Nuffnang Ads

Wednesday, October 26, 2011

Pilih lokasi sesuai usia anak... Cuti2 Akhir Tahun..


Aktiviti percutian bersama anak-anak bertujuan untuk membuatkan mereka riang dan gembira. Mungkin bagi kanak-kanak yang sudah besar, mereka berasa seronok bila diajak berjalan tetapi bagaimana pula dengan si kecil yang tidak tahu apa.

Panduan memilih lokasi percutian mengikut usia anak anda mungkin boleh membantu aktiviti liburan menjadi kenangan menyeronokkan.


Bayi baru lahir
Paling mudah bercuti membawa bayi di bawah usia tiga bulan. Tiada rungutan daripada mereka kecuali sedikit gelisah jika anda tiada di sisi. Mungkin kerana mereka rasa kurang selamat dengan keadaan persekitaran yang baru. Sekiranya bercadang bercuti ke destinasi yang jauh dalam jangka masa yang lama, berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat serta ubat apa yang perlu dibawa atau tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.


3 hingga 6 bulan
Ketika usia bayi sebegini anda boleh membawanya ke destinasi pelancongan yang lebih jauh kerana mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.


6 hingga 12 bulan
Semakin besar semakin bijak. Perkembangan kanak-kanak semasa kecil sangat pantas. Ketika usia begini, mereka agak sukar dibawa berjalan. Mereka mudah mendapat kawan kerana begitu peramah dengan sesiapa sahaja.

Ini masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka dengan persekitaran. Pilihlah lokasi percutian yang dekat dengan alam semula jadi.

12 hingga 18 bulan
Bersantai bersama kanak-kanak usia ini memang memenatkan. Mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Jadi, bawalah mereka ke tempat yang mudah anda awasi. Contohnya ke kawasan percutian yang ada permainan yang dibina khas untuk kanak-kanak.


18 hingga 24 bulan
Mereka semakin bijak dan lasak. Anda sudah boleh membawa mereka ke mana sahaja. Jika bercuti di hotel, gunakanlah kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan anda penat melayan kerenah mereka. Berenang di kolam renang selain daripada bersantai boleh juga anda mengajar mereka berenang.



2 hingga 3 tahun 
(umo Qari sekarang .. so, nak plan g mana yek ??? Tgk bajet dulu.. :D )

 baru lepas gunting rambut.. encem tak saya ??

Dunia IT budak skrg.. Budak lagi hebat dr kita..


Rakan sepermainan.... semua anak2 jiran gugurl.. 
Macamana ni?? 
Nasib bek budak2 sekarang semua men games lasak2..


Mereka sudah boleh diajar berbincang untuk memilih lokasi percutian. Oleh itu jangan lupa ambil kira pendapat mereka. Pada usia ini anda sudah boleh mengajar mereka adab sopan apabila melancong ke tempat orang. 

Selain itu, anda boleh mengajar mereka tentang kemahiran hidup. Jadi percutian berkhemah atau aktiviti lasak terutama kepada anak lelaki memang pilihan yang bijak.

Sebenarnya apa pun lokasi pilihan anda, yang penting anda berdua perlu bijak melakukan perancangan agar percutian lebih bermakna.

share drpd Pa&Ma : 
http://www.majalahpama.com.my/aktiviti/artikel.asp?art=2009/1204/9618496661&sec=Topik

Monday, October 24, 2011

-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-


uiiittttt..... Macam2 la orang zaman skrg nak untung cepat.. Takut juga kalo kita terkena.. Insyaallah kita kena amalkan 
baca dan hafal ayat2 suci selalu b4 p mana2 kedai makan... memang bagus amalkan.. Bila kita makan makanan yg bersih dan tidak tercemar dgn setan2 ni... hidup kita aman... xda marah2... xda perasaan hasad dengki... xda sifat yg teruk2.. Anak2 pun happy selalu jer... rumah tangga bahagia.. insyaallah.. 
.. jom kita sharing dan aku pun dapat info dr fb..

"
"
"
"
"
"



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris 


(Khadam jin)


baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka 

tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup

macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. 

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).. Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin

menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah 

kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk 
mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca 3 surah terakhir atau 3 Qul setiap hari..


Ia berdasarkan hadith :



قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله 

أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات 
تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : 
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan 
(surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali 
ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan 
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa 
yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan 
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 
5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-
Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

47568.100000370952962&type=1&ref=nf— with Ucchie Asshz.

Thursday, October 20, 2011

Rumah Baru Dyan & Farid..

Tahniah ... Best kan bila kita dah memiliki umah sendiri.. Aku pun begitu... Lagi2 bersama2 dengan insan tercinta... Lagi bermakna jika dapat berkumpul semua keluarga.. Mengeratkan lagi silaturrahim.. Amin ~

santai :)


 ibu nak turun tangga.. sian ibu kena nek tangga ni..


 Bilik audio visio... bilik karok.. bilik cinema.. etc..

 Bilik Baby

 King Bed.. bagus rendah nanti anak2 jatuh katil tak sakit..

22 X 75

Tuesday, October 18, 2011

Menurut dari laporan akhbar Daily Beijing, adik Yuen masih dalam keadaan koma dan otaknya separuh berfungsi.

Berita malam tadi memang betul2 mengejutkan aku dari leka selama ini.. Semalam kita dikejutkan dengan video seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang mengalami kemalangan dilanggar van & lori, tetapi tidak dihiraukan oleh masyarakat sekeliling dan tiada siapa yang tampil membantu. 

Budak 2 tahun yang tidak tahu apa2, merayau seorang diri dan terus dilanggar lari oleh van yang dipandu oleh manusia yg berhati binatang.. komunis.. kejam sungguh... Dah la langgar (mcm la xnampak budak tu), then ko boleh stop.. Pastu boleh langgar lagi .. ko ingat budak tu bumper ker walaupun ko bawa slow2 gler.. Berat sangat ke bontot ko turun selamatkan budak tu... Boleh lagi ko langgar budak tu 2 kali.. Kejam.. sepatutnya ko mampus cepat.. huhuuu.. Aku betul2 sedih nak nangis tgk video tu.. 

Ya Allah, kesian nya budak tu... Sadis sungguh keadaan budak itu.. Tak da orang yg amik kisah pun.. Harap sangat2 benda mcm ni tak terjadi di Malaysia.. Walaupun rakyat Malaysia ni terlalu prihatin, tapi jangan tengok2 jer.. Kita m,esti terus hantar ke hospital selamat kan mangsa .. tak kisah bangsa @ umur.. 

"Ya Allah, kadang2 aku terleka.. Mohon sangat agar aku sentiasa mengawasi anakku dari bermain sendirian... Lindungi la anak2 ku & keluarga drpd bahaya.." 

Biarla kita marah & cubit anak2 kita sehingga dia menangis.. Dan jangan la kita menangis di kemudian hari.. touching nyaa.. Dulu aku ada tengok kat Negara Luar juga, budak kena langgar dengan MPV.. Kecuaian manusia gak..

Peringatan kepada semua dan kepada diri ku sendiri juga... Mengharapkan agar kita semua sentiasa mengawasi anak-anak agar mereka tidak berada jauh dengan kita bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. 

Aku berharap sangat2 agar Rakyat Malaysia menjadi masyarakat prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri serta sedia memberikan bantuan kepada insan  @ sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kita..


Keadaan adik Yuen yg masih dalam keadaan koma dan otaknya separuh berfungsi.. 
Kesiannya budak yg tak tau apa2 ni..


Semoga adik Yuen sihat seperti biasa.. Jika adik Yuen sengsara lebih baik adik Yuen meninggal dunia.. Memberi pengajaran kepada Rakyat Beijing yang sungguh sellfish... Hati binatang.. Tergamak kah mereka jika perkara ini jadi pada anak pemandu van tu??


.....................................................................................

Jumpe kat internet, fakta pasal kes budak kena langgar kat China tu..kalo baca baru leh faham situasi sebenar kat sana..

"Aku sebenarnya sangat ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak membantu budak yg b'umur 2 tahun dilanggar di China tu. So, aku pun tryla cari culture & what they have practice in China. Rata2 semua orang cakap pasal those in china sgt kejam. So, semoga kamu semua boleh baca dan tahu keadaan sebenar di China.


Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... 


Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. 

Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China.
 Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
http://news.bjnews.com.cn/news/2011/1017/135193.shtml
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."


Hope rakyat malaysia tak macam ni ok...


TIPS UNTUK MENGELAK DARIPADA KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak…. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.
Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Jiran yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama …).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch &lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00am).

share :

http://akuareal.com/2011/09/29/tips-untuk-mengelak-daripada-kecurian-di-rompak-dan-di-rogol-dalam-rumah-sendiri/

Monday, October 17, 2011

Qari tak nangis pun gunting rambut.. i like :)

Semalam (Ahad, 16/10/2011).. 

Balik class, aku park keta kat opiz en.abe syg la kat sri petaling.. So, tungu la en.suami amik aku.. ooo.. buat lawak nya.. Kata Qari xbawa sekali.. Abis putus asa gak la nak follow en.suami g repair lampu kat penyewa.. if Qari tak ikut, boring la aku.. Ada Qari, boleh la cium peluk Qari ni.. hehee:P

Janji dengan penyewa kul 3++.. sementara tunggu time yg sesuai, en.suami ajak makan lunch dulu.. Pekena puyuh goreng.. nyum`.. memang sedap.. Qari plg excited suka.. Then, jeng2.. Qari kena gunting rambut dgn barber Acheh yg dok kat Pantai Dalam.. En.suami suka gunting rambut kat situ.. Siap bg servis urut2 kepala.. bahu.. syoknya... Qari xkena urut la coz baby lagi.. kalo servis gunting rambut perempuan, mcm ni kan best.. ... Sian rambut Qari dah kena gondol.. Aku baru cadang nak simpan rambut Qari, biar nampak panjang macam rambut Anuar Zain.. Tapi, xkesampaian.. huhuuu...

Barber Acheh tu asik puji Qari jer.. Siap cakap, nangis la.. nak dengar nangis.. Tapi, Qari good boy.. Tak nangis.. khusyuk jer pandang cermin.. khusyuk jer tgk barber Acheh tu gunting rambut Qari... Syukur Al-Hamdulillah.. Qari mood ok.. Qari good boy.. Mama suka.. Qari tak nangis.. Qari jadi budak besar... Jeng.. Jeng.. dah pendek dah rambut budak bucuk nie.. .. :)



Baru nampak macho rambut pendek.. 
Kalo tak, asik org cakap muka macam gugurl la plak.. hehee:P

Kalo exam boleh buat macam ni kan best??

Exam ?? Test ?? Quiz ?? Assignment ??.. semua ni aku tak suka.. menci.. menci.. menci.. Tapi, itu la hakikat nya yang aku kena tempuhi.. Aku kan student .. macam ni la.. Aku kena semangat abiskan sisa2 paper lagi yg aku drop dulu.. Tinggal sket jer lagi paper... chaiyuk2 Azura.. huhuuu.. jiwang kan?? itula aku... huwaaa.... dah bosan.. weekend org lain g men bowling.. aku kena g class.. nak hantar assgment.. ada test.. ada Quiz.. menci kan??

Alamak lari topik plak.. hehee:P

Aku nak cter, kan best kalo Final Exam boleh bawak hp, nak snap picture buku2 byk2 pun boleh, utk masuk dlm dewan... wow, tentu aku dapat 4.00...:)

Tapi, test boleh la aku buat.. Lecturer xperasan.. mesti Lecturer ingat aku tgh khusyuk sms dgn org sebelah... Tapi, aku ada cara aku sendiri... tak perlulah nak tulis font kecik2 kat kertas, then tgk2 nyorok dlm kain la, calculator la.. itu taktik zaman skolah kita dolu2.. ni aku nak bg petua advanced sket.. Aku jer rasa advance, ntah2 korang semua dah try .. Hp kita sekarang kan canggih.. kecik2 comey2.. ko zoom jer screen tu.. semua nampak.. best kan teknology meniru sekarang... hahaa:D

Itu yg final exam, xboleh on hp.. cikgu @ lecturer lebih cerdik dari anda termasuk aku.. coz diaorg dah tau taktik2 kotor student macam aku ni.. heheee :D

Nak hidup kena buat mcm2 cara la.. nak study xsempat laa... weekdays keja.. malam nak jaga anak.. belum lagi en.suami suh buat mcm2.. waduzz.. xkuasa aku nak study tdo lewat2.. pada dasarnya aku tdo kul 3 pagi tau nak siap kan assignment yg menimbun tu.. Nak tiru kawan2 memang boleh la.. Tapi, nanti aku yg bodoh.. masuk dewan exam.. termenung sorang2 xtau jawab.. huhuu..

Formula masa test.. heheheee:P


Aku plg xsuka subjek structure & geoteknik.. 
tapi, subjek ni la aku perlu kena score utk keja mcm aku ni.. huhuu



Tuesday, October 11, 2011

Cara RASULULLAH S.A.W Menjaga Kesihatan Diri




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH



Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun 

sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, 

solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam 

antaranya mendapat limpahan pahala, 

kesegaran udara subuh yang baik terutama 

untuk merawat penyakit tibi serta 

memperkuatkan akal fikiran.



AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap 

Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut 

halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta 

memakai minyak wangi.



“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut 


bagi setiap orang dewasa. Demikian pula 

menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” 

(Hadis riwayat Muslim)





TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami 


adalah satu kaum yang tidak makan sebelum 

lapar dan apabila kami makan tidak terlalu 

banyak (tidak sampai kekenyangan).” 

(Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga 

benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk 

air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat 

Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan 

bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi 

selalu berpuasa sunat.



GEMAR BERJALAN KAKIRasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, 

medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. 

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, 

roma terbuka dan peredaran darah berjalan 

lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa 

menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan 

kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan 

tempat yang hendak kita pergi.



TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi 

sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat 

kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah 

terletak pada jasad, tetapi lebih kepada 

kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan 


marah iaitu dengan mengubah posisi ketika 

marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk 

dan apabila sedang duduk, maka perlu 

berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah 

itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk 

dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan 

serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional 

yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain 

perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja 

keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.



TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan 


jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada 

sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari 

sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku 

dengan sifat-sifat mahmudah.”



PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi 

mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. 

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita 

daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat 

pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf 

kerana yang pasti badan sihat.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi 


dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara 

hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita 

semakin dekat dengan Nabi yang amat kita 

rindukan pertemuan dengannya.."-) 


Oleh Ustaz Zawawi Yusof