"
"
"
"
"
"
"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sukarkah Mencipta Bahagia??? (Keluaran 08 - 14 Jun 2012) Nukilan Dari Tinta Nuri Supian..
Perkahwinan setelah dijalani selama beberapa tahun, pasti irama dan lagunya tidak serancak waktu alam percintaan yang dulu segala-galanya indah dan mengkhayalkan. Ketika bercinta, lautan api sanggup direnangi, lurah dan belukar sedia dituruni. Itu keajaiban Cinta.. Keajaiban yg sama seperti anak kecil melihat pelangi. Cantik dan menakjubkan. ( I like this statement)
Apabila dua manusia berlawanan jantina membayangkan sesebuah keindahan cinta ketika itu, kita sedia maklum mereka tidak akan membayangkan sekali kesulitan disebalik keseronokan tersebut. Kerana mereka belum tinggal bersama. Mereka belum berkongsi tanggungjawab sebagai suami isteri. Mereka juga belum merasai pancaroba kehidupan berumah tangga. Yang mereka kongsikan bersama hanyalah perasaan yang indah2 belaka.
Namun apabila sudah sah hidup bersama, bergelumang dengan rencah kehidupan rutin suami isteri, saat2 manis itu akan mula memudar seiringan dengan perjalanan waktu. Lebih sedih lagi, ada pasangan suami isteri yang sentiasa dilanda masalah kerana mereka terikat dengan gaya hidup waktu bercinta. Kuat merajuk, sentiasa inginkan perhatian dan mahu menang sendiri adalah antara masalah yg kerap melanda pasangan suami isteri di fasa pertama perkahwinan mereka.
Jika masing2 membesarkan ego dan sukar mengalah, harga yg terpaksa dipertaruhkan adalah rumah tangga itu sendiri. Keadaan akan semakin sulit jika campur tangan orang ketiga mencelah di sebalik bilah2 kemelut tersebut. (Mohon padaMu Ya Allah, jauhi la daripada liku2 kehidupan seperti ini.. Amin~)
Jangan gadaikan rumah tangga hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan dengan budi bicara. Jangan juga mudah menyerah dan mengucapkan salam perpisahan sekiranya jalan keluar masih terbuka luas. Sayangi dan hargailah kasih sayang yang sudah bertahun-tahun kita semai bersama. ( i Love my hubby..muaahhss:* <3<3<3)
Ubah pendirian hidup dan pandang masa hadapan dengan pandangan yang lebih realistik. Jika musim manis masa bercinta boleh dijadikan kayu pengukur untuk kasih sayang itu, pupuklah ia dalam dunia nyata. Kenang kembali kenapa anda jatuh kepadanya dan lihatlah nilai2 positif dan kebaikan yang dimilikinya.
Kalau waktu bercinta dulu, kita tidak terganggu oleh beberapa kelemahan atau keburukannya, kenapa sekarang setelah "kau jadi milikku", kita hanya nampak keburukannya sahaja. Apakah semua kebaikannya sudah lenyap?
Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah dulu kita benar2 ikhlas menyintainya. Jika YA, buktikanlah keikhlasan itu dan kembalilah membina bahagia. Bahagia itu bukan datang sendiri tetapi ia perlu dicipta. Sukarkah mencipta bahagia? Kita boleh menjawabnya....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukur al-Hamdulillah.. Walaupun usia perkahwinan kami nak masuk 5 tahun.. Kami sentiasa saling cintai mencintai.. sayang-menyayangi.. saling memerlukan di antara satu sama lain...
Ya Allah, aku memohon agar perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat kami.. Amin..
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D