Ya Allah, minta2 diberi kesihatan yg baik kepada keluarga kami coz next week nak g vacation..
Aku g urusan kerja kat utara (2-5/10/2012).. kesian ibuku terkontang kanting buat urusan dokumen g haji sendiri.. Nasib bek ada adik bujang aku boleh membantu.. Tapi, kena ikut jadual adik la.. coz dia masih study lagi.. Bila adikku xda class, boleh la menemani ibuku.. Ibuku dapat offer letter 1/10/12 drp Tabung Haji.. Minta maaf ibu, tak dapat membantu.. Tapi, Syukur Al-Hamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.. Kini ibuku telah berada di Tanah Suci Mekah.. (Nanti aku upload gambar2 ibuku, kakak & abg ipar pergi menunaikan Haji selepas mereka semua pulang ke tanah air Malaysia..)
Okla jom kita campur adukkan semua aku pergi Utara.. kui3:P
2hb Oct 2012 (Selasa)
On the way ke Alor Setar, Kedah kami semua naik kereta projek jer... Kami berempat naik 1 keta.. Antara yg pergi, adik driver yg comeii & 2 bos aku.. sampai dah kul 1 tghari, check in & bos2 aku nak masuk meeting urusan tanah di Pejabat Tanah Kedah.. Disebabkan, aku kepeningan perut dah kosong masuk angin, aku excuse masuk meeting... so lepak la cari kedai makan dgn adik comei driver ni...
disebabkan dah kul 3 baru mencari nasi, banyak kedai tutup & nak abis lauk.. kami belasah jer gerai dekat2 dgn opis adik driver comeii ni... bayangkan kami makan berdua, nasi putih + ikan kembung/termenung 4 ekor (sorang 2 ekor) + teh ais + teh o ais limau = RM 7 jer... Murah nyerrrrrrr.. seronoknya makan kat kedah ni.. makanan murah2.. itu yg aku dulu study kat POLIMAS Jitra, muka aku memang tembam laa.. coz jitra makan sangat2 murah.. rindu makanan zaman study dulu.. hehehee:P
okla.. kami bermalam di Regency Hotel Alor Setar.. mudah kat sini, coz dekat nak pergi HQ JKR Kedah.. Dari tingkap bilik, dah boleh nampak..
Rate Price Regency : RM 187.20 / night (Rate Government)
Rate Price Regency : RM 187.20 / night (Rate Government)
Suasana bilik Regency Hotel
Okla bilik dia.. Tapi toilet dia teruk sket.. Lantai tersumbat.. call receptionist utk servis, serupa jer.. huhuuu.. Sepatutnya bagi tukar bilik lain.. Tapi, biasa la, nak untung punye pasal..
suasana malam pekan Alor Setar, Kedah.. Menara Kedah
Dinner kontraktor belanja.. hehee
view dari tingkap bilik Regency nampak Menara Alor Setar & HQ JKR Kedah
3hb Oct 2012 (Rabu)
Bangun pagi breakfast di Seribu Gantang Regency.. Hotel ni kali kedua aku bermalam.. 1st time masa g site office kedah gak pada tahun 2009..
jom makan Nasi Lemak Regency Hotel..
Masa ni ramai orang coz ada Kursus Induksi buat kat hotel ni...
After makan dah kenyang.. Jom kita pergi ke site plak..
Nape aku catwalk mcm tu.. Alolooo buncit plak aku ms ni.. hehehee:P
jom kita berjalan kaki ke Jambatan Pulau Bunting, Yan Kedah..
Jambatan ni terbiar, abis dah cover longkang2 terbuka..
Ramai yg dtg ke sini naik motor utk penggemar kaki pancing air laut dalam..
ok nak checkout Regency..
Jom g naik feri ke Pulau Langkawi.. brb Part 2
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D