Jom kita tengok resepi Mama Abqariz ;).. sharing caring.. muaahhss :*
"
"
"
"
"
"
"
Spaghetti Carbonara
Bahan-Bahan (8 orang ++)
=> 4 ulas bawang putih..
=> 2 ulas bawang merah / 6 ulas bawang merah kecil @ bawang ros..
=> 1 buku mentega buttercup..
=> 1 kotak susu segar low fat / full cream mengikut selera masing2..
=> 2 tin PREGO Carbonara Cendawan..
=> 1 tin mushroom butang ikut jenis cendawan kesukaan masing2..
=> Cheese Yg ada di rumah xtau jenis apa.. (Cheese ni kakak aku beli kat France)..
=> Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus / dipotong dadu)..
=> Jika ada bebola ayam / bebola ikan / sosej / etc dipotong dadu.. campakkan jer la... lg byk bahan lagi bertambah sedap.. tak la kosong jer soup kita..
=> Serbuk Oregano @ Lada hitam kisar (Aku letak serbuk oregano jer & tak letak lada hitam; coz kesiankan anak aku xmakan pedas)
=> Spaghetti : Optional - Spiral / fettucine..
(*** bawang putih perlu dicincang halus, aku suka tumbuk bg hancur btul2 coz en.suami xsuka sgt garlic.. bila aku tumbuk hancur, jadi sebati br semua mau mkn..hehehee.. )
Cara-caranya
1. Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak (lagi bagus pakai olive oil), letak dalam periuk / kuali dan panaskan.
2. Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih & bawang merah (bahan2 tumis) yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kekuningan, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Masukkan bahan2 yg kita dah potong2 dadu tu (fishball, meat ball, etc..). Angkat daging ayam & bahan2 yang dipotong dadu (fishball, meatball, etc..) beserta dengan bahan tumisan yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
3. Perlahankan api dapur. Masukkan Prego Carbonara Cendawan ke dalam periuk / kuali tadi. Tambahkan 2 tin air (mengikut sukatan tin Prego tadi. Jika guna 1 tin bersamaan 1 tin air; disebabkan aku guna 2 tin, so 2 tin air laa..) ke dalam kuali / periuk tadi.
4. Api perlu slow untuk mengelakkan soup cepat kering dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul agar ia sebati.
5. Masukkan cheese yang telah dikisar (masukkan 3 @ 5 helai cheese KRAFT atau apa2 jenis pun boleh) dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup.
6. Masukkan separuh @ 1 kotak susu segar low fat / full cream. Kacau.
7. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu sebenarnya memang dah di adun masin.
8. Last sekali, masukkan isi ayam & bahan2 yang digoreng tadi beserta bawang putih & merah yang sudah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan serbuk oregano @ lada hitam kisar ke dalam soup mengikut cita rasa masing-masing. Kalau tak nak letak pun takpe mengikut selera masing2. Terpulang. Kalau masa makan nanti baru letak pun ok.
Penyediaan Pasta
Untuk penyediaan pasta kita perlu :
Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup & secubit garam. Lepas tu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis....
Tadaaaaa...... Dah siap pun dan boleh makan. Cara penyediaan @ cara makan, just kita letak Spaghetti dulu kat pinggan, pastu curah je la soup tu atas spaghetti kita.. Sekian, Selamat mencuba... Resipi ni aku amik dari pakcik bff aku chef d hotel terkemuka.. Terima kasih bff aku kak Niza..
Bahan2 yang digunakan : Buttercup, cheese, fishbal, meatball, sosej, carbonara mushroom, daging cincang etc seperti senarai bahan2 di atas..)
mushroom butang
Cheese yang telah dikisar
meatball, fishbal & sosej dipotong2 dadu.. ^-^
Buttercup..
daging cincang di atas tapis tu..
Mari kita menumis..
Masak serentak... Sebelah didihkan air & sebelah gaulkan soup sehingga sebati
Spaghetti belum lembut lagi;
Soup dah masak..
taraa.. carbonara mushroom soup dah siap... ^-^
Hai.. Nama saya Abqariz.. Nama glamer Qari.. Nak berkenalan dengan saya.. Peace :)
Ini budak tunggu mama dia masak, muka tak sabar nak makan..
Sekian. Selamat mencuba.. Senang jer nak buat... Kalo makan kat Secret Recipe @ mana2 Restaurant, dah tentu mahal.. buat sendiri jer, lagi best bahan2 penuh dalam soup kita.. :)
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D