Nuffnang Ads

Friday, November 23, 2012

Kota Kinabalu Town

15/11/2012 (Khamis) - DAY 3

Sekejap jer dah hari ketiga di Sabah.. macam sekejap jer masa berlalu... sini subuh awal.. kiranya kul 6 dah terang.. after solat subuh jer, aku & hubby keluar bilik la.. hirup udara segar & dating berdua g tengok sunrise... Qari tengah tdo bersama2 adik2.. xpala Qari.. bagi mama & abah dating berdua jer melayan sunrise.. hehehee:P

After dah selesai tgk matahari terbit.. Lapo la plak perut.. kami berdua makan kedai jer.. Then tapau jer utk mereka yg masih dibuai mimpi kat hotel.. hehehee:P

kat Kudat ni makanan dia mahal berbanding KL.. bayangkan kat KL sebungkus nasi lemak RM1.. kat sini 2x ganda = RM2.. kosong plak tu.. Tapi, biasala tempat perlancongan, mesti ada up sket harga.. hehehee:P

kul 11am dah checkout.. checkout awal coz jap lagi jauh perjalanan nak g Kota Kinabalu plak.. tak boleh lambat coz bila petang hujan.. bahaya drive Kudat-KK.. jalan tak berapa elok sangat.. under construction...

Kat Kudat, seafood dia murah.. Hotel yg kami tdo tu "The Upper Deck Hotel, Kudat" berhampiran dengan market.. Kesempatan tu, en.suami terjumpa Udang Lipan kat market.. dan aku tak pernah makan pun... Aku tak masuk market pun.. tak larat nak dukung budak kecik ni buat perangai nak dukung plak.. Agaknya cuaca di Kudat ni panas tu yg Qari buat perangai.. huhuuu..

Kebetulan rezeki kami,udang lipan ada selonggok ni jer (ada 6 ekor).. Apa lagi, en suami borong laa udang lipan bagi abis.. Tak salah aku sekilo RM4 rasanya.. murah kan..

Then, en.suami beli sotong besar sekali.. plan nak masak makan malam kat Homestay di Kota Kinabalu.. Asik makan kedai jer.. Tiap2 malam di Sabah asik makan seafood jer kerana seafood di sini sangat2 murah.. Kami booking Abrar Homestay, Kota Kinabalu.. pada asalnya kami booking kereta sewa ni & kebetulan ustaz tu bg no hp Abrar hotel ni kat kami.. Syukur Al-Hamdulillah kami dapat tdo homestay & kebetulan homestay ni kosong 2 malam (Rezeki kami sekeluarga).. so, apa lagi.. selesa tdo homestay ni coz luas sket berbanding bilik hotel.. & homestay ada semua.. nak masak & basuh baju pun boleh.. semua ada.. sempat singgah The Store kat bawah upper deck beli garam & kunyit utk masak malam.. hehehee:P

Sampai Abrar kul 5petang.. Rupa2nya owner umah ni orang Kelantan.. peramah orgnya.. & bekerja di sabah la.. sembang2 dengan owner, bagus diaorg ni buat investment kat KK.. memang sentiasa penuh la homestay dia.. owner homestay ni cakap, bulan puasa jer kosong.. kalo bulan lain, hari2 penuh booking.. dasyat diaorg berbisnes.. Kalo aku ada sedara kat Sabah, boleh buat investment macam diaorg ni.. heheee...

Tau kami org semenanjung dapat diskaun sewa.. hehee.. tqvm.. kalo ikutkan 1 malam = RM150.. kami amik 2 malam sepatutnya = RM300 tapi kami dapat diskaun.. kiranya 2 malam = RM280 jer (RM140/night).. rezeki2.. hehehee:P

Jom tinjau2 suasana Abrar Homestay KK

Ruang Tamu

Ruang Makan

Ruang Dapur / Basuh Kain

Abrar Homestay dekat dengan 1st Borneo (Apartment Universiti)..
tempat makan senang nak cari..

Yang Bestnya semua ada...

Master Bedroom ada Queen Bed + Single Bed + almari baju
Bilik Kedua ada queen bed + almari baju
Semua bilik ada air-cond..
Dapur ada fridge, dapur masak, cerek, periuk nasi, kuali utk memasak, mesin basuh
Ruang Tamu ada iron board, tv
ada extra tilam & bantal lebih.. dan yg plg penting ada tampal kiblat utk solat

yg plg best ada swimming pool gua cakap lu.. memang berbaloi sewa homestay ni.. selesa sungguh kalo bercuti family yg ramai mcm aku... kebetulan ada 2 bilik, master bedroom utk kami sekeluarga (queen bed) & single bed utk adik bujang aku.. Family dyan tdo bilik ke 2..

Tapi tak sesuai utk org tua coz kena naik tangga tingkat 2 (tiada lif)..
kesian tgk mak2 kita nek tangga.. lagi2 nak angkut barang.. nasib bek la kami ada 3 hero, blh la tolong angket beg besar kami.. hehehee:P

Swimming Pool memang cantik..

Qari ni memang suka berendam lama..

Qari yg excited mandi.. Aku plak risau dia berendam sorang2.. 
walaupun cetek kolam ni, tapi kalo terduduk, boleh lemas gak utk budak2.. 

ok.. dah ada safety pelampung.. bila dah float, xla risau sangat.. hehehee:P


Mari kita mengetuk di dapur Abrar Homestay KK :)

Udang Lipan...

Memang sedap gler udang ni.. rasa ketam.. lembut & manis jer udang ni... 1st time aku makan.. nyum2... sorang seekor nyer semua yer.. jangan berebut ok.... hehehee

sotong besar pun ada :)

sotong ni pun sedap sangat.. lembut jer & fresh :)

Aktiviti malam : Pergi night market..
Tak enjoy nak shopping kat Night market coz hujang lebat.. huhuuuu..

malam kena tdo awal.. esok nak g Pulau.. seronoknyaaaaa.. :)


1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik :)

    Boleh saya menumpang iklan di blog puan? Jemputlah datang ke homestay saya kalau datang ke KK ye.. Saya bagi special price untuk puan.. :)

    -----------
    - Homestay di Tower A 1Borneo untuk disewa
    - Terletak di Tingkat 17 (High Floor), Pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik
    - Akses sangat mudah ke 1Borneo Hypermall (Turun lif terus sampai)

    Kemudahan Yang Disediakan :
    - 2 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air, Setiap Bilik Dilengkapi Dengan :
    - Set Katil Saiz Queen + Tilam Berkualiti Tinggi
    - Set Meja Solek
    - 2 Unit Almari Pakaian
    - Aircond Dan Kipas Siling
    - Water Heater

    - TV Plasma 32 Inci,
    - Pelbagai Movie Yang Menarik (Boleh Request Movie. Hindustan, Cartoon etc)
    - Dekoder + Astro NJOI (Boleh Juga Bawa Kad Astro Anda Sendiri)
    - Set Sony Playstation 2 (FIFA, Pro Evolution Soccer dan Pelbagai Lagi)
    - High Speed Internet Access + WiFi
    - 1 Unit Mesin Basuh 7.5kg Auto
    - 1 Unit Peti Sejuk
    - 1 Unit Seterika + Iron Board

    - Dapur Gas dan Kelengkapan Memasak
    - 1 Unit Rice Cooker
    - 1 Unit Microwave
    - 1 Unit Toaster
    - Pinggan Mangkuk etc

    Kemudahan Lain :
    - Percuma 1 Parking Kereta Berbumbung
    - Security 24 Jam
    - Percuma Set Tilam Extra (Upon Request)
    - Kemudahan Gymnasium Lengkap
    - Akses ke Swimming Pool, Sauna, Playground
    - Free Shuttle Bas ke bandar KK setiap 15 Minit

    - Sangat Berhampiran Dengan :
    a) UMS, UiTM, Politeknik, Pengkalan TLDM
    b) Hospital Likas
    c) Mini Putrajaya
    d) Pelbagai Lagi Institusi Pendidikan

    Kadar Sewa : RM250/Malam
    Check In : 2:00 Petang
    Check Out : 12:00 Tengahari

    SMS/WhatsApp/WeChat : 016-3377154 untuk Tempahan

    ReplyDelete

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D