Nuffnang Ads

Sunday, October 14, 2012

Menghantar ibu tersayang ke Kelana Jaya utk menunaikan ibadah Haji

Pagi tadi terasa sangat syahdu kerana hantar ibu tersayang ke Kelana Jaya tempat berhimpun semua jemaah Haji untuk menunaikan ibadah Haji.. Ibu, along (kakak) & abg wan (abg ipar) antara yg bertuah & telah diberi hidayah dan peluang untuk menunaikan Haji pada tahun ini.. Syukur Al-Hamdulillah & Terima kasih Ya Allah memberi peluang mereka menjejak kaki di sana.... dan Ya Allah, ku pohon diriku bersama suami & anak2 dapat berpeluang pergi di Tanah Suci menunaikan Haji & Umrah jika kami menerima segala kurniaan rezeki & melangsaikan segala hutang seperti kereta & study... Insyaallah

Semoga ibu, along & abg wan & semua jemaah Haji dalam keadaan sihat walafiat dan selamat pergi dan balik.. dan Ya Allah, semoga mereka semua dapat menunaikan haji yg mabrur.. Insyaallah...

Bersyukur & berseri2 wajah ibu tersayang berpeluang menunaikan Rukun Islam Ibadah Haji

fresh face my mom.. rindu nyer kat ibu tak jumpa sebulann huhuuu

Ramainya sanak-saudara & sahabat handai menghantar para jemaah Haji 
ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..

Beratur nak amik pas & kelengkapan jemaah Haji..

Ramainyaaa yg queue..

Kami akan rindu ibu tersayang.. Semoga ibu mendapat haji mabrur & mendapat kesihatan yang baik ketika berada di Tanah Suci Mekah

Bersama ibu tersayang.. Semoga dipermudahkan ketika berada di sana.. 
  
Ibu wit bakal menantu.. (gf pakcu)

:)

adik bujang sorang..

ibu tersayang wit adikku & faiq :)

beratur menunggu giliran..

Al-Hamdulillah kakakku mendapat menunaikan Haji di usia yg muda 31 tahun :)

ibu, opah & kakak & abg ipar dapat pergi bersama2 menunaikan Haji.. Al-Hamdulillah..

Akhirnya ibu dapat juga pass.. 
Apa tangan adik tengah buat tu???

Berseri2 wajah kakakku tersayang.. 


Opah.. along & ibu bersyukur berpeluang menunaikan Haji pada tahun ini..
   
4 jemaah bakal ke Tanah Suci Mekah..
Abg wan (abg ipar), kakak, ibu & opah..



belon2 berterbangan di atas siling khemah

kesiann Qari kena tinggal dengan nenek... sabar yek sayang, sebulan jer..

Tahun ni rasa sunyi tidak dapat beraya bersama2 ibu & arwah ayah serta bersama mentua kerana pada 26hb Oktober 2012  lecturer kejam mendera kami nak buat test Geoteknik II pada hari Ahad (28/10/12)... adussssss... memang tensiii tau... tapi, xpala.. nak buat macamana.. nama pun student...

Oklah.. sebenarnya sempena Raya Qurban, diriku nak sembang sket mengenai topik :

Soal Jawab tentang kemusykilan ibadah..
.. Semakan oleh : DR. FAUZI DERAMAN
.. Selenggaraan  : MOHD ALI HJ. MOHD NOOR..

citer psl Akikah.. Abqariz anak ku yg sulung dah buat Akikah yg disempurnakan oleh Pak sedara di Jabi, Kedah.. 2 bahagian lembu (boy : 2 bahagian, manakala girl : 1 bahagian) telah disponsor oleh Tok Tom .. terima kasih byk2 kepada semua yg menyempurnakan Aqiqah tersdebut.. 

.. cter psl Akikah lagi.. anak no.2 meninggal dlm kandungan (Muhammad Hafiz Zaem).. kami pun xtau sama ada nak buat @ x.. mcm2 persoalan dan jawapan telah diberi dan diterima.. ada yg cakap xperlu coz baby meninggal dlm kandungan.. ada yg cakap perlu coz roh dah masuk masa dlm rahim.. macam2 kami bertanya.. akhirnya kemusykilan terjawab dgn refer ustaz2 dan buku tersebut di muka surat 181. Dalam buku tersebut menulis soalan dan dijawab oleh ustaz..


SOALAN :
Sebuah kampung telah mengamalkan akikah selepas seseorang itu meninggal dunia, tidak setelah lahir. Sahkah akikah yang telah diamalkan itu ?


JAWAPAN :
Hukum akikah adalah Sunat Muakad. Masanya untuk melakukan akikah itu ialah selepas tujuh hari kelahiran bayi. Kanak-kanak yang belum baligh disunatkan ke atas ibu bapa melakukan akikah untuk mereka dan apabila sudah dewasa disunatkan ke atas diri sendiri. Kalaulah meninggal dunia tidak perlu.

3 comments:

  1. akhirnya kami dpt jawapannya.. so, kami xperlu buat akikah pd Muhammad Hafiz Zaem coz baby dah meninggal 5 hari dalam kandungan ibu.. huhuu.. touching

    ReplyDelete
  2. innalillah..aku tatau anak no 2 ko meninggal...anak yg meninggal slm kandungan atau lps lahir tak perlu buat..

    ReplyDelete
  3. mie: xda rezki Qari dpt adik lg.. Lagi bertambah manja la Qari tu.. :) Lgpun aku redha dgn ketentuan Nya.. belum ada rezki lg.. i2la, kami tanya ustaz, & ustaz kata xperlu buat coz dia mninggal dlm kandungan.. melainkan dia meninggal 7 hari selepas kelahiran, br kena buat AqiQah..

    ReplyDelete

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D