Nuffnang Ads

Wednesday, October 31, 2012

Semangat Berjiran di Taman Sri Tanjung, Semenyih...

Jiran... oooo Jiran... Ingat tak cter Seniman Bujang Lapok Arahan P.Ramlee.. kisah hidup berjiran dikalangan masyarakat kita.. macam2 ragam hidup berjiran ni.. kalo yg baik kita perlu beryukur..

jiran ni ada macam2 perangai.. macam kita gak.. semua orang berbeza cara & pendapat.. Ada gak yg cakap besar, ada gak yg berlagak, ada gak yg busuk hati.. pepatah berkata "Tepuk Dada Tanya Lah Selera".. hehehee:P

Bagus hidup berjiran ni.. Tapi yg penting, kita tak perlu mengata2 jiran yg lain.. Aktiviti tak sihat & nanti akan kena kat kita balik.. huhuuuu.. minta dijauhi kan..

Begitu juga dengan persahabatan.. Al-Hamdulillah kawan2 aku di class kami still berhubung sehingga kini & mahu best friend forever (bff).. Insyaallah.. Begitu juga di opis.. Insyaallah semua ok.. Terima Kasih Ya Allah...

Cter pasal jiran topik kita hari ini.. coz aku saje tengok gambar2 lama dalam external hardisk.. Tertengok plak gambar kami semua saling bantu membantu dalam menjayakan Jamuan Raya Jalan Sri Tanjung 23, Taman Sri Tanjung.. memang happy masing2 & bekerjasama walaupun ada gak yg xberapa ok.. Tapi, abaikan jer.. Dah memang sifat masing2, so kita sebagai jiran, xperlu amik tau.. Aku pun, balik keja dah lewat nak malam.. Nak sembang pun xda masa... Kalo berjumpa bersemuka senyum2 & sembang pasal anak.. itu jer.. :)

Semangat kejiranan merujuk semangat sentiasa membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dlm kehidupan seharian kita. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada byk cara yg boleh dilaksanakan utk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya saling memerlukan di antara satu sama lain... Dah macam ayat karangan Bahasa Melayu plak aku ni.. heheee:P

Aku start duduk umah ni bulan 12 tahun 2010.. kiranya nak masuk 2 tahun.. sekejap jer masa berlalu kan.. Rumah ni aku beli bulan 10 tahun 2009.. kiranya projek perumahan rumah ni memang cepat & cf pun cepat dapat.. Al-Hamdulillah... 


Gambar yg aku tunjukkan ni, Jamuan Raya 2011.. memang meriah & saling membantu.. Tapi, tahun lepas dah xda majlis macam ni.. Rasa macam tak seronok plak.. Puncanya, Jiran A bergaduh dengan sebelah rumahnya (Jiran B).. Jiran B berkait plak dengan Jiran C.. Then semua dah bermasam muka.. Jiran A cter lain.. Jiran B cter lain plak.. Jiran C cter lain plak.. so, biarlah diaorang selesaikan sendiri masing2.. Yang pasti, kita buat hal sendiri & hal masing2... Jika memerlukan bantuan, kita membantu.. :)

Tahun 2011, kami ada program rukun tetangga  di kawasan perumahan.. Tahun ni 2012, xda plak.. Punca nya, bila rukun tetangga berjaga malam, dah tentu kutip duit untuk upah security la.. macam2 la.. Tapi, duit kumpul hilang ke mana.. Biasa la, semua isu main duit.. dah macam politik plak.. hehee.. Abaikan jer, bergantung kepada keikhlasan masing2 untuk memberi sumbangan.. 

Yg jadi persoalan, ada berpuak2 plak tu.. macam2 la taman ni.. Yg jadi kemarahan semua disebabkan, kutip duit setiap umah untuk beli torch light, kunci mangga la , baju keselamatan la.. etc.. Tapi, anak kunci pun xbagi (mangga kat pagar kiri kanan umah).. Malas nak minta, tau fikir sendiri la nak bagi kat kami semua.... 

Yg plg jadi kisah kami, sampai nak beli papan karom guna duit kelab kami.. Apa kes???? sampai mamat sorang ni boleh minta duit kat Bendahari kawasan, untuk beli karom bagi orang yg menjaga malam berhibur.. Apa kes???  Sampai Bendahari pun letak jawatan, tak mau bersubahat.. Bendahari kakitangan keja kerajaan & seorang guru.. memang baik orangnya.. isterinya kamceng denganku..

Korang nak berhibur ker nak jaga umah.. Kalo dah nama main karom, penyangak lalu sebelah pun korang tak perasan dok leka melayan karom.. kalo sembang2 isap rokok tu lain cter.. Mata masing2 boleh memerhati sekeliling kan.. itu la punca pertama yg semua pertikai kan.. 

Now??? en.suami pun malas nak join group lepak malam berjaga tu. En suami cakap, suka cter isu yg sama & mengumpat hal orang.. Ingatkan perempuan jer suka jaga tepi kain orang.. Rupanya lelaki pun sama.. hahahaa.. Dunia sekarang, lelaki & perempuan dah takda bezanya..

.. dan bila bab ke surau & pergi solat jemaah, tak nampak plak batang hidung.. Tak pa la.. fikir la masing2.. Hal dunia kena la jaga masing2.. Aku pun bukan nyer perfect.. Ada kelemahan & kelebihan..

Aku pun just sharing kerana aku rindu suasana sepertu dulu kan best.. Tapi tak kisah la, yang penting, aku masih baik berjiran sebelah menyebelah & saling tukar menukar pinggan hidangan.. Terasa rindu suasana kampung kan.. :)

Bagiku, mesti dihidupkan semula program rukun tetangga semula.. Ia berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.  Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan sendiri dan keluarga. 

Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan. Senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga merupakan aktiviti yang mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Di majlis ini, jiran tetangga yang datang dapat bertemu dan beramah mesra, saling bertanya khabar. Sambil menyelam minum air, secara tidak langsung pertemuan ini akan menjalinkan kemesraan. Sekali gus hasrat kerajaan untuk merealisasikan perpaduan dan kejiranan akan menjadi kenyataan.


Jamuan Raya Jalan Sri Tanjung 23, Taman Sri Tanjung, Semenyih...

Seronok kan kaum ibu, saling membantu gotong royong..


  
Sediakan arang untuk bara api.. Kita panggang kambing..

Jiran yg baik..

ibuku antara org kuat di jalan taman umah kami..


goreng bihun untuk makan bersama2 dengan kambing bakar, ikan bakar, hotdog, etc..



Sekian, terima kasih.. Rindu memori ini..

Insyaallah, ada rezeki, tahun depan kita gotong royong..

P/S : Syukur AL-Hamdulillah, aku beli rumah kat taman ni.. semua melayu.. semangat kejiranan sungguh tinggi.. Dulu, kami tinggal kat Jalan Klang Lama.. Majoriti penduduk di situ, balik keja tutup pintu.. masing2 dah penat bekerja di metropolitan..

Seronok sebenarnya kejiranan saling membantu.. :)


Tuesday, October 30, 2012

GAGAL.. GAGAL.. AL-Hamdulillah.. hehehee:P

Salam semua.. Kalo orang lain GAGAL, sedih.. menangis.. Aku plak, boleh gembira & xda kisah.. Memang pada awalnya memang kecewa, nak gak naik pangkat macam orang lain, tapi bila tahu kalo dapat masuk Kementerian Kesihatan Malaysia.. Aku tak mauuuu.. Aku nak dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) gak.. Aku suka berkhidmat di JKR... Sape tak mau nek pangkat?? gaji besar & boleh keluar dari fikiran kepompong lama...

Tapi, xpala.. bukan rezeki aku dapat nek pangkat (interview baru2 nie)... Yg pasti tahun depan, aku abis belajar.. mungkin rezeki berpihak pada aku nanti.. Insyaallah... Ya Allah permudahkan urusan ku & keluarga ku... Amin~

http://domino.spa.gov.my/online/semak_statistik_temuduga.php?no_pemerolehan=SM20120034&kod=2907

Apa khabar anak2 buah ku di Kuching??

Bila tengok gambar anak2 buah & Qari bermain bersama2, teringat plak anak2 buah aku.. Apa khabar la diaorang kat Kuching Sarawak.. Apa khabar la diaorang semua tinggal dengan pengasuh diaorang buat sementara waktu selama 44 hari kerana mama & abah diaorg mengikut ibuku g menunaikan ibadah Haji.. sabar yek korang semua.. Makngah sayang sangat kamu semua.. Macamana makngah sayang Qari, begitu juga makngah sayang korang semua.. sabar yek korang semua.. mama & abah menunaikan tanggungjawab kepada Allah sekejap jer... Kesian plak mereka kena tinggal..

Pada asalnya aku nak jaga mereka bertiga.. Boleh hantar Taska bersama2... Qari pun ada kawan.. Tapi, abg ipar aku lebih senang sedara mereka jaga di sana.. Entahlaa.. hilang khabar berita.. nak call pengasuh diaorg , aku tak kenal.. kalo masa kakak aku ada, ada gak calling2 dengar suara nana dlm telefon.. Kesian anak2 buah aku 3 beradik tu.. Sabar2 yek korang semua...

Gambar2 anak ku tersayang bersama2 anak buah tersayang.. sayang semua :*


Tergambar wajah kegembiraan mereka semua :)

bergurau senda dengan paksu & suka nek motor paksu 

Bila budak bandar tengok kambing.. Tak perbah tgk mbekkk ker???

Arman dah kuar fire dia.. Ingat kambing raksasa ke Arman.. hehehee:P


baby comeiii.. baby plg bongsu.. "Faiq"

Monday, October 29, 2012

Al-Hamdulillah, wajahku berseri2 dengan produk Tabita Skincare..

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya nak buat product review... Sekarang ni memang dah lama tengah demam Tabita.. Mana tak demam kan??? cuba tanya semua orang, wanita mana yang tak nak cantik berseri2 kan?? org tak betul dan tak ada amik kisah ada la kot yg buat tak reti.. huhuhuuu..

story aku, mula2 aku ada baca blog kakak ni guna produk Tabita.. Tapi aku tak percaya.. dan aku tak amik kisah langsung.. coz aku takut guna produk2 sebarangan ni.. coz aku dah fobia takut tertipu macam adik aku terkena... kesian adikku, muka dia allergic silap pilih produk kecantikan...

Tapi, bila kakak aku sendiri menggunakannya, memang lain daripada yg lain... kulit kakak ku.. masyaallahhh.. bersih seperti kulit asal laaa... tak makeup pun, kulit macam fresh baru lepas mandi jer nampak.. berseri2 aku cakap.. so, tanpa berfikir panjang, aku kirim suruh kakak aku beli kan.. takut aku nak beli sendiri, takut tiruan..

Walaupun macam2 komen dalam internet kata, TABITA ni bahaya la.. bahan kimia banyak la.. rosak kan kulit laa.. Tapi, aku rasa semua produk kecantikan mesti ada bahan kimia... sabun mandi pun ada tau... rasa macam dalam dunia ni dah tak selamat dah barang2 yg keluar drpd kilang.. melainkan kita buat acuan sendiri.. heheheee:P

Tapi, aku tak kisah & aku tak amik kisah .. bila kita tengok hasilnya positif dan cantik.. Aku tak teragak2 nak try jugak.. Ada aku kisah?? hahahahaa:P

Tapi, bersyukur la, sebulan aku pakai, memang muka aku cerah kepada kulit asal.. Nak cerah kan tangan, tak dapek laaa.. harga beratus2, tak kan beli mahal2 semata2 nak cuci tangan bagi nampak cerah kembali.. Tauke emas boleh la.. heheheee:P

Sori la, bukan menunjuk2, tapi untuk sharing bersama..

Exclusive Set..

Aku amik exclusive set.. set yg aku beli ni isinya banyak drp regular set.. 
Aku dah pakai 2 bulan setengah, ada lagi isi nya.. coz pakai bukannya banyak sangat.. 

Ada 4 barang :
Pencuci Muka : Pakai pagi sebelum g keja & pakai malam sebelum tido..
Toner : Pakai pagi sebelum g keja & pakai malam sebelum tido..
Krim Siang : Pakai pagi sebelum g keja
Krim Malam : Pakai sebelum tido

Cara Penggunaannya :
Picit pencuci muka sket, sapu kat wajah anda & bilas2 muka sehingga hilang buih.. After dah cuci bersih baru pakai toner.. After pakai toner pakai la krim siang/malam... SETLLE..

Amalkan setiap hari... Insyaallah, sebulan memang nampak wajah anda berseri tanpa secalit bedak pun...
 hasil 3 minggu..

Aku start pakai 15/09/2012 (Sabtu).. sedangkan kakak aku dah lama offer suh pakai.. Tapi, bagi ku mahal sangat set TABITA dia sedangkan itu harga standard.. berbanding kalo beli Dior & SKII lagi mahal drp TABITA.. Ingredients dia lebih kurang sebenarnya agaknyaa.. tapi, biasa laa marketing yg up kan brand masing2..

Memang aku ada baca dalam internet macam2 sketsa.. sakit la.. pedih laa.. Tapi, semua kulit tak sama... Bagi ku korang kena sabar & rajin mencuci setiap hari, baru nampak kesannya.. Dengan syarat, jangan pakai apa2 selama sebulan walaupun bedak tabur.. baru nampak hasil yg sungguh berkesan..

Ni aku story sket pengalaman aku sendiri...

Hari pertama : xda apa2 terjadi pada kulit aku.. betul ke orang cter pedih, gatal2, sakit teramat sangat, etc laa.. sabar2 baru pakai 1 hari.. dah kecoh plak aku ni.. hehehee

Hari kedua : Baru start gatal2 sket2 kat muka & leher.. Tapi, xla gatal teruk macam org cter dlm internet tu.. Setiap kulit berbeza ok..

Hari ketiga : macam hari kedua gak.. Tapi, nampak macam pakai botox, pipi aku tegang semacam.. kulit macam kena sunburn.. Tapi memang nampak cantik masa ni coz pipi tegang macam pakai blusher.. hehehee

*   Biasala gatal2 tu coz nak mati kan sel2 mati.. selain itu, jangan terkejut jerawat kecil2 akan keluar.. JANGAN PICIT tau.. Nanti jerawat tu akan hilang sendirinyaaa...

Hari keempat : Muka aku dah lebam kesan terbakar / sunburn.. nak g opis pun malu.. sabar..sabar.. Nak cantik punyer pasal kan :P

Hari kelima : Macam hari keempat gak... kena sabar tau minggu pertama.. muka kita memang buruk gler la.. sembap.. lebam.. buat xreti jer.. JANGAN PAKAI BEDAK UNTUK COVER TAU !!! Sabar selama sebulan.. Insyaallah berkesan...

Dah la time aku pakai ni, macam2 jamuan raya.. tapi aku still tak mau pakai makeup.. nak berkesan kononnya..

Hari keenam : Baru terkopek kulit halus2.. Ada orang cakap dalam internet terkopek teruk.. Aku ok jer.. mengelupas sket2 jer... manja2 jer kulit ni mengelupas.. kui3

* Ingat , jangan korang suka kopek mengopek sendiri.. biar dia mengelupas & gugur dgn sendirinya tau..

Hari ketujuh - kesepuluh : Mengelupas step by step dari pipi, dahi, dagu dan seluruh muka la.. Tapi, sekitar sekeliling mulut lambat sket hilang pengelupasannya.. coz kawasan itu pori2 dia kasar..

Masuk minggu kedua : Dah mula elok sket.. salin kulit baru...

Minggu ketiga : baru la nampak cerah sket dan tak segan sangat la muka kita g opis...

wajah sebelum pakai TABITA.. muka berminyak & tak sekata...

Hasil selepas 3 week.. Sekata sket kulit aku kan..

Almaklum la, aku ni kan kerja sejuk panas.. di opis kena aircond, di site kena sunshine..
mana kulit aku ni tak sekata jer memanjang.. kulit mati pun bersepah.. tapi, bersyukur dengan kurniaan Allah.. Yang penting kita kena berusaha untuk lebih improve.. Perempuan mana tak mau cantik dik oii.. Betul tak??? hehehee :P

Hasil terbaru my Face.. heheheee:P





Syukur.. cerah dah sket muka tanpa pakai makeup.. 



"Malang Tak Berbau"

Semalam jam 2.00 petang, ada test Geoteknik II... nasib bek aku ni bijak & pandai.. hahahaa angkat bakul sendiri.. sebenarnya jangan salah faham.. maksud aku bijak & pandai buat toyol la.. hahahaa :D

Pandai2 la masing2 nak dapat markah tinggi dalam test, macam2 cara boleh buat... heheheee.. Ada orang lain kisah??? yg pasti semua buat kot... mana taknya.. skema nyer lecturer geo ni, test jer tu pun nak kena buat dalam dewan, kerusi sorang2.. macam final exam plak.. huhuuuu..

nasib bek la formula copy ada simpanan aku dgn selamat.. dan pandai2 la nak tiru.. line clear jer, harus dilakukan perbuatan meniru dgn laju dan saksama.. hahahaa :D.. opppsssss.. jangan tiru aku plak.. ni gaya, aku xsempat nak study.. org lain sibuk study, ko ni sibuk g beraya umah orang.. hahahaa:P

* Nasib bek xbalik kampung.. ramai komen dlm fb & rakan2 opis ckp, jem teruk glerr... Syukur Al-Hamdulillah, xbalik.. mau patah pinggang aku dok lama2 dalam keta.. pinggang nak pakai lama.. kui3..

Sebenarnya nak cter, semalam, syiok2 tengah makan nasi ayam.. Al-maklum, balik class semalam, lapo plak.. lagi2 lepas test, mesti la lapo.. time lunch hour org lain g makan, aku buat apa??? Aku buat toyol baikk punyer laaa... so kelaparan la tengahari semata2 nak siapkan toyol.. hahahaa

dengan senang hati makan nasi ayam en.suami belikan sambil tengok tv.. dapat calling drp adik bujang aku ni.. berderau jantung aku, adik aku kena jahit dahi dia..

ni dari cerita adik aku kepada aku laa..

.. Rupa2nya adik ku, celebrate hari jadi gf dia, diaorg g men Ice Skating kat Sunway Piramid tu.. dah puas men 2 jam kat situ.. nak balik la kiranya... dassssss...... adik ku terjatuh tersembam.. kening cium ice la kiranya.. memang berdarah mencurah2 la.. g klinik sunway.. Doc xberani nak take over, doc kata bengkak mata adik aku, takut urat mata terkena... aiyakkk.. Apa celup ni Doc Swasta tak mau amik kes ni... Adik aku suh nurse swasta tu cuci jer kening dia..

Biasala la.. kalo jatuh, mesti la bengkak di tempat berhampiran.. nampak bengkak mata, takut plak nak solve.. bek xpayah bukak klinik sendiri.. Then, adik & gf dia g PPUM.. After scan semua kat ppum, Syukur Al-Hamdulillah, Doc kata tiada apa2.. just terbelah sket.. kena jahit 7 jahitan, nak gam pun boleh tapi, nanti xcantik la kulit tu... doc kerajaan juga yg terbaikk..

Takut plak nak men iceskating lagi... Bila jatuh tersembam, ice tu kan tajam.. ibarat tajamnya ice tu setajam parang kelar tangan korang.. sebelum adik aku terkena, rupa2nya ada gak budak tersembam gak.. nasib xmenyebelahi budak tu, kepala dia terhantuk tang mana aku xtau la.. terus biol budak tu.. lagi kesian.. uitttt.. ngilu hati aku mendengarnya... huhuuu

nasib bek adik aku xda apa.. just kena jahit sket kat kening dia.. gf adik aku jadi fobia plak & tobat xmau g sunway lg.. tapi, bagiku nak buat macamana.. setiap musibah kita tak tau..... setiap malang memang tak berbau... kita pun tak minta jadi begitu... Semuaaaa kehendak Allah SWT.. kita kena Redha dengan ketentuaan Allah SWT......

Cuma yg pasti, aku pun tobatttt dan insaf tak mau men ice skating lagi.. cukup la dulu2 zaman remaja aktif men rollerblade & ice skating... dah beranak pinak ni, semua dah berat.. lagi aku tak beraniiii.. huhuuuu

jom kita tengok luka adikku.. nasib bek boboi.. Kalo gugurl, kurang hantaran kawen.. heheheee:P

sebelum bengkak...

baru lepas 7 jahitan..

sian adik bujang aku sorang ni.. huhuuu 
Now bengkak besar coz kesan daripada kena cucuk bius utk jahitan...


Thursday, October 18, 2012

Qari demam lagi bila masuk TASKA..

Salam semua..

Minta maaf kpd semua, aku MC emergency coz aku kena kremmm perut (rupanya 1st peod) & doc check tekanan darah.. Rupanya Low Blood Pressure, tu yg pucat tu muka aku pagi ni.. Terus doc tanya; "u keja ker??".. Aku pun cakap, "xkeja coz anak demam & ada krem perut sket2"..
Then terus aku tgk doc tulis kat kertas MC.. Yessss dapat mc.. Kalo ikutkan, aku suka lagi dapat mc kerajaan.. tapi, perut aku sakit, so batalkan niat g kerajaaann.. g mediviron klinik berhampiran dgn umah..

Semalam dah g Klinik Kerajaan.. Lamanya menunggu.. Bayangkan dtg kul 8.30 pagi, kul 12 br dapat jumpa doc.. Dah la aku puasa.. sayang plak nak buka.. Insyaallah, aku teruskan.. walaupun kepala aku dah biol.. huhuuu.. Wadussss.. kalo tau g swasta.. bukan xmo g swasta, tp aku lebih percayakan doc government walaupun bil swasta en.suami boleh claim.. bukan apa, klinik kerajaan ni walaupun servis teruk, tapi kerajaan lebih byk doc pakar.. Betul ker?? Pendapat aku jer.. hehehee:P

Rupanya aku sakit sebab stressss.. Aku ni memang xblh byk fikir macam2.. cdg plan semlm kalo qari xok memang nak EL jer ari ni.. huhuuu.. walaupun keja tgh byk kat opis.. byk keja yg perlu setup for the meeting.. Aku ingat semua tu... tapi, aku terpaksa.... sungguh terpaksa.. memang la keja tu satu tanggung jawab, tapi anak??? anak perlu menjadi keutamaan.. Aku sanggup kena buang keja lagi drp hilang anak?? korang semua sanggup hilang anak?? Tak sanggupkan.. cukup la sekali aku dah kehilangan arwah Hafiz (itu semua ketentuan Allah swt & aku Redha).. dan Ya Allah, panjang la umur anak aku & panjang la umur keluarga kami termasuk diriku... maafkan dosaku & umat di dunia ini.. Amin~

" Minta maaf jugak kerana korang semua terpaksa emergency buat keja saya.. Saya terpaksa cuti.. Takkan saya nak biarkan Qari demam sorang2 & xda org manja dia kat TASKA??? korang sanggup biarkan anak korang demam2 dok dgn org lain?? Tak sanggup kan?? "


Aku story sket la..

Sebenarnya, semalam dah otw g keja, tetiba qari muntah kat baju aku.. Apa lagi, en.suami patah balik umah coz baju aku dah penuh muntah.. Sori & terima kasih en.abg cyg.. Tak kan la nak datang opis dgn baju yg berbau muntah.. huhuuu..

Sian anak mama tak sihat rupanya.. Tp, mlm td ok jer Qari.. siap time amik Qari, aku memang suka sembang2 dgn Qari... Aku tanya Qari; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Qari xmakan nasi.. Cikgu bagi kuih jer..".. Melompat la aku, Taska bagi kuih jer... xkan catu makanan xbagi budak2 makan?? Adakah aku perlu tanya??? Kekadang aku fikir mcm2, kalo aku tanya, org kecik hati.. Nanti, taska xnak terima anak aku, nanti anak aku tak diberi perhatian?? kena kurung & kena marah ker?? Macamana??? sian nya kalo budak2 kena teraniaya.. huhuuu.. mama xsanggup... korang kalo tak nak jaga budak2 dgn seikhlas hati, biarla aku jaga.. Jangan la kerana untung, anak2 teraniaya.. huhuuu..

Hari pertama aku hantar, aku tanya Qari gak; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Makan nasi lauk ayam.." .. Hati ku aku dah lega, dan aku tgk Qari nampak positif...

dan macam2 aku tanya.. Qari jawab, cikgu suka cakap "Hoiii..Hoii..".. Agak2 betul ker anak aku cter??? Anak2 yg umur 3 tahun 8 bulan, xkan la nak tipu kan.. Umur tu mana tau cakap tipu.. umo tu la cakap lurus & betul kan... entah laaa... Aku Terpaksa.. kena Tawakal...

Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku hantar Qari ke Taska.. 

Kali pertama, Qari kena demam & jangkitan kulit kuku kaki tangan tu.. nasib bek xserius.. (masa tu ibuku g Umrah)..

Now, baru 2 hari hantar Taska, Qari dah demam & perut kosong xmakan... huwaaaaaa.. sentap hati mama tau :((
(Bersyukur rezeki ibuku mendapat g menunaikan ibadah Haji bersama2 kakakku & abg iparku..)

Dari sudut positif, aku just boleh cakap, maybe Qari tak biasa dengan rentak Taska kot... Biasala taska kan memang banyak virus2 penyakit.. Doc pernah cakap, Taska adalah Sarang Penyakit.. huhuuu sampai begitu sekali persepsi doc.. Bagi aku memang betul... Almaklum, sorang budak demam, & semua akan berjangkitttt...

Lagipun, try imagine.. Kalo budak tu time makan dia main, then kalo tetiba budak tu lapo time tdo mcmn?? so, rentak xsama.. so, awal2 masuk memang tak biasa ikut rentak, tapi lama2 maybe boleh biasa..

Tapi, anak aku nak hantar sebulan jer.. Adakah berbaloii hntr Taska??? huhuuu.. Dah la 1week (13 - 17/11/12 aku nak g vacation wit family).. Kalo boleh, hati aku tak mau hantar Qari taska dah.. coz xmo la elok demam, then demam balik.. smpai bff aku ckp, anak dia "selsema sebagai teman setia plak".. macam tu sekali..

Aku bersyukur sangat2, ibuku tersayang yg menjaga Qari.. Terima kasih byk2 ibu.. Pengorbanan ibu menjaga cucu tak terbalas jasamu ibu tersayang.. Buat sementara ni aku kena bersabar & tertekan sket laaa.. Sori nyer semua...

continue story lg.. 

Semalam jumpa doktor klinik Kerajaan Semenyih.. Doc cakap Qari tak demam..

Qari muntah ada 2 sebab :- Keracunan Makanan @ Perut Kosong... 

Doc just bg ubat demam & ubat tahan muntah jer.. Orang punye laa ramai.. Biasala kalo nak servis RM1... Walaupun en.suami boleh claim di klinik swasta.. Tp aku suka klinik government kerana boleh dipercayai walaupun terpaksa menunggu lama... Dapat time slip jer, then tengahari masuk opis balik..

Keja byk yg perlu buat.. tu yg kena balik opis balik.. Dah la aku tgh stress pening kepala.. fikir macam2 & menunggu giliran lagii semlm.. Nak makan panadol?? Aku berpuasa ganti & sunat sekali.. huhuu.. kesabaran yg tinggi perlu ada.. :) Nasib bek, Qari tdo jer di opis.. Qari ngantuk makan ubat tahan muntah agaknya, itu yg ngantuk sgt tu.. sian anak mama...

Malam td badan Qari panas demam plak... Bagi ubat demam yg doc bagi semalam.. Tapi, doc government semalam tak bagi pun ubat antibiotik.. Bagiku ubat antibiotik, kalo xdemam doc xbagi.. Qari dah start demam malam td plak.. huhuuu..

itu yg aku tak cukup tdo tu... Anak demam, xkan la kita nak berdiam diri kan?? Hope semua memahami k.. huhuu

then, pagi td badan Qari panas lg, so en.suami hantar jap p klinik berhampiran umah... then, doc check aku gak coz tgk muka aku pucat.. sebenarnya malam td xblh tdo.. yerlaa, anak demam, mesti mama xdpt tdo lena la sayang... huhuuu.. sekejap2 bangun, basahkan towel lapkan seluruh badan anak tercinta... nyawa mama...

pagi2 dah kelam kabut, aku sms kakak & pakcik & bos en. atas aku jer yg aku xdtg.. bagiku, maybe pakcik opis akan tulis kat whiteboard.. dan semua org akan tahu.. tp, aku betul2 terlupa nk sms kpd 2 big bos.. sori sgt2... bukan sengaja, tapi bila anak tak sihat, hati xkeruan, emosi pun tak stabil.. semua tak blh fikir dgn waras.. semua jadi lupaa daa.. huhuuu.. sebenarnya pagi td perut aku sgt la kremmm.. rupa2nya aku 1st peod bersamaan low blood pressure  xcukup tdo.. Sengsara kan????... agaknya xcukup tdo kot.. itu yg mcm2 jd kat aku.. tensiii mama tau.... tp syukur, bila doc bg mc & aku dpt rest secukupnya dgn anak tercinta...

okla.. sebenarnya malas nak fikir, walaupun aku seperti tidak bertanggung jawab dalam kerja, walaupun dah di beri Amanah.. Tapi, mana yg perlu diutamakan?? Kerja @ Family?? Kalo diberi pilihan, korang pilih mana??? Kalo aku mestila Keluarga.. Kerja boleh cari, keluarga susah jadi pengganti... walau pun tanggung jaab dalam keja penting, xkan xda orang lain boleh membantu atau diharapkan.. kesian aku ini.. huhuuu:P

Jangan la berkira keja sangat.. Hari ini masa aku.. esok lusa masa korang pulak aku bantu.. sudah lumrah kehidupan.. Adakala susah.. Adakala senang.. yg penting kesyukuran & keredhaan yg telah ditentukan oleh Allah swt.. Sabar itu adalah separuh drp Iman.. insyaallah kalo aku boleh bertahan.. auuwww :P

Terima kasih semua yg banyak membantu.. Maaf yek emergency aku.. itu jer yg boleh aku luahkan..

Yaaaa, aku tahu tanggung jawab keja tu lebih penting seperti Amanah.. Tapi??? nyawa anak & keluarga??? huhuuuu.. sedih tau.. tersentapppp mama Qari tau.. sabar2, ada rezeki utk berhijrah.. Aku perlu berhijrah sebenarnya.. Tidak perlu di takuk lama.. Insyaallah..

copy drp rakan2 blog :
Bila dah banyak kes terjadi terutamanya melibatkan nyawa kanak-kanak berlaku dekat taska ni ibu bapa jadi takut, tak yakin nak hantar anak-anak dekat taska. Taska memang tempat asuhan kanak-kanak. Sepatutnya pihak taska perlu memastikan keadaan taska itu sendiri mesti selamat. Pengasuh yang nak mengasuh kanak-kanak tu mesti ada pengalaman, terlatih. Pastikan setiap pengasuh tu tidak diberikan sampai 4-6 orang kanak-kanak untuk dijaga. 

Bayangkan kalau semua meragam tak ke pening nak beri perhatian yang mana satu. Pihak taska jugak kena benarkan ibu kepada kanak-kanak itu masuk ke dalam taska untuk menyusukan anak contohnya. Bapa tak perlu masuk pun tak jadi masalah. 

Pihak taska sepatutnya beritahu ibu bapa jika anak mereka sakit atau mengalami perubahan pada diri kanak-kanak tersebut. Kalau anak tu sakit tak perlu dihantar ke taska, dikhuatiri akan berjangkit kepada kanak-kanak lain. Pengasuh perlu mengambil nota cara-cara bancuhan susu untuk setiap kanak-kanak yang berada bawah seliaan mereka.


ubat mama & ubat Qari.. huhuuu

ubat Qari

ubat mama.. Doc bg vitamin kat mama

budak tdo after makan ubat.. :)

"
"
"

Bila mak dah cuti ari ni, mak jaga makan & time makan ubat..

Qari ok berpeluh kena paksa oleh mama men basikal.. hehehee:P

Syukur Al-Hamdulillah :)

Qari dah beransur sihat... 





Tuesday, October 16, 2012

Roti Hotdog Qari

Sejak anak tercinta Qari hantar ke Taska (nenek p Haji),.. Rutin pagi mama berubah.. Dulu, after en.suami hantar mama pi opis, abah terus breakfast kat opis mama jer.. Tapi, kali ni Qari kena hantar Taska.. mama kena bangun awal2 pagi untuk sediakan bekal untuk anak mama tercinta makan di Taska.. Hati mama sentiasa tak tenang kalo anak mama kat Taska makan ke @ tak makan.. better mama bekal kan makanan yg mengenyangkan Qari sebelum lunch di Taska..

Menu pagi tadi.. Bangun awal pagi nak siapkan Roti Hotdog  untuk anak tercinta bawa roti ke Taska..




tadaaa... roti hotdog Qari dah siap.. :)

bekalkan sekali butter, jem strawberry & honey..


Monday, October 15, 2012

kenduri lagi... ^-^

Balik dari Kompleks Kelana Jaya (hantar ibu tercayang dapat pergi ke Tanah Suci Mekah ~ Ibadah Haji), singgah Giant Cheras yg dekat2 area tol batu9 tu.. Sebenarnya, hantar ibu pagi tadi, kul 10 pagi dah boleh balik coz ibu dah kena masuk briefing dalam kompleks.. sedih dan sayu bila bersalam2 salaman dengan ibu & kakakku (along)..

Nak g bek1st kat Mohd Chan Abdullah Kelana Jaya.. xbuka lagi laa plak.. Then, adik aku cdg kitaorg makan kat area cheras jer.. so, otw nak balik cheras.. rancak2 sembang2 xsedar, rupanya ada speed trap.. aiyaaakkkk... kena tahan polis trafik coz adikku drive laju sgt.. over 110km/j rasanya..

Adik aku pun buat muka kesian.. "Alaaa abg, tolong laa.. anak anggota nie..".. Lepassss kami.. Syukur Al-Hamdulillah... Selamat duit kami.. hehehee.. itu la sebabnya aku xmau tukar alamat ic.. Walaupun arwah ayah dah lama pergi, dan kami dah lama tak duduk kem polis.. tapi ada hikmahnya guna ic @ lesen alamat polis.. hehheeee:P

dan aku teringat masa aku study di Jitra dulu.. Aku ni kan kaki rempit gak.. hahahaa.. bukan rempit berlumba la.. Aku g class, nek motor.. polis memang suka buat roadblock kat tempat2 student banyak ni.. senang nak saman la kata kan.. aku selalu jer selamat dan terlepas.. polis pun xmau cek motor aku, bila tengok ic & lesen aku.. kalo org lain, ada jer nak geledahh moto.. mana tau ada duit poket hulur2.. opppsss... sori abg polis.. xsemua yg makan duit haram tau.. banyak polis yg makan duit halal tau.. aku puji ayah aku, membesarkan kami dengan hasil titik peluh seorang anggota polis... kami semua berjaya menjejak kaki ke universiti.. Al-hamdulillah... dan yg pastinya ada hikmah laa guna alamat polis.. heheheee... memang terbaek la jadi anak anggota polis.. sayang PDRM... muaahhss:*

masa ni kat Kelana Jaya lagi..

muka kanak2 hepi tengok belon terbang kat siling khemah :P

Sementara nak makan kenduri tengahari ni.. kami bek1st ringan2 makan roti canai kat Taman Cuepacs Cheras.. dah lama tak makan kat situ.. tempat aku masa sekolah suka lepak dulu2 dengan rakan2 olahraga.. aku dulu sport nyer orang tau.. membangga diri plak.. hahahaa.. now, rasa malas betul nak bersporty ni... malas.. malas.. malas.. itu alasan aku.. hahahaaa..

Tingat memori zaman sekolah rendah.. duit belanja sekolah aku selalu abis.. tak perlu aku jawab kat ibu aku.. Ayah aku dah jawab.. "Mana duit tak abis, ayah nampak angah lepak makan kedai mamak kat luar sekolah".. opss ayah aku sekodeng aku rupanya.. heheee.. teringat arwah ayah aku.. Alangkah gembiranya arwah ayah dapat g menunaikan haji bersama2 ibu .. Insyaallah, kalo ada rezeki, kami akan buat haji ayah bila tiba bulan Rejab tahun depan.. Insyaallah...

GIANT Cheras

bestnya & hepi tengok anak2 seronok bermain..

muka hepi masing2 walaupun pada awalnya muka faiq ketakutan & question face.. :P


muka hepi sangat.. gelak pun seakan sama.. :P
Abang & adik..

like father, like son.. :)


budak comellll :P

banyaknya makanan kat pinggan aku.. :)

Nasi & kurma daging fav Qari :)
  

Serasi bersama... bakal adik ipar yg manis ni.. so sweet :*

Selamat Pengantin Baru
Maktab PDRM Cheras..