Nuffnang Ads

Saturday, March 31, 2012

Berterima kasih kepada orang yg mengumpat kita...

Aku ada terbaca dalam fb kawan2 aku. just kita sama2 sharing & caring .. ok :) Tiada kena mengena dengan sesiapa.. just sharing bersama.. :)


Mari kawan2 kita buang sikap ini..sama2 kita usaha ya...Moga ALLAH dan orang yang kita umpat megampunkan kita ...Ya ALLAH bantu lah kami agar dapat perbaiki diri kami ini...AMIN


Kenapa orang yang mengumpat kita perlu hargai???

*   Bila kita kena ngumpat tu, maknanya ada orang ingat kat kita.. Si pengumpat selalu fikirkan kita.. Ada jer yg tak kena di mata si pengumpat.. (Ada gak manusia mcm ni kan!!)

*   Orang yg mengumpat sebenarnya orang yg baik, sebab dia transfer pahala dia dekat kita.. susah2 je kamu tu.. Terima kasih & Syukur Al-Hamdulillah...

*   Orang yg mengumpat tu adalah pengemar setia kita yg banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan & kelemahan kita.. jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita.. Terima kasih & Syukur Al-Hamdulillah...

*   Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita.. (Rezeki yg Allah bagi kepada kita sepatutnya masing2 bersyukur & menghargai dengan pemberian Allah SWT).

Semoga apa yg dikongsikan sedikit2 dapat berkongsi ilmu.. sabda Nabi : "Sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat"

Sebenarnya dalam duniawi ini, macam2 musuh ada di sekeliling kita.. Tak kira manusia @ makhluk lain di atas dunia ini.. Musuh dalam selimut.. musuh luar selimut.. musuh tepi selimut... macam2 fesyen plak tu.. Tak terkata la musuh2 di dunia ni... huhuuu.. "Ya Allah, Jauhi la aku & keluarga ku daripada musuh2 yg ingin menjahanam kan kami".. 

Sebelum kita bertindak apa2, kita perlu mengenali musuh2 kita.. Siapa sebenarnya musuh kita???
Lebih baik lagi kita kenali ketua segala musuh dahulu.. Tau siapa dia?? Tahu?? Tak Tahu??? Alahai, takkan tak tahu plak.. Korang kan semua pakar.. hehehhee.. gurau senda jer !!

Ketua segala musuh tu SYAITAN la.... Menakutkan... Takutttt.. Hope dijauhi daripada ku & keluarga ku.. 


Lagi menakutkan jika syaitan tu ada dalam diri kita... Pengaruhnya lebih dahsyat lagi dari musuh-musuh yang lain.

Nak tahu macam mana syaitan tu boleh ada dalam diri???
Syaitan itu akan muncul jika kita membuka pintu untuknya. 
Kita perlu kenalpasti pintu itu supaya kita takkan bagi peluang langsung kepada dia untuk masuk ke dalam hati kita.


15 PINTU SYAITAN DALAM DIRI

  • Marah
  • Cinta dunia
  • Kebodohan (enggan hadir majlis ilmu)
  • Panjang angan-angan
  • Rakus
  • Bakhil
  • Suka pada pujian
  • Riak
  • Ujub (merasa kagum)
  • Takut dan gelisah
  • Buruk sangka
  • Memandang rendah pada orang lain
  • Merasa suka pada dosa
  • Merasa aman daripada pembalasan Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah

Cuma.. ku pohon agar si pengumpat atau pengfitnah tu dapat mencari hidayah.. Ingat la.. Allah tu Maha Kaya & Maha Kuasa...  Kalo Allah tak tarik rezeki pada diri kita.. Tak mustahil akan tarik rezeki daripada anak2 atau keluarga kita.. Subhanaallah.. jauhi la.. Ini adalah untuk pengajaran diriku juga.. 

Lebih elok kita berdiam diri & tersentap T___T & terluka mendengar orang cerita jer.. cukupla pedoman & pengajaran kepada kita.. Tak perlu nak berlawan.. Bila kemarahan melebihi kesabaran.. Syaitan itu yg akan masuk jarum cucuk jarum... ... Elokla kita bersabar, daripada kita berbalas semula & berlawan2 menyakiti hati satu sama lain... Tiada gunanya.. Membuang masa.. Dok asik fikirkan seseorang itu, membuat kan kita membuang masa & keja macamana?? Rezeki kena cari yg halal, untuk keluarga & anak2 kita juga...

Biasanya sudah tersurat & tersirat.. jika orang yg tersentap itu sudah terluka & teraniaya dan dengan sekali lafaz doa mangsa kena umpat tu.. terbalik sudah apa yg diumpat itu kepada si pengumpat @ pengfitnah tu balik.. Wallahuallam..  Ingat2 la.. kita ada keluarga.. ada anak2.. Rezeki orang biar kan jer la.. rezeki kita belum tahu lagi.. Ibarat, Roda sentiasa berputar..  Hidup kita sentiasa berubah.. Ada kala kita berubah menjadi pelangi.. adakala kita berubah menjadi hujan.. Adakala kita berubah menjadi pasir.. Itu semua dah ketentuan Nya Allah swt..

Adakah masa untuk si pengumpat atau pengfitnah tu mendapat sumber rezeki halal??? Renung2 kanlah.. pedoman & terasa insaf diri ku dengan duniawi ini...



Share : http://www.baihaqi.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=70:kaedah-membuang-sikap-suka-mengumpat&catid=35:bacaan



"Dear Ummi Iman...Thanks may ALLAH bless us"
MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Muslim).


Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah,"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud,
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".


Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab, "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.
Antaranya ialah:


?- Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


?- Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.


?- Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:


1- Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;


2- Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;


3- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;


4- Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;


5- Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan


6- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Menjelaskan mengenai perbuatan mendedahkan keaiban ini,
Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan,


pertama,
ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.


Kedua ,
orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. 


Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.


Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.


wallahu'alam..

source : http://www.facebook.com/profile.php?id=670177088&v=app_2347471856#!/photo.php?pid=4388577&id=580521984

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D