Aku terbaca akhbar Mega, Utusan (28.06.12 - Khamis) bercerita perihal :
"
"
"
"
"
"
"
Wanita "ADI WIRA"
MEMIKUL tiga tugas serentak sebagai ibu, isteri dan pekerja sudah cukup mencabar bagi seorang wanita. Namun cabaran itu tidak cukup untuk mematahkan semangat golongan ini, malah ada yang sanggup menambah satu tugas lagi iaitu sebagai pelajar demi mengejar cita-cita.
jom kita ikuti cter tersebut : .. (Rajin plak aku menaip semula coz aku adalah antara wanita tersebut.. huhuu
MUKADIMAH :
MEMEGANG amanah di pejabat, di rumah pula ada tanggung jawab pada suami, ibu bapa dan anak-anak yang memerlukan perhatian. Ia merupakan sebahagian daripada cabaran hidup golongan ibu muda masa kini.
Cabaran bergelar ibu bekerja memang cukup hebat tetapi terdapat sebilangan wanita masih mahu menambah "status" dengan bergelar pelajar.
Segalanya dilakukan bukan sekadar suka-suka atau sengaja mahu menempah "masalah", sebaliknya atas nama untuk mengejar kepuasan serta menguji potensi diri ke tahap paling maksimum.
... Ya, memang sukar untuk aku sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang anak & seorang pelajar.. 4 in 1 sekaligus kupegang.. masyaallah.. ramai orang di luar sana, nampak macam mudah jer.. Try dulu & cuba rasai nya... Nampak macam mudah.. Tapi, itula pengorbanan diriku & suamiku memikulnya.., serta tempias pada ibu bapa ku & anak2..
Walau pun begitu, diri ku sudah biasa.. bayangkan utnuk mengambil part time degree kena amik 9 semester bersamaan (5 tahun).. itu ada lagi paper short sem..
Sharing & caring.. Teringat memori silam..
Hujung disember 2006..
Detik tahun pertama diriku bergelar pelajar.. Berdaftar di UTM SKudai, Johor.. Ketika itu, aku masih bujang & sudah ada kekasih (en.suami),.. tapi, belum ada ikatan lagi.. hehee.. so, mudah pergerakkanku.. Masa tu aku bleh amik semua paper lagi... (Setiap semester kena ambil 4 paper jer bersamaan 10 kredit..)
Then, masuk semester kedua,
Semester kedua adalah, detik2 menyukarkan bagiku sebagai seorang pelajar.. Bayangkan, masa tu, aku sudah menjalinkan ikatan pertunangan dengan kekasih hati yg ku cintai (en.suami).. Ketika itu, en.suami yg banyak bersabar dengan ku.. Weekend jer xboleh dating.. Nak dating kena after balik keja.. itupun, disebabkan jauh perjalanan.. Aku bekerja di Seremban & en.suami bekerja d Shah Alam.. Menyukarkan kami berbincang untuk preparation Majlis Perkahwinan kami... Syukur Al-Hamdulillah, majlis perkahwinanku berjalan dengan lancar... Disebabkan, masa yg suntuk utk majlis ku, jadi aku amik 2 paper jer.. 2 paper lg drop... Bayangkan orang dating weekend, tapi weekend aku ada class.. Nasib bek class Ahad abis kul 4 petang.. kekadang abis 6 petang.. dan nasib bek aku belajar d KL & berhampiran umah ibuku.. Agak2 korangkan, sukar kah bergelar student??
Masuk semester pendek,
Semester pendek, kiranya 3 bulan jer.., Aku tak tahu kenapa aku mengalami tahap malas yg plg teruk.. Syukur Al-Hamdulillah, aku disahkan mengandung,.. Syukur sangat2, mengandung anak pertama, aku tidak mengalami alahan yg teruk... disebabkan aku tiada morning sickness @ mabuk2, ketika itu, yg kelakarnya aku ada makmal I kat utm johor, so, memang kena buat kat induk JB la kiranya.. masa tu, siap aku buat keja berat la.. tau2 jer la, kalo makmal konkrit macamana, kena angkat simen, angkat air.. masyaallah, masa tu aku tak tahu aku mengandung.. Syukur kandungan ku ketika itu tiada apa2.. Al-Hamdulillah, Allah permudahkan urusan ku...
Masuk semester ketiga & keempat,
Disebabkan kemalasan yg amat sgt, kiranya aku amik 2 paper jer setiap sem... Teruk kan aku?? Disebabkan, aku bekerja di Seremban, menyebabkan aku terasa sungguh letih setiap hari berulang alik kl-seremban menaiki komuter.. Pada plan awal, suami ku nak tinggal di Seremban, tapi aku lagi risau kalo en.suami drive seremban-shah alam.. Sekurang2 nya aku nek komuter, aku boleh tdo dlm train jer.. Sukar sangat ketika itu.. Masa tu komuter sangat terukkkkkkk.. Membuat kan, aku terlalu letih.. dan Al-Hamdulillah, aku mendapat berita gembira, kerana aku dapat bertukar keja di KL... Syukur Al-Hamdulillah.. Rezeki anak..
Masuk semester kelima,
Aku selamat melahirkan anak yg sungguh comel pada 30 Januari 2009.. Syukur Al-Hamdulillah.. Disebabkan, aku sayu nak meninggalkan anakku di hujung minggu, so, aku menangguh semester 2 semester bersamaan 1 tahun.. Tapi paper short sem aku amik.. Teringat masa tu, Paper short sem ketika itu, ada makmal II di UTM Skudai.. so, masa tu angkut la en.suami & Qari yg masih kecil.. masa tu Qari baru nak masuk 4 bulan.. ketika itu di Rumah Tamu, pertama kali Qari boleh meniarap sendiri.. Gembira hati mama ketika itu sayang...
Balik dari Johor plak, kenduri kahwin adikku.. Ya ALlah, letihnya aku & en.suami ketika itu... Balik JB, kena tungkus lumus kenduri adik tersayang.. Terima kasih kepada en.suami tercinta, pengorbanan mu membantu kami sekeluarga.. Walaupun abg tidak sempat nak berehat...
Masuk semester keenam,
Aku tangguh sem.. Kiranya aku tangguh 1 tahun la...
Masuk semester tujuh,
Aku amik 3 paper jer.. 1 paper drop lagi..
Masuk semester kelapan,
Aku amik semua paper, masa tu Qari pun dah besar sket.. En.suami boleh tolong jaga kan.. dan ketika itu, aku disahkan mengandung 2nd baby.. Syukur, anak space lagi.. Tapi, memang aku tak jaga sangat masa kandungan ku ini disebabkan aku busy untuk draft Final Projek Ijazah Sarjana aku...
Masuk semester kesembilan,
Aku telah keguguran dan kehilangan anak tercinta (adik Qari).. Arwah Muhammad Hafiz Zaem.. Tiada rezeki untuk arwah Hafiz melihat dunia.. Masa tu, aku tengah cuti exam, sempat mengambil 1 paper exam jer, masa tu kandungan ku dah 9 bulan.. Tunggu masa nak bersalin jer.. Tapi, rezeki tidak memihak padaku & suami.. Time tengah study, terasa sakit yg amat sangat.. Masa tu perasaanku, sudah sampai waktu aku bersalin ker??... Tapi, ketika aku sampai di hospital, anak ku dah meninggal dalam kandungan 5 hari.. maafkan mama.. Mama tidak tahu dirimu tiada lagi..
Aku redha, pasrah & walaupun pelbagai tohmahan, hinaan, cacian & sumpahan daripada rakan2 @ semua yg ku kenali.. Aku tak boleh buat apa2.. Tapi, aku redha.. Aku tak kisah.. itu semua sudah tersurat untuk ku... Tersurat untuk suamiku & tersurat untuk Qari.. Qari belum puas bermanja lagi kot.. Tak pa la, belum ada rezeki lagi... Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagian ku.. Jika menyumpah tu, aku bersyukur, sekurang2nya ada insan lain yg lebih menyayangiku.. Sekurang2nya, aku masih hidup di dunia ini & masih boleh bertaubat & mendalami ajaran Islam & aku masih menyayangi anda semua.. Maaf kan aku & aku dah lama maafkan kalian.. Tak kisah sama ada aku betul @ kalian betul.. Semua itu hanya Allah sahaja yg tahu kebenarannya... Aku sayang korang semua... Al-Hamdulillah... Peluang diriku untuk menjejak kaki ke syurga, Arwah Hafiz telah menantiku di sana... Insyaallah...
Ingatla.. kita di atas dunia ni tak lama.. Bila2 masa, jika Allah nak tarik nyawa kita.. Kita bukan tau pun.. Contoh yg plg mendalam, aku kehilangan 2 orang yg ku paling sayangi dalam masa terdekat.. iaitu Arwah Hafiz & Arwah Ayah.. Teringat aku perjuangan Rasulullah yg kehilangan keluarga yg disayangi seperti diriku juga.. So, kena tabah & redha dengan ketentuan Allah SWT.. Maybe ada rezeki after abis belajar ni... Insyaallah... Ilmu ni perlu dicari sampai nyawa di hujung tanduk sekali pun... Insyaallah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Aku bersyukur juga, disebalik kedukaan, aku mendapat berita gembira.. Projek THESIS aku mendapat cemerlang A- (3.67).. Sape nak tips & nak copy report thesis, mai la jumpa saya.. hehehee.. promote bangga plak aku ni.. hahahaa.. Bukan bangga diri, tapi bersyukur & aku ingin memberi sokongan kepada ibu2 di luar sana.. Aiyoo anda semua.. Mari la kita menimba ilmu hingga peringkat yg tertinggi... Terima kasih berbillion2 lemon (lama xdgr ayat ni :D ) & kepada semua yg memberiku sokongan.. Terima kasih byk2 kepada en.suami tercinta yg membantuku & memberi banyak idea2 tajuk yg sesuai untuk projek Sarjana Muda UTM.. Terima kasih Penyelia yg terbaik bgku (PM Dr Mohd Nor - Lecturer Environment), yg memberi markah yg cemerlang padaku, walau pun xdapat 4.00 Thesis, sekurang2 aku adalah yg terbaik tajuk Environment projek dalam kelas & seksyen ketika itu... TQ uols.. sayang anda semua :*
Now,
Aku tengah tunggu nak abiskan paper jer.. Lagi 9 paper yg perlu aku abiskan dalam masa terdekat.. Insyaallah 2014 aku akan convo.. Jika ada rezeki mana tau perut ku ke depan pada tahun tu.. Insyaallah.. Kita hanya merancang, hanya ALlah swt yg menentukannya... Amin~
Bagiku..
"Tiap detik & masa amat berharga kepadaku... "CUTI" aku adalah waktu tidur, kerana setiap hari saya dipenuhi dengan aktiviti, kerja, keluarga dan kelas. Masa lapang pula untuk bersama2 keluarga & mengulangkaji pelajaran.. Lima hari dipenuhi dengan urusan kerja di pejabat. Hujung minggu pula menyaksikan kelibatku pergi ke kelas untuk menimba ilmu.."
"Nak pergi bercuti, tunggula dulu bila ada kelapangan.. Almaklum, belajar part time ni banyak juga nak pakai duit.. Kesian kepada en.suami membantu membayar pembiayaan duit class aku.. so, duit belajar lebih mustahak daripada membazir ke tempat yg tidak sepatutnya.. Tunggula abis belajar, maybe dapat bercuti bersama suami tercinta & anak2 tercinta & keluarga tercinta.. Terima kasih en.suami telah membeli tiket utk kami sekeluarga g Sabah bulan November 2012 ni bersama2 keluarga tersayang.. kiranya ulang tahun ke 5 tahun kami.. tqvm cayang.. muaahhhss:* "
"Setiap hari ke pejabat keluar rumah kul 7pagi dan sampai umah 7.30 malam.. Bayangkan Qari banyak masa bersama ibuku (nenek Qari).. Syukur, ibuku sudi menjaga anakku ketika aku & ensuami g bekerja... Sudah tentu aku perlu mengorbankan waktu tidur untuk menyiapkan tugasan & study sket2 untuk test & quiz d hujung minggu.. Penat memang penat. Tapi, aku bersyukur kerana en.suami & keluarga banyak menghulurkan bantuan. Bagiku, masa yg paling seronok bagiku apabila balik dari kelas dan melihat wajah suami & anak2.. itulah kelegaan sebenar dan hilang segala penat yang telah ditempuhi. "
"Aku juga mahu mengikuti jejak langkah suami yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Insyaallah apa yg aku lakukan ini adalah berkat sokongan dan dorongan suami & keluarga.. Terima kasih semua.. Jasa kalian menjaga Qari ketika diriku perlu ke kelas..."
Menceritakan pengalaman menjadi pelajar sebelum & selepas berkahwin, Pembahagian masa yg paling penting. Aku terpaksa berkorban masa untuk belajar daripada pergi membeli-belah atau membuat aktiviti yang aku & suami mahu.. Terpaksa tangguhkan dulu sehingga aku abis belajar... Insyaallah kalo ada rezeki naik pangkat & mempunyai kewangan yg kukuh, peluang utk sambung buat master plak.. insyaallah.. Angan2 mat jenin gak la aku ni.. kui3:P
TABIK bukan sahaja layak diberikan kepada isteri yang memikul pelbagai status, malah suami juga.. Suami perlu memahami & banyak membanti isteri.. Terima kasih banyak2 kepada en.suami tercinta.. Dirimu sungguh berharga bagiku... Qari, maafkan mama tidak meluangkan masa bersamamu.. Hafiz, maafkan mama (adakah berpunca drpd ketensionan aku buat THESIS Final Project ??)..
Bagiku semua ketentuan Ilahi... Bagi sesiapa yg mendoakan itu semua drpd perbuatanku.. Terima Kasih.. Dirimu terlalu amik berat tentang diriku... Allah itu Maha Kaya.. Allah itu Maha Pengasih & Allah itu Maha Mengetahui.. Kuasa Allah kita tengok & terima jer la... Jangan la menunding dengan takdir kita.. Takdir mu kita tak tau lagi.. Bukan berdoa, tapi ingatlah.. Langit tak selalu tinggi dengan kita.. Ingatla... Perjalanan kita masih jauh... Sekian.
Jom tinjau2 gambar aku lama2 ketika tengah part time study.. Rindu plak saat dahulu kala.. Kawan2 ku yg lain, Tahniah sudah menamatkan pelajaran & telah covocation & mendapat jawatan yg diingini.. Tahniah.. Aku akan menyusul kemudian.. Insyaallah..
Masa ni gambar Lab UTM Skudai, Johor.. (Makmal 1)
Masa ni aku tak tahu aku mengandung.. Nasib baik tak ada apa2 kandunganku.. coz aku tak tau aku pregnant masa ni..
Adik tersayang yg banyak membantuku..
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D