aku try2 la resipi ni, share amik dr internet.. try masak & menjadi.. so, apa lagi?? terjah makan la.. hahaa.. Bila menjadi, hati pun senang.. lalalalallalaaaa...




Telur masin kuning Resipi Ayam
Sekeping dada ayam - dipotong menjadi kepingan lebih kecil sedikit garam ladaputih telurkanji ubi kayuminyak untuk menggorengGaulkan ayam dengan garam dan lada dan campuran putih telurPerap selama sekurang-kurangnya 30 minitKot keping ayam dengan kanji ubi kayu.Debu di kanji tambahan dan dalam kepingan ayam goreng hingga keemasan dan rangupDiketepikan.
sudu besar marjerin (1 penggunaan planta)
ranting daun kari, keluarkan dari ng, amik daun jer
Mata cili 1 atau 2 burung, dihiris
3 kuning telur masindikukus dan dihaluskan
2 sudu besar atau susu yang lebih cair
sudu kecil minyak masak
1/3 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
ulas bawang putih dicincang

Panaskan kuali, masukkan minyak dan mentegaApabila mentega cairmasukkan bawang putih di cincang halus2cili di hiris2 dan daun kariKacau sehingga ia naik bau wangimasukkan kuning telur lecekRatakan kuning dan masak sehingga ia melihat bergelembung dan wangiKecilkan apimasukkan susu, garam dan gulaMasak selama beberapa minit jer dan dimasukkan ke dalam ayam dan gaul sehingga ia disalut sebati.

Salted Egg Yolk Chicken Recipe

I piece chicken breast - sliced into smaller pieces 
some salt
pepper
1 egg white
tapioca starch 

oil for deep frying 

Seasoned chicken with salt and pepper and mix in egg white. Marinate for at least 30mins. Coat pieces of chicken with tapioca starch. Dust off extra starch and deep fry chicken pieces until golden and crispy.  Set aside.

1 tbsp margarine (I use planta)
2 springs curry leaves, remove from stem, leaves only
1 or 2 bird’s eye chilli, sliced 
3 salted egg yolks, steamed and mashed 
2 tbsp or more evaporated milk 
1 tsp cooking oil
1/3 tsp salt
½ tsp sugar
3 pips of chopped garlic

Heat wok, put in oil and butter. When butter has melted, add in chopped garlic, sliced chilli and curry leaves. Stir till it's fragrant, add in mashed egg yolks.  Flatten the yolks and cook until it look bubbly and fragrant. Lower the heat, add milk, salt and sugar. Cook for a little while and put in chicken and toss until well coated. 

---------------------------------------------------------------------------------

"Chicken Marmite"

Aku tak try masak lagi.. yg aku tahu diaorg masak guna sauce ni bagi rasa ayam ala2 marmite... Nanti haku rajin, aku try masak & share resipi ok!! ... muaahhs:*


dah tersasar cter sebenarnya.. xpala.. layan gambar ajer la k... kui3...

Yang pasti Restoran Istana Bambu setup kedai makan dia memang cantik.. rasa macam suasana kampung.. dengan adanya pokok padi, pokok teratai, lalang2, sawah padi.. etc.. yg bestnya semua material & design diperbuat daripada buluh...

alas meja dari buluh + tikar  mengkuang..

 Qari tdo la plak time makan.. huhuu.. 
penat sangat berjalan, baru balik dari umah baru mak Tinie.. 


 Khusyuk memilih nak makan apa.. :P





 semua material & design berdasarkan buluh / bamboo


 Budak kepenatan tengah tdo.. huhuu

tapau utk Qari jer.. coz ini budak sudah tdo.. :P




Tuesday, May 22, 2012

Kebesaran berpuasa di Bulan REJAB

PUASA DI BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : 

("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: 

("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Monday, May 21, 2012

ESOK SELASA (22 Mei 2012 ) adalah 1 Rejab

Cadang esok nak puasa sunat la.. banyak kelebihan berbulan puasa di Bulan rejab...

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
1.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.


2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.


4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:


* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.


7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.


8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)


Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.


10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.


11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.




Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

Sunday, May 20, 2012

Dinosaurs datang kembali.... pheewitt...

Dah lama xdtg ke Pusat Sains.. Bila Qari dah besar ni, bagus gak bawa anak2 g tengok dinosaurs.. Biar anak2 kita rasa kewujudan @ kedongengan binatang nie :P.. Dongeng ker??? Aku pun xtaw.. heheheee :D

Bila kita tengok dekat2.. Terasa macam dinasour hidup semula plak.. Budak bujang Qari ni memang la takut, asik nak suh mama peluk jer... hehehee

Jom kita round2 tengok & sharing bersama.. Banyak lagi gambar kat sini dlm camera hubby, t aku upload ok.. Ni gambar hp aku, tak berapa clear sangat.. :P

"
"
"
"
"
"
"
Dinosaurs Exhibition at Pusat Sains Negara..

Time aku pergi ni , memang la ramai orang coz al-maklum cuti sekolah & hari Ahad.. memang la ramai sangat, ibu bapa tak keja &bawa anak2 g jalan2.. :)

Qari paling excited.. Tapi, suh tangkap dekat2, takut... hehehee:P

Qari yg plg seronok.. dapat jumpa kawan baru kat playground :)

Qari excited men Playground yg disediakan..


Mama & Qari... :)

 Abah & Qari... :)












souvenir pun ada di jual di sini.. :P

jomm nak balik dah... :)


Balik singgah lunch kat Istana Bamboo kat MRR2... 
Tapi, ada budak lena letih berjalan... hehee:P