Situasi jerebu di Singapura adalah sangat kronik dan jauh lebih teruk dari di Kuala Lumpur. Indeks penceramaran udara di Kota Singa mencecah tahap amat bahaya untuk kesihatan iaitu melebihi 300. Rakyat Singapura marah dengan Indonesia kerana pembakaran terbuka di Sumatera adalah penyebab jerebu yang kronik ini. Tengok berita, selamber jer diaorg bakar lebihan kayu2 kelapa sawit... memang kureenggg kesedaran sivik betul la... menyusahkan Negara jiran...
Syukur Al_Hamdulillah, Qari cuti ari ni... Mama yg kena keja.. huhuuu ;(
Datang opis ari ni sampai awal, sebelum 7.30 dah sampai.. jalan xjem drp biasa.. Almaklum sekolah cuti dan ada sesetangah mak ayah cuti emergency disebabkan kena jaga anak.. okla... hapdet blog la jap.. :)
Okla, aku sebenarnya nak sharing kelebihan dan keistimeewaan Bulan Syaaban.. Nak tau tak, malam tadi depan umah aku.. Bulan besar daripada biasa kat langit... Walaupun Jerebu bulan tetap mencerahi dunia... itula kekuasaan Allah mencipta sekalian Alam... Buat barbeque memang best la dengan langit yg cerah... Tapi, nak kena rotan boleh la.. tengah2 jerebu, nak membakar lagi.. baik g buat solat sunat lagi bagus dan lebih berkat.. :)
jom kita cter keberkatan 15 Syaaban pada ari ni....
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Memang dah niat malam tadi, aku nak puasa ari ni... Insyaallah dalam seminggu ni nak puasa penuh.. dapat pahala sunat lagi.. Al-Hamdulillah... Pagi tadi sempat bangun sahur kul 5.20.. Sahur makan, Balance roti telur sardin malam tadi bersama2 dengan pekena milo panas.. fuh tekak lega sangat2 dapat teguk milo panas yg sememangnya anak tekak tgh gataii akibat terdedah dgn jerebu la punye pasal... tekak kering jer, semalam asik minum air jer.. dan kerap la ke toilet.. hehehee.. ke situ plak merapu.. kui3:P
oklah.. marila kita Renungan Bersama Keberkatan Bulan Nisfu Syaaban...
Aku copy paste daripada internet...
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013:
1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
(Bulan besar daripada biasa)
Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,
Ya Muhammad,
pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab:
Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat,
maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."
Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."
blh share jugak link : http://www.zakatns.com.my/ver4/tazkirah/128-syaaban-dan-malam-nisfu-syaaban
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D