Nuffnang Ads

Friday, September 30, 2011

Beckham KOMA akibat pendarahan dlm otak..

Dah banyak sangat kes baby yang meninggal or cedera ketika ditinggalkan di rumah pengasuh atau tempat jagaan kanak-kanak. istilah lain Nursery la.. nie pun kes yang sama juga. sama-sama kita doakan yang terbaik untuk anak kecil ini. semoga cepat sembuh hendaknya. Amin.. Insyaallah Allah membantu dengan doa kita...

DERITA...‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak.
DERITA…‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam 
otak. Kesiannya baby comel yg jadi mangsa keadaan.. 

Baby comel dalam keadaan KOMA, sebelah mata terbuka &sebelah mata sedang lena tdo.. 
Sedih kan???


SUBANG JAYA: 
“Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalamipendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.
Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.
.............................................................................

Sedihnya bila dipikirkan kepada ibu bapa baby Beckham ni.. Luluh.. sayu.. syahdu.. Naluri ibu  di jiwa lara ku xdpt nak meluahkannya... Kuasa Allah telah tersurat kepadanya.. Tapi, kita yg masih hidup dan waras ni, kena la sentiasa berwaspada...
Ya Allah, jauhi kan anak2 aku terjadi seperti ini.. Bila di pikirkan balik, budak sebesar Beckham ni bukan tau apa.. Baby umo 7-12 bulan tu.. time tu sudah lasak merangkak / baru dapat kaki (boleh bertatih n berjalan sket2) ke hulu hilir.. tdo atas katil pun bahaya boleh jatuh.. maybe boleh tergelincir... maybe boleh terjatuh buaian.. katil.. apa sahaja pun boleh terjadi...

Tgk baby malang ni.. Teringat anak ku tersayang Qari jatuh dalam bilik air... Kepala qari luka sket berdarah.. Ya Allah.. Masyaallah.. Xdpt ku bayangkan time tu, gelapnya dunia ku masa tu... Nampak sedikit darah mengalir di leher.. Tak dapat ku bayangkan depan mata masa tu.. Disebabkan anak ku berlari nak keluar dari toilet, sekali tergelincir & terhantuk di lantai toilet bilik ku lagi.. Depan mata aku lagi... huwaaaa.. Masa tu Qari 2 thn 6 bulan.. sudah besar pun.. Malang xkenal siapa jika kita cuai @ leka @ mcm2 la... 
Masa tu, aku kena bertindak pantas, capai towel dan tutup/tekan dgn lembut tempat luka tu sebelum bawa ke klinik utk pemeriksaan... Al-Hamdulillah, doktor kata Qari selamat dan luka kecil jer.. Luka budak biasa jer.. Syukur sesangat masa tu.... 
Sejak terjadi nya begitu, aku & en.suami sentiasa berhati2.. Kami sentiasa mandikan Qari.. Kami suapkan Qari makan.. Kalo Qari makan sendiri, ibu bapa kena pantau (takut tercekik..).. Kalo tdo, bawa anak tdo bersama2... Tak mau Qari bersendirian di mana sahaja..  Anak yg kecik perlu mendapat perhatian yg lebih.. Dan yg plg penting tgk pengasuh yg menjaga anak2 kita ok @ x @ boleh dipercayai.. 
Coz kita berada di opiz 8jam + 2jam (jammed atas keta pegi balik..).. so, 10 jam anak jauh di depan mata... 
Aku bersyukur sangat2 Ya Allah.. Ibu ku yg tersayang menjaga anak2 ku.. Nenek menjaga cucu dengan belaian kasih sayang yg kita pernah perolehi dulu... Syukur nikmat Mu Ya Allah memberi ku Rahmat mu.. Terima kasih buat ibuku tersayang yg sudi menjaga cucumu dgn baguzznya.. Angah sayanggg ibu.. 

Diriku sungguh touching hari ni bila baca Harian Metro kisah baby koma ni.. Sejak anakku Arwah Hafiz meninggal, sensitiviti aku sungguh tinggi dan sentiasa tersentappp jer mak.. Aku xblh nak tgk baby2 ? anak2 yg terseksa... Syahdu beb !!!!! huwaaaa :((


Wednesday, September 28, 2011

Jalan2 bawak family pergi i-city...

Bestnya kami beraya.. Family mentua dtg ke rumah kami.. So, aktiviti kami memang best.. Antaranya kami berjalan p i-city.. Aku pun nak join sekali.. Al-maklum, dulu tengah pregnant, tak larat nk jalan sgt.. Now, bersemangat.. siap minta kakak ipar ku tunggu kami balik beraya open house Taman perumahan kami...

kuar umah kul 10 malam - 2 pagi baru sampai umah 
i-ciTy.. 24/09/2011 Sabtu

cantiknya lampu2 di i-City Shah Alam

Qari masih pakai baju melayu.. baru balik Jamuan Raya.. 
Sori la Qari, ibu & abah jer sempat salin baju.. hehee:D

Mak adik :)

Qari wit mak adik yg sentiasa cool :)

bird yg genius :)






Nape semua tgh rushing nie??? Aku pun kompiuzzz :P


 Qari kata muka Dinasour macam HANTU.. hehehe:D
Agaknya, Qari jumpa hantu muka mcm Dinasour ker?? huhuuu.. gerunnn nya kan??.. Mesti hodoh mcm dinasour.. Minta la dijauhkan jumpa.. huhuu

 Abah & Mak yg sentiasa Romantik.. auwww... sukanya saya...

Alamak?? Mak tok & Abah pun pakai cekak bling2 kat kepala.. hehehee:P


Mana gambar en. abg sayang??? 

En.suami banyak jadi photographer sampai gambar xda dalam camera.. hehehee :P

Ketuk2 Di Dapur & Jamuan Raya Pot Luck di opiz ku...

27 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wr. Wt.

uiiittttt... Dah lama tak berblog aku ni.. Balik kursus.. sibuk2 jer memanjang.. Al-maklum.. time nak abis2 Syawal ni, byk btul jemputan Jamuan Raya setiap cawangan buat... Termasuk Jamuan Raya bahagian kami.. Memang best dan meriah.. Memang kami saling bekerjasama di antara satu sama lain.. Memupuk silaturrahim.. "Buang Yg Keruh Ambil Yg Jernih".. Memang Transformasi la kita semua.. Syukur Al-Hamdulillah...


Pejam celik.. pejam celik.. sekejap jer nak abis Syawal... Di kesempatan ini aku nak wish pada semua...

ketuk2 di dapur kali ni, aku bawak Rendang Ayam & Macaroni Goreng... Rendang ayam xupload gmbr lagi.. belum edit lagi.. Rendang ayam dlm camera.. Time nak tangkap rendang, boleh plak hp camera hang... camera hp sempat tgkp gmbr macaroni jer... heheee:P


"
"
"
"
"
"
"

MACARONI GORENG...

 Bahan2 Tambahan : Mushroom, hotdog, daging cincang, 
fish cat.. (xkisah nak letak apa2 bahan pun..)


Bersepah2 dapur aku.. Nasib bek dah kawen, kalo x, dah kena reject dgn mak mentua dah.. 

 2 paket Macaroni telah siap di masak...

"
"
"
"
"
"
"

jom.. layan gambar2 kita berposing di Jamuan Raya Opiz kami plak... sori la baru nak upload :)


             Preparation b4 start..



                                                                                                Para tetamu mula hadir.. 

Kami sekeluarga... "Happy Family"

Juadah kami... sedapnya :)



"
"
"
Jomm kita men games dulu.... 
susun duit syiling atas gelas& sape cepat keluarkan duit kertas dr sampul.. :)

       


Dato' sungguh sporting..

 kira duit raya ke dik?? kui3 :P

 Bos2 yg sporting....



Juara Wanita & Jejaka yg menang "Pakaian Tercantik"

"
"
"
"
"
"
"

Adegan seterusnya...
Mari kita tapau... kui3


muka masing2 tekun membungkus.. :P


 Dah abis dah... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...



 
Buah pauh di tengah bendang

Jadi dagangan di tengah laman

Saudara jauh datang bertandang

Kepada Semua Warga JKR kami Alu-alukan

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia serta hadirin sekalian. Kami berasa sungguh gembira kerana pada 27 September 2011 kita dapat bersama-sama berkumpul meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.


2. Adalah menjadi harapan saya agar majlis seumpama ini akan memberi peluang kepada semua warga JKR untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.



3. Walaupun semangat kekeluargaan di tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT, KITA BERKONGSI, KITA BERJAYA’


4. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Jabatan ini.


6. Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga JKR dan juga hadirin sekalian.

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Mari menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas Daripada Saya kepada uols... muaahhss.. sayang awak semua....