Nuffnang Ads

Monday, May 7, 2012

Hari Ibu Sedunia... jom homemade steamboat..


Tarikh sambutan hari ibu di Malaysia tahun 2012 xsalah aku  jatuh pada 12 Mei 2012.. yg aku ingat thn lepas jatuh pada 8 Mei 2011... Setahu aku, tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza disetiap negara. Tapi, aku sentiasa ingat tarikh bermakna tu, Sambutan hari Ibu Sedunia jatuh bulan Mei.. Ibu adalah inspirasi ku.. Ibu sentiasa sabar dengan karenah anak2 ibu.. Bila aku dah jadi ibu sekarang, baru ku tahu besar pengorbanan seorang ibu kepada anak2.. Sayang ibu... muaahhss:*

Penyambutan Hari Ibu (panggilan manja Qari anakku tercinta terhadap diriku adalah mama dan bukan ibu! hehe) bukan sahaja diraihkan pada haribulan 12 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.

.. Itula sebabnya, aku sanggup beli rumah berjiran sebelah umah ibu ku, walaupun dari Semenyih-KL opis ku agak jauh (tapi sebenarnya dah biasa dah.. xterasa jauh pun.. walau pun ramai cakap jauh.. heheee).. tapi aku & hubby sanggup untuk kepentingan ibu & anak2...  Akan kami jaga ibu dengan penuh kasih sayang & tanggungjawab.. Insyaallah.. dipanjangkan umur kami sekeluarga.. seronok tau berjiran dengan ibu.. walau pun diriku dah dewasa, tapi besar kasih sayang ibu ...

mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap yg penting niat dan tujuan kita semua sama...  Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.... dan kini .. Aku dah merasai semuanya.. Ya!!! En.hubby ingat tu.. besar pengorbanan seorang ibu & isteri untuk melahirkan anak... Tak dapat aku nak bayangkan ketika berada di Labour Room... huhuuu.. ngeriii~

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
  

Jangan tak caya tau.. Sempena Hari Ibu, abg tercayang en.hubby ku telah masak special.. Home Made Steamboat.. semua masak2 hubby ku buat.. Aku cuma sediakan bahan2 potong jer... Yang bestnya, pagi Ahad baru2 ni (06 May 2012) , en.suami ajak aku & Qari g Tesco beli barang dapur.. Qari la yg plg excited.. Qari memang suka g Tesco.. boleh dia kata nak jadi tauke Tesco.. Rupa2nya, en.suami plan nak buat steamboat... so, calling2 ibu & adik2, jangan suh ibu masak malam tu, menu special malam En.suami nak masak.. nyum2.. terima kasih en.suami tercinta.. Gembiranya malam tu dapat makan bersama2.. Sampai hampir kering sup tu, masing2 laju jer makan.. kelaparan... so, apa lagi.. Terjah !!!!!


jom layan kan ajer gambar ok.. muaahh:*


 shopping di tesco Semenyih..


 terima kasih lovely hubby yg sentiasa membantu..


 Bahan2 yg disediakan..




 Kuah Steamboat... Chicken Soup...
Tom Yam tak buat coz permintaan sup ayam..


 Tunggu ayam empuk..










 Qari makan dengan khusyuknya..


Home Made steamboat

Tiada kasih sayang yang setanding seperti kasih ibu. Kasih sayang yang tidak boleh dijual beli dan tidak pernah ada sempadan. Itulah kasih ibu yang diberikan kepada kita. 

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D