kita sebagai ibu bapa yang membesarkan anak2 pada zaman sekarang banyak pancaroba & dugaannya.. Macam aku & en.suami selalu mahu cuba & terus mencuba agar anak2 mendapat kasih sayang sepenuhnya.. Insyaallah...
Selain itu, kami cuba berusaha agar anak2 mendapat ilmu pengetahuan yg berpanjangan, tak kira Ajaran Islam, Alif Ba Ta, ABC, 123, Flash Card, test IQ etc & yg sewajarnya.. Kami akan terus dan terus berusaha agar anak2 mendapat ilmu yg berpanjangan hingga ke akhir hayat kami.. Insyaallah... Jika anda semua ada idea2 @ sharing bersama untuk mengajar anak2.. Mari la kita kongsi bersama.. Agar anak kita menjadi anak2 yang soleh & solehah.. AMIN~
Tekun memerhati :P.. Abah mengajar nak buat car, robot, building, etc..
smile.. Dont notti boyzz tau.. :P
walaupun made in China, tp ok gak games ni utk tajamkan otak selain Lego..
Mr DIY ada jual.. RM19.90.. price reasonable
Keesokannya...
Dah boleh buat sendiri.. Al-Hamdulillah.. Percubaan pertama.. hehehee:P
Khusyuknya anak mama :)
Suka Angry Bird & Ultraman.. Spiderman @ Batman pun cakap ultraman.. :P
Alangkah bestnya kat umah kami dapat buat ruang bermain anak2.. Insyaallah, kami tengah usaha kan... (suka tengok ruangan ni kat Pusat Servis Perodua di Sungai Dua Penang..
seronok anak mama dapat main :)
20 PERKARA YANG BERUBAH
SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
========================================
[Feel free to like, tag and share if these thing
happen to you]
Sering kali
rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang
mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti
tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang
akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup
tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.
Tetapi apabila seluruh
kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara
yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita
walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi
kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam
4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa
kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami
rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam
pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau
berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam
cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi,
sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! yak..yak... :P
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan
cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa
yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru
tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi
bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang
sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi
mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun
ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan
jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya
kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk
menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh
dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak
anda!**