Nuffnang Ads

Friday, July 13, 2012

Insight Me ?????

Jom kita sembang2 ceria pada jumaat ari ni.. ok now lunch hour.. dan today is Jumaat.. kata omputih Friday yek anak2... :P

Aku memang suka ari Jumaat coz tiada kena mengena dengan personal.. Aku suka coz rehat lama (3jam tau.. kalo tdo dah meleleh air liuq tu..:P ) .. Aku xblh la tdo siang, t aku bangun mesti pening kepala.. Melainkan, aku betul2 mengantuk baru la aku tdo siang utk rehat kan minda.. cheewahhh..

Okla, time rehat jumaat la, boleh la aku chit chat layan movie ker.. Nak tengok kat umah, xdapek la.. Qari sibuk dok nak layan cter at tomen (*ultraman)... At Tomen tu bahasa Qari ok.. Kat umah asik dok menfire aku ajer k.. Alahai tangan bersilang mcm kita kecik2 dulu layan ultraman.. Now, zaman anak2 kita plak.. Pengaruh tv betul la ko nak.. Sampai ibu aku cakap, dia tau jer jam kul brp tv 611 tu keluar cter ultraman.. Siap boleh hafal no tu... isk2.. budaya tv btul la ko nak.. xpala nak, janji Qari hepi & tak kaco nenek & faiq.. huhuuu:P

Sebenarnya, hari ni ada sale member card Sogo.. Tapi, macam malas nak g & xada barang apa pun nak beli.. Lagipun, pampers Qari dah beli.. Susu qari pun dah beli.. Baju raya?? Nanti la nak dekat raya, mesti lagi Sale murah2 kot.. hehehee:P

So, aktiviti tengahari ???  baru jer tadi ni, kitaorg semua dikejutkan dengan di sebalik lukisan... Untuk menilai maksud / makna di sebalik lukisan kita.... berdebar2 rasanya after semua orang dah lukis... hehhee:P

Kalo terkena @ tempias sket2 maksudnya, jangan berkecil hati coz ini hanyalah ramalan ajer.. Nama pun Ujian Personaliti @ Psikologi... hehehhee... Aku suka ujian psikologi ni.. Dengan cara itu, kita boleh menilai sendiri diri kita sendiri & kita dapat mengubah di sebalik keperibadian kita.. "Yang baik diteruskan, Yang buruk kita usaha berubah menjadi ke arah kebaikan".. Insyaallah..

Nak tengok lukisan aku??? 

T____________T (ini hanya la kebetulan.. so, jangan suka melabelkan lukisan orang lain yek abang2, kakak2 & adik2.. kita suka2 & hepi2 jer.. masing2 pun muka ceria & berdebar.. surprise :)


Mari kita cerita disebalik makna lukisan itu ok;

Mula2 kena sediakan 1 helai kertas & pen / pensil :).. mari kita buat checklist dulu.. dalam lukisan itu, mesti ada :

1.   Rumah
2.   Gunung / Bukit
3.   Pokok
4.   Ular
5.   Batu
6.   Sampan / Perahu
7.   Sungai
8.   Matahari
9.   Suka hati la nak tambah apa2 gambar ok ..

ok.. sedia mula... jom lukis ramai2.. Akhirnya, hasil nya begini... hehehee:P

Jom main lukis2 kali nie.. Korang masa kecik2 dulu, mesti suka main lukis rumah, pokok, gunung, burung, matahari, sungai, laut, pokok kelapa, binatang2 / haiwan2 dll.. Semua benda tu ada makna yang tersembunyi... Jeng2 jeng... 

Dari lukisan itu, kita boleh tengok korang ni macammana?? Gila duit ke tak. lurus bendul ker, @ putar belit.. Terpulang pada individu, tiada kena mengena dalam lukisan ok.. Jika terkena, itu hanyala kebetulan.. Yang penting, tak boleh percaya 100% lukisan tu; alaa just for fun je benda nie.. Jangan amik serius k :)

Kelakar kan lukisan aku, macam budak sekolah baru belajar melukis.. hehehee:D


ini la lukisan aku.. kebetulan jer mcm ni.. hehee:P


ok, mari kita menilai maknanya : (Share : kawan2 pergi kursus & info dr internet)

1.   Rumah : 

Kalo lukis umah batu, maksudnya ko materialistik.. betul ker?? itu kebetulan jer k.. Macam aku ni : sangat mustahil diklasifikasikan sebagai materialistik.. Dah check list macam suasana kampung, so, umah papan la aku buat.. ada moden sket kot.. hehehe:P

Makna umah papan, hidupnya bersederhana... Tapi, dari dulu aku memang suka umah kampung.. tenang jer.. Kalo aku ada rezeki lebih, aku memang mahu beli tanah & buat rumah kayu yg ala2 Bali tu.. sejuk jer mata memandang... pernah tengok rumah Seniwati Rosnani Jamil & artis Maya Karin???.. Ala2 macam tu la impian Rumah yg aku impikan.. cantik rumah dia..... Insyaallah..

Jika rumah tu ada tombol @ titik jer (maknanya ada tombol), maknanya Lengkap sudah hidupnya.. Macam aku ni, memang tak letak tombol, xtau nak describe.. auww... hahaha:D

Jika lukis umah atas pokok, maknanya ko memang unik & pelik orangnya.. Lain daripada yg lain.. kalo semua suka colour biru, ko sorang jer kaler coklat.. Pelik la tu.. hehehee.. contoh ok :D

Jika rumah disebalik semak & hutan tu, memang korang suka bersendirian & perahsia orangnya..


2.   Gunung / Bukit : 

Mengikut lukisan aku means ada 3 gunung, maksudnya ada 3 cita2 aku.. ermm aku pk2 kan apa cita2 aku :P (T___T rahsia dulu la k)


3.   Pokok : 

Jika pokok hampir dengan rumah, kita hidup suka ber family.. ada ciri2 Family Man / Family Women... Senang cter suka berkeluarga... jika pokok jauh dari umah, maybe hidup berjauhan daripada keluarga... 

Jika lukis pokok kelapa macam aku, ada berapa biji buah ko lukis.. Kira2: aku ada 9 biji buah kelapa.. Maknanya: umur aku 9 tahun, ada sejarah yg tak boleh dilupai.. Macam terkena la plak.. hehehee... Nak tau apa dia??? jeng2...

4.   Ular : 

Jika ular besar, maknanya orang tu sangat mempengaruhi orang lain.. Jika ular lilit pokok plak? Agak2 apa yek.. AKu rasa : Jika ular tak lilit kat pokok, takde bahaya menghampiri kita. Jika melilit kat pokok, ada bahaya menjengak kita.. Masyaallah.. mohon dijauhi kan mala petaka (Ramalan jer k.. jangan percaya tau.. )


5.   Batu : kalo bulat2 batu tu kosong jer & tak ada hitam2 tu, maknanya tiada halangan apa2...


6.   Sampan / Perahu : 

Sampan ada juga bila korang dah lukis sungai kan.. Sampan ni tengok korang jenis ikat kat kayu bagi dia tidak bergerak atau pun korang lepas kan kat sungai.. Kalo kat darat n siap terikat lagi (kiranya jenis ikat/tambat): Memang sangat tetap pendirian la dia ni & korang ni jenis boleh terikat la.. Macam lukisan aku ni, lukisan jenis ksampan lepaskan jer tu plak : pendirian berubah-ubah & memang jenis tidak suka diikat-ikat ni, jadi rimas korang rasa..... Hahahaa:D Memang btul kot coz cth: Nak bermanja2 dgn hubby, cakap weekend ni nak masak nasi ayam la.. Tup2 beli jer Nasi Ayam kat seberang jalan dekat umah aku tu.. Isk2.. cakap xseupa bikin.. hehehee:P


7.   Sungai : 

Sungai nie ada 2 jenis: Jenis lurus & Bengkak Bengkok / berliku2... Dari sungai ni, kita boleh tengok orang ni jenis putar belit atau pun jenis cakap direct jer.. Ala korang mesti boleh syak yang korang ni orang jenis yang mana satu kan.. Aku memang dari dulu suka lukis, sungai berliku2.. Dah kampung aku, sunagi berliku2.. Imagine zaman kanak2 terjun sungai :P.. So, imagine aku lukis pun, sungai pun bengkak bengkok.. hahaa.. Dah terkena aku.. hahahaa:D Banyak liku2 nya, memang banyak idea & berliku2 cara seseorang itu... Idea2 jahat @ idea2 baik, terpulang pada individu masing2...


8.   Matahari : 

Matahari sinar pagi, bulat jer macam lukisan aku.. Bertenaga.. hehehee.. bertenaga sungguh aku.. hahaha... Jika lukis matahari tersepit kat gunung, matahari separuh : kurang semangat.. hehee

Kalo matahari tu baru dok celah gunung, baru impian korang nak muncul.. Aku memang suka matahari bulat2 ni.. macam comell jer.. heheee:P

okla.. semua nie just suka2 je pun... Korang tak payah caya sangat pun.. itu semua kebetulan.. Kang ada plak yg marah2 plak.. itu jer aktivi kami semua pada waktu rehat.. hehehee.. so, boleh la try2 kat kawan korang yg lain ok.. 





No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D