Nuffnang Ads

Sunday, August 25, 2013

DERHAKA…ADAKAH HANYA ANAK KEPADA IBUBAPA?

Bagiku adik derhaka kepada kakak2 dan abang2 juga dikira DERHAKA.. kerana adik itu tidak menghormati orang yg lebih tua daripada dia... sepatutnya adik perlu mengalah.. Tapi dunia sekarang plak sudah terbalik.. Kakak@ atau abang2 plak yang mengalah disebabkan tidak mahu mengeruhkan keadaan dan tidak mahu ibu atau bapa bersedih tengok pergaduhan antara adik beradik.. Ya Allah, minta dijauhikan.. Hapuskan sifat dengki dalam diriku, jauhilah orang2 yang bersifat begitu dari hidupku.. Amin~


CopyPASTE 


Majalah Solusi edisi Februari 2010 menampilkan artikel Ibu Bapa Derhaka? yang menyentuh tentang hubungan ibu bapa dan anak-anak.
Tazkirah Jumaat kali ini ingin juga berkongsi apa yang ternukil di laman ini:
Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Nukilan OnDaStreet: Kerapkali “derhaka” dikaitkan antara hubungan anak dengan ibubapa (selain daripada konteks politik.. asyik-asyik politik, keluarga sendiri pun tidak dibetulkan, tiada gunanya juga).
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.
Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Jika carutan kebiasaanmu, ubahlah kepada ucapan/zikir sebagai amalanmu untuk diucapkan kepada umum.
Adalah diharapkan, kita dapat renung kembali dan memperbaiki diri kita.
Kepada yang bergelar anak-anak, janganlah pula menuding semata-mata pada ibu bapa atau orang lain. Dirimu sudah punyai akal dan dipercayai telah diajar ilmu-ilmu asas (melainkan selalu tak masuk kelas atau tidur dalam kelas). Gunakanlah kurniaan itu sebaiknya.
Sebenarnya, tak kesemua anak2 kita bermasalah yg jadi punca masalah kepada ibubapa juga dipersalahkan... Mungkin antara adik beradik yang lain semua ok dan beradap, tetiba ada 1 jer yg  xok.. Siapa yg perlu dipersalahkan??
Tepuk dada tanya la selera.. mcm nak makan plak.. hehehee:P
Bila orang itu tidak mahu mendengar nasihat bahkan nasihat ibubapa sendiri, kakak2, abang2, adik2 , apa lagi kita perlu la memulaukan orang itu.. Seorang yg bermasalah dlm adik-beradik tu juga perlu "dipulaukan" agar dia berfikir samaada tindakan dia  itu yang betul atau salah.. biasalah, kalo air dicincang takkan putus.. just mengajar erti kesabaran dan mengalah.. Asik nak menang jer pendapat tapi xbagi peluang kepada adik-beradik lain... 

Istilah lain suka menyalahkan orang lain tanpa berfikir kesalahan sendiri.. Hanya menunding jari kepada org lain tanpa berfikir kealpaan diri sendiri.. Hanya menuduh orang lain mengatakan org itu menikam belakang dia, tapi sedangkan seseorang itu cakap kuat2 dan benar2 belaka agar dia dapat dengar dan faham maksud yg dituju kepadanya agar dia berubah... Asik salahkan orang itu tanpa usul periksa.. wallahuallam... kita bukannya perfect.. just sharing bersama2...
Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D