Nuffnang Ads

Saturday, November 19, 2011

FRAGILE !!! .... i don't trust easily..


~Now, I don't trust easily.. 
So when i tell u that ' I trust u ', Please don't make me regret it~
B'coz Trust is like a vase..
Once it's broken, though u can fix it,
The vase will never be same again~

Begitu juga dengan sesuatu hubungan.. Kita perlu hargai setiap hubungan yg bersama dengan kita.. Tak kisah la sesuatu hubungan itu adalah.... "hubungan keluarga.. hubungan saudara-mara.. hubungan persahabatan & hubungan sesama silaturahim..."

Yaa.. kita perlu semai dan jaga.. macam pokok/tumbuh2an juga.. perlu bagi baja & air agar tumbuh2an itu kembang mekar berseri2.. begitu juga manusia ini.. "Kata orang mempercayai seseorang itu perlu ada batasnya.. Khianat mengkhianati & benci membenci tu, bagi ku memang lumrah manusia.. semua org ada perasaan cemburu..dengki... coz syaitan sentiasa mahu berlaga2 kan kaum Adam & Hawa.."

 Bukan aku nak cakap lebih2 coz aku pun ada kekurangannya.. Kita ni manusia biasa, xpernah lari drpd buat kesilapan.. cuma kita perlu buat transformasi yg lebih baik dari semalam.. Insyaallah... 

Aku sayang semua... jika tiada korang semua, aku keseorangan.. Terima Kasih semua.. dan bersyukur pada Mu Ya Allah memberi ku kerahmatan dan bertambah2 rezeki keluarga kami.. 
Al-Hamdulillah...

Poem di atas adalah luahan hati aku.. yaa.. jika aku dah amanah kepada seseorang tu, tapi jika seseorang itu, memecah amanah.. tak kisah drpd perbuatan @ perbualan.. Aku sudah tak percaya lagi... Bagi ku.. Amanah perlu di jaga.. jika pecah???? hancur berderai.. ibarat kita pecahkan pasu (poem di atas).. peniaga tu pun ada tulis "Once Broken Considered Sold" .. Betul tak??? :P 
macam telur jika pecah.. BUSUK baunya.. begitu juga sesuatu hubungan jika dah terlerai.. pelbagai tohmahan & salah sangka... T__________T.. demmmm... macam2 org akan kata.. so, Insyyaalah.... kita perlu memegang amanah... Insyaallah.. Aku akan pegang amanah setiap berbicara.. maybe kesilapan ku dulu terlalu open dlm berbicara dlm blog (nama pun laman web sosial.. semua org akan baca..) 

Maybe aku nak menegak kan kebenaran SALAH disebabkan aku terlalu jujur memberitahunya.. sedangkan 1 dunia 1 laman web sosial akan tau... Tapi, Nasi Sudah Jadi Bubur... maybe silap ku kerana memberi amanah kepada seseorang, tapi orang itu sudah membongkar nya.. Tak perlu aku bagi tau siapa itu informer.. Informer dah tak wujud lagi... Bagi ku terlalu ramai informer.. Takpa.. aku dah maafkan semua termasuk informer.. kerana aku mudah mempercayai orang dan aku mudah mempercayainya.. sedangkan memang betul ker??? sudah2 laaa... 

so, berhati2 la bila kita meluahkan kepada seseorang itu.. buat pengajaran pada semua termasuk diri ku juga.. yang buruk tu cepat jer orang nampak.. yg baik itu ada org pandang???.. itu la kehidupan manusia sekarang... 
kekadang ada informer pun bahaya gak.. sori la informer.. xkisah la sape @ yg terasa.. mula saat ini, aku sudah tak percaya kepada informer.. Saya sudah tidak percaya dengan seseorang itu dengan mudah.. perlu mengambil masa utk mengkaji seseorang itu.. 


Percaya kepada Nabi dan Rasul

Rencana utama: Nabi

Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.

Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. 
Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul). 
Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan lima dari rasul tersebut adalah Ulul Azmi iaitu; Nuh,Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.

Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.

Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ?

Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.

Sifat-sifat Rasul dan Nabi

Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.

1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. 
Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hokum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.

“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )

Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.

3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.

Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. 
Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-epnentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh . Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.

Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D