Nuffnang Ads

Tuesday, October 18, 2011

Menurut dari laporan akhbar Daily Beijing, adik Yuen masih dalam keadaan koma dan otaknya separuh berfungsi.

Berita malam tadi memang betul2 mengejutkan aku dari leka selama ini.. Semalam kita dikejutkan dengan video seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang mengalami kemalangan dilanggar van & lori, tetapi tidak dihiraukan oleh masyarakat sekeliling dan tiada siapa yang tampil membantu. 

Budak 2 tahun yang tidak tahu apa2, merayau seorang diri dan terus dilanggar lari oleh van yang dipandu oleh manusia yg berhati binatang.. komunis.. kejam sungguh... Dah la langgar (mcm la xnampak budak tu), then ko boleh stop.. Pastu boleh langgar lagi .. ko ingat budak tu bumper ker walaupun ko bawa slow2 gler.. Berat sangat ke bontot ko turun selamatkan budak tu... Boleh lagi ko langgar budak tu 2 kali.. Kejam.. sepatutnya ko mampus cepat.. huhuuu.. Aku betul2 sedih nak nangis tgk video tu.. 

Ya Allah, kesian nya budak tu... Sadis sungguh keadaan budak itu.. Tak da orang yg amik kisah pun.. Harap sangat2 benda mcm ni tak terjadi di Malaysia.. Walaupun rakyat Malaysia ni terlalu prihatin, tapi jangan tengok2 jer.. Kita m,esti terus hantar ke hospital selamat kan mangsa .. tak kisah bangsa @ umur.. 

"Ya Allah, kadang2 aku terleka.. Mohon sangat agar aku sentiasa mengawasi anakku dari bermain sendirian... Lindungi la anak2 ku & keluarga drpd bahaya.." 

Biarla kita marah & cubit anak2 kita sehingga dia menangis.. Dan jangan la kita menangis di kemudian hari.. touching nyaa.. Dulu aku ada tengok kat Negara Luar juga, budak kena langgar dengan MPV.. Kecuaian manusia gak..

Peringatan kepada semua dan kepada diri ku sendiri juga... Mengharapkan agar kita semua sentiasa mengawasi anak-anak agar mereka tidak berada jauh dengan kita bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. 

Aku berharap sangat2 agar Rakyat Malaysia menjadi masyarakat prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri serta sedia memberikan bantuan kepada insan  @ sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kita..


Keadaan adik Yuen yg masih dalam keadaan koma dan otaknya separuh berfungsi.. 
Kesiannya budak yg tak tau apa2 ni..


Semoga adik Yuen sihat seperti biasa.. Jika adik Yuen sengsara lebih baik adik Yuen meninggal dunia.. Memberi pengajaran kepada Rakyat Beijing yang sungguh sellfish... Hati binatang.. Tergamak kah mereka jika perkara ini jadi pada anak pemandu van tu??


.....................................................................................

Jumpe kat internet, fakta pasal kes budak kena langgar kat China tu..kalo baca baru leh faham situasi sebenar kat sana..

"Aku sebenarnya sangat ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak membantu budak yg b'umur 2 tahun dilanggar di China tu. So, aku pun tryla cari culture & what they have practice in China. Rata2 semua orang cakap pasal those in china sgt kejam. So, semoga kamu semua boleh baca dan tahu keadaan sebenar di China.


Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... 


Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. 

Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China.
 Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
http://news.bjnews.com.cn/news/2011/1017/135193.shtml
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."


Hope rakyat malaysia tak macam ni ok...


No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D