Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2011

Cara RASULULLAH S.A.W Menjaga Kesihatan Diri




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH



Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun 

sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, 

solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam 

antaranya mendapat limpahan pahala, 

kesegaran udara subuh yang baik terutama 

untuk merawat penyakit tibi serta 

memperkuatkan akal fikiran.



AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap 

Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut 

halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta 

memakai minyak wangi.



“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut 


bagi setiap orang dewasa. Demikian pula 

menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” 

(Hadis riwayat Muslim)





TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami 


adalah satu kaum yang tidak makan sebelum 

lapar dan apabila kami makan tidak terlalu 

banyak (tidak sampai kekenyangan).” 

(Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga 

benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk 

air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat 

Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan 

bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi 

selalu berpuasa sunat.



GEMAR BERJALAN KAKIRasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, 

medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. 

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, 

roma terbuka dan peredaran darah berjalan 

lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa 

menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan 

kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan 

tempat yang hendak kita pergi.



TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi 

sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat 

kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah 

terletak pada jasad, tetapi lebih kepada 

kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan 


marah iaitu dengan mengubah posisi ketika 

marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk 

dan apabila sedang duduk, maka perlu 

berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah 

itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk 

dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan 

serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional 

yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain 

perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja 

keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.



TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan 


jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada 

sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari 

sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku 

dengan sifat-sifat mahmudah.”



PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi 

mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. 

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita 

daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat 

pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf 

kerana yang pasti badan sihat.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi 


dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara 

hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita 

semakin dekat dengan Nabi yang amat kita 

rindukan pertemuan dengannya.."-) 


Oleh Ustaz Zawawi Yusof

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D