Minta maaf kpd semua, aku MC emergency coz aku kena kremmm perut (rupanya 1st peod) & doc check tekanan darah.. Rupanya Low Blood Pressure, tu yg pucat tu muka aku pagi ni.. Terus doc tanya; "u keja ker??".. Aku pun cakap, "xkeja coz anak demam & ada krem perut sket2"..
Then terus aku tgk doc tulis kat kertas MC.. Yessss dapat mc.. Kalo ikutkan, aku suka lagi dapat mc kerajaan.. tapi, perut aku sakit, so batalkan niat g kerajaaann.. g mediviron klinik berhampiran dgn umah..
Semalam dah g Klinik Kerajaan.. Lamanya menunggu.. Bayangkan dtg kul 8.30 pagi, kul 12 br dapat jumpa doc.. Dah la aku puasa.. sayang plak nak buka.. Insyaallah, aku teruskan.. walaupun kepala aku dah biol.. huhuuu.. Wadussss.. kalo tau g swasta.. bukan xmo g swasta, tp aku lebih percayakan doc government walaupun bil swasta en.suami boleh claim.. bukan apa, klinik kerajaan ni walaupun servis teruk, tapi kerajaan lebih byk doc pakar.. Betul ker?? Pendapat aku jer.. hehehee:P
Rupanya aku sakit sebab stressss.. Aku ni memang xblh byk fikir macam2.. cdg plan semlm kalo qari xok memang nak EL jer ari ni.. huhuuu.. walaupun keja tgh byk kat opis.. byk keja yg perlu setup for the meeting.. Aku ingat semua tu... tapi, aku terpaksa.... sungguh terpaksa.. memang la keja tu satu tanggung jawab, tapi anak??? anak perlu menjadi keutamaan.. Aku sanggup kena buang keja lagi drp hilang anak?? korang semua sanggup hilang anak?? Tak sanggupkan.. cukup la sekali aku dah kehilangan arwah Hafiz (itu semua ketentuan Allah swt & aku Redha).. dan Ya Allah, panjang la umur anak aku & panjang la umur keluarga kami termasuk diriku... maafkan dosaku & umat di dunia ini.. Amin~
" Minta maaf jugak kerana korang semua terpaksa emergency buat keja saya.. Saya terpaksa cuti.. Takkan saya nak biarkan Qari demam sorang2 & xda org manja dia kat TASKA??? korang sanggup biarkan anak korang demam2 dok dgn org lain?? Tak sanggup kan?? "
Aku story sket la..
Sebenarnya, semalam dah otw g keja, tetiba qari muntah kat baju aku.. Apa lagi, en.suami patah balik umah coz baju aku dah penuh muntah.. Sori & terima kasih en.abg cyg.. Tak kan la nak datang opis dgn baju yg berbau muntah.. huhuuu..
Sian anak mama tak sihat rupanya.. Tp, mlm td ok jer Qari.. siap time amik Qari, aku memang suka sembang2 dgn Qari... Aku tanya Qari; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Qari xmakan nasi.. Cikgu bagi kuih jer..".. Melompat la aku, Taska bagi kuih jer... xkan catu makanan xbagi budak2 makan?? Adakah aku perlu tanya??? Kekadang aku fikir mcm2, kalo aku tanya, org kecik hati.. Nanti, taska xnak terima anak aku, nanti anak aku tak diberi perhatian?? kena kurung & kena marah ker?? Macamana??? sian nya kalo budak2 kena teraniaya.. huhuuu.. mama xsanggup... korang kalo tak nak jaga budak2 dgn seikhlas hati, biarla aku jaga.. Jangan la kerana untung, anak2 teraniaya.. huhuuu..
Hari pertama aku hantar, aku tanya Qari gak; "Qari makan apa ari ni??".. Qari jawab; "Makan nasi lauk ayam.." .. Hati ku aku dah lega, dan aku tgk Qari nampak positif...
dan macam2 aku tanya.. Qari jawab, cikgu suka cakap "Hoiii..Hoii..".. Agak2 betul ker anak aku cter??? Anak2 yg umur 3 tahun 8 bulan, xkan la nak tipu kan.. Umur tu mana tau cakap tipu.. umo tu la cakap lurus & betul kan... entah laaa... Aku Terpaksa.. kena Tawakal...
Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku hantar Qari ke Taska..
Kali pertama, Qari kena demam & jangkitan kulit kuku kaki tangan tu.. nasib bek xserius.. (masa tu ibuku g Umrah)..
Now, baru 2 hari hantar Taska, Qari dah demam & perut kosong xmakan... huwaaaaaa.. sentap hati mama tau :((
(Bersyukur rezeki ibuku mendapat g menunaikan ibadah Haji bersama2 kakakku & abg iparku..)
Dari sudut positif, aku just boleh cakap, maybe Qari tak biasa dengan rentak Taska kot... Biasala taska kan memang banyak virus2 penyakit.. Doc pernah cakap, Taska adalah Sarang Penyakit.. huhuuu sampai begitu sekali persepsi doc.. Bagi aku memang betul... Almaklum, sorang budak demam, & semua akan berjangkitttt...
Lagipun, try imagine.. Kalo budak tu time makan dia main, then kalo tetiba budak tu lapo time tdo mcmn?? so, rentak xsama.. so, awal2 masuk memang tak biasa ikut rentak, tapi lama2 maybe boleh biasa..
Tapi, anak aku nak hantar sebulan jer.. Adakah berbaloii hntr Taska??? huhuuu.. Dah la 1week (13 - 17/11/12 aku nak g vacation wit family).. Kalo boleh, hati aku tak mau hantar Qari taska dah.. coz xmo la elok demam, then demam balik.. smpai bff aku ckp, anak dia "selsema sebagai teman setia plak".. macam tu sekali..
Aku bersyukur sangat2, ibuku tersayang yg menjaga Qari.. Terima kasih byk2 ibu.. Pengorbanan ibu menjaga cucu tak terbalas jasamu ibu tersayang.. Buat sementara ni aku kena bersabar & tertekan sket laaa.. Sori nyer semua...
continue story lg..
Semalam jumpa doktor klinik Kerajaan Semenyih.. Doc cakap Qari tak demam..
Qari muntah ada 2 sebab :- Keracunan Makanan @ Perut Kosong...
Doc just bg ubat demam & ubat tahan muntah jer.. Orang punye laa ramai.. Biasala kalo nak servis RM1... Walaupun en.suami boleh claim di klinik swasta.. Tp aku suka klinik government kerana boleh dipercayai walaupun terpaksa menunggu lama... Dapat time slip jer, then tengahari masuk opis balik..
Keja byk yg perlu buat.. tu yg kena balik opis balik.. Dah la aku tgh stress pening kepala.. fikir macam2 & menunggu giliran lagii semlm.. Nak makan panadol?? Aku berpuasa ganti & sunat sekali.. huhuu.. kesabaran yg tinggi perlu ada.. :) Nasib bek, Qari tdo jer di opis.. Qari ngantuk makan ubat tahan muntah agaknya, itu yg ngantuk sgt tu.. sian anak mama...
Malam td badan Qari panas demam plak... Bagi ubat demam yg doc bagi semalam.. Tapi, doc government semalam tak bagi pun ubat antibiotik.. Bagiku ubat antibiotik, kalo xdemam doc xbagi.. Qari dah start demam malam td plak.. huhuuu..
itu yg aku tak cukup tdo tu... Anak demam, xkan la kita nak berdiam diri kan?? Hope semua memahami k.. huhuu
then, pagi td badan Qari panas lg, so en.suami hantar jap p klinik berhampiran umah... then, doc check aku gak coz tgk muka aku pucat.. sebenarnya malam td xblh tdo.. yerlaa, anak demam, mesti mama xdpt tdo lena la sayang... huhuuu.. sekejap2 bangun, basahkan towel lapkan seluruh badan anak tercinta... nyawa mama...
pagi2 dah kelam kabut, aku sms kakak & pakcik & bos en. atas aku jer yg aku xdtg.. bagiku, maybe pakcik opis akan tulis kat whiteboard.. dan semua org akan tahu.. tp, aku betul2 terlupa nk sms kpd 2 big bos.. sori sgt2... bukan sengaja, tapi bila anak tak sihat, hati xkeruan, emosi pun tak stabil.. semua tak blh fikir dgn waras.. semua jadi lupaa daa.. huhuuu.. sebenarnya pagi td perut aku sgt la kremmm.. rupa2nya aku 1st peod bersamaan low blood pressure xcukup tdo.. Sengsara kan????... agaknya xcukup tdo kot.. itu yg mcm2 jd kat aku.. tensiii mama tau.... tp syukur, bila doc bg mc & aku dpt rest secukupnya dgn anak tercinta...
okla.. sebenarnya malas nak fikir, walaupun aku seperti tidak bertanggung jawab dalam kerja, walaupun dah di beri Amanah.. Tapi, mana yg perlu diutamakan?? Kerja @ Family?? Kalo diberi pilihan, korang pilih mana??? Kalo aku mestila Keluarga.. Kerja boleh cari, keluarga susah jadi pengganti... walau pun tanggung jaab dalam keja penting, xkan xda orang lain boleh membantu atau diharapkan.. kesian aku ini.. huhuuu:P
Jangan la berkira keja sangat.. Hari ini masa aku.. esok lusa masa korang pulak aku bantu.. sudah lumrah kehidupan.. Adakala susah.. Adakala senang.. yg penting kesyukuran & keredhaan yg telah ditentukan oleh Allah swt.. Sabar itu adalah separuh drp Iman.. insyaallah kalo aku boleh bertahan.. auuwww :P
Terima kasih semua yg banyak membantu.. Maaf yek emergency aku.. itu jer yg boleh aku luahkan..
Yaaaa, aku tahu tanggung jawab keja tu lebih penting seperti Amanah.. Tapi??? nyawa anak & keluarga??? huhuuuu.. sedih tau.. tersentapppp mama Qari tau.. sabar2, ada rezeki utk berhijrah.. Aku perlu berhijrah sebenarnya.. Tidak perlu di takuk lama.. Insyaallah..
copy drp rakan2 blog :
Bila dah banyak kes terjadi terutamanya melibatkan nyawa kanak-kanak berlaku dekat taska ni ibu bapa jadi takut, tak yakin nak hantar anak-anak dekat taska. Taska memang tempat asuhan kanak-kanak. Sepatutnya pihak taska perlu memastikan keadaan taska itu sendiri mesti selamat. Pengasuh yang nak mengasuh kanak-kanak tu mesti ada pengalaman, terlatih. Pastikan setiap pengasuh tu tidak diberikan sampai 4-6 orang kanak-kanak untuk dijaga.
Bayangkan kalau semua meragam tak ke pening nak beri perhatian yang mana satu. Pihak taska jugak kena benarkan ibu kepada kanak-kanak itu masuk ke dalam taska untuk menyusukan anak contohnya. Bapa tak perlu masuk pun tak jadi masalah.
Pihak taska sepatutnya beritahu ibu bapa jika anak mereka sakit atau mengalami perubahan pada diri kanak-kanak tersebut. Kalau anak tu sakit tak perlu dihantar ke taska, dikhuatiri akan berjangkit kepada kanak-kanak lain. Pengasuh perlu mengambil nota cara-cara bancuhan susu untuk setiap kanak-kanak yang berada bawah seliaan mereka.
ubat mama & ubat Qari.. huhuuu
ubat Qari
ubat mama.. Doc bg vitamin kat mama
budak tdo after makan ubat.. :)
"
"
"
Bila mak dah cuti ari ni, mak jaga makan & time makan ubat..
Qari ok berpeluh kena paksa oleh mama men basikal.. hehehee:P
Syukur Al-Hamdulillah :)
Qari dah beransur sihat...
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D