Nuffnang Ads

Wednesday, June 19, 2013

Majlis Merisik menerima adik ipar :)

Sebenarnya cter ni masa cuti sekolah baru2 nie.. baru nak hapdet kan... hehehee... Sebenarnyna nak hapdet dah lama, tapi gambar camera aku tak berapa clear sgt... nak tunggu gambar clear yg lain, xsempat nak copy paste lagi..  Tapi, xpala utk memeriahkan lagi blog aku ni...  Layankan jer la camera cabuk aku ni... heheee...

Majlis merisik ni sebenarnya berlangsung pada 05 Jun 2013 (Rabu malam Khamis)...  kebetulan cuti sekolah, Family kakakku yg duduk di Kuching, Sarawak datang kl.. Seronoknya kami sekeluarga dapat berkumpul & memeriahkan lagi Majlis Merisik adik bujang aku sorang ni.. Dah besar dah adik teruna aku ni.. Adikku yg bongsu ni jarak 8 tahun lebih muda dari umor ku.. memang anak manja... Kami kakak2 selalu memanjakannya.. teringat masa adik teruna ku kecik2 masa umur dia  7 @ 8 tahun, gaduh sket dgn kakak nak lari dr umah.. budak2 kecik yg manja sangat... heheee:P

Majlis merisik kami ni xla mengikut adat sangat.. just utk berkongsi cerita & bermesra diantara satu sama lain.. kebetulan, ayah kepada bakal adik ipar aku ni seorang polis dan sepasukan dgn arwah ayahku..... 

mula2 nak buat merisik sekali bertunang.. kebetulan family bakal adik ipar aku ajak makan2 kat umah dia, so buat merisik sekali sebagai tanda.. Sebenarnya adik teruna aku dah standby 2 cincin (masa tu harga emas tgh murah.. now dah nek harga sket emas).. Adik aku dah beli 2 bentuk cincin di Emas Sri Pinang.. (Sebentuk cincin belah rotan telah disarungkan waktu merisik tu & sebentuk cincin bermata berlian akan disarungkan pada hari bertunang nanti  insyaallah 31/08/13 - Sabtu )..Aku plak excited.. Almaklum, 1st time dapat pergi meminang ke rumah orang.. selalunya duduk umah jer menerima pinangan drp pihak lelaki... lagi2 adik beradik sendiri.. kalo pergi ikut umah orang pernah la.. tapi family sndiri.. 1st time.. almaklum adik teruna sorang...

Dari family kami yg dtg merisik 3 kereta... Kereta yg hubby drive, kami bawa semua budak2.. Amboii, bila Qari dah jumpa sepupu dia.. memang gamat dan kecoh la dalam keta.. sampai dah jadi macam van sekolah gaya bisingnya.. heheheee... Macamana driver van sekolah kan bawak budak2.. mesti memerlukan kesabaran.. Nasib baik la suami aku suka budak2.. Al-Hamdulillah.. :)

2 kereta yg mengiringi : kereta sepupu aku bawa tunang dia & mak sedara - kakak ibuku... Lagi satu kereta abg ipar & kakakku..

Syukur AL-Hamdulillah semuanya berjalan lancar... Terima kasih kepada family mira yg masak makanan special.. sangat sedap..

Menu Utama :
Chicken Chop & gravy yg sangat sedap..
Mee Goreng
Side Dishes : Mashed Potato, salad, coleslaw
Air Oren... nyummmmyyy.. memanggg sedapppp

Family diaorang ni memang suka berlumba2 masakan mana yg paling sedap.. Bagusss.. sweet sangat...

Bakal adik ipar ku namanya Mira... Seorang yg cantik.. dan aku suka tengok muka dia.. Sweeettt sangat.. dan seorang yg lemah lembut... Janga risau dik, kami menerima seadanya pilihan masing2... Bakal mentua adikku ni memang pandai memasak... dan adik ipar aku ni suka buat cake.. macam2 jenis kek.. sedap dan gebu2 jer kek dia... Mereka ada membuka restoran makanan di Balakong yg share adik beradik mereka.... Bapanya bekerja sebagai Polis & Mak Mira bekerja sebagai pendidik @ guru... Kiranya Ibuku semua dapat besan cikgu.... :P okla.. membebel panjang plak aku nie... jom layan kan gambar jer laaa...

sempat berposing dalam keta otw nak merisik...

kami baru sampai... sori terlambat sket.. Biasala bawa budak2...

discussion... :)

semua memandang ke arah ibu utk memulakan Majlis Merisik :)

Mak & Ayah mira meminta persetujuan bersetuju ke tak :P

Gementar ke dik? hehehee

semua memandang ke arah Family Mira utk menerima persetujuan bersama :)

Al-Hamdulillah.. sarung cincin tanda... selesai semua sebagai ikatan :)

cincin belah rotan tersarung di jarimu.. :P

telah menjadi ikatan persaudaraan kita bersama :)

mama zura yg bam2.. hehehee:P

ibuku & bakal adik iparku.. :)

We are the Big Family :)

Semua wanita berposing dengan senyuman yg paling anggun :)



Tengok gaya budak2 xtau malu di umah orang.. huhuuu.. Nama pun budak2 bukan amik kisah pasal ni.. hehee:P

seronoknya budak2 bermain :P

okla nak cter sket adat merisik dan meminang.. aku copy daripada blogger lain.. Tq sharing :)

MERISIK DAN MEMINANG

Merisik : Merisik merupakan langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan untuk dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluarga tersebut sama ada sudah dipinang orang atau belum, serta menyatakan hajat pihak lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif, maka pihak lelaki boleh membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya.

Meminang: Jika ia memilih untuk meneruskan hasratnya, maka mulalah langkah kedua untuk mendirikan rumahtangga. Meminang dengan maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan pihak yang dirisik sebagai bakal isteri dan hasrat ini sama ada diterima atau ditolak oleh keluarga pihak perempuan,walaupun pada kebiasaannya kemungkinan diterima lebih banyak daripada ditolak. Dalam adat meminang biasanya pihak lelaki akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh dijadikan tanda pertunangan,seperti cincin pertunangan. Dengan kata2 lain cincin itu menjadi tanda bahawa anak perempuan keluaraga tertentu telah pun diikat janji untuk dinikahkan dengan lelaki tersebut pada tempoh yang dipersetujui bersama antara pihak lelaki dan perempuan.

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:

1) Pengenalan keluaraga lelaki dan perempuan
2) Pengenalan anak lelaki dan perempuan
3) Menyatakan hasrat merisik
4) Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5) Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki


Perkara yang dibincangkan dalam meminang

1) Memperjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
2) Membaca khutbah meminang
3) Melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan
4) Memberi hadiah atau tanda pertunangan
5) Membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan akd nikah dan majlis walimatul urus seperti:

a) tempoh bertunang
b) batas perhubungan anak lelaki dan perempuan
c) mas kahwin dan hantaran
d) akad nikah
e) walimatul urus
f) perkara2 adat istiadat yang tidak bertentangan dengan syarak


Hukum meminang

Harus iaitu meminang gadis atau janda yang sudah habis edahnya atau yang telah ditalak tiga edah bain,edah wafat atau wathi syubhah
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:235
Erti: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam edah)
Haram iaitu meminang janda yang dalam edah raj’iyah,dan haram juga meminang perempuan yang masih dalam pinangan orang lain kecuali telah nyata pinangan itu ditolak atau telah diputuskan.


Riwayat Ahmad dan Muslim:
Orang mukmin saudara orang mukmin maka tiada halal bagi seorang mukmin meminang seorang yang sudah dipinang oleh saudaranya sehingga nyata permintaannya itu tidak diterima.

No comments:

Post a Comment

Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D