Wednesday, September 28, 2011
Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa...
Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu
ketika gempa bumi melanda Jepun.
Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu
pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yg telah
musnah milik seorang wanita muda,
mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan
tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-
olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang
bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke
hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu
sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena
pada bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh
cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan
runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih
hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg
sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi.
Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah
wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti
ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke
rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba
mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk
mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita
tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi
disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama
mengalihkan sisa runtuhan disekeliling mayat wanita
tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki
yang berusia 3bulan yang berbalut dengan selimut di
dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita
tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya.
Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan
tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi
tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan
penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki
tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut
bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan
terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan
bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA
IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh
semua orang yang berada di situ, dan mereka semua
menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH
BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu
besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye
sahabat2...
By: Dominique Padua Balaba
huwaaa.... diriku sungguh touching nyaa...
Betul la.. Pengorbanan ibu tidak ternilai walaupun
dibayar dgn Wang Emas @ permata sekalipun...
Teringat diriku saat2 utk induce melahirkan Arwah
Hafiz.. walaupun diriku kecewa dirimu telah meninggal
& tak sempat melihat dunia ini.. Tapi, ibu tahu, dirimu
tak mahu ibu sedih... Tapi, kekuasaan Allah memberi aku
seorang yg kuat dan tabah menghadapi semua ini..
Syukur padamu Ya Allah memberi ku kasih sayang
seumpama ini.. Aku adalah ibu kepada anak2ku
Tersayang.. Insyaallah, aku memikul tugas sebagai Ibu &
isteri ...
Ya Allah bimbingla aku menjadi seorang ibu yg sempurna
di hati semua... Amin ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tq sharing & caring with Web Blog fizura512.blogspot.com. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. Sila beri komen anda.. Mama Abqariz sedia menerima nya & membalasnya.. Sayang uols.. uiiittttt.. :D